Sunday, May 15, 2011

Iman 7

“Abang minta maaf.Sebenarnya abang tak sengaja.Abang tak terniat langsung nak sakiti Iman.”dia merenung wajah yang suram itu.Kesan luka didahi Iman diperhatikannya. Walaupun dilindungi tudung tapi masih lagi dapat dilihat dengan jelas.

“Tak apalah.Saya pun tak apa apa.”dia meneruskan kerja menyediakan sarapan untuk lelaki itu.Memang sejak berumahtangga,ah rasanya dia bukan berumahtangga lebih tepat lagi kalau dikatakan sejak mereka berkongsi rumah.Ya,antara dia dengan Tengku Zarul tak lebih sebagai seorang teman serumah.Ikatan perkawinan antara mereka hanya sebagai perhiasan.Hanya pada nama.Tidak lebih daripada itu.

“Abang hantarkan Iman ke hospital nak?Tak pun kita ke klinik?”dia bertanya.Perlahan lahan dia bangun mendekati Iman.Berdiri didepan isterinya itu.Tangannya menyentuh dahi Iman yang luka.

Iman berdebar bila berdiri hampir dengan lelaki itu.Perasaanya lain macam.Ada rasa malu yang menggunang.Dia seolah hanyut seketika dalam mimpi.Namun segera dia tersedar sesuatu.Tengku Zarul bukan miliknya!

“Tak payahlah.Lagipun saya tak apa apa.Setakat luka ni sikit aje.Luka lain lebih dalam daripada ni.”dia pantas menolak lembut tangan Tengku Zarul.Iman melangkah ke meja makan mengambil briefcase dan mendapatkan tangan Tengku Zarul sebelum melangkah kekeretanya.

Iman memang begitu,walaupun apa yang berlaku kebiasaan itu tetap diteruskan.Harinya dimulakan dengan mencium tangan suami.

Kata kata terakhir Iman begitu meninggalkan kesan dihatinya.Sungguh dia tidak berniat untuk menyakiti hati Iman.Tapi bayangan semalam masih mengekori.Dendam yang marak masih lagi membara.



“Kenapa dengan dahi tu?”Datin Tengku Datul mengelus lembut dahi menantu yang luka. Dia tahu apa yang tersembunyi disebalik seraut wajah lembut dan manis yang dipamerkan Iman.Dia tahu menantu itu terlalu baik.Terbayang pengorbanan Iman waktu itu.Ah,andai tak ada gadis itu pasti maruah mereka tercemar.Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan menantu itu.Iman seringkali menyembunyikan isi hatinya.

“Tak ada apa apa umi.Iman terlanggar tiang semalam.”dia tersenyum memandang wajah lembut milik Datin Tengku Datul.Hatinya rasa riang bila berada dirumah besar itu.Hati tenang pabila mendegar kata kata lembut Datin Tengku Datul.

“Kak long terlanggar tiang?Takkan tiang tu punya besar boleh terlanggar?”Nazrin mengusik kakak ipar itu.Dia amat menyenangi isteri alongnya itu.Walaupun mereka hanya berbeza setahun saja tapi rasa hormat pada Iman sedikitpun tidak tergugat.Malah perwatakkan Iman sering dijadikan panduan dalam memilih teman.

“Rul,kenapa dengan Iman ni?Rul pukul dia ke?”Datin Tengku Datul bertanya pada anak yang kelihatan diam sejak melangkah masuk.Selalunya Tengku Zarul riang dan gembira.Tapi hari itu perubahan anak itu begitu mendadak.

“Rul…Rul…”dia ragu ragu untuk bersuara.

“Iman tak apa apa umi.Abang tak pernah pukul Iman pun.Kan Iman dah kata Iman kena cium dengan tiang.”dia lantas memaut mesra lengan ibu mentua.Tak mahu merosakkan hubungan ibu dan anak itu kerana dirinya.Bibir mengukir sebuah senyuman.Kali ini ikhlas.Panggilan abang untuk Tengku Zarul hanya akan keluar dari bibirnya bila berada dirumah besar itu ataupun dirumah mak longnya saja.

