Friday, August 12, 2011

Iman 22

Kereta yang berlari selaju sembilan puluh kilometer sejam itu dirasakan terlalu lambat. Dia diburu keresahan.Tanpa dipinta air mata lelakinya mengalir panas menuruni pipi. Terbayang segala perlakuannya pada isterinya itu.Terlalu banyak kelukaan yang di berikan pada Iman.Ya Allah berilah aku peluang untuk membahagiakan dia Ya Allah. Selamatkanlah isteriku.Aku berjanji tidak akan mempersiakan dia.Dalam hati dia memanjatkan doa pada Ilahi agar dia tidak kehilangan Iman.

“Iman,sedarlah.Abang minta maaf.Abang berdosa pada Iman,bangunlah.Abang tak sanggup kehilangan Iman.Abang …sayangkan Iman.”tanpa sedar dia mengucapkan kata kata itu.Mengharapkan Iman mendengarnya.Dia mahu Iman tahu yang kini dia mula menyenangi gadis itu.

“Doktor!Macamana isteri saya?”Tengku Zarul menerpa kearah seorang doktor yang baru saja keluar dari bilik kecemasan.

“Isteri tuan tak apa apa.Tak ada apa yang perlu dirisaukan.Cuma dia kekurangan rehat dan nampaknya selera makannya tidak begitu memuaskan.Saya harap tuan dapat memberi perhatian yang sebaiknya pada dia.

Keadaannya sedikit lemah waktu ini.Tapi saya dah berikan suntikan.Mungkin mengambil masa untuk dia sedarkan diri buat masa ni.Tuan bolehlah masuk.Tapi tak boleh ramai ramai.Seeloknya tuan seorang saja yang masuk dulu.Yang lain lain bolehlah pulang dulu.Lagipun isteri tuan memerlukan rehat.”Doktor itu berlalu pergi meninggalkan mereka.

Tengku Zarul meluru masuk tanpa mempedulikan sesiapa.Dia lupa pada Amir,Datuk Syukor, Datin Kalsom dan umi dan walidnya yang mengekorinya.

Satu persatu langkah diatur menghampiri katil yang terletak ditengah tengah bilik mewah itu.Lingkaran tiub kelihatan mencucuk lengan Iman tanpa belas.Air mata hampir gugur lagi bila melihat Iman yang sedang terbaring tenang.

Dia dipagut rasa bersalah.Hati dipukul dengan setiap perbuatan yang dilakukkannya pada isterinya itu.Terbayang segala kekasarannya pada Iman.Tengku Zarul duduk disisi Iman.Mengengam erat tangan Iman yang layu.

Memerhatikan wajah pucat yang lesu terbaring.Perlahan lahan dia mengusap rambut panjang Iman dengan dengan penuh kasih.Selama ini jarang sekali dia melihat rambut panjang isterinya itu.Iman lebih senang bertudung bila keluar rumah.Kalau didalam rumah pula di lebih senang mengelakkan diri dari bertembung dengan Tengku Zarul.
“Iman bangunlah.Abang minta maaf.Abang berdosa pada Iman.Bangunlah sayang.”dia merintih lagi.

Mengharapkan Iman mendengar setiap kata katanya.Ingin rasanya dipeluk tubuh layu itu.Terbayang wajah ayu wanita itu,hati tersentuh bila melihat wanita ayu itu kini sedang terbaring lemah dan lesu didepannya semata mata kerana perbuatannya yang tidak bertanggungjawab.



Iman membuka mata perlahan lahan.Hairan melihat keadaan keliling yang begitu asing baginya.Seingatnya semalam dia masih berada dirumah sewa Amir.Tapi keadaan disini begitu asing baginya.Tiba tiba terasa tangannya digengam erat seseorang.

