Friday, May 13, 2011

Iman 6

iman 6
“Doktor!Macamana isteri saya?”Tengku Zarul menerpa kearah seorang doktor yang baru saja keluar dari bilik kecemasan.

“Isteri tuan tak apa apa.Tak ada apa yang perlu dirisaukan.Cuma dia kekurangan rehat dan nampaknya selera makannya tidak begitu memuaskan.Saya harap tuan dapat memberi perhatian yang sebaiknya pada dia.

Keadaannya sedikit lemah waktu ini.Tapi saya dah berikan suntikan.Mungkin mengambil masa untuk dia sedarkan diri buat masa ni.Tuan bolehlah masuk.Tapi tak boleh ramai ramai.Seeloknya tuan seorang saja yang masuk dulu.Yang lain lain bolehlah pulang dulu.Lagipun isteri tuan memerlukan rehat.”Doktor itu berlalu pergi meninggalkan mereka.

Tengku Zarul meluru masuk tanpa mempedulikan sesiapa.Dia lupa pada Amir,Datuk Syukor, Datin Kalsom dan umi dan walidnya yang mengekorinya.

Satu persatu langkah diatur menghampiri katil yang terletak ditengah tengah bilik mewah itu.Lingkaran tiub kelihatan mencucuk lengan Iman tanpa belas.Air mata hampir gugur lagi bila melihat Iman yang sedang terbaring tenang.

Dia dipagut rasa bersalah.Hati dipukul dengan setiap perbuatan yang dilakukkannya pada isterinya itu.Terbayang segala kekasarannya pada Iman.Tengku Zarul duduk disisi Iman.Mengengam erat tangan Iman yang layu.

Memerhatikan wajah pucat yang lesu terbaring.Perlahan lahan dia mengusap rambut panjang Iman dengan dengan penuh kasih.Selama ini jarang sekali dia melihat rambut panjang isterinya itu.Iman lebih senang bertudung bila keluar rumah.Kalau didalam rumah pula di lebih senang mengelakkan diri dari bertembung dengan Tengku Zarul.
“Iman bangunlah.Abang minta maaf.Abang berdosa pada Iman.Bangunlah sayang.”dia merintih lagi.

Mengharapkan Iman mendengar setiap kata katanya.Ingin rasanya dipeluk tubuh layu itu.Terbayang wajah ayu wanita itu,hati tersentuh bila melihat wanita ayu itu kini sedang terbaring lemah dan lesu didepannya semata mata kerana perbuatannya yang tidak bertanggungjawab.



Iman membuka mata perlahan lahan.Hairan melihat keadaan keliling yang begitu asing baginya.Seingatnya semalam dia masih berada dirumah sewa Amir.Tapi keadaan disini begitu asing baginya.Tiba tiba terasa tangannya digengam erat seseorang.

Terkejut pabila melihat Tengku Zarul sedang tidur dibirai katil.Tangan lelaki itu mengengam erat tangannya.Hati terusik melihat lelaki itu sedang nyenyak tidur.Inikah Tengku Zarul yang dikenalinya selama ini. Kenapa lelaki itu menukar fikiran?Sedangkan selama ini Tengku Zarul begitu membencinya. Tapi kini lelaki itu sedang tidur keletihan sambil mengengam erat tangannya.

“Puan beruntung,suami puan tak tidur sejak semalam.Kesian saya tengok dia tak tentu arah semalam.”

Iman diganggu seorang jururawat yang menukar air untuknya.Dia terpana mendengar kata kata itu.Tak tidur semalaman?Untuk apa Tengku Zarul sanggup berjaga untuk -nya?Bukankah Tengku Zarul membencinya?

“Terima kasih nurse.Dah lama ke dia disini?”dia bertanya.Inginkan kepastian.

“Sejak puan dimasukkan semalam.Puan beruntung,susah nak cari suami yang penyayang macam suami puan zaman sekarang ni.”jururawat itu berlalu pergi setelah selesai kerjanya.