Tengku Zarul merenung isterinya.Memerhatikan Iman yang selalu membelanya.Iman yang selalu menyedapkan hati uminya.Iman saja yang selalu menyelamatkannya dari pertanyaan umi dan walid yang sering kali memerangkap dirinya.

“Dah tak ada benda lain ke Iman nak cium?”Datin Tengku Datul tersenyum.Hati terasa senang.Lapang rasa dadanya.Menantu sebaik itu mana nak dicari.Walaupun mereka tidak bersuara,namun hati tuanya merasa ada sesuatu yang disembunyikan budak berdua tu.

Hajat hati ingin bertanya lanjut tapi dia tidak sampai mahu memaksa menantu itu.Hati begitu menyayangi menantu nan seorang itu.Entah mengapa sejak kali pertama bertemu dia begitu mesra dengan Iman.

Hati tuanya begitu menyenangi perilaku gadis itu.
Perwatakkannya yang sederhana dan pakaiannya yang sentisa sopan menyejukkan pandangan mata.

“Iyalah kak long.Kan lebih baik kak long cium along aje.Nak cium tiang buat apa.”Nazrin terus mengusik lagi.

Iman tertunduk malu.Tambahan pula bila sepasang mata nakal Tengku Zarul merenungnya.

“Umi kata nak ajar Iman masak hari ni kan.”dia cuba lari dari topik perihal dirinya

“Oh,kak long nak masak lauk kegemaran along ye?”Nazrin mengusik lagi.

“Tahu pun.”Iman senjaga membalas usikan adik ipar itu.Suara sengaja dikuatkan sedikit,selebihnya untuk menyedarkan Tengku Zarul yang sedari tadi asyik merenungnya.Dia tidak selesa dipandang begitu.Dia gagap tiap kali berhadapan dengan lelaki itu.Entah mengapa debaran acapkali bertandang tiap kali Tengku Zarul didepan mata.

“Ak ahlah,umi lupa.Kita nak masak kurma kambing kan?”dia benar benar terlupa,bukan apa sibuk sangat lepaskan rindu pada anak menantu.Walaupun tiap minggu mereka pasti menjenguk mereka tapi rasa rindu pada anak lebih lebih menantu nan seorang itu tidak boleh ditahan tahan.


Tengku Zarul tersenyum pilu melihatkan senyuman Iman bersama ibunya.Selama ini hanya bila mereka bertandang kerumahnya ataupun pulang kerumah mak long Iman barulah dia melihat senyuman manis isterinya itu.Tiap kali itu juga dia melihat isterinya itu tertawa riang.

Malahan butir bicaranya begitu ceria dan tenang.Sedangkan tiap kali berada di rumah mereka isterinya itu tak ubah seperit takutkan dirinya.Iman selalunya lebih banyak mendiamkan diri bila bersamanya.Tidak tahu apa yang menganggu isterinya itu. Kadangkala dilihatnya Iman seperti begitu sedih bila berada dirumah mereka.

Mungkin peristiwa semalam masih menganggunya.Mungkin kejadiaan itu yang menjadi penghalang dalam perhubungan itu.Mungkin ia yang membataskan setiap laku dan kata kata Iman tiap kali berada bersamanya.


“Takkan tak puas lagi tengok isteri kamu tu?”Datuk Tengku Zaman menegur Tengku Zarul yang galak memerhatikan Iman didapur.Dapur mereka yang menghadap ruang tamu membolehkan sesiapa saja melihat apa yang berlaku didapur.

“Walid,”dia tersenyum malu ditegur Datuk Tengku Zaman.

“Kenapa dengan Iman tu?”Datuk Tengku Zaman bertanya.Sepeti Datin Tengku Datul dia ingin mencungkil rahsia yang disembunyikan anak menantunya itu.Keresahan Tengku Zarul tiap kali berhadapan dengan mereka sudah cukup menyatakan ada sesuatu yang mereka sembunyikan.

“Maksud walid luka dia tu ke?”

“Ye,apa yang Rul buat sampai Iman luka macam tu.?Rul,walid nak ingatkan walid tak suka sekali kali kalau Rul sakiti Iman.

Dia budak baik.Tak elok kalau kamu buat dia macam tu.Sudah terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan.Walid tak mahu nanti rumah tangga kamu porak peranda hanya kerana kenangan silam kamu.Iman tak bersalah,malahan sejak dulu lagi.Walid tak nak nanti sampai perkara dulu berulang lagi.” dia menasihati lembut anak itu.

