Monday, May 9, 2011

Iman 3

“Alah kan I dah kata you pilih aje apa yang you suka.I ikutkan aje.”dia tersenyum mendengar suara lunak gadis itu.Panggilan yang menganggu mesyuaratnya tidak sedikit pun menarik perhatiannya.

Malahannya dia masih lagi sibuk mengendalikan urusan pejabat,sedangkan sepatutnya dia sedang bercuti kini untuk mengendalikan majlis perkawinan yang bakal menjelang.Tapi baginya perkawinan itu diletakkan tempat kedua. Perniagaan keluarga yang kian berkembang yang perlu diberi perhatian.Sampaikan umi menegur sikapnya yang tidak langsung mengambil berat soal perkawinan itu.

Entahlah,dia tidak tahu dimana silapnya.Walaupun hati terasa gembira namun bagai ada sesuatu yang hilang.Bagai ada sesuatu yang menghalangnya untuk merasa nikmat di alam yang bakal dihuninya kelak.Hatinya bagai masih belum terbuka.Masih terkunci.

Yang pasti dia tidak segembira seperti yang sepatutnya.Kadangkala dia rasa bagai telah silap membuat keputusan.Tapi entahlah hati yang satu itu begitu sukar difahaminya sendiri.

Dia terus hanyut dalam dunianya yang tersendiri.Suara suara Natasha tengelam begitu saja.Tiba tiba hati tersentak,diruang mata gambaran wajah seseorang yang amat dikenali terbayang didepan mata.Senyuman dan wajah yang begitu menenangkan.Gila kah dia….?


“Bila lagi kamu nak berikan kad tu Tasha.Harinya dah dekat.Pergilah hantar kerumah keluarga kita dikampung tu.”Datin Kalsom membebel dengan sikap anak gadisnya itu.

“Alah ma,Tasha rasa tak payahlah jemput diorang.Lagipun majlis tu kan kita nak buat jemput VIP.”dia malas nak kekampung ibunya itu.Baginya orang kampung yang kolot dan ketinggalan zaman tidak harus menghadiri majlis perkawinannya yang rata rata dihadiri oleh orang orang kenamaan.

“Dah tu apa salahnya kalau kita jemput sedara kita.Kan mereka tu darah daging kita. Mama tak mahu dikatakan melupakan sedara pula nanti.”

“Tasha malas nak kekampung tu.Kotor.Kalau mama nak suruh aje Amir hantarkan.”dia melangkah masuk kebiliknya.Malas nak menuggu lagi bebelan mamanya.Dia arif sangat,mamanya itu kalau dah mula membebel pasti tak habis dalam sehari.

“Tak apalah ma,biar Amir dengan tuan puteri aje yang pergi hantarkan.Lagipun tuan puteri kita ni tak kisah mencemar duli turun kekampung.”dia merapati mamanya.Ingin memujuk mama yang kecil hati dengan sikap kakaknya itu.

“Mak long,Biar kami aje yang pergi hantarkan.Lagipun kak Tasha tu kan pengantin.Agak nya dia malu nak pergi sendiri.”Iman tersenyum memandang wanita tua yang banyak berjasa padanya itu.

“Okey,kalau macam tu mak long amanahkan pada Iman untuk jemput semua sedara mara kita dikampung ya.”dia memeluk gadis itu.Ah,alangkah lapangnya andai kata anaknya bersikap seperti Iman.Pasti hati terasa tenang selalu andaikata Natasha bersikap seperti Iman.


“You jangan jadi bodoh Tasha.I tak tawarkan peluang ni pada semua orang tau.I rasa you yang paling sesuai.Sebab tulah I bagi peluang ni pada you.”David memujuk gadis itu.

“Tapi kan I dah kata.Hari tu tak boleh pasal I kena nikah malam tu.”

“You mintaklah tangguh seminggu lagi,takkan you nak lepaskan peluang ni.Lagi pun bagi I rugi kalau you kawin sekarang ni.Baru baru ni I ada tunjukkan gambar you pada beberapa orang kawan I disana.Mereka minat nak ambil you jadi model mereka tau.
Bukan company kecil tau.”lantas David menghulurkan beberapa keping kad nama pada gadis itu.

“Betulke ni?”Natasha terkejut melihat nama syarikat yang tertera pada kepingan kad itu.Hilang semua impian perkawinannya.Malahan dia idamkan hidup yang lebih glamour.

“So?Macamana.Mintalah dengan tunang you tangguh dua tida tahun lagi.”

“Macamana nak tangguhkan lagi.Tinggal dua hari lagi aje.Lagipun semua orang dah tahu.”dia bersuara lemah.

“I tak kisah.Tapi kalau you sia siakan peluang ni I tak tahu apa yang akan jadi pada you kelak.Jadi surirumah tangga ke?I nak pergi dulu.Kalau you tukar fikiran saat saat akhir datang cari I lusa malam kat airport.Bawa pasport sekali.Ingat Tasha you boleh kawin bila bila masa aje.Tapi peluang ni tak datang selalu tau.”

David tersenyum dan lantas berlalu pergi.Namun hati kecilnya yakin Natasha tidak akan menghampakannya.Dia yakin perempaun yang punya cita cita tinggi seperti Natasha takkan menolak peluang yang datang bergolek.


“Iman cepatlah.Karang terlepas pulak.Kata tadi nak tengok dia orang nikah.”Amir menarik tangan gadis itu.Menarik Iman yang sejak petang sibuk kesana kemari.

“Pengantin lelaki dah sampai ke?”dia bertanya.Namun kaki menuruti langkah Amir.

“Dah,jom masuk.”Mereka mendekati Datin Kalsom yang sedang tersenyum simpul bersebelahan dengan Datuk Syukor.

“Datuk,saya rasa eloklah kalau kita panggil pengantin perempuan.”Imam memberikan arahan.Sudah sampai masa yang sesuai untuk melakukan akad nikahnya.

“Baiklah imam.”Datuk Syukor memberikan arahan pada isterinya untuk menjemput anak gadis kesayangan mereka.

Datin Kalsom melangkah naik ketingkat atas.Memasuki bilik Natasha.Entah mengapa sebaik saja melangkah masuk.Hati berdebar debar.Bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.Mata tertacap pada sehelai baju putih yang terdampar diatas katil.Darahnya berderau bila memerhatikan bilik itu kosong tanpa penghuni.Mata menangkap sepucuk surat diatas meja solek.



“Datuk,Datin panggil.Katanya ada hal penting diatas.”

Surina pembantu rumah mereka mendekati Datuk Syukor.Dia juga turut tidak senang hati melihat keadaan Datin Kalsom.Kemudian dia melangkah keluar mencari Datuk Tengku Zaman dan Datin Tengku Datul seperti yang diarahkan Datin Kalsom.

“Kenapa boleh jadi macam ni Datuk,Datin.Malu kami nak hadap muka kalau perkawinan ni tak jadi.Mana kami nak letak muka kami ni.”

Datuk Tengku Zaman gelisah.Tak sangka dia akan menghadapi situasi begitu.Sedangkan perkawinan itu bukan perkawinan paksa.Natasha sendiri telah mempersetujuinya.

“Kami minta maaf Datuk.Kami tak sangka anak kami sanggup buat macam ni.”Datuk Syukor menghampiri Datuk Tengku Zaman.Sementara Datin Kalsom dan Datin Tengku Datul menangis sesama sendiri.

“Malu kita Datuk.Mana kita nak letak muka kalau perkawinan ini tak jadi.Datuk pun dapat malu kami pun dapat malu.Satu negeri tahu anak kita nak kawin,tapi….”Datuk Tengku Zaman tidak dapat meneruskan kata katanya.

“Saya ada satu cadangan.Itupun kalau abang setuju.”Tiba tiba Datin Kalsom bersuara dalam esak tangisnya.

“Apa dia?”Datuk Syukor dan Datuk Tengku Zaman bertanya serentak.

“Iman……itu pun kalau Datuk dan Datin setuju.”Datin Kalsom bersuara perlahan.
Datuk Syukor segera memahami maksud isterinya dan mengarahkan Iman dan Tengku Zarul dipanggil.Sementara itu Datuk Tengku Zaman dan DAtin Tengku Datul ber -pandangan sesama sendiri.

“Tapi pa,kenapa nak Iman gantikan tempat akak.Batalkan ajelah.”Amir tidak berpuas hati dengan kata kata papa dan mamanya.Dia memandang Datuk Tengku Zaman dan Datin Tengku Datul yang sedang memujuk Tengku Zarul.

“Tak boleh Mir.Kan Amir pun tahu.Maruah papa dan Uncle Zaman akan tercemar kalau perkawinan ini batal.Mana papa nak letak muka?”dia bersuara.

Mereka hanya menantikan persetujuan Tengku Zarul,bila isterinya berjaya mendapatkan persetujuan Iman.Dia tersenyum pilu bila mendengar pengakuan Iman yang sanggup menyetujuinya kerana membalas budi yang mereka curahkan padanya selama ini.Dia tahu anak itu terpaksa. Tapi dia tidak ada pilihan lain.Hanya Iman yang diharap dapat menjadi penyelamat maruah mereka.

“Tapi pa,itu tak adil bagi Iman.”dia membela Iman lagi.

“Mir,kami tak terdaya.Kalau boleