Tuesday, August 23, 2011

Iman 25

“Abang minta maaf.Sebenarnya abang tak sengaja.Abang tak terniat langsung nak sakiti Iman.”dia merenung wajah yang suram itu.Kesan luka didahi Iman diperhatikannya. Walaupun dilindungi tudung tapi masih lagi dapat dilihat dengan jelas.

“Tak apalah.Saya pun tak apa apa.”dia meneruskan kerja menyediakan sarapan untuk lelaki itu.Memang sejak berumahtangga,ah rasanya dia bukan berumahtangga lebih tepat lagi kalau dikatakan sejak mereka berkongsi rumah.Ya,antara dia dengan Tengku Zarul tak lebih sebagai seorang teman serumah.Ikatan perkawinan antara mereka hanya sebagai perhiasan.Hanya pada nama.Tidak lebih daripada itu.

“Abang hantarkan Iman ke hospital nak?Tak pun kita ke klinik?”dia bertanya.Perlahan lahan dia bangun mendekati Iman.Berdiri didepan isterinya itu.Tangannya menyentuh dahi Iman yang luka.

Iman berdebar bila berdiri hampir dengan lelaki itu.Perasaanya lain macam.Ada rasa malu yang menggunang.Dia seolah hanyut seketika dalam mimpi.Namun segera dia tersedar sesuatu.Tengku Zarul bukan miliknya!

“Tak payahlah.Lagipun saya tak apa apa.Setakat luka ni sikit aje.Luka lain lebih dalam daripada ni.”dia pantas menolak lembut tangan Tengku Zarul.Iman melangkah ke meja makan mengambil briefcase dan mendapatkan tangan Tengku Zarul sebelum melangkah kekeretanya.

Iman memang begitu,walaupun apa yang berlaku kebiasaan itu tetap diteruskan.Harinya dimulakan dengan mencium tangan suami.

Kata kata terakhir Iman begitu meninggalkan kesan dihatinya.Sungguh dia tidak berniat untuk menyakiti hati Iman.Tapi bayangan semalam masih mengekori.Dendam yang marak masih lagi membara.



“Kenapa dengan dahi tu?”Datin Tengku Datul mengelus lembut dahi menantu yang luka. Dia tahu apa yang tersembunyi disebalik seraut wajah lembut dan manis yang dipamerkan Iman.Dia tahu menantu itu terlalu baik.Terbayang pengorbanan Iman waktu itu.Ah,andai tak ada gadis itu pasti maruah mereka tercemar.Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan menantu itu.Iman seringkali menyembunyikan isi hatinya.

“Tak ada apa apa umi.Iman terlanggar tiang semalam.”dia tersenyum memandang wajah lembut milik Datin Tengku Datul.Hatinya rasa riang bila berada dirumah besar itu.Hati tenang pabila mendegar kata kata lembut Datin Tengku Datul.

“Kak long terlanggar tiang?Takkan tiang tu punya besar boleh terlanggar?”Nazrin mengusik kakak ipar itu.Dia amat menyenangi isteri alongnya itu.Walaupun mereka hanya berbeza setahun saja tapi rasa hormat pada Iman sedikitpun tidak tergugat.Malah perwatakkan Iman sering dijadikan panduan dalam memilih teman.

“Rul,kenapa dengan Iman ni?Rul pukul dia ke?”Datin Tengku Datul bertanya pada anak yang kelihatan diam sejak melangkah masuk.Selalunya Tengku Zarul riang dan gembira.Tapi hari itu perubahan anak itu begitu mendadak.

“Rul…Rul…”dia ragu ragu untuk bersuara.

“Iman tak apa apa umi.Abang tak pernah pukul Iman pun.Kan Iman dah kata Iman kena cium dengan tiang.”dia lantas memaut mesra lengan ibu mentua.Tak mahu merosakkan hubungan ibu dan anak itu kerana dirinya.Bibir mengukir sebuah senyuman.Kali ini ikhlas.Panggilan abang untuk Tengku Zarul hanya akan keluar dari bibirnya bila berada dirumah besar itu ataupun dirumah mak longnya saja.

Tengku Zarul merenung isterinya.Memerhatikan Iman yang selalu membelanya.Iman yang selalu menyedapkan hati uminya.Iman saja yang selalu menyelamatkannya dari pertanyaan umi dan walid yang sering kali memerangkap dirinya.

“Dah tak ada benda lain ke Iman nak cium?”Datin Tengku Datul tersenyum.Hati terasa senang.Lapang rasa dadanya.Menantu sebaik itu mana nak dicari.Walaupun mereka tidak bersuara,namun hati tuanya merasa ada sesuatu yang disembunyikan budak berdua tu.

