Monday, August 1, 2011

Iman 19

Iman termangu sendirian.”Saya nak ingatkan awak.Awak tu isteri saya”.

Dia mengulangi kembali kata kata Tengku Zarul.Dah kenapa dengan mamat ni?Jealous ke?Kan dia juga kata yang aku ni teman serumah aje.Lagipun antara kami tak boleh bersama.Dia dah lupa ke apa yang dia kata?Tiba tiba pulak nak ingatkan yang aku ni isteri dia.



“Kalau dah tak tahu tanyalah.Jangan memandai mandai nak buat apa apa kalau saya tak suruh.”dia bersuara keras.

Entah mengapa kemarahannya memuncak sejak peristiwa semalam.Begitu sukar untuk dihapuskan bayang Iman.Dia semakin tertekan.Takut pada hati yang kini telah pandai merindu gadis itu.Takut pada hati yang berdebar tiap kali berdepan dengan isterinya itu.

“Saya minta maaf.Saya ingatkan awak tak nak pakai lagi baju tu.Awak letak dimeja.Saya ingatkan baju kotor.”Iman tunduk menghadap Tengku Zarul.Bagai pesalah yang menanti hukuman dari hakim.

“Awak memang tak boleh diharap.Kan saya dah kata jangan usik barang barang saya. Jauhkan diri dari barang barang saya.Mudah aje kan.Takkan itupun awak tak faham faham lagi.”dia masih terus membebel sambil mengikat tali kasut.Namun suara diperlahan kan bila melihat wajah muram Iman.

“Dahlah tu.Lain kali jangan cuba nak berlagak pandai kalau awak tu bodoh.”dia melangkah meninggalkan Iman sendirian.

Iman tersentak mendengar suara kasar Tengku Zarul.Takkan hanya kerana dia silap membasuh baju yang nak dipakainya malam itu Tengku Zarul sampai sanggup mengeluarkan kata kata kesat padanya.

Hanya kerana kesilapan kecil sampai sanggup Tengku Zarul mempermainkannya. Sampai begitukah Tengku Zarul membencinya.Buruk sangatkah dia sampai Tengku Zarul tidak langsung bersimpati padanya.Baju Tengku Zarul yang bergatungan dalam almari besar terbayang dikotak fikirannya.Takkan tak boleh pakai baju lain?



“Lain kali jangan masak lagi.Tak ada selera tahu tak saya nak makan semua ni.Kalau awak nak masak awak masak untuk awak seorang.Saya tak hingin nak makan.”Tengku Zarul memandang kosong sarapan yang tersedia didepan mata.
“Kalau awak tak nak makan tak apalah.Saya minta diri dulu.Hari ni mungkin saya balik lewat sikit.”

Iman tidak mahu mengendahkan kata kata Tengku Zarul.Takut nanti makin dilayan makin sakit hatinya.Terus dia mengambil briefcase.Tangan Tengku Zarul dikucup lembut.Pantas dia melangkah menuju ke arah keretanya.Hati begitu meronta ronta ingin keluar dari rumah besar itu.Tiap kali ingin kepejabat Iman merasakan yang dia terlepas dari satu beban yang amat menyeksakan.Tiap kali kepejabat dia merasakan dirinya bagai hidup semula.

Kebiasaan yang tercipta dengan sendirinya itu tak pernah diabaikan.Selama ini tiap kali dia keluar rumah dia akan mendapatkan tangan Tengku Zarul sebagai meminta restu dari suaminya itu.Walaupun dia tahu Tengku Zarul tidak sudi langsung memandangnya.

Tengku Zarul tersentak.Dia terpana.Kucupan lembut ditangannya meninggalkan satu kesan yang tidak dapat ditafsirkan.Tiap kali keluar rumah tak pernah sekali pun Iman meninggalkan nya begitu saja.Tiba tiba dia keliru.Antara Iman dan cerita Natasha.Antara kebenaran dan penipuan.Dia tidak mahu menjadi mangsa penipuan andai benar apa yang dikatakan Natasha dulu.



“Awak nak makan ke?”dia bertanya pada Tengku Zarul setelah disuruh Datin Tengku Datul.

Sejak petang tadi mereka bertandang kerumah besar itu.Kemesraan Datin Tengku Datul dan Datuk Tengku Zaman mengubati hatinya.Sekurang kurangnya mereka tidak bersikap seperti anak mereka itu.

“Tak apalah.Awak letak aje kat situ.Nanti saya ambil sendiri.”

Dia memandang Iman sekilas.Tadi dia bagai terpaku melihat senyuman manis Iman melayani kerenah uminya. Nyata sekali uminya menyenangi menantu itu.

