Tuesday, August 9, 2011

Queen Control 4

WAH! Bukan main ramai gadis mengerumuni Tuan Pengarah. Mereka bukannya bertandang untuk melihat lukisan cakar ayam Tuan Pengarah. Mereka mahu melihat lelaki kacak depan mata mereka ini. Berebut-rebut mahu menjadi model di atas kerusi. Rasa hendak roboh gerai kecil berkenaan. Veelu pula merasa rimas dengan gelagat mereka. Jika tidak memikirkan keselamatan Tuan Pengarah...dia tidak akan berada di sini. Dia berpegang pada arahan setiausaha Tuan Pengarah iaitu Apple!

Gadis mana tidak tergoda melihat kekacakkan Tuan Pengarah. Tambahan pula dengan rupanya yang ada iras-iras Alex Pettyfer itu. Dagu yang melekuk. Rambut keperangan. Wajah yang langsung tidak mengikut acuan ayahanda dan bondanya. Adakalanya wajah itu menimbulkan keraguan di kalangan ahli keluarga Tengku Irsyad.

Tuan Pengarah buat kerja tidak berfaedah di sini manakala TIR Holding’s gamat dihidangkan dengan berita tergempar. Bonda Arfah hampir pitam bila dikhabarkan yang Tuan Pengarah menghilangkan diri untuk sementara waktu. Itu yang disampaikan oleh Apple. Apple mengikut sahaja arahan yang termaktub dalam surat yang Tuan Pengarah berikan kepadanya. Siapa yang bakal ambil alih kerusi Tuan Pengarah. Siapa lagi kalau bukan Tengku Mirza, pemengang syer kedua terbesar di TIR Holding’s. Tengku Mirza adalah adik tiri Tuan Pengarah yang baru pulang dari benua Eropah.

“Apple! Apa yang berlaku sebenarnya? Abang saya pergi ke mana?” Tengku Mirza merenung Apple tajam. Apple tentu tahu di mana Tiryaq berada.

“Maaf. Saya tidak tahu. Dia hanya meninggalkan kepada saya sepucuk surat.” Apple membalas. Lakonannya sentiasa mantap demi Tuan Pengarah.
Tengku Mirza menghela nafas kecil. Apa masalah yang melanda Tiryaq sampai menghilangkan diri dalam keadaan genting begini. Atau Tiryaq ada motif lain. Dia memandang ke arah kerusi empuk pengarah itu. Dia tidak layak menduduki kerusi tersebut. Tempatnya bukan di sini.

“Arahkan orang mencari abang saya sekarang!”

“Buang masa saja.” Apple menanggalkan kaca matanya. Dia mengelap kaca mata itu dengan sehelai tisu. Tingkah-lakunya menjadi perhatian Tengku Mirza. Lelaki itu mengerutkan dahi. Apple tampak begitu tenang.

“Kenapa awak berkata sedemikian? Awak tahu Tuan Pengarah awak itu aset paling penting dalam syarikat ini. Ketiadaan dia akan melumpuhkan syarikat.” Tengku menaikkan sedikit nada suaranya.

“Tidak perlu risaukan Tuan Pengarah. Dia pandai menjaga dirinya. Apa yang penting sekarang adalah kewibawaan Tengku untuk handle TIR Holding’s ini.” Apple memandang tepat pada wajah Tengku Mirza.

“Awak tahu yang saya tidak berminat dengan urusan syarikat ini. Saya tidak faham kenapa saya yang dipilih oleh Tuan Pengarah awak?”

“Tengku perlu biasakan diri di sini. Saya akan membantu Tengku sebagaimana saya membantu Tuan Pengarah.” Apple memandang tepat pada wajah Tengku Mirza. Tengku Mirza berbeza dengan kakaknya Tengku Tyea. Dia lebih bertanggungjawab.

“Tapi saya tidak mahu duduk di bilik pejabat abang saya. Carikan saya bilik pejabat yang lain.” Tengku Mirza memutuskan tidak akan duduk di bilik pejabat Tiryaq.

Dia kenal dengan abang tirinya itu. Tiryaq tidak suka bilik pejabatnya diusik oleh sesiapa pun sebelum ini. Masakan dia akan lupa kemarahan Tiryaq satu ketika dahulu. Semuanya gara-gara dia duduk bergayut telefon di tempat duduk Tiryaq. Tanpa di duga dia menyebabkan salah satu dokumen penting abangnya dikotori dengan air kopi di atas meja tersebut. Amukkan Tiryaq buat dia kecut perut. Tiga tahun dia tidak bertemu dengan Tiryaq.