Hajat hati ingin bertanya lanjut tapi dia tidak sampai mahu memaksa menantu itu.Hati begitu menyayangi menantu nan seorang itu.Entah mengapa sejak kali pertama bertemu dia begitu mesra dengan Iman.

Hati tuanya begitu menyenangi perilaku gadis itu.
Perwatakkannya yang sederhana dan pakaiannya yang sentisa sopan menyejukkan pandangan mata.

“Iyalah kak long.Kan lebih baik kak long cium along aje.Nak cium tiang buat apa.”Nazrin terus mengusik lagi.

Iman tertunduk malu.Tambahan pula bila sepasang mata nakal Tengku Zarul merenungnya.

“Umi kata nak ajar Iman masak hari ni kan.”dia cuba lari dari topik perihal dirinya

“Oh,kak long nak masak lauk kegemaran along ye?”Nazrin mengusik lagi.

“Tahu pun.”Iman senjaga membalas usikan adik ipar itu.Suara sengaja dikuatkan sedikit,selebihnya untuk menyedarkan Tengku Zarul yang sedari tadi asyik merenungnya.Dia tidak selesa dipandang begitu.Dia gagap tiap kali berhadapan dengan lelaki itu.Entah mengapa debaran acapkali bertandang tiap kali Tengku Zarul didepan mata.

“Ak ahlah,umi lupa.Kita nak masak kurma kambing kan?”dia benar benar terlupa,bukan apa sibuk sangat lepaskan rindu pada anak menantu.Walaupun tiap minggu mereka pasti menjenguk mereka tapi rasa rindu pada anak lebih lebih menantu nan seorang itu tidak boleh ditahan tahan.


Tengku Zarul tersenyum pilu melihatkan senyuman Iman bersama ibunya.Selama ini hanya bila mereka bertandang kerumahnya ataupun pulang kerumah mak long Iman barulah dia melihat senyuman manis isterinya itu.Tiap kali itu juga dia melihat isterinya itu tertawa riang.

Malahan butir bicaranya begitu ceria dan tenang.Sedangkan tiap kali berada di rumah mereka isterinya itu tak ubah seperit takutkan dirinya.Iman selalunya lebih banyak mendiamkan diri bila bersamanya.Tidak tahu apa yang menganggu isterinya itu. Kadangkala dilihatnya Iman seperti begitu sedih bila berada dirumah mereka.

Mungkin peristiwa semalam masih menganggunya.Mungkin kejadiaan itu yang menjadi penghalang dalam perhubungan itu.Mungkin ia yang membataskan setiap laku dan kata kata Iman tiap kali berada bersamanya.


“Takkan tak puas lagi tengok isteri kamu tu?”Datuk Tengku Zaman menegur Tengku Zarul yang galak memerhatikan Iman didapur.Dapur mereka yang menghadap ruang tamu membolehkan sesiapa saja melihat apa yang berlaku didapur.

“Walid,”dia tersenyum malu ditegur Datuk Tengku Zaman.

“Kenapa dengan Iman tu?”Datuk Tengku Zaman bertanya.Sepeti Datin Tengku Datul dia ingin mencungkil rahsia yang disembunyikan anak menantunya itu.Keresahan Tengku Zarul tiap kali berhadapan dengan mereka sudah cukup menyatakan ada sesuatu yang mereka sembunyikan.

“Maksud walid luka dia tu ke?”

“Ye,apa yang Rul buat sampai Iman luka macam tu.?Rul,walid nak ingatkan walid tak suka sekali kali kalau Rul sakiti Iman.

Dia budak baik.Tak elok kalau kamu buat dia macam tu.Sudah terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan.Walid tak mahu nanti rumah tangga kamu porak peranda hanya kerana kenangan silam kamu.Iman tak bersalah,malahan sejak dulu lagi.Walid tak nak nanti sampai perkara dulu berulang lagi.” dia menasihati lembut anak itu.

Sekadar mengingatkan anak itu.Cukuplah sekali mereka hampir kehilangan Iman.Tidak mahu dianggap mencampuri urusan rumah tangga anaknya.Tapi hati tuanya meronta ronta untuk meluahkan apa yang tersirat.

Malahan semua tahu betapa banyak pengorbanan Iman untuk mereka sekeluarga.Dia tidak sanggup untuk menyakiti hati menantu itu.Tidak mahu nanti kerana kerenah Tengku Zarul dia kehilangan menantu sebaik Iman.

No comments:

Post a Comment