Selama ini jarang dia melihat Iman tersenyum.Selama ini Iman lebih senang mendiamkan diri.Selebihnya dia lebih suka berkurung dalam biliknya.Lepas siapkan makan buatnya Iman terus menghilang.Tapi pasti tiap kali itu pinggan makannya dah pun siap dibasuh.Entah bila Iman membersihkan nya dia sendiri tak perasan.Atau mungkin kerana sikapnya sendiri yang membuatkan Iman jauh darinya.

“Ambillah Rul.Mama penat masak kuih tu.”Datin Tengku Datul mencelah dari belakang.
Tengku Zarul menuruti kata kata uminya.Kuih yang ditatang Iman dicapainya sekeping.

“Kenapa sejak kamu datang tadi umi dengan asyik bersaya awak aje?Kan lebih elok kalau Iman bahasakan Tengku Zarul dengan panggilan abang,Umi rasa lebih manis kan.”Datin Tengku Datul tersenyum.

Dia dapat mengesan ada sesuatu dalam rumah tangga yang baru dibina itu.Ada sesuatu yang disembunyikan budak berdua itu.Dia tersenyum lagi bila melihat kata kata itu menyentakkan mereka berdua.

“Itulah Umi,Rul dah cakap dengan Iman.Tapi dia tak nak dengar.”Tengku Zarul tersenyum kecil memandang Iman yang serba salah itu.Dia mengenyitkan mata memandang Iman.Berjaya mengenakan isterinya itu.

“Kalau macam tu Umi rasa elok kalau Iman mulakannya sekarang kan.”dia tersenyum lagi.Iman hanya mengganggukkan kepala saja.Sakit rasa hatinya bila dikenakan Tengku Zarul.


“Saya harap awak tak salah faham okey.Panggilan tu just kalau kita dirumah Umi atau dirumah mak long awak aje.”Tengku Zarul bersuara serius.

Memandang Iman yang sibuk melihat pemandang diluar kereta.Dia segera memalingkan muka menghadap semula jalan raya. Bukan apa dia takut kalau lama menikmati wajah ayu itu hatinya akan terpaut.

Tiba tiba dia diburu seribu persoalan.Adakah Iman sedang berlakon?Sikapnya kini tak langsung sama seperti apa yang pernah diceritakan Natasha.

“Okey,saya tak kisah kalau itu yang awak nak.”dia menjungkitkan bahu.Kini setelah hampir dua bulan menjadi isteri Tengku Zarul,dia tahu tentang satu sikap Tengku Zarul,lelaki itu suka memerintah orang lain.

“Baguslah kalau awak faham.Saya tak nak awak salah faham nanti.Lagipun saya masih sayangkan Natasha.”dia sengaja menyebut nama Natasha ingin melihat kemarahan Iman. Kalau betul selama ini Iman dan Natasha bermusuhan pasti akan tersemat kebencian disebalik wajah itu bila mendengar nama Natasha.Tapi dia hampa.Ketenangan Iman tidak sedikit pun tergugat dengan kata katanya.

“Saya tahu.Lagipun saya tak minta awak buat apa apa untuk saya.Saya pun tak kisah kalau awak buat apa yang awak suka.”dia bersuara lagi.Malas nak bertekak dengan Tengku Zarul.Dia tahu sangat hati anak muda itu.Tengku Zarul begitu menyayangi Natasha.Malahan pernah beberapa kali Natasha menerima kuntuman bunga beserta hadiah yang mencapai ribuan ringgit dari Tengku Zarul.

“Satu lagi,saya minta sangat kalau awak jangan berlakon.Tak penat ke?Saya sendiri pun dah naik penat tengok lakonan awak.”tiba tiba Tengku Zarul naik angin.Entah mengapa kemarahannnya tiba tiba meledak bila,mendengar jawapan selamba dari mulut gadis itu.

Buat pertama kalinya dia terasa dicabar.Sangkanya Iman sanggup berkata begitu semata mata kerana hartanya.Tiba tiba terbayang kemesraan antara Iman dengan uminya. Dia takut satu hari nanti hati uminya akan terluka bila tahu lakonan Iman.

“Apa maksud awak?”Iman tak faham.Langsung dia tak mengerti kata kata Tengku Zarul itu.Aku berlakon?Sejak bila pula aku pandai berlakon.

“Ya,kan selama ni awak memang bercita cita nak kawin dengan orang kaya kan.Sebab tulah awak sanggup berlakon jadi budak baik.Semata mata nak perangkap Amir.Adik Natasha.”dia meluahkan isi hatinya.Ingin Iman menghentikan semua lakonannya.