Iman tersenyum.Alangkah indah kalau kata kata itu benar benar berlaku.Tapi hakikatnya tidak seindah mimpi.Hakikatnya Iman membenci lelaki itu.Lelaki itu terlalu banyak menyakiti hatinya.Lelaki itu yang menghina dan mengherdiknya sesuka hati.Hati lelaki itu bukan untuknya.Hanya untuk Natasha.

Beginikah hidupku selamanya?Tiada penghujung?Sampai bila harus diteruskan derita ini.Segala yang diidamkan tak pernah menjadi kenyataan.Dia impikan kasih sayang papa tapi papa telah lebih dahulu menyahut seruan Ilahi.

Bila dia dambakan kasih seorang ibu,mama pergi meninggalkannya.Dan kini bila dia memerlukan tempat bergantung,ia bukan miliknya.Milik seseorang yang bakal merampasnya kembali bila bila masa.Iman tersedu.Air mata mengalir lagi.Iman bencikan dirinya.Air mata bagai tak pernah mahu berlalu dari hidupnya.Malahan air mata terus menerus menemaninya walaupun dia tidak sudi.

“Iman,kenapa ni?”Tengku Zarul merenung isterinya itu.Dia tersedar bila mendengar sedu yang amat menyayat hati.Sebak melihat isteri yang sedang menahan sedu.

“Tak ada apa apa.”Iman segera mengesat air yang mengalir.Pertama kali mendengar lelaki itu menyebut namanya.Ingin ditariknya tangan dalam gengaman Tengku Zarul tetapi lelaki itu enggan melepaskannya.

“Kenapa ni?Beritahu abang.”dia memujuk lembut.Bangun dan duduk dibirai katil berhadapan dengan Iman.

“Tak ada apa apa.Awak pergilah balik.”dia bagai mati tingkah bila mendengar lelaki itu membahasakan dirinya abang.Dah kenapa dengan Tengku Zarul.Sekarang ni bukannya kami dekat rumah siapa siapa.Kami dekat hospital.

“Tak apalah.Abang tunggu Iman sekejap.Lagipun nanti mak long dan umi nak datang. Abang risau nak tinggalkan Iman sendirian.Lepas mereka datang nanti abang balik mandi nanti abang datang balik.”dia bersuara lembut.Tersenyum pada wanita itu.Lembut dia mengusap rambut Iman yang lembut.Dia tahu Iman tertanya tanya dengan perubahan mendadak itu.Dia sedar isterinya itu tidak mempercayai apa yang sedang berlaku antara mereka saat itu.

“Tak apalah.Tak perlu susah susah.Saya tak apa apa.Awak baliklah sekarang,lagipun ramai nurse dekat sini.”dia pelik melihat perangai Tengku Zarul kali ini.Apa pula yang merasuk lelaki itu hingga semua kata katanya yang kasar diganti dengan butir bicara lembut yang memukau hati Iman.

“Mereka banyak kerja lain nak dibuat.Tak dapat berikan perhatian pada Iman.Biarlah abang tunggu Iman sekejap.Lagipun tak lama lepas tu mak long dan umi datang,abang balik mandi sekejap.”dia mengusap lembut tangam Iman.Diperhatikan wajah yang sedang keliru itu.

“Kenapa awak nak buat semua ni.Tak perlu,saya tak perlukan simpati awak.Saya tahu jaga diri sendiri.Selama ni pun saya hidup sendirian.”

Tengku Zarul tersentak mendengar kata kata yang lahir dari mulut kecil itu.Marahkah Iman dengan dirinya?

“Abang minta maaf,selama ni abang lukakan hati Iman.Abang tak mahu kehilangan Iman.Abang minta maaf andai ada kata dan perlakuan abang yang menyakitkan hati Iman.Abang janji takkan mengulanginya lagi.Maafkan abang ya.”dia mengucup lembut tangan Iman yang digengam sejak tadi.

Iman terpana.Pertama kali mendengar ucapan maaf dari mulut lelaki yang amat membencinya.Dari lelaki yang begitu ego.Akhirnya lelaki itu tunduk meminta maaf.Dia keliru.Iman kebingungan.

Betulkah apa yang didengarinya?Tengku Zarul meminta maaf!Iman diam tidak bereaksi.Masih tidak mempercayai apa yang berlaku didepan mata. Keheningan terus mencengkam.Namun tidak lama bila pintu bilik dikuak Datin Tengku Datul dan Datin Kalsom.

Mereka tersenyum memerhatikan budak berdua itu.Sejuk mata mereka melihat Tengku Zarul sedang mengengam erat tangan Iman.Lapang rasanya bila menyangkakan masalah yang melanda rumah tangga keduanya telah selesai.

“Mak long,umi.”Tengku Zarul menyapa keduanya.Masih duduk disitu,masih tidak melepaskan tangan isterinya.

“Apa kabar nak?”Datin Tengku Datul menghampiri Iman.Dia menguncup mesra dahi menantu itu.Lapang rasa dada melihat keduanya yang kini telah berbaik semula.

“Baik umi.”dia tersenyum.Rasa riang melihat kedatangan keduanya.Hilang terbang segala masalahnya dengan Tengku Zarul bila melihat senyuman penuh sifat keibuan dari kedua wanita yang amat disayanginya.

“Walid dengan pak long kemana umi?”Tengku Zarul yang sejak tadi diam,bertanya bila hanya kedua wanita itu yang kelihatan.

“Mereka dapat call dari ofis tadi.Tak dapat datang.Mereka tak mahu kamu balik dulu. Kalau nak balik pun tunggu Iman sembuh baru balik sama sama.Mereka nak kau bawa balik tuan puteri ni.”Datin Kalsom mengusik keduanya.Iman tersenyum tawar sementara Tengku Zarul pula tersenyum penuh makna.

“Tengku Zarul,pergilah balik.Biar mak long dengan umi aje yang jaga Iman.”Datin Tengku Datul memandang anak yang sedang leka memerhatikan wajah menantu itu.

“Baiklah umi.Tengku Zarul balik ke hotel dulu nanti lepas mandi Tengku Zarul datang balik.”dia tersenyum memandang uminya.

“Mak long,umi Rul minta diri dulu ya.”dia menyalami keduanya.

“Abang balik dulu ya.Nanti abang datang balik.”Tengku Zarul menghampiri Iman, seperti biasa Iman menyalami tangan suami itu.

Walaupun marah masih bersarang tapi rasa hormat masih ada pada lelaki itu.Walauapapun yang terjadi kini yang pasti Tengku Zarul adalah suaminya.Dan sekali lagi dia terpana bila dihadiahkan sebuah kucupan hangat didahinya. Tengku Zarul tersenyum nakal memerhatikan wajah Iman yang merah padam.Sementara itu mak long dan uminya hanya mengelengkan kepala sambil mendoakan kebahagian untuk mereka.



Iman duduk disitu memerhatikan Tengku Zarul yang masih berdiam diri.Entah kenapa dengan dia tu agaknya.Sejak balik petang tadi tak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.Berat sangat keagaknya.Ada emas ke dalam mulut tu?Dia merungut sendiri.

Mamat tu angin hari ni.Entah kenapa dia pun tak tahu.Sejak peristiwa sebulan lepas, seingantya itulah kali terakhir Tengku Zarul buat perangai.Takut pula kalau Tengku Zarul mengulangi perangai lamanya itu.Dia takut kalau kepulangannya kali ini turut sama mengundang duka.

“Iman nak kemana tu?”Iman berpaling bila terdengar suara Tengku Zarul bertanya.

“Saya nak tidur,dah mengantuk.Esokkan nak kerja.”dia menjawab dan mula melangkah.

“Iman,abang perlukan penjelasan dari Iman.”tenang suara Tengku Zarul menampar cuping pendengarannya.Lantas dia berpaling dan memandang jejaka itu.

“Penjelasan apa yang awak nak dari saya ?”dia bertanya pelik pula kedengaran permintaan Tengku Zarul kali ini.

“Abang nak tahu apa yang Iman buat tadi dengan Raziq kat sana.”Tengku Zarul mengangkat muka memandang Iman.Wanita itu kelihatan tenang saja.Tidak menunjukkan perasaan yang kurang menyenangkan.

“Saya pergi makan,itu aje.Lepas kami pulang dari ofis awak tadi,kami singgah makan disitu.”dia menerangkan.Takkan tak habis habis lagi dia punya soal selidik.

“Betul ke?Abang tak nak dengar perkara yang bukan bukan nanti.Kalau ada apa apa abang rasa lebih baik kalau Iman sendiri beritahu abang awal awal.Nanti orang bercerita belakang abang pasal wife abang keluar dengan lelaki lain.Abang tak suka semua tu.”

“Terpulanglah,tak ada apa yang nak saya sembunyikan pada awak.Sama ada awak percaya atau tidak itu adalah kenyataannya.”dia lantas mengangkat kaki ke biliknya. Malas nak mendengar bebelan Tengku Zarul lagi.

Tak larat telinga ni nak mendengarnya. Dari tadi asyik nak membebel aje.Dah tadi kat restoran tu dia malukan aku.Iman membebel sendirian.Kejadian petang tadi bermain di kotak fikirannya.



“I rasa tentu Mr David suka dengan idea you tu Iman.I tengok dia bukan main khusyuk lagi dengar penerangan you tadi.”Raziq tersenyum.

Lapang rasanya dapat berkerjasama dengan Iman.Iman bukan hanya seorang wanita yang bijak malah lebih daripada itu dia seorang yang punya idea yang hebat dan bekerja keras.

“I hope macam tu juga.Tapi tak sure juga.I dengar orang dari LocalARt pun boleh tahan tau.”dia tersenyum.Rasa agak tercabar juga dengar pendapat yang diberikan suaminya tadi semasa mereka melangkah masuk.

Nasib baiklah Mr David tu nak dengar juga perbentangan mereka.Kalau ikutkan Tengku Zarul tentu mereka disuruh balik.Dengar dengar dia suka sangat dengan idea dari LocalARt tu.

“Itulah,I tengok tadi pun anak boss Munawar Holdings tadi pun bukan main lagi puji LocalARt punya idea.I harap kita berjaya dapatkan projek ni.Tapi I perasan sesuatu lah Iman.”dia tersenyum melirik.

“Apa maksud you ni?”dia mengerutkan dahi memandang perlakuan Raziq itu.Senyuman dibibirnya kelihatan sedikit nakal.

“I lihat anak bos Munawar Holdings tu bukan main lagi tengok you.Mata dia tak bergerak gerak dari pandang muka you tu.I rasalah dia berkenan kat you kot.”Raziq mengusik.

“Tak adalah.You jangan nak mengarut tau.”dia tersenyum kelat.Itulah,Tengku Zarul tu bila tengok orang tak boleh sekejap sekejap,sampai orang lain perasan.

Apa tak percaya ke aku yang berdiri kat depan tu.Dia mengomel dalam hati mengenangkan sikap Tengku Zarul.Jangan kata Raziq,Mr David tadi pun senyum semacam tengok perangai dia.

“Hai seronok nampak.Boleh abang joint?”hampir tersembur makanan yang dikunyah Iman bila melihat Tengku Zarul sedang tersenyum didepannya.Pulak tu siap berabang abang.

“Awak buat apa kat sini?”Iman bertanya walaupun masih lagi ada sisa terkejutnya.Sambil mata liar memerhatikan gelagat Raziq yang kehairanan.

“Abang lunch dengan Mr David tadi.Tak sangka pula jumpa Iman makan kat sini.Lepas ni nak kemana?Balik ofis ke?Abang hantarkan nak?”

“Tak apalah,saya balik dengan Raziq aje nanti.”dia memaksakan senyuman walaupun tak selesa bila Tengku Zarul memegang tangannya.

“Okey kalau macam tu tak apalah.Abang balik ofis dulu.Oh ya,malam nanti Iman masakkan lauk kegemaran abang ye.”dia berlalu pergi.

Iman menarik nafas lega namun tak lama sekali lagi dia terpana bila dia hadiahkan satu kuncupan hangat dipipi kanannya.

“Do I miss something about you?”Raziq memandang Iman.Dah dekat setahun di satu ofis dengan gadis itu,tapi tak pernah tahu pun yang Iman dah kawin.Sangkanya Iman masih lagi sendirian.

“Dia tu husband I .”perlahan Iman bersuara.Nampaknya apa yang disimpannya selama ini tak menjadi rahsia lagi.Segala yang disimpannya terbongkar juga petang itu.

“Bila you kawin?I tak tahu pun?”dia ingin penjelasan dari gadis itu.

“I harap sangat you dapat simpan perkara ni.I tak mahu hebohkannya buat masa ni.”

“Tapi kenapa?You ada apa apa masalah ke?”dia ingin mencungkil rahsia hati gadis itu.

“Tak ada.Cuma buat masa sekarang ni belum tiba masanya untuk I ceritakan segalanya pada you.Sampai masa nanti you tahu juga hal nya.”dia tersenyum kelat.



“Iman,buatkan abang kopi boleh?”dia mengetuk pintu bilik wanita itu.Bukannya tak boleh buat sendiri tapi sengaja nak bermanja dengan isterinya itu.

“Kopi?”dia tercenggang seketika.Sebelum ni tak pernah pernah lelaki tu minta kopi dari aku.Mimpi apa dia hari ni?Selalu tu pandai pula bancuh sendiri.Dia merungut dalam hati namun dia bangun juga,kaki melangkah melewati pintu yang hanya dirapat itu saja.

“Awak suruh saya buat kopi ke?”dia memandang Tengku Zarul yang sedang tersenyum simpul. Ingin mendapatkan penjelasan dari lelaki itu.Betulke apa yang aku dengar ni?

“La,tak dengar ke apa abang cakap tadi.Kan abang suruh Iman buatkan kopi.Abang tunggu dalam bilik bacaan.”dia kemudian tersenyum melihat telatah Iman yang kebingungan.

Kaki lantas dihayun kebilik bacaan yang menjadi bilik untuknya menyelesaikan segala urusan pejabat yang tertangguh.

“Sayang,dengar tak abang cakap apa?”dia memandang Iman yang masih mematung.

“Okey,saya buatkan.Awak nak apa apa lagi?”dia bertanya.

Malu bila dipanggil sayang.Tak pernah bermimpi untuk dia mendengar panggilan itu dari mulut Tengku Zarul.

Seingatnya sejak dia bersetuju untuk pulang kerumah itu semula,sejak itulah Tengku Zarul tidak lagi menggunakan perkataan saya dan awak.Sebaliknya dia membahasakan dirinya abang dan lebih senang memanggil Iman dengan namanya dan kadangkala itulah perkataan yang diucapkannya.Sayang!Alangkah manis kalau ia diucapkan oleh seseorang yang tulus mengasihi dirinya.

“No thanks.Itu aje.Abang tunggu kat bilik bacaan ok.”dia lantas melangkah menghampiri bilik bacaan bila Iman mula menuruni anak tangga untuk kedapur.

Tengku Zarul tersenyum sendiri.Memandang wanita lembut itu.Dalam lembut masih ada sikap melawannya.Iman memang begitu,sejak dia mengenali gadis itu sebelum ini pun sukar untuk dia mendengar sebarang butir bicara dari mulut kecil itu.

