Friday, July 29, 2011

Queen Control 1

Mari-mari tuan dengar ini cerita
Suami saya asyik balik awal saja
Ada pembantu baru katanya
Tentu dia perempuan muda...

TUP! Dia menutup iklan yang ditunjukkan dalam laptop tersebut. Iklan zaman tok kaduk itu tidak menarik minatnya. Ingat ini zaman 90-an ke? Apa kena-mengena iklan Axion dengan iklan kecantikan! Tidak ada kaitan langsung! Apakah staf-staf Elite sudah kekeringan idea untuk menghasilkan iklan yang lebih bermutu. Jangan buat lawaklah. Dia tidak mahu staf-staf Elite makan gaji buta di sini.

Elite sudah lima tahun bertapak dalam dunia pengiklanan. Malah Elite pernah mengungguli beberapa anugerah iklan terbaik atas usahanya selama berkhidmat di Elite. Nama Elite akan tercemar jika proposal iklan sebegini. Di mana Putri Tasnim mahu letakkan muka cantiknya ini? Takkan dia nak menyorok muka di dalam almari. Sudah macam lagu 'Jerangkung Dalam Almari' pula.

“Guys! Apa ini? You ingat I mahu bikin iklan pencuci pinggan!” Putri Tasnim melenting.

“Miss Tas...kami benar-benar sudah kekeringan idea. Idea kami asyik tidak boleh dipakai guna. Bayangkan kami terpaksa berhadapan dengan klien yang begitu cerewet seperti Mr. Don tu!” Bangkang Jamie. Sebenarnya bukan Mr. Don yang cerewet tapi Cik Putri Tasnim bakal andartu ini. Tambah garam dengan gula pun masih tidak cukup perisa. Kalau bukan kerana gaji bekerja di sini mahal, dia sudah lama angkat kaki. Lagipun sekarang bukan senang mahu mendapatkan pekerjaan. Ada kelulusan pun belum tentu dapat cari makan.

“Itu alasan lapuk. You fikir I akan terima alasan you all? Please....” Putri Tasnim sudah buat mimik muka menyampahnya itu. Adakala mereka tidak tahan dengan kerenah Putri Tasnim the Heads of Executive in Elite. Hari-hari datang bulan!

Jamie menggigit bibir. Ikutkan hati mahu saja dia hentak-hentak kepala perempuan itu di atas meja mesyuarat. Perempuan seorang ini sering menguji kesabarannya.

“Tidak salah jika kita just copy that idea tetapi kita ubahsuai seratus-peratus mengikut kreativiti kita.” Sampuk Cherly.

“My answer it’s...NO!” Putri Tasnim menghentakkan kedua belah tangannya di atas meja. “I tidak mahu iklan yang tangkap muat!”

“But Miss Tas...”

“I say NO!”

“Fine!” Cherly mengangkatkan keningnya. Dia menghela nafas kecil. Bilik mesyuarat itu menjadi hening.

Putri Tasnim memicit kepala yang tidak sakit. Tiga hari lagi! Tiga hari lagi dia akan membentangkan proposal iklan kecantikan itu kepada kliennya Mr. Don. Satu kertas kerja pun tidak ada lagi. Masakan dia akan melepaskan projek iklan yang akan memberikan dia keuntungan berganda. Ratusan ribu ringgit berada dalam tangan jika projek iklan itu berjaya.

“Jamie! Esok saya mahu satu kertas kerja yang berkualiti berada di atas meja saya! Meeting kita tamat di sini!” Putri Tasnim bingkas bangun. Dia melangkah keluar. Pintu bilik mesyuarat itu dihempaskan dengan kuat. Mereka mengurut dada masing-masing.

Jamie menelan air liur. Dia berkali-kali meraup muka. Gua mana dia perlu bertapa sepanjang hari ini untuk mendapatkan secebis idea yang berkualiti. Atau dia kemaskan kain baju dan menghilangkan diri. Jamie rasa mahu meraung!

BUNYI ketukkan di luar bilik pejabatnya itu langsung tidak diendahkan. Kedua belah telinganya telah disumbatkan dengan earphone. Tangan kanannya pula menongkat pada dagu yang melekuk itu. Wajah tampan itu agak suram. Suram seperti hari-hari sebelumnya. Deringan telefon juga sudah tidak diendahkan. Dia tidak larat mahu menjawab panggilan 24 jam sehari itu. Dia juga tidak larat menghadap fail-fail yang kian meningkat ketinggiannya di atas meja itu.

Pintu bilik pejabat itu dikuak perlahan. Seorang gadis melangkah masuk bersama beberapa buah fail di tangan. Wajah gadis itu menyeringai. Dia menyentap earphone pada telinganya. Dia merenung tajam lelaki bersut serba hitam di hadapannya itu. Dia hempaskan fail-fail tersebut di atas meja lelaki terbabit.

“Apple jangan renung I macam singa betina.” Desisnya.

“Tuan Tiryaq Bin Tengku Irsyad! Ahli lembaga pengarah sedang menunggu Tuan Pengarah di bilik mesyuarat. Dua jam mereka panaskan punggung atas kerusi ekslusif tu. Tuan Pengarah masih terperap di sini.”

“Elok panaskan punggung. Lagipun dalam bilik itu berair-cond. Apa kata awak saja yang gantikan tempat saya.” Tiryaq tersengih.

Apple menjegilkan biji matanya. Rasa nak lempang saja muka ketuanya itu. Dia boleh buat lawak tidak kelakar waktu genting begini.

“Tuan Pengarah mahu saya minta tolong security guard heret tuan ke bilik mesyuarat ke?”

“Boleh juga. Saya rasa malas sangat nak bangun dari kerusi empuk saya ini. Best juga kalau ada orang angkatkan.”

