Sunday, July 31, 2011

Queen Control 2

“TUAN Pengarah nak saya callkan hospital bahagia ke?” Soal Apple sebaik sahaja mereka berada berdua di dalam bilik pejabat mewah Tiryaq. Tiryaq berdiri menghadap ke arah bangunan-bangunan pencakar langit. Mulut Tiryaq masih tidak letih mengunyah gula-gula getahnya tadi.

“Apple! Awak tidak jemu ke tengok muka saya?” Dia renung setiausaha di hadapannya itu. Apple kerutkan dahi. Lain yang ditanya lain pula jawabnya.

“Kalau nak saya cakap yang jujur memanglah ada ketikanya saya bosan juga menghadap muka Tuan Pengarah.” Balasnya bersengaja. Tiryaq ketawa kecil. Bagus! Bagus! Jawapan jujur yang dia suka. Apple adalah orang yang paling dia percayai.

Tiryaq menarik nafas panjang. Dia kembali ke tempat duduknya. Laci meja kaca itu dibuka perlahan. Sampul surat berwarna putih itu dia hulurkan kepada Apple. Raut wajah Apple berubah. Lambat-lambat Apple mengambilnya.

Surat apa pula yang Tuan Pengarah berikan kepadanya ini. Tiada nama tertera pada sampul surat berkenaan. Surat wasiat? Tak mungkin. Kalau surat cinta pastinya berbau harum semerbak. Rasanya Tuan Pengarah tidak pernah melayangkan surat cinta kepada perempuan. Perempuan yang layangkan surat cinta untuknya termasuklah staf-staf di syarikat ini. Dia tukang bacakan untuk Tuan Pengarahnya. Apple nak muntah pun ada ketika membaca ayat-ayat syahdu yang terkandung di dalam surat-surat tersebut.

Ke hadapan kekanda Tiryaq Tengku Irsyad....Itu antara ayat yang menggelikan anak tekak Apple. Ayat macam budak sekolah yang sedang belajar cinta monyet. Lepas habis baca surat cinta yang berbakul-bakul itu, Apple akan bungkuskan dalam plastik sampah. Tiryaq bukan suka benda tidak berfaedah menyemak di dalam bilik pejabatnya. Dia rimas jika bilik pejabatnya berselerak. Tapi! Lain pula pada hari ini. Fail-fail kerjanya berlonggok-longgok atas meja. Satu fail kerja pun tidak diusik oleh Tuan Pengarahnya.

“Surat ini untuk awak. Awak baca setelah saya tidak tunjuk muka dalam syarikat ini. Kalau awak baca sekarang, maka saya akan behentikan awak kerja 24 jam!” Tiryaq memandang tepat ke dalam anak mata setiausahanya itu.

Ada-ada sajalah Tuan Pengarahnya ini.

“Tuan Pengarah mahu ke mana?”

“Saya ada kerja part-time di luar sana.”

Kerja part-time? Harta tidak habis dimakan pun buat kerja sampingan. Biar betul Tuan Pengarahnya ini.
“Tuan Pengarah memang buang tabiat. Tuan Pengarah dah nak mati ke?” Gerutu Apple.
Sekali lagi Tiryaq menjentik dahi luas Apple.

“Cabulnya mulut awak ye. Kalau saya mati, bersorak kaum kerabat Tengku Irysad. Awak bukan tidak tahu mereka tidak sukakan saya.”

“Siapa yang salah dalam hal ini? Tuan Pengarah jugakan. Siapa suruh Tuan Pengarah pecat Tengku Tyea dari jawatannya. Semestinya Tengku Tyea akan memberontak.”

Tiryaq ketawa kecil. Isu Tengku Tyea dilucutkan jawatan dari TIR Holding’s menggamitkan ahli lembaga pengarah yang lain. Dia hanya memberikan surat hitam putih pada Tengku Tyea melalui Apple. Mereka tidak pernah bertemu sejak Tiryaq memangku jawatan sebagai Pengarah di TIR Holding’s. Dia tidak memerlukan pekerja yang punya rekod buruk seperti Tengku Tyea. Perempuan itu sengaja mencetuskan kontroversi untuk meraih undi dalam lembaga pengarah. Biasalah politik dalam syarikat. Tengku Tyea memang ada hati ingin menjatuhkan Tiryaq dari kerusi Pengarah.

