Saturday, August 20, 2011

Iman 24

“Iman,buatkan abang kopi boleh?”dia mengetuk pintu bilik wanita itu.Bukannya tak boleh buat sendiri tapi sengaja nak bermanja dengan isterinya itu.

“Kopi?”dia tercenggang seketika.Sebelum ni tak pernah pernah lelaki tu minta kopi dari aku.Mimpi apa dia hari ni?Selalu tu pandai pula bancuh sendiri.Dia merungut dalam hati namun dia bangun juga,kaki melangkah melewati pintu yang hanya dirapat itu saja.

“Awak suruh saya buat kopi ke?”dia memandang Tengku Zarul yang sedang tersenyum simpul. Ingin mendapatkan penjelasan dari lelaki itu.Betulke apa yang aku dengar ni?

“La,tak dengar ke apa abang cakap tadi.Kan abang suruh Iman buatkan kopi.Abang tunggu dalam bilik bacaan.”dia kemudian tersenyum melihat telatah Iman yang kebingungan.

Kaki lantas dihayun kebilik bacaan yang menjadi bilik untuknya menyelesaikan segala urusan pejabat yang tertangguh.

“Sayang,dengar tak abang cakap apa?”dia memandang Iman yang masih mematung.

“Okey,saya buatkan.Awak nak apa apa lagi?”dia bertanya.

Malu bila dipanggil sayang.Tak pernah bermimpi untuk dia mendengar panggilan itu dari mulut Tengku Zarul.

Seingatnya sejak dia bersetuju untuk pulang kerumah itu semula,sejak itulah Tengku Zarul tidak lagi menggunakan perkataan saya dan awak.Sebaliknya dia membahasakan dirinya abang dan lebih senang memanggil Iman dengan namanya dan kadangkala itulah perkataan yang diucapkannya.Sayang!Alangkah manis kalau ia diucapkan oleh seseorang yang tulus mengasihi dirinya.

“No thanks.Itu aje.Abang tunggu kat bilik bacaan ok.”dia lantas melangkah menghampiri bilik bacaan bila Iman mula menuruni anak tangga untuk kedapur.

Tengku Zarul tersenyum sendiri.Memandang wanita lembut itu.Dalam lembut masih ada sikap melawannya.Iman memang begitu,sejak dia mengenali gadis itu sebelum ini pun sukar untuk dia mendengar sebarang butir bicara dari mulut kecil itu.

Malahan bila mereka disuruh berkawin pun Iman diam dan tidak sedikit pun membantah.Sukar untuknya mengetahui isi hati gadis itu.Antara rela atau terpaksa.Ah,bila mengingatkan bagaimana mereka boleh berkawin Tengku Zarul resah sendiri.Seribu satu perasaan bersarang dibenaknya.Rasa bersalah menghantuinya.

Bersalah pada Iman,bersalah kerana terpaksa menikahi wanita itu.Setiap kali mengenangkan perkawinan itu juga dia merasa benci dan kecewa.Perasaan itu tak terbendung.Rasa benci pada seraut wajah,pada sebuah nama.Natasha!Ah…!Betapa dia membenci nama itu.Tanpa sedar tangan mencapai bingkai gambar.Ringan saja tangannya membaling bingkai itu.

“Adui!”serentak itu kedengaran bunyi benda pecah.Tengku Zarul tersentak.Mata menangkap sekujur tubuh yang sedang bertinggung kesakitan.Dia terkejut,pantas dia bangun mendekati wanita itu.

“Kalau awak marahkan saya pun,jangan buat saya macam ni.”Iman menahan kesakitan.
Tangannya merasa dahi yang berdarah.Air mata mengalir lagi untuk kesekian kalinya.

“A..ab...abang minta maaf.Abang tak sengaja.”dia panik.Sumpah!Dia tak berniat untuk melukai gadis itu.Apatah lagi mencederakannya.Pantas dia membelek luka di dahi isteri yan tidak disengajakan itu.

“Mari abang hantarkan ke hospital.”dia merenung gadis yang sedang menahan sakit.Pilu hatinya melihat air mata gadis itu yang merembes keluar.

“No,saya nak tidur.”Iman bingkas bangun.Dia meluru keluar tanpa menunggu kata kata dari Tengku Zarul.Sakit dahinya sakit lagi hatinya.Dahlah orang buatkan air dia balingnya pula kita.

“Iman.Please,abang tak sengaja.”dia bersuara.Ingin ditahannya Iman tapi nyata isterinya itu lebih pantas melarikan diri.Pintu bilik Iman diketuk berulang kali.

“Sayang,please.Abang tak sengaja.”dia masih disitu.Mengharapkan belas Iman.Dia ingin Iman tahu yang dia tidak berniat begitu.Tidak terlintas langsung untuk mencederakan gadis itu setelah apa yang terpaksa dilalui Iman.Tak pernah langsung dia terniat untuk mengecewakan Iman setelah apa yang dikorbankan Iman untuk dirinya.

“Dahlah,saya nak tidur dah ni.Kita cakap esok aje.”Iman bersuara perlahan.Hatinya sakit .Kalau tak suka sangat kat aku cakap aje.Bila bila masa pun aku boleh pergi dari sini.Aku pun tak nak menyusahkan kau lagi.Dia merintih sendiri.Ingin dilawan,ingin di marah.

Tapi hati terikat dengan janji pada seseorang.Ingin rasanya dia menyumpah Tengku Zarul tapi dia dirantai rasa hormat yang tidak terhingga buat lelaki itu.Entah untuk apa dia tak tahu tapi rasa hormat dan segan pada lelaki itu tetap ada.Walaupun selama ini Tengku Zarul sedikitpun tak menghargai dirinya.

a href="http://xs.to/share-344A_4B70E057.html">

No comments:

Post a Comment