Wednesday, May 11, 2011

Iman 5

Tengku Zarul tertanya tanya,mengapa hari ni Iman tak kejutkan dirinya.Selalu tu kalau macam mana marah sekali pun Iman pasti akan mengejutkan dia dari dibuai mimpi.Pasti hidangan enak dah sedia menanti dimeja makan bila dia selesai mandi.


Tapi kali ini nampaknya Iman benar benar marahkan dirinya.Dia menjengukkan kepala keluar, terkejut seketika bila melihat kereta Iman tidak ada ditempatnya.Lalu dia membuat telahan mungkin Iman telah ke pejabat.

Tengku Zarul tidak betah begitu.Dia mundar mandir dibilik mewah itu.Sejak tadi hati tertanya tanya bagaimana dengan Iman.Dia marahkan diri sendiri kerana mengingati wanita itu.Tapi seketika kemudian rasa marah itu hilang.Dia berfikir satu demi satu.Mengingati semula sikap gadis itu sejak dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Belum ada sekali pun Iman menyakiti hatinya cuma dia yang selalu membuatkan gadis itu terasa.Pantas tangan mengapai gangang telefon.Talian busy.Telefon diletakkan,mencapai telefon bimbit miliknya.

Pantas dia menekan nombor pejabat Iman.Tapi sekali lagi dia dikejutkan oleh Iman.Gadis itu tidak datang kepejabat,dia ambil emergency leave. Sakitkah dia?Nombor rumah dipanggilnya.Namun tiada jawapan yang dimahukan.Dia dibiarkan menunggu.

Tiba tiba dia diserbu tanda tanya.Iman dah pergikah?Tapi kemana? Dia cuba mengingatinya.Mungkin Iman ada memberitahu dia apa apa.Tapi seingatnya Iman tak pernah memberitahu yang dia ingin bercuti atau mengambil cuti.Nombor telefon bimbit Iman di dailnya.Mengharapkan Iman menjawabnya.Namun kehampaan jua yang datang berkunjung.

‘Nombor yang anda dail,tidak aktif.’

Ah….shit!!Tengku Zarul membaling telefon kecil itu ke dinding.Sejak semalam dia cuba menghubungi telefon bimbit Iman namun tiada jawapan.

Dia mengeluh lagi.Hati terasa kosong.Dia bagai kehilagan sesuatu yang amat berharga. Dia tidak menentu.Mengharapkan keajaiban berlaku.Tiba tiba perasaannya mengakui kini dia telah mula menyayangi wanita itu.Kehilangan Iman sudah cukup menyedarkan betapa dia menyintai gadis itu.



Datuk Tengku Zaman mundar mandir disitu.Datin Tengku Datul termenung mengenangkan nasib menantu kesayangannya.Datuk Syukor dan isterinya Datin Kalsom jelas terkejut mendengar berita itu.Berita yang tidak disangka sangkakan selama ini.

“Agaknya kalau walid dengan umi tak jemput kamu berdua datang sini sampai bila bila kami tak tahu Iman dah hilang.”Datuk Tengku Zaman menahan kemarahan pada anak itu.Nak dipukul Tengku Zarul dah besar panjang.

“Kenapa kamu sanggup buat Iman macam tu.Apa kami nak jawab pada arwah papa dia nanti Tengku Zarul.Mak long yang salah kerana paksa Iman.Mak long yang silap kerana sangka kamu akan bahagiakan Iman.”

Datin Kalsom mengesat air mata yang mengalir.Hatinya sayu mengenangkan anak itu.Dahlah sejak kecil dirundung malang,kini sinar bahagia yang diharapkan mendatangkan kelukaan baru pada gadis itu.

“Mak long paksa Iman?”Tengku Zarul kaget mendengar kata kata Datin Kalsom
.“Jadi selama ini….”dia gagal meneruskan kata katanya bila disampuk Datuk Syukor.

“Ya,Iman lakukan semua ni semata mata kerana budi kami yang ditaburkan padanya. Demi maruah kami.”Datuk Syukor bersuara perlahan.

Kepalanya berserabut bila memikir kan kemana hilangnya Iman dalam masa seminggu ini.Dimana dia tidur, macamana agaknya makan minum anak itu.Tiba tiba sebak melanda bila mengingatkan janji pad arwah Ghazali Hamza yang tidak tertunai.Janji untuk membahagiakan anak itu tidak tertunai.Rasa bersalah menerawang diseluruh ruang hatinya.

“Dia terlalu baik Tengku Zarul.Dia anak pak long yang paling baik.Entah kemana agaknya dia pergi.Hidupnya sebatang kara dalam dunia ni.”dia mundar mandir seperti Datuk Tengku Zaman.Kata kata Datuk Syukor sekali lagi menyentakkannya.

“Tapi kata Natasha dia pindah dari kampung kerumah pak long semata mata nak bolot harta pak long…”sekali lagi dia termangu mangu.

“Kamu percayakan Tasha lagi setelah apa yang dia buat pada kamu?”pertanyaan sinis Datin Kalsom menjerut tangkai hatinya.

“Harta mana yang nak dibolotnya Tengku Zarul?Semua yang kami miliki adalah hak Iman. Ghazali Hamza,ayah Iman,iaitu adik pak long meminta pak long menjadi penjaganya.

Harta itu semuanya milik Iman.Tiada apa yang ada pada kami Tengku Zarul.Kalau ada pun ianya hanya belas dari Iman.”perlahan Datuk Syukor membuka rahsia yang tersimpan selama ini.

Sekali lagi dia tersentak.Terbayang segala kata kata kesatnya pada Iman.Hatinya tiba tiba dipagut seribu kekesalan bila mengenangkan betapa dia melukai gadis itu.Terbayang dimatanya air mata yang mengalir turun dari pipi gebu itu.

“Mak long yang silap.Sepatutnya kami batalkan aje perkawinan itu dulu.Kalau tak tentu Iman tidak lagi berduka.Lepas satu satu derita yang dihadapinya.Kesian budak tu.”Datin Kalsom merintih sayu.Tengku Zarul tersentap.Batalkan?Ini bermakna dia dan Iman akan berpisah.Tiba tiba dia merasa takut kehilangan Iman.

“Saya pun tak sangka Tengku Zarul sanggup buat Iman macam tu Datin.Saya minta maaf.”Datin Tengku Datul bersuara.Kesal dengan sikap kejam anak itu pada menantu yang amat disayanginya.

“Tak mengapalah Datin.Yang penting sekarang kita cari Iman dulu.”Datuk Syukor bersuara lemah.Lemah semangatnya bila mengingatkan janji yang tidak kesampaian.
“Abang,apa kata kita tanyakan Amir.Setahu Som,Iman tak ada teman lain yang serapat Amir.”Datin Kalsom membuka mulut.Tiba tiba teringatkan anak itu.Hati ibunya pasti Iman akan mencari Amir.



“Sepatutnya aku bunuh aje kau!”Amir memandang Tengku Zarul yang jatuh terduduk bila terkena tumbukkannya.Hilang segala hormatnya pada lelaki yang tua tiga tahun daripadanya itu.Panggilan abang yang selalu digunakan pada Tengku Zarul hilang kini.

“Amir,sabar.Kan papa dah kata Tengku Zarul tersilap.Sekarang ni yang penting kita cari Iman.”Datuk Syukor mendekati anak itu.

“Kan Amir dah kata, jangan paksa Iman.Papa dan mama degil.Sekarang siapa yang susah.Mana nak cari dia sekarang.”dia memandang papanya.Mata memerhatikan Tengku Zarul mengesat bibir yang berdarah.Datin Tengku Zaman dan Datin Tengku Datul diam mendengar kemarahan anak muda itu.

“Amir kan rapat dengan Iman ,tentu Amir tahu kat mana dia sekarang kan.”Datuk Syukor memujuk anak yang sedang marah itu.

“Untuk apa pa?Supaya dia disakiti lagi?Amir tak sanggup tengok dia terluka.Dia dah terlalu disakiti dengan perangai Tengku ni pa.Cukuplah semua yang dia tanggungnya pa. Amir rasa lebih baik kalau biar dia tentukan haluannya sendiri pa”dia masih tidak mahu beralah.

Masih terbayang kesedihan yang diluahkan gadis itu.Walaupun Iman tidak membuka mulut bercerita tapi tangisan Iman sudah cukup menyayat hati lelakinya.

“Jangan cakap begitu Mir,berilah peluang pada anak uncle untuk membaiki kesilapnnya.” Datuk Tengku Zaman nyata terkejut mendengar kata kata anak muda itu. Kalau boleh dia tidak mahu kehilangan menantu sebaik Iman.