Sekadar mengingatkan anak itu.Cukuplah sekali mereka hampir kehilangan Iman.Tidak mahu dianggap mencampuri urusan rumah tangga anaknya.Tapi hati tuanya meronta ronta untuk meluahkan apa yang tersirat.

Malahan semua tahu betapa banyak pengorbanan Iman untuk mereka sekeluarga.Dia tidak sanggup untuk menyakiti hati menantu itu.Tidak mahu nanti kerana kerenah Tengku Zarul dia kehilangan menantu sebaik Iman.



“Tak boleh ke kalau Iman tak panggil abang,awak?”dia membuka bicara,memandang isteri yang sedang bermenung itu.Entah apa yang menarik sangat agaknya sampai tak mahu langsung beralih.

“Iman??”dia memanggil bila tiada reaksi dari isterinya itu.

“Apa?Apa awak cakap?”dia tersedar,bila terdengar suara Tengku Zarul.

“Tengok tu,abang cakap dengan awak,awak termenung pula.Abang kata,tak boleh ke kalau Iman panggil abang,abang?” sekali lagi dia mengulangi kata katanya.

“Kenapa pula.Dulu kan awak yang tak benarkan saya panggil awak abang?”dia memandang Tengku Zarul.Kenapa dengan dia ni,dah nyayuk ke?Dulu dia juga yang kata depan orang tua mereka aje Iman boleh gunakan perkataan tu.Lain daripada tu tak boleh.

“Itu dulu.”dia bersuara.Terkejut dengan sikap Iman yang agak berlainan.Selalunya Iman hanya menuruti saja apa yang dipintanya.

“Dah tu apa bezanya dengan sekarang.Kan sama aje.Tak ada langsung perbezaannya.”dia membuang pandang ke luar tingkap.Malas nak melayan kerenah Tengku Zarul yang agak berlainan malam itu.Dah le tadi mata tu tak reti nak duduk diam.Sampai umi dengan walid perasan.Malu mukanya bila perilaku Tengku Zarul di tegur Datuk Tengku Zaman.

“Iman,pandang abang bila abang cakap.”lembut suaranya.

Hati teringat kembali kekasaran yang pernah dilakukan pada Iman.Dulu dek kerana tersalah sangka dia mencipta jurang sengketa antara mereka.Kata kata Natasha mengaburi matanya.Bila dia terpaksa bernikah dengan Iman segala tuduhan buruk dilemparkan pada gadis itu.

Segala kata kata kesat dihamburkan ke pendengaran isteri itu.Walaupun hatinya terusik bila melihat wajah suram Iman namun ditahannya hanya kerana Natasha pernah berkata kata Iman pandai berlakon meminta simpati.Namun kini segalanya terbongkar sudah.

Kelembutan hati wanita didepannya membuka mata hatinya.Malahan penerangan mak long dan pak long Iman turut membantu dia belajar menerima wanita yang terlalu baik itu.

“Awak nak saya buat macamana lagi?Tak cukupkah semua yang saya dah buat?Apa lagi salah yang saya lakukan pada awak?”dia memandang lelaki itu.

Entah mengapa semua perlakuan Tengku Zarul satu masa dulu berputar dikotak ingatannya.Kolam mata mula bergenang.Air mata yang ingin mengalir ditahannya.Dia tidak mahu dianggap lemah.

Apatah lagi didepan lelaki yang bernama Tengku Zarul itu.Kelukaan demi kelukan yang melanda menjadikan dia begitu mudah untuk mengalirkan air mata.Entahlah,sejak bila.Dia sendiri tak tahu.

Rasanya sejak dia mula mengenali dunia dia telah sedia ditemani kedukaan itu.Entah bila hidupnya akan dikelilingi bunga bunga indah dimusin yang rendang.

Tengku Zarul menekan brek dengan mengejut.Berhenti ditengah tengah jalan raya.Perlakuannya nyata mengejutkan Iman.Kedengan hon dari belakang.

“Kenapa dengan awak ni?”Iman bertanya cemas.Risau melihat perubahan mendadak Tengku Zarul.Takut pula kalau ada yang tidak kena.