Malahan bila mereka disuruh berkawin pun Iman diam dan tidak sedikit pun membantah.Sukar untuknya mengetahui isi hati gadis itu.Antara rela atau terpaksa.Ah,bila mengingatkan bagaimana mereka boleh berkawin Tengku Zarul resah sendiri.Seribu satu perasaan bersarang dibenaknya.Rasa bersalah menghantuinya.

Bersalah pada Iman,bersalah kerana terpaksa menikahi wanita itu.Setiap kali mengenangkan perkawinan itu juga dia merasa benci dan kecewa.Perasaan itu tak terbendung.Rasa benci pada seraut wajah,pada sebuah nama.Natasha!Ah…!Betapa dia membenci nama itu.Tanpa sedar tangan mencapai bingkai gambar.Ringan saja tangannya membaling bingkai itu.

“Adui!”serentak itu kedengaran bunyi benda pecah.Tengku Zarul tersentak.Mata menangkap sekujur tubuh yang sedang bertinggung kesakitan.Dia terkejut,pantas dia bangun mendekati wanita itu.

“Kalau awak marahkan saya pun,jangan buat saya macam ni.”Iman menahan kesakitan.
Tangannya merasa dahi yang berdarah.Air mata mengalir lagi untuk kesekian kalinya.

“A..ab...abang minta maaf.Abang tak sengaja.”dia panik.Sumpah!Dia tak berniat untuk melukai gadis itu.Apatah lagi mencederakannya.Pantas dia membelek luka di dahi isteri yan tidak disengajakan itu.

“Mari abang hantarkan ke hospital.”dia merenung gadis yang sedang menahan sakit.Pilu hatinya melihat air mata gadis itu yang merembes keluar.

“No,saya nak tidur.”Iman bingkas bangun.Dia meluru keluar tanpa menunggu kata kata dari Tengku Zarul.Sakit dahinya sakit lagi hatinya.Dahlah orang buatkan air dia balingnya pula kita.

“Iman.Please,abang tak sengaja.”dia bersuara.Ingin ditahannya Iman tapi nyata isterinya itu lebih pantas melarikan diri.Pintu bilik Iman diketuk berulang kali.

“Sayang,please.Abang tak sengaja.”dia masih disitu.Mengharapkan belas Iman.Dia ingin Iman tahu yang dia tidak berniat begitu.Tidak terlintas langsung untuk mencederakan gadis itu setelah apa yang terpaksa dilalui Iman.Tak pernah langsung dia terniat untuk mengecewakan Iman setelah apa yang dikorbankan Iman untuk dirinya.

“Dahlah,saya nak tidur dah ni.Kita cakap esok aje.”Iman bersuara perlahan.Hatinya sakit .Kalau tak suka sangat kat aku cakap aje.Bila bila masa pun aku boleh pergi dari sini.Aku pun tak nak menyusahkan kau lagi.Dia merintih sendiri.Ingin dilawan,ingin di marah.

Tapi hati terikat dengan janji pada seseorang.Ingin rasanya dia menyumpah Tengku Zarul tapi dia dirantai rasa hormat yang tidak terhingga buat lelaki itu.Entah untuk apa dia tak tahu tapi rasa hormat dan segan pada lelaki itu tetap ada.Walaupun selama ini Tengku Zarul sedikitpun tak menghargai dirinya.



3 comments:

  1. pujuk iman tu ye zarul.. jgn biarkan dia merajuk panjang2....

    kau kena jelaskan hal yang sebenarnya... jangan ego sgt22

    ReplyDelete
  2. btl tu KS..kite sutuju sgt2..iman xtau perasaan u tu zarul..b a real man okehh!!

    ReplyDelete
  3. Adoiii..sakit kat dahi, sakit lagi kat hati.. kan, Iman? Huhu.. susah payah g buat kopi, dapat "hadiah yg x diduga"..

    Zarul..Zarul.. baru jer nak berbaik dah tersilap langkah... kenalah usaha lagi utk pujuk Iman tu.. bukan mudah nak lembutkan hati walaupun Iman tu lembut orgnya.. :-)

    ReplyDelete