Tiryaq seorang yang workhlic dan tidak suka bersosial. Tiryaq seorang yang kurang bercakap dan amat tegas. Ketegasan Tiryaq amat menakutkan. Keputusan yang dibuat oleh Tiryaq tidak boleh dibantah. Dia akan pecat sesiapa yang berani melanggar peraturan syarikat. Orang pertama yang dia pecat adalah kakaknya Tengku Tyea. Dia tidak menyalahkan Tiryaq. Kakaknya itu memang seorang yang tidak serius menjalankan tugasnya. Kaki enjoy!

“Jangan bimbang tentang Tuan Pengarah. Apabila tiba waktunya Tuan Pengarah akan pulang. Dia hanya ingin bermain di luar sana.” Apple melirik senyuman.

“Bermain?’ Tengku Mirza kerutkan dahi.

APA kenalah perempuan-perempuan ini berlonggok dan terjerit-jerit macam orang histeria di sana itu. Putri Tasnim memanjangkan lehernya. Dia tidak Nampak apa-apa yang menarik. Hanya seorang pelukis potret. Wajah pelukis itu membelakanginya. Setakat seorang pelukis potret, tidak perlu berebut seperti orang gila. Jatuh maruah sebagai seorang wanita. Putri Tasnim meneruskan langkahnya. Dia menoleh kiri dan kanan. Jam di pergelangannya itu dikerling.

Gelagat wanita yang berskirt pendek paras lutut dan berblaus ungu itu menarik perhatian Tiryaq. Gadis itu berdiri tidak jauh dari tapak gerainya. Boleh tahan cantiknya. Wanita itu seperti sedang menantikan seseorang. Tiryaq mengusap dagu. Bandaraya Kuala Lumpur ini bukan besar sangat. Pusing keliling pasti akan berjumpa dengan orang yang dikenali. Dia tidak lupa pada wajah wanita yang memijak kakinya itu. Nasib baik kakinya tidak berlubang.

Tiryaq tidak melakarkan potret gadis yang sedang duduk berposing di hadapannya itu. Sebaliknya dia melukis gambar wanita berkenaan. Veelu yang sedang memerhati lagak Tuan Pengarahnya itu mengetap bibir. Cantiknya....Dia memuji dalam hati. Rupanya Tuan pengarah pandai melukis. Tuan Pengarah memang sengaja mahu mengenakan dia kelmarin. Sampai hati...Rasa nak menangis pula dipermainkan oleh Tuan Pengarah.

Tiryaq bingkas bangun. Dia keluar dari kelompok gadis-gadis yang mengerumuninya itu. Langkah panjangnya diaturkan ke arah Putri Tasnim. kehadiran Tiryaq mengejutkan Putir Tasnim. Lelaki itu menghulurkan lukisan kepadanya. Tidak berkelip Putri Tasnim memandang lelaki di depan matanya itu. Ya Allah...Kacaknya dia. Mat salih celup ke? Tinggi kemain. Rasa-rasa mencecah 190 cm ni. Tapi...Putri Tasnim pandang Tiryaq atas bawah. Wajahnya kelat.

“Assalamualaikum...Hi! boleh berkenalan?” Tiryaq mengulum senyuman manisnya.

Berkenalan? Mamat ini sewel agaknya. Tiba-tiba mahu berkenalan dengan dia. Tengoklah keadaan diri itu dulu. Pakaian pun selekeh. Seluar jeans pun koyak sana koyak sini. Style macam orang penagih dadah.

Putri Tasnim tidak mempedulikan Tiryaq. Dia mengaturkan langkah. Dia tidak sukakan gangguan dari orang yang tidak dikenali seperti Tiryaq. Manusia sekarang lain di mulut lain niat di hati.

“Auwwwgh!” Putri Tasnim menjerit kecilnya. Entah di mana silap langkahnya, tumit kasut setinggi dua inci itu patah. Putri Tasnim mengurut-urut pergelangan kakinya. Wajah ayu itu merona merah. Orang sekeliling memerhatikan dirinya.