Tengku Zarul diam tidak menjawab.Dia kemudian memandu kereta keluar dari jalan raya itu.Bukan jalan menuju kerumah mereka tapi kereta dipandu kearah lain.

“Mana awak nak bawa saya?”dia bertanya lagi.Ketakutan mula meresap.Takut melihat perangai Tengku Zarul yang berubah tiba tiba.Takut kalau Tengku Zarul melakukan sesuatu yang gila.
Sekali lagi Iman terkejut bila Tengku Zarul berhenti mendadak.Kedengaran bunyi tayar bergeseran degan jalanraya.Agak kuat.Tengku Zarul keluar membuka pintu kereta.Iman ditariknya keluar.

“Kenapa dengan awak ni?Sakit!Lepaskan.”Iman mengalirkan air mata.Dia takut melihat kelakuan Tengku Zarul waktu itu.Dia meronta ingin melepaskan diri.Tapi tubuhnya dihalang oleh tubuh Tengku Zarul.Lelaki itu menindih tubuhnya.Iman tersandar pada badan kereta mewah itu.

“Apa Iman tak boleh maafkan abang?”Tengku Zarul bersuara.Lembut dan penuh perasaan.

Iman terkaku.Sangkanya Tengku Zarul akan berkasar padanya.Namun perlakuan lelaki itu sebentar tadi begitu menakutkannya.Tapi kini dia bingung dengan sikap Tengku Zarul yang berubah sekelipan mata.

“Apa abang tak ada peluang untuk bersama Iman?Iman tak nak maafkan abang lagi?”dia bertanya lagi.

Tangan mengengam erat kedua tangan Iman.Dia memerhatikan kesegenap ruang wajah ayu itu.Mata Iman yang memukau begitu mengasyikkan.Bibir isterinya yang kemerahan begitu mempesonakan.

Perlahan lahan dia mengusap pipi Iman,namun ianya hanya seketika.Iman menolaknya.Cuba menjauhkan diri dari lelaki itu.Namun Tengku Zarul semakin tidak memberikan ruang untuk dia bergerak. Tubuh Tengku Zarul dirasakan terlalu berat.Dia tidak mampu menahan tubuh sasa itu lagi.Air mata masih lagi membanjiri.Entah mengapa dan untuk apa,Iman tak tahu.Tapi yang pasti hatinya membenarkan dia berbuat begitu.

“Iman tak pernah sayangkan abang?”dia bertanya lembut.Iman mengelengkan kepala pantas.Tidak mahu mengakuinya walaupun dia kini mula menyayangi lelaki itu.Dia kini sedang belajar untuk menerima Tengku Zarul.

“Jawab betul betul sayang.Iman tak pernah sayangkan abang walau sedikitpun?”dia menyoal lembut.Hampa bila melihat Iman mengelengkan kepala.

“Iman tak pernah maafkan abang kerana perbuatan abang dulu?It’s true you hate me that much?Iman tak sayangkan abang?Iman tak mahu langsung berikan abang peluang untuk membaiki perangai abang,untuk abang betulkan kesilapan yang abang buat dulu?”bertalu talu pertanyaan Tengku Zarul menyumbat hawa telinganya.

“Syhh..jangan menangis.Abang tak mahu tengok Iman bersedih lagi.Abang hanya mahukan jawapan.Abang hanya mahu tahu isi hati sayang.”dia mengesat air mata yang jatuh berguguran dari kolam indah milik isterinya itu.
“Okey,kalau Iman tak mahu jawab tak apa.Abang tanya Iman hanya perlu angguk atau geleng.Ok?”dia bertanya lagi.Cuba berdiplomasi dengan isterinya itu.

“Iman marahkan abang?”dia bertanya.

Iman mengangguk kecil.

“Iman maafkan abang atas semua yang abang lakukan dulu?”
Iman mengangguk lagi.

“Iman masih bencikan abang?”

Kali ini Iman mengelengkan kepala.

“Iman sayangkan abang?Did you ever love me?Iman tak pernah cintakan abang langsung?” dia bertanya.Ingin tahu jawapan dari isterinya itu.