“Cukuplah semua yang dia lakukan pada Iman selama ni uncle.Sejak kecil saya kenal Iman.Tak pernah sekali pun saya benarkan sesiapa menyakiti dia.Saya tak sanggup melihat air matanya jatuh lagi.

Tapi segalanya musnah kerana anak uncle ni.Saya rasa lebih baik biarkan saja Iman disini.Saya akan jaga dia disini.Tak ada sesiapa yang akan melukainya lagi.Saya rasa itu yang terbaik untuk mereka.Anak uncle pun boleh dapat penganti yang lebih baik daripada Iman.”tegas dia bersuara.

Itulah keputusan yang diambilnya setelah melihat gadis itu menderita.Air mata Iman cukup untuk menceritakan betapa gadis itu menderita bersama Tengku Zarul.Biarlah dia saja yang menjaga gadis itu.Dia mampu untuk mengembirakan hidup Iman.
“Mir,abang minta maaf.Selama ni abang tak berlaku adil pada dia.Abang janji takkan ulanginya lagi.”Tengku Zarul mendekati anak muda itu.Memegang bahu Amir yang sedang marah.Mengharapkan simpati dari anak muda itu.

“Mir,jangan begitu nak.Kan Amir sayangkan Iman.Kalau macam tu beri peluang untuk dia membina hidup baru.Takkan Amir nak Iman sendirian dalam usia muda?”Datin Kalsom bersuara.Cuba memujuk anak itu dengan cara lain.



“Masuklah,dia ada dekat dalam.Tapi kalau kau sakiti dia lagi nahas kau.”Amir membawa Tengku Zarul kerumah sewanya.Dia terkejut bila Iman datang mendapatkannya sehelai sepinggang seminggu lalu.Masih diingat sendu yang dibawa bersama gadis itu sewaktu datang menemuinya.

Lambat lambat Tengku Zarul membuka pintu bilik itu.Mata menangkap sekujur tubuh yang sedang lena terbaring.Dia membuka langkah menghampiri gadis yang sedang lena itu.

Hatinya tersentap melihat wajah yang jauh berubah.Tiada lagi seri pada wajah itu.Sayu hati lelakinya melihat titisan mutiara yang mengalir dari kelopak mata Iman yang terutup.Pantas tangannya mengusap pipi lembut yang terlalu banyak menderita itu.

Iman pantas membuka mata.Terkejut bila pipinya disentuh seseorang.Darahnya tiba tiba naik kekepala.Suhu kemarahannya meningkat.Tangan Tengku Zarul ditepis kasar.Dia bangun dari pembaringan.Kepala yang sakit ditahannya.Sendu yang masih bersisa ditelannya hinggal masuk ke perut.

“Apa yang awak nak katakan lagi sampai awak datang sini cari saya?Tak cukup lagi semua hinaan yang telah awak katakan pada saya.Saya tak pernah buat salah pada awak pun.Malahan saya tak pernah kenal awak pun sebelum ni.Macamana sampai awak sanggup ungkit kisah hidup saya.

Kalau awak rasa saya menyusahkan hidup awak,rasanya baik kalau awak tamatkan segalanya.Lebih mudah untuk kita berdua.”

Iman mengalirkan air mata sewaktu melafazkan kata kata itu.Walaupun hati tidak sedikit pun menyayangi anak muda itu,namun dia sedih bila mengenangkan rumah tangga yang baru terbina itu bakal runtuh.

“Iman,saya tahu saya salah.Saya minta maaf.Saya sebenarnya….”dia merapati gadis itu.Berdiri didepan Iman.

“Tak ada apa yang nak dimaafkan.Lagipun siapa saya nak maafkan awak,saya tak layak Tengku Zarul.”Iman berundur setapak.

Benci hatinya melihat wajah Tengku Zarul saat itu.Sakit hatinya yang tersimpan sejak sekian lama bagai menyeksa dirinya saat itu.

Terbayang pemergian papa tersayang.Kecurangan mama.Luka disakiti Natasha.Kepalanya berat. Sudah terlalu sarat untuk memikirkan pula masalah baru yang kini melanda hati.Tak cukup lagi kah semua kedukaan yang mereka berikan padanya?Tak penatkah mereka kerana menyakiti hatinya.Dan kini suaminya Tengku Zarul pula mengambil bahagian bersama mereka.

“Iman,please.Saya tahu saya salah.Saya tak sengaja nak marahkan awak.Ada sesuatu yang menganggu saya.Saya tak sengaja.”