Dia tak mahu lagi gadis itu berpura pura didepannya.Dia dah muak untuk melihat kepura puraan yang diciptakan Iman.Di tambah pula bila dia melihat kemesraan Iman bersama seorang lelaki tempoh hari.Panas hatinya kian meningkat.Dia mula tidak dapat mengawal perasaannya.

“Apa yang awak merepek ni?”dia terkejut.Sungguh!Dia tersentak mendengar tuduhan itu.Aku berlakon semata mata nak kawin dengan anak orang kaya?

“Awak jangan ingat saya tak tahu okey.Awak memang tunggu peluang aje kan.Sebab tulah awak sanggup untuk kawin dengan saya walaupun awak tak pernah kenal saya.

Semuanya semata mata pangkat Tengku yang saya sandang.Kemewahan yang saya ada. Selama ni awak memang cemburukan Natasha kerana dia bertunang dengan sayakan. Awak boleh tipu orang lain Iman,tapi bukan saya.Saya kenal siapa awak sebenarnya.”dia bersuara lagi.

Kereta dah memasukki perkarangan rumah miliknya.Dia tiba tiba marah pada Iman.Benci pada gadis itu meluap luap.Selebihnya dia didorong dek perasaan cemburu bila mengingatkan Iman bersama seseorang yang kelihatan begitu mesra.

“Well,kalau awak kata yang awak mengenali saya.Saya rasa awak silap Tengku Zarul.
Nampaknya awak belum mengenali siapa saya sebenarnyaTengku.”Iman bersuara.

Getar nada suaranya jelas menunjukkan kedukaan yang bertamu akibat tuduhan yang melampaui batasan.Pantas pintu kereta dibuka.Dia melangkah laju masuk kedalam rumah.Pintu bilik dikunci rapat.

Didada katil dia menghamburkan air mata.Tak menyangka dia akan mendengar kata kata hinaan daripada Tengku Zarul.Selama ini dia tahu Tengku Zarul bencikan dirinya,tapi tak menyangka begitu sekali tanggapan Tengku Zarul terhadap dirinya.



Perempuan tak tahu malu.Tak reti reti agaknya.Aku kata hentikan,hentikanlah.Ingat dia buat macam ni aku akan suka dekat dia ke?Tengku Zarul memandang hidangan sarapan pagi yang tersedia diatas meja.Dia tak reti marah ke?Semalam dah kena sembur pun tak serik.Ini semua kerana duit yang ada pada aku.Kalau tak dah lama dia lari ikut jantan lain.Sama macam mak dia.Teringat cerita Natasha yang ibu Iman lari meninggalkan bapa Iman semata mata mengikut lelaki yang lebih kaya.

“Sama aje perangai macam mak awak.Kalau awak dah kemaruk sangat nak cari suami kaya,baik awak buat macam mak awak.Lari dengan orang tua yang dah nak mati.Lepas dia mati dapatlah awak harta dia.”lancang mulutnya bersuara memandang Iman yang menatang minuman.

Berderau darah Iman mendengar kata kata tajam itu dari mulut Tengku Zarul.Perlahan lahan dia melangkah setapak demi setapak.Dulang minuman diletakkan diatas meja,perlahan dia menghampiri Tengku Zarul yang sedang duduk di meja makan.

“Awak memang kaya.Awak memang berpangkat.Tapi sayang awak tak mewarisi sifat dan budi ibu bapa awak seperti mana awak mewarisi harta dan pangkat mereka Tengku Zarul.”Iman bersuara dalam tangisan.Selama ini luka ditinggalkan mama masih belum terubat,ditambah pula luka disakiti Natasha dan kini Tengku Zarul melebarkan lagi kelukaan itu.

“Hei….”Tengku Zarul bersuara lantang.Mengekori langkah Iman yang melarikan diri kedalam biliknya.

“Apa maksud awak dengan apa yang awak katakan hah?!Awak tu yang tak sedar diri.Tak habis habis nak mengikis harta orang.Kalau awak bagus sangat pandai pandailah awak cari tempat lain.Saya rasa disini tak sesuai dengan awak.”dia menjerit lantang.

Hatinya panas mendengar kata kata Iman yang menyindirnya.Namun seketika kemudian langkahnya terhenti bila mendengar esakkan halus dari dalam bilik itu.Dia mula tidak yakin dengan keputusannya.Dia mula kesal dengan kata kata yang dilafaskannya. Benarkah aku?

3 comments:

  1. kesian dgn Iman ye tak habis-habis diherdik oleh
    Zarul..cepatlah sambung.

    ReplyDelete
  2. aah la....
    cite dh best...
    tp bpe kali nk ulg???

    ReplyDelete