Iman terpaku.Dia mendiamkan diri.Persoalan itu terlalu berat untuk dijawab.Dalam benci dia menyayangi anak muda itu.Dalam marah dia sayangkan Tengku Zarul.Dalam meluat sebenarnya dia menyenangi lelaki itu.

“Iman,”Tengku Zarul memanggilnya lembut.Gengaman dijari jemari isterinya dieratkan. Sebenarnya dia sendiri berdebar menantikan jawapan dari Iman.Selebihnya dia takut kalau kalau Iman mengecewakan hatinya,sedangkan dia kini telah pasti yang sememangnya dia menyayangi Iman sejak dulu lagi.Sejak kali pertama dia melihat Iman sewaktu dia menghantar Natasha pulang hapir setahun lalu.

“Abang sebenarnya dah lama terpaut pada sebuah wajah,sebuah nama.Dan pemilik nama dan wajah itu adalah Iman.Sejak pertama kali kita diperkenalkan setahun lagi hati abang dah terpaut pada Iman.Tapi kehadiran Tasha yang lebih dahulu dalam hidup abang menghalang segala galanya.Cerita cerita mengenai perangai buruk Iman sering dicanang kan pada abang.Hingga sampai satu tahap abang membenci Iman.”

“Dan abang sampai sanggup buat Iman macam ni?Semata mata kerana percayakan cakap cakap kak Tasha.Apa buruk sangat ke Iman sampai macam tu sekali abang layan Iman?” dia bersuara sayu.Sedih bila mengenangkan semua perlakuan Tengku Zarul padanya.Dia menantikan jawapan dari Tengku Zarul.Tapi sebaliknya suaminya itu tertawa.Dan tawanya semakin lantang.

“Kenapa abang ni?Iman cakap betul betul.”dia mengangkat muka memandang Tengku Zarul. Ingin tahu apa yang mencuit hati suaminya.

“Lapangnya hati,senangnya jiwa.Pertama kali Iman panggil abang,abang.”dia memeluk Iman yang kehairanan.Namun kini Iman tidak lagi menolaknya.

“Iman sayangkan abang?”dia bertanya lembut setelah beberapa lama mereka hanyut dibuai perasaan.Dia merengangkan pelukan mereka.Ingin melihat wajah isteri itu.

“Sayang,abang tunggu jawapan sayang.”dia memaut dagu isteri itu.Mata Iman yang ayu membayangkan seribu penderitaan dan dia berjanji akan membahagiakan Iman.

“Iman cintakan abang?”dia tersenyum.Lega mendengar pengakuan isterinya.Hati bukan kepalang terasa gembira.

Iman hanya membisu mendengarkan pertanyaan itu.Matanya menentang sebening mata itu.Tanpa ucapan yang perlu dilafaskan dan tanpa perlu butir bicara yang perlu diperkatankan hanya sebuah senyuman terukir indah cukup untuk memberikan jawapan kepada Tengku Zarul.Bertapa lapangnya menerima tindak balas itu daripada isterinya.


Iman akhirnya menemui sinar harapan yang bakal membawa bahagia.Dia terlena bersama degupan suami yang hangat kedengaran.Dia begitu bahagia bila Tengku Zarul memeluknya erat.Semoga kebahagiaan itu akan berterusan.

Tengku Zarul menguncup lembut ubun ubun isterinya.Tengku Zarul berjanji akan membahagiakan isterinya itu.Dia bersumpah akan memberikan segala kebahagiaan didunia ini untuk Iman.Dia tidak mahu lagi melihat air mata mengalir dari sepasang mata ayu itu.

4 comments:

  1. whoaaaa,kite suke sgt cite iman ni..bile diorg nk jadi husband & wife yg sbnar nye ni??hope sgt iman bahagia..menyebok je si tasya ni!!

    ReplyDelete
  2. yeah...akhirnya....iman trima zarul..=)

    ReplyDelete
  3. Akhirnya... Iman terima Zarul.. suker... Moga lepas ni tiada lagi kesedihan buat Iman..

    Zarul kenalah pastikan Iman sentiasa dijaga dan dilindungi esp drp Natasha yg mmg dengkikan Iman.. nanti dia balik dapat tahu Iman kahwin dgn Tg Zarul..camnerlah dia???

    ReplyDelete