Dia memerhatikan gadis yang kelihatan tidak bermaya itu.Sendu Iman bagaikan memukul mukul tangkai jantungnya.Hatinya bagai disayat belati melihat tangisan gadis itu.Dia seolah olah dapat turut sama merasai penderitaan yang dialami Iman.

Tiba tiba timbul perasaan halus dalam hatinya.Satu perasaan yang dia sendiri tak mengertikan.Satu perasaan yang tidak pernah dialaminya selama ini.Tiba tiba dia takut kehilangan Iman.Tiba tiba dia takut melihat sikap Amir yang begitu mengambil berat.Entah mengapa dia takut Amir akan merampas Iman darinya.

“Sudahlah Tengku Zarul.Saya dah penat melayan kerenah anak anak orang kaya macam awak dan Natasha.Saya dah terlalu letih untuk ini semua.Saya tak mahu semua ini lagi.”

Air mata mengalir lagi.Dia bencikan diri sendiri.Menangis didepan lelaki itu.Iman jatuh terjelepuk.Dia duduk melurut diatas lantai.Menangis lagi untuk kesekian kalinya. “Berikan saya sedikit ketenangan.Saya tak minta banyak.Tak adakah tempat didunia ini untuk saya?Semuanya hanya untuk orang orang seperti awak kah?”air mata terus membanjiri.

“Iman….”Tengku Zarul duduk menghadap gadis yang sedang hebat dilanda badai perasaan itu. Dia memeluk Iman yang teresak itu.Hati turut pilu mendengarkan rintihan itu.Rintihan seseorang yang telah menanggung seribu kesedihan.

“Saya cuma pinta sedikit ketenangan.Salah kah?”dia bersuara sayu.Dia ingin menolak tubuh Tengku Zarul tapi tenaganya yang kian melemah tidak berdaya untuk menolak walau sedikit pun tubuh tegap suaminya.Malahan Tengku Zarul semakin mengeratkan pelukannya.

“Iman?”tiba tiba hatinya dilanda kegusaran.Kesenyapan Iman meresahkannya.Dia mengalih sedikit tubuh Iman.Dada Iman yang berombak perlahan menambahkan kegusaran dihati.Terkejut melihat tangan Iman yang jatuh lemah.

“Iman bangun!Abang minta maaf.Abang tak sanggup kehilangan Iman.Bangun sayang.”
dia meratap sayu.Tangannya mengengam erat tangan Iman yang sejuk.Dia mencium pipi pucat itu berkali kali.Tidak menghiraukan Amir dan Datuk Zaman yang berada didepan. Dia memangku tubuh layu isterinya itu.Dia bersalah.Dia takut kehilangan Iman.Dia takut kehilangan isteri yang mula mendapat tempat dihatinya itu.

Kereta yang berlari selaju sembilan puluh kilometer sejam itu dirasakan terlalu lambat. Dia diburu keresahan.Tanpa dipinta air mata lelakinya mengalir panas menuruni pipi. Terbayang segala perlakuannya pada isterinya itu.Terlalu banyak kelukaan yang di berikan pada Iman.Ya Allah berilah aku peluang untuk membahagiakan dia Ya Allah. Selamatkanlah isteriku.Aku berjanji tidak akan mempersiakan dia.Dalam hati dia memanjatkan doa pada Ilahi agar dia tidak kehilangan Iman.

“Iman,sedarlah.Abang minta maaf.Abang berdosa pada Iman,bangunlah.Abang tak sanggup kehilangan Iman.Abang …sayangkan Iman.”tanpa sedar dia mengucapkan kata kata itu.Mengharapkan Iman mendengarnya.Dia mahu Iman tahu yang kini dia mula menyenangi gadis itu.



5 comments:

  1. akhirnya! runtuh jua egomu zarul... harap awak berpegang pada janji awak itu ye nanti bila natasha datang menganggu rumahtangga awak....

    jangan biarkan iman jatuh menderita lgi... kasihanilah isterimu...

    ReplyDelete
  2. padn mke dgn tengku zarul tu....hope ad sinr kebhgiaan wt iman...=)

    ReplyDelete
  3. Iman ni ada penyakit merbahaya ke or just sakit biasa je ni??

    Huhuhu.. taknaklah dia ada penyakit, bagilah dia menikmati kebahagiaan dlm hidup, dari kecil hidup dlm kesedihan..

    Zarul, be a good husband after this!!! Jgn lukakan hati Iman lagi... pay attention to her only... marah ni.. :-)

    ReplyDelete