Terkejut pabila melihat Tengku Zarul sedang tidur dibirai katil.Tangan lelaki itu mengengam erat tangannya.Hati terusik melihat lelaki itu sedang nyenyak tidur.Inikah Tengku Zarul yang dikenalinya selama ini. Kenapa lelaki itu menukar fikiran?Sedangkan selama ini Tengku Zarul begitu membencinya. Tapi kini lelaki itu sedang tidur keletihan sambil mengengam erat tangannya.

“Puan beruntung,suami puan tak tidur sejak semalam.Kesian saya tengok dia tak tentu arah semalam.”

Iman diganggu seorang jururawat yang menukar air untuknya.Dia terpana mendengar kata kata itu.Tak tidur semalaman?Untuk apa Tengku Zarul sanggup berjaga untuk -nya?Bukankah Tengku Zarul membencinya?

“Terima kasih nurse.Dah lama ke dia disini?”dia bertanya.Inginkan kepastian.

“Sejak puan dimasukkan semalam.Puan beruntung,susah nak cari suami yang penyayang macam suami puan zaman sekarang ni.”jururawat itu berlalu pergi setelah selesai kerjanya.

Iman tersenyum.Alangkah indah kalau kata kata itu benar benar berlaku.Tapi hakikatnya tidak seindah mimpi.Hakikatnya Iman membenci lelaki itu.Lelaki itu terlalu banyak menyakiti hatinya.Lelaki itu yang menghina dan mengherdiknya sesuka hati.Hati lelaki itu bukan untuknya.Hanya untuk Natasha.

Beginikah hidupku selamanya?Tiada penghujung?Sampai bila harus diteruskan derita ini.Segala yang diidamkan tak pernah menjadi kenyataan.Dia impikan kasih sayang papa tapi papa telah lebih dahulu menyahut seruan Ilahi.

Bila dia dambakan kasih seorang ibu,mama pergi meninggalkannya.Dan kini bila dia memerlukan tempat bergantung,ia bukan miliknya.Milik seseorang yang bakal merampasnya kembali bila bila masa.Iman tersedu.Air mata mengalir lagi.Iman bencikan dirinya.Air mata bagai tak pernah mahu berlalu dari hidupnya.Malahan air mata terus menerus menemaninya walaupun dia tidak sudi.

“Iman,kenapa ni?”Tengku Zarul merenung isterinya itu.Dia tersedar bila mendengar sedu yang amat menyayat hati.Sebak melihat isteri yang sedang menahan sedu.

“Tak ada apa apa.”Iman segera mengesat air yang mengalir.Pertama kali mendengar lelaki itu menyebut namanya.Ingin ditariknya tangan dalam gengaman Tengku Zarul tetapi lelaki itu enggan melepaskannya.

“Kenapa ni?Beritahu abang.”dia memujuk lembut.Bangun dan duduk dibirai katil berhadapan dengan Iman.

“Tak ada apa apa.Awak pergilah balik.”dia bagai mati tingkah bila mendengar lelaki itu membahasakan dirinya abang.Dah kenapa dengan Tengku Zarul.Sekarang ni bukannya kami dekat rumah siapa siapa.Kami dekat hospital.

“Tak apalah.Abang tunggu Iman sekejap.Lagipun nanti mak long dan umi nak datang. Abang risau nak tinggalkan Iman sendirian.Lepas mereka datang nanti abang balik mandi nanti abang datang balik.”dia bersuara lembut.Tersenyum pada wanita itu.Lembut dia mengusap rambut Iman yang lembut.Dia tahu Iman tertanya tanya dengan perubahan mendadak itu.Dia sedar isterinya itu tidak mempercayai apa yang sedang berlaku antara mereka saat itu.

“Tak apalah.Tak perlu susah susah.Saya tak apa apa.Awak baliklah sekarang,lagipun ramai nurse dekat sini.”dia pelik melihat perangai Tengku Zarul kali ini.Apa pula yang merasuk lelaki itu hingga semua kata katanya yang kasar diganti dengan butir bicara lembut yang memukau hati Iman.