Tiryaq ketawa kecil. Dia menghampiri Putri Tasnim. Konon-konon ingin menghulurkan bantuan.

“I don’t need your help!” Getus Putri Tasnim. Dia merenung Tiryaq tajam.

“I didn’t say I want to help. I just want to see you how you walk without shoes.” Balas Tiryaq. Putri Tasnim mengetap bibir. Dia nak berjalan berkaki ayam? Minta maaf!

Putri Tasnim membuka kasut tumit tinggi di kaki kirinya. Dia patahkan tumit pada kasutnya itu. Tindakannya buat Tiryaq tersengih panjang. Wanita itu sememangnya tidak mahu mengaku kalah. Dia berdiri menghadap muka Tiryaq dengan angkuh. Tiryaq kerling pada kasut Putri Tasnim yang sudah tiada tumit itu. Tawanya meletus. Nampak sangat kecacatan pada penampilan Putri Tasnim.

“Ha!Ha!Ha!Ha!” Tiryaq ketawa besar. Cemberut muka cantik Putri Tasnim. Tidak pernah ada orang yang ketawakan dia sedemikian rupa.

Dia amati wajah kacak Tiryaq. Macam familiar saja. Tapi tak mungkinlah. Pelanduk dua serupa. Orang itu orang ternama. Educated! Masakan orang itu akan berada di tempat sebegini dengan pakaian yang selekeh!

“Huh!” Putri Tasnim merengus kecil. Dia sekeh Tiryaq dengan beg tangannya.

Tiryaq menggosok kepalanya. Sakit! Entah barang apa yang diisi dalam beg tangan wanita itu. Veelu membulatkan biji mata. Sungguh berani wanita iitu memukl kepala Tuan Pengarah dengan beg tangannya. Dia sudah mengepal penumbuk. Namun ditahan oleh Tiryaq dengan isyarat jelingan mata. Veelu berundur.

Putri Tasnim angkat kepala lalu melintasi Tiryaq dengan lenggok angkuhnya. Gedik semacam pula Veelu melihat lagak wanita itu. Ingat muka dia cantik sangat. Nenek dia lagi cun tau!

“Saya rasa nak cekik-cekik saja leher itu perempuan.” Gerutu Veelu. Tuan Pengarah asyik tersenyum simpul. Wanita itu menarik perhatiannya.

“I like her.” Suaranya.

Veelu tercengang. Tuan Pengarah sukakan wanita angkuh tadi. Takkan Tuan Pengarah sudah jatuh cinta pandang pertama kot? Dia mengawangkan tangan pada muka Tuan Pengarah.

“Tuan Pengarah! Ramai perempuan yang lebih bagus dari itu perempuan sedang menanti Tuan Pengarah di luar sana. Anak Tan Sri, anak Datuk, anak VIP, anakTengku...Pilih sahaja Tuan Pengarah berkenan yang mana.” Habis semua kum kerabat disebut oleh Veelu.

“Kalau saya nakkan nenek awak, macam mana pulak?” Soal Tiryaq.

“Ayoyo...Tuan Pengarah jangan buat lawak antarabangsa sama saya. Nenek saya sudah tualah.” Veelu mengaru-garukan kepala.

“Muka saya ada buat lawak antarabangsa ke?” Tiryaq memandang Veeleu dengan wajah serius. Pengawal peribadinya itu menelan air liur. “Well...macam mana? Awak rasa saya tidak layak menjadi atuk kiri awak ke?” Sambungnya lagi.

Veelu terkedu. Atuk tiri? Tuan Pengarah mahu jadi atuk diri dia. Huru-hara jadinya. Dia mula membayangkan wajah nenek dengan Tuan Pengarah. Oh Tidakkkk! Igauan ngeri! Dia lebih rela nenek menjadi balu sampai ke hembusan nafas terakhir dari berkahwin dengan lelaki seperti Tuan Pengarah.

“Tuan Pengarah...jangan rampas nenek saya. Saya amat sayang pada dia.” Veelu sudah buat mimik muka sedihnya.

“Saya belum gila lagi nak kahwin dengan nenek awak.” Tiryaq menepuk-nepuk lembut bahu Veelu. Veelu menarik nafas panjang. Lemah segala urat sendi dengan lawak Tuan Pengarah.

