Thursday, June 23, 2011

Iman 9

“Datuk,Datin panggil.Katanya ada hal penting diatas.”

Surina pembantu rumah mereka mendekati Datuk Syukor.Dia juga turut tidak senang hati melihat keadaan Datin Kalsom.Kemudian dia melangkah keluar mencari Datuk Tengku Zaman dan Datin Tengku Datul seperti yang diarahkan Datin Kalsom.

“Kenapa boleh jadi macam ni Datuk,Datin.Malu kami nak hadap muka kalau perkawinan ni tak jadi.Mana kami nak letak muka kami ni.”

Datuk Tengku Zaman gelisah.Tak sangka dia akan menghadapi situasi begitu.Sedangkan perkawinan itu bukan perkawinan paksa.Natasha sendiri telah mempersetujuinya.

“Kami minta maaf Datuk.Kami tak sangka anak kami sanggup buat macam ni.”Datuk Syukor menghampiri Datuk Tengku Zaman.Sementara Datin Kalsom dan Datin Tengku Datul menangis sesama sendiri.

“Malu kita Datuk.Mana kita nak letak muka kalau perkawinan ini tak jadi.Datuk pun dapat malu kami pun dapat malu.Satu negeri tahu anak kita nak kawin,tapi….”Datuk Tengku Zaman tidak dapat meneruskan kata katanya.

“Saya ada satu cadangan.Itupun kalau abang setuju.”Tiba tiba Datin Kalsom bersuara dalam esak tangisnya.

“Apa dia?”Datuk Syukor dan Datuk Tengku Zaman bertanya serentak.

“Iman……itu pun kalau Datuk dan Datin setuju.”Datin Kalsom bersuara perlahan.
Datuk Syukor segera memahami maksud isterinya dan mengarahkan Iman dan Tengku Zarul dipanggil.Sementara itu Datuk Tengku Zaman dan DAtin Tengku Datul ber -pandangan sesama sendiri.

“Tapi pa,kenapa nak Iman gantikan tempat akak.Batalkan ajelah.”Amir tidak berpuas hati dengan kata kata papa dan mamanya.Dia memandang Datuk Tengku Zaman dan Datin Tengku Datul yang sedang memujuk Tengku Zarul.

“Tak boleh Mir.Kan Amir pun tahu.Maruah papa dan Uncle Zaman akan tercemar kalau perkawinan ini batal.Mana papa nak letak muka?”dia bersuara.

Mereka hanya menantikan persetujuan Tengku Zarul,bila isterinya berjaya mendapatkan persetujuan Iman.Dia tersenyum pilu bila mendengar pengakuan Iman yang sanggup menyetujuinya kerana membalas budi yang mereka curahkan padanya selama ini.Dia tahu anak itu terpaksa. Tapi dia tidak ada pilihan lain.Hanya Iman yang diharap dapat menjadi penyelamat maruah mereka.

“Tapi pa,itu tak adil bagi Iman.”dia membela Iman lagi.

“Mir,kami tak terdaya.Kalau boleh memang kami mahukan yang terbaik untuk Iman tapi ini saja jalan yang kami ada Mir.”Datuk Syukor cuba menerangkan pada anak itu.


“Aku terima nikahnya Iman Wardina Binti Ghazali Hamza dengan mas kawinnya sebanyak dua ribu ringgit tunai.”dengan lafaz yang diucapkan Tengku Zarul kini sah Iman menjadi isterinya.Wanita yang tidak disukainya menjadi isterinya kini.Entah bagaimana kehidupan yang bakal dilaluinya kelak bersama wanita itu.

“Saya tak tahu nak cakap apa dengan awak.Tapi satu yang saya pinta dari awak.Jangan pandai pandai nak kongkong hidup saya.Antara kita tak lebih sebagai teman serumah.Itu saja.Dan satu lagi saya tak suka kalau awak ceritakan pasal perkara ni pada sesiapa pun.
Hal ni antara kita berdua.Orang lain tak perlu tahu.”

Tengku Zarul bersuara memandang Iman yang duduk dibirai katil.Dia melangkah ke sofa.Sikap Iman yang mendiamkan diri membuatkan dia seolah olah menang.Sepatutnya malam pertamanya merupakan malam yang indah tapi malam ini hilang serinya dengan kehadiran Iman.

Entah mengapa walaupun akal enggan menerima tapi hatinya bersetuju dengan permintaan umi dan walid untuk menikahi Iman.Sedangkan dia tahu semua perbuatan buruk yang Iman lakukan.

Entah mengapa dia masih bersetuju setelah tahu sikap Iman.Hati diburu geram pada penipuan Natasha.Hatinya panas bila mengingatkan gadis itu.Tak disangka Natasha sanggup mengenepikan perkawinan mereka semata mata mengejar nama dan pangkat.

Iman termangu mangu mendengar kata kata keras Tengku Zarul.Tak sangka begitu sekali penerimaan Tengku Zarul terhadapnya.Salahkah dia kerana bersetuju dengan permintaan mak long demi untuk menyelamatkan maruah mereka.Salahkah dia kerana bersetuju semata mata untuk membalas budi orang yang banyak berjasa padanya.

Salahkah aku?!Iman berfikir lagi sambil memerhatikan Tengku Zarul yang resah disofa panjang.Kenapa dia bersikap begitu pada aku.Bencikah dia pada ku?Dia diburu pertanyaan lagi.


Sikap Tengku Zarul masih lagi begitu.Tetap tidak berubah.Iman dah naik lali dengan sikap Tengku Zarul yang satu itu.Lelaki itu membencinya.Iya,dia tahu betapa Tengku Zarul membencinya.Lelaki itu amat membencinya.Malahan setiap apa yang dilakukakannya tidak menyenangkan hati Tengku Zarul.Dia mengingati kembali peristiwa semalam.


2 comments:

  1. A'aa.. akak setuju dgn blinkalltheday, naper entry baru ni sama entry Iman - 3. Harap kekwa22 boleh check balik... Sepatutnya sambungan daripada cerita Iman-7, Zarul berbaik dgn Iman yang sakit kat hospital... Rindu kat citer ni.. TQsm, kekwa22!!!

    ReplyDelete