Bila masa pula lelaki ini buat perangai gila meroyan. Tuan Pengarahnya itu ada salah makan ubat tak malam tadi. Semalam elok saja dia mesyuarat sana dan sini. Kerja tidak menang tangan. Workholic punya pengarah besar. Apple mengusap dagu.

“Tuan Pengarah sakit ke? Atau ada fius yang tercabut dalam kepala tuan.”

Tiryaq pecah ketawa. Dia bangkit dari kerusinya. Dia merapati Apple. Dia jentik dahi luas Apple lalu melintasi gadis itu. Apple memalingkan tubuhnya. Laju kakinya mengekori langkah Tiryaq.

Suasana riuh di dalam bilik mesyuarat itu menarik minat Tiryaq. Dia menolak perlahan pintu bilik terbabit. Semua mata terarah kepada pemengang syer terbesar syarikat berkenaan. Tiryaq mengambil tempat duduk utamanya. Dia tidak duduk seperti gaya seorang pengarah besar sebaliknya dia naikkan kedua belah kaki atas meja mesyuarat. Kedua belah kaki panjangnya itu disilangkan. Lagak Tiryaq menjengkelkan hati mereka. Namun mereka tidak berani untuk bersuara. Tiryaq melirik senyuman sinis di hujung bibir. Apple setia berdiri di sisinya.

Bonda Arfah mengurut dada melihat kebiadapan Tiryaq. Dia pelik dengan perubahan tingkah-laku Tiryaq. Di mana kredibiliti Tiryaq sebagai pengarah besar? Tiryaq boleh menjatuhkan air mukanya. Bonda Arfah memberikan isyarat mata. Dia mahu Tiryaq menurunkan kaki dari meja tersebut. Tiryaq buat tidak peduli. Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar jeans hitamnya itu. Apple menepuk dahi. Gula-gula getah! Tiryah mengunyah gula-gula getah di dalam mulutnya. Pakar kajian psikologi kata mengunyah gula-gula boleh membantu meningkatkan daya tumpuan untuk jangka masa yang panjang.

Pop! Belon yang dibuat dari gula-gula getah itu meletup. Tiryaq memang sengaja mahu mengeruhkan suasana. “Di mana pembuka kata mesyuarat kita?” Tiryaq membuka suaranya.

“Perlu ke ada pembuka katanya?” Soalan berbalas dengan soalan. Siapa yang bersuara kalau bukan Puan Sahara, ibu saudara Tiryaq.

“Apa salahnya. Kalau auntie hendak berpantun sebagai pembuka mesyuarat pun boleh.” Tiryaq buat loyar buruk. Puan Sahara mengetap bibir. Panas hatinya kerana dipermainkan oleh Tiryaq.

“Tiryaq!” Bonda Arfah menjeling anak lelakinya itu. Tiryaq sengaja ingin mengeruhkan keadaan. Betulkah pemuda di hadapannya itu adalah Tiryaq? Hantu apa yang telah merasuk anak lelakinya itu? Tiba-tiba Tiryaq berubah menjadi orang lain. Hati tuanya kian gelisah.

“Hari ini anda boleh meluahkan perasaan tidak puas hati anda pada saya. Saya sedia mendengarnya. Biar saya jadi doktor psikologi anda. Apa salahnya kita berbincang dari hati ke hati.”

Ahli lembaga pengarah berpandangan antara satu sama lain. Ada yang berbisik sesama sendiri. Apple gelengkan kepala. Tuan Pengarahnya itu sudah sakit jiwa agaknya.

Sudah! Apa yang Tiryaq mengarut ini. Bonda Arfah mula merasakan pandangan matanya kelam. Serentak itu dia jatuh pengsan. Gamat jadinya. Tiryaq sekadar ketawa kecil. Dia baru buat gimmick sedikit. Pelbagai kejutan yang bakal menunggu bondanya. Tiryaq meninggalkan bilik mesyuarat itu bersama Apple. Dia tidak risaukan keadaan bondanya. Orang tua itu hanya pengsan kerana alami kejutan.

3 comments:

  1. Salam, kekwa22... ini bukan ke cerita kat blog Ilya Abdullah? macam mana boleh ada kat sini?

    ReplyDelete
  2. salam seorg wanita.

    memang cerita kat blog IIya Abdullah. kalo tengok blah kanan blog ni, memang ada nama dia. just wanna share kat blog sy ni.. kalo gie kat blog IIya Abdullah, belah kanan dia tulis

    'Harap tiada sesiapa mencuri idea atau men'copy' hasil karya di sini tanpa kebenaran dari Ilya, salah tu tau! Namun anda semua bebas untuk meletakkan karya Ilya di blog atau di FB anda ^_^ Terima kasih atas sokongan yang diberikan pada Ilya. Love you all!'

    sebab saya suke karya dia.. sy hope lebih ramai yang meminati karya dia. sebab tu saya share kat sini. one day, kalau di bukukan.. hope dia akan dapat banyak royalti sebab ramai yang tahu karya nya...

    ReplyDelete
  3. O, ok.. TQ for xplain.. May be patut letak nama Ilya kat tajuk citer ni sebab mula-mula saya ingatkan ini cerita lain.. bila baca, sama rupanya.. jadi confuse.. saya suka gak QC ni..

    kekwa22, saya suka sangat citer Iman tapi kenapa asyik keluar entry yg diulang-ulang? huhu.. excited bila nampak new entry tapi bila baca, rupanya yang sama, dah baca.. may be kekwa22 boleh tolong edit balik kat entry posts.
    looking forward for sambungan Iman.. TQSM!!! Selamat berpuasa! :-)

    ReplyDelete