PUTRI Tasnim mencebik bibir. Budak tomboy ini ada sahaja bersama Tihran. Tihran pun satu. Kenapa perlu bawa budak perempuan ini bersama sekali! Penyibuk betul. Dia sememangnya tidak sukakan Jackie sejak pertama kali Tihran kenalkan dia dengan gadis tomboy itu. Jackie hanya buat muka selambanya. Dia tidak kisah dengan pandangan yang menjengkelkan dari Putri Tasnim.

Puas Jackie menolak ajakkan Tihran tetapi lelaki itu tetap mahu mengheretnya sekali. Tihran mahu dia jadi saksi luahan perasaannya pada Putri Tasnim. Luahkan sajalah. Kenapa perlu ada saksi pulak? Tapi risaukan Tihran juga kerana itu dia ikut sekali biarpun Tihran mengheretnya. Dia risau jika Putri Tasnim menolak cinta Tihran. Jackie tidak mahu melihat Tihran menangis lagi kerana wanita di hadapannya itu. Emel dan surat-surat dari Tihran tidak pernah dilayan oleh Putri Tasnim.

“Thanks kerana you sudi keluar dengan I.” Mata jernih Tihran tidak lari dari menatap wajah ayu milik Putri Tasnim. Wajah ini yang sering buat tidur malamnya tidak lena.

“Sorry...I terlambat sedikit. I terpaksa beli kasut baru kerana kasut I rosak. Harap you tidak marahkan I.” Putri Tasnim tersenyum.

“Eh...eh....tidak mengapa. I tunggu you pun tidak sampai sepuluh minit.” Tihran berdalih. Pasal Putri Tasnim...dia tidak kisah mahu menunggu berapa tahun pun. Seratus tahun pun dia sanggup!

Jackie mengetap bibir. Tak sampai sepuluh minit kau kata. Dua jam kita tunggu dia di sini tahu! Kononnya tidak kisah jumpa di Pasar Seni. Alih-alih tukar tempat pertemuan di Berjaya Times Square pulak.

“I tahu you memang baik hati. You kata ada perkara penting nak beritahu. It’s really important?” Putri Tasnim menyilangkan kedua belah tangannya.

“I...I...I sebenarnya...ehem...ehemmm...” Tihran berdehem kecil. Seksanya nak keluarkan ayat dia sukakan Putri Tasnim. Tekak ni macam disekat-sekat. Jackie menyiku lengan Tihran. Sekian lama praktis masih ‘failed’ lagi ke? Sampai bila nak pendam perasaan.

Tihran menaik nafas sedikit. Dia menggenggam jari-jemarinya. “Tas...I sebenarnya....”

Bunyi deringan telefon bimbit Putri Tasnim telah memotong bicara Tihran. Tihran gigit bibir. Siapa pula yang mengacau masa genting begini.

“Maaf...” Putri Tasnim mencapai telefon bimbitnya. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari restoran berkenaan.

Tihran dan Jackie memerhatikan gelagat Putri Tasnim yang sedang bercakap di telefon bimbitnya itu. Wajah wanita itu tampak tegang. pastinya ada berlaku perkara yang tidak menyenangkan. Putri Tasnim melangkah masuk. Dia menarik beg tangannya. Tihran mengerutkan dahi. Lantas dia menarik lengan wanita itu.

“I tidak habis cakap lagi.”

“I’m sorry...I harus pergi sekarang. Ada masalah pada Elite.”

“Adakah Elite lebih penting dari kata-kata I?”

“Of course! Elite adalah nyawa I.” Tihran melepaskan pegangannya.

“Sorry Tihran...lain kali kita berbual. I akan call you.” Putri Tasnim berlalu pergi. Dia tidak kisah langsung pada perasaan Tihran tika ini. Apa yang penting di dalam kotak fikirannya adalah Elite.

Tihran melepaskan keluhan berat. Raut wajahnya sugul. Jackie menggelengkan kepala. Dia tahu Tihran kecewa. Wanita seperti Putri Tasnim lebih mementingkan kerjaya dari hubungan percintaan. Jenis wanita yang tidak perlu bergantung hidup pada lelaki. Wanita sebegini yang lelaki takut untuk dekati. Lelaki akan merasa rendah diri apabila wanita melebihinya.

“Tihran...you boleh cuba lagi.” Jackie tetap akan memberikan kata semangat kepada teman baiknya itu. Tihran tersenyum pahit.

No comments:

Post a Comment