Tiryaq berbeza dengan ayahandanya Tengku Irsyad yang lebih bertolak-ansur. Pekerja yang gagal mengikut peraturan dan mempunyai displin yang teruk akan terus dipecat. Tiada rayuan mahupun surat-menyurat. Ini cara Tiryaq memerintah TIR Holding’s. Erti kata lain Tiryaq adalah diktator berkuku besi.

“Awak risaukan saya? Terharunya saya, Apple.” Tiryaq menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. “Awak sukakan saya ye....”

“Kalau saya lempang karang Tuan Pengarah akan pecat saya pulak. Tuan Pengarah benar-benar menguji kesabaran saya.” Apple bercekak pinggang. Pening dia melayan otak tiga suku Tuan Pengarah seorang ini. Ayahanda Tuan Pengarah tidak begini pula peelnya.

Apple tidak faham mengapa Tuan Pengarah tiada perkataan ‘Tengku’ di hadapan namanya tidak seperti kakak tirinya Tengku Tyea. Mungkin kerana Bonda Arfah dari golongan orang kebanyakkan. Bonda Arfah isteri kedua Tengku Irsyad. Dengarnya Tengku Tyea bukan anak kandung Tengku Irsyad. Tengku Ratna pernah berkahwin dengan sepupunya dan melahirkan Tengku Tyea. Setelah suaminya meninggal dunia, ibu bapa Tengku Irsyad mengahwini Tengku Ratna atas belas kasihan. Kisah Tengku Irysad dengan Bonda Arfah dia kurang pasti. Adakah mereka berkahwin atas dasar cinta atau sebaliknya? Rumit dia mahu memikirkan susun jalur keluarga Tuan Pengarahnya ini.

“Apple...awak pasti merindui saya nanti.”

“Saya rasa saya yang akan duduk di hospital bahagia nanti.” Apple merengus kecil. Betullah fius dalam kepala Tuan Pengarah sudah tercabut satu. Dia yang melayannya pun sudah sakit jiwa.

“Awak tempahkan untuk saya sekali. Boleh kita main boss dengan pekerja di sana nanti.”

Apple tidak membalas. Jalan terbaik keluar dari bilik Tuan Pengarah. Tiryaq hanya tersenyum simpul. Dia tiada niat mahu membuli Apple. Dia sekadar mahu mengusik setiausaha yang bermata empat itu. Liat juga Apple mahu mengukirkan senyuman di muka yang sentiasa tegang itu.

THE Proposal adalah filem kegemaran Putri Tasnim. Berapa belas kali dia menonton filem itu di wayang tanpa ada rasa bosan. Watak Sandra Bullock di dalam filem The Proposal itu seperti dirinya. Wanita elegant yang berkerjaya. Bezanya dia tidak perlu berkahwin olok-lok untuk tidak ditukarkan ke tempat lain. Dan hari ini dia telah memiliki dvd filem kegeramannya itu. Putri Tasnim berkira-kira mahu menontonnya setelah menyelesaikan visual untuk produk terbaharu Elite.

Hard Rock cafe adalah salah sebuah tempat Putri Tasnim melepak. Dia lebih suka minum sendirian di situ tanpa ditemani oleh sesiapa. Tiada sahabat mahupun teman lelaki. Dia lebih mementingkan kerjayanya di Elite. Elite adalah nombor satu. Tanpa usaha keras Elite tidak jadi seperti sekarang. Elite masih berada di bawah.

Putri Tasnim membuka beg tangannya. Sebuah novel berbahasa Inggeris dikeluarkan. Shopaholic hasil karya novelis Sophie Kinsella itu dibelek muka suratnya. Putri Tasnim amat menggemari penulis dari British ini. Dia mengumpul koleksi novel dari Sophie Kinsella.

“Hi! Are you alone? Or you ada teman?” Seorang lelaki berkaca mata hitam menegurnya.

Putri Tasnim menoleh. Dia pandang lelaki itu atas dan bawah. Dia mencebikkan bibir. Not my taste!

“Can I sit with you?” Lelaki itu melirik senyuman di bibirnya. Dia sudah lama memerhatikan gadis cantik itu di sini.

“Yes! Why not?” Balas Putri Tasnim. Tempat ini untuk semua orang. Takkan dia mahu menghalau lelaki itu pula. Dia buat tidak endah lelaki yang asyik mencuri pandang ke arahnya itu. Dia tahulah dia cantik.

“I Nazrin....you?”

Putri Tasnim bingkas bangun. Dia menutup novelnya.

“Soryy...you’re not qualified. Go home...look into the mirror first!” Putri Tasnim berlalu sambil melambaikan tangan. Lelaki itu mengetap bibir. Perempuan sombong! Dia fikir dia cantik sangat! Boleh blahla...

Putri Tasnim menuju ke kereta volkswagennya. Dia campakkan beg tangannya ke tempat duduk belakang. Putri Tasnim memandu keluar dari tempat letak kereta terbabit. Gelagatnya diperhatikan oleh seorang lelaki yang turut berada di tempat parker kereta itu. Lelaki tersebut melirik senyuman di bibir. Dia melangkah masuk ke dalam keretanya.

“Wow! Hari ini dia palai Volkswagen new Golf GTI. Branded tu! I tidak faham kenapa you asyik mengekori dia. You kenal kenal dia?” Teman di sebelahnya bersuara.

“Of course! I dengan dia pernah sama-sama belajar di United States of America dalam art and design. She is talented in the field of art and design. I like her very much.”

“What?”

“I say I like her!”

“Tihran...are you serious!” Gadis tomboy yang berkulit hitam manis itu merenung tepat pada wajah teman baiknya. Tihran tersengih. Dia anggukkan kepala.

“What wrong Jackie?Adakah pilihan I adalah salah.”

Jackie menggelengkan kepala. Dia bukan tidak sukakan pilihan Tihran tetapi...entahlah. Dia tidak berapa berkenan dengan Putri Tasnim. Lagak perempuan itu sudah menunjukkan segalanya. Beberapa hari ini dia diheret oleh Tahrin untuk mengekori perempuan itu. Dia terpaksa ambil cuti emergancy. Mujur Susie sudi cover line untuknya. Dia risau jika Bong dapat tahu yang dia ambil cuti semata-mata melakukan aktiviti tidak berfaedah ini. Jackie garu kepala.

“I cantik tak?” Soal Jackie. Tihran tidak berkelip mata memandang teman baiknya itu. Apa hal pula dengan Jackie ni? Tiba-tiba bagi soalan pelik. Argh! Jawab sajalah.

“You cantik kalau you ubah penampilan kejantanan you itu.” Balas Tihran. Jackie tersengih. Tengok! Siapa kata awek tomboy tak cantik. Tihran kata dia cantik.

“I laparlah. Jom! Kita pergi melantak.” Jackie menepuk-nepuk perutnya.

“I pun lapar jugak ni. Kita pergi Pizza Hut boleh.”

“No problem!”

PUTRI Tasnim merentap gelang Jed dari tangan lelaki berambut keperangan itu. Dia tidak berpuas hati! Dia yang nampak gelang itu dahulu. Amoi yang berada di depan mata mereka itu gelengkan kepala. Gelang jed yang tinggal satu itu juga yang menjadi rebutan kedua-dua pelanggannya ini.

Putri Tasnim membulat biji matanya sebesar mungkin. Dia ingat dengan membesarkan biji matanya lelaki itu akan takut. Minta maaflah. Lelaki itu hanya ketawa melihat gelagat kebudakkannya.
“Apple...mata dia besar macam mata ikan emas dalam aquarium saya.” Dia bersuara pada gadis bermata empat di sisinya itu.