“Mereka banyak kerja lain nak dibuat.Tak dapat berikan perhatian pada Iman.Biarlah abang tunggu Iman sekejap.Lagipun tak lama lepas tu mak long dan umi datang,abang balik mandi sekejap.”dia mengusap lembut tangam Iman.Diperhatikan wajah yang sedang keliru itu.

“Kenapa awak nak buat semua ni.Tak perlu,saya tak perlukan simpati awak.Saya tahu jaga diri sendiri.Selama ni pun saya hidup sendirian.”

Tengku Zarul tersentak mendengar kata kata yang lahir dari mulut kecil itu.Marahkah Iman dengan dirinya?

“Abang minta maaf,selama ni abang lukakan hati Iman.Abang tak mahu kehilangan Iman.Abang minta maaf andai ada kata dan perlakuan abang yang menyakitkan hati Iman.Abang janji takkan mengulanginya lagi.Maafkan abang ya.”dia mengucup lembut tangan Iman yang digengam sejak tadi.

Iman terpana.Pertama kali mendengar ucapan maaf dari mulut lelaki yang amat membencinya.Dari lelaki yang begitu ego.Akhirnya lelaki itu tunduk meminta maaf.Dia keliru.Iman kebingungan.

Betulkah apa yang didengarinya?Tengku Zarul meminta maaf!Iman diam tidak bereaksi.Masih tidak mempercayai apa yang berlaku didepan mata. Keheningan terus mencengkam.Namun tidak lama bila pintu bilik dikuak Datin Tengku Datul dan Datin Kalsom.

Mereka tersenyum memerhatikan budak berdua itu.Sejuk mata mereka melihat Tengku Zarul sedang mengengam erat tangan Iman.Lapang rasanya bila menyangkakan masalah yang melanda rumah tangga keduanya telah selesai.

“Mak long,umi.”Tengku Zarul menyapa keduanya.Masih duduk disitu,masih tidak melepaskan tangan isterinya.

“Apa kabar nak?”Datin Tengku Datul menghampiri Iman.Dia menguncup mesra dahi menantu itu.Lapang rasa dada melihat keduanya yang kini telah berbaik semula.

“Baik umi.”dia tersenyum.Rasa riang melihat kedatangan keduanya.Hilang terbang segala masalahnya dengan Tengku Zarul bila melihat senyuman penuh sifat keibuan dari kedua wanita yang amat disayanginya.

“Walid dengan pak long kemana umi?”Tengku Zarul yang sejak tadi diam,bertanya bila hanya kedua wanita itu yang kelihatan.

“Mereka dapat call dari ofis tadi.Tak dapat datang.Mereka tak mahu kamu balik dulu. Kalau nak balik pun tunggu Iman sembuh baru balik sama sama.Mereka nak kau bawa balik tuan puteri ni.”Datin Kalsom mengusik keduanya.Iman tersenyum tawar sementara Tengku Zarul pula tersenyum penuh makna.

“Tengku Zarul,pergilah balik.Biar mak long dengan umi aje yang jaga Iman.”Datin Tengku Datul memandang anak yang sedang leka memerhatikan wajah menantu itu.

“Baiklah umi.Tengku Zarul balik ke hotel dulu nanti lepas mandi Tengku Zarul datang balik.”dia tersenyum memandang uminya.

“Mak long,umi Rul minta diri dulu ya.”dia menyalami keduanya.

“Abang balik dulu ya.Nanti abang datang balik.”Tengku Zarul menghampiri Iman, seperti biasa Iman menyalami tangan suami itu.

Walaupun marah masih bersarang tapi rasa hormat masih ada pada lelaki itu.Walauapapun yang terjadi kini yang pasti Tengku Zarul adalah suaminya.Dan sekali lagi dia terpana bila dihadiahkan sebuah kucupan hangat didahinya. Tengku Zarul tersenyum nakal memerhatikan wajah Iman yang merah padam.Sementara itu mak long dan uminya hanya mengelengkan kepala sambil mendoakan kebahagian untuk mereka.

No comments:

Post a Comment