Apa! Berani dia samakan mata aku dengan mata ikan emas dia. Putri Tasnim pijak kaki lelaki itu dengan kasut tumit tinggi.

“Aduh! Apa ni main kasar!” Lelaki itu menjerit kecil. Terjengket-jengket dia dibuatnya.

Rasakan! Padan dengan muka kau! Bibirnya mungilnya mengukir senyuman sinis. Dia angkat kepala lalu menuju ke kaunter pembayaran. Gelang Jed itu diberikan kepada amoi menjaga kaunter berkenaan. Wang not sebanyak dua ratus ringgit dihulurkan. Lenggoknya menjadi perhatian pelanggan lain di dalam kedai Jed dan Kristal terbabit. Lelaki bersiul dan yang perempuan meluat dengan gedik santai Putri Tasnim.

“Kalau kaki Tuan Pengarah berlubang kita pergi saja ke hospital.” Suara Apple. Dia duduk mencangkung menghadap muka Tuan Pengarahnya. Berkerut seribu muka Tuan Pengarah.

“Awak kena dukung saya. Saya rasa macam tak boleh berjalan ni.” Renggek Tiryaq.

Apple mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya.

“Helo Veelu! Tuan Pengarah kesayangan you cedera parah di sini. Boleh you datang di...” Apple menyatakan tempat mereka berada kepada lelaki bernama Veelu di dalam talian itu. Veelu adalah salah seorang pengawal peribadi Tiryaq yang bertubuh sasa sebesar Malek Noor. Seorang lagi bernama Deen. Pengawal peribadi yang seorang itu lebih besar dari Veelu. Kedua-duanya bermuka bengis.

Veelu dan Deen selalunya akan mengawasi Tuan Pengarah. Mereka perlu menjaga keselamatan Tuan Pengarah dengan ketat. Al-maklumlah Tuan Pengarah ramai musuh dalam selimut. Tuan Pengarah pula yang mengada-ngada tidak mahu kedua pengawal peribadinya mengekori dia. Dia mahu berjalan membeli-belah hanya ditemani oleh setiausahanya, Apple.

“Awak sengaja panggil Veelu datang sini.”

“Dia sahaja yang larat dukung Tuan Pengarah. Tuan Pengarah boleh bermanja dengan dia.” Apple pula tersengih kali ini. Tiryaq menghela nafas kecil.

“TUAN!” Veelu menyerbu ke arah Tiryaq. Dia memeriksa keadaan Tuan Pengarah
kesayangannya itu. Tiada pula kecederaan yang berat. Apple kata Tuan Pengarah cedera parah. Veelu mengerling Apple tajam. Apple sekadar menyilangkan tangan.

“Saya hanya cedera kecil sahaja.” Tiryaq menunjukkan kaki kirinya yang dipijak oleh perempuan tadi. Sakitnya masih berdenyut.

“Siapa yang berani mencederakan tuan? Biar saya belasah dia sampai lumat!” Veelu mengepal penumbuknya.

“Tunggu apa lagi. You dukung Tuan Pengarah kita ini bawa balik ke singgahsana dia.” Apple mengarah. Veelu angguk kepala.

“Eh-eh-eh...nanti dulu....Saya...” Belum Tiryaq habis berbicara tubuhnya sudah diangkat oleh Veelu. Semua mata memandang ke arah mereka. Tiryaq rasa dia macam tuan puteri pulak kena dukung dengan pengawal istana. Apple benar-benar mengenakan dia. Dia hanya tersenyum dan memberikan lambaian kepada orang ramai yang mengunjungi kawasan itu.

3 comments:

  1. hai kekwa22, sy nk mntk tlg kalau boleh jgn la ulang2 entry yg sama utk cerita iman...thx..;)

    ReplyDelete
  2. sha_hasb

    kesulitan amat di kesali. sy pun tak tahu ce mana berlaku. sorry

    itu_aku +_^zue
    sila refer queen control 1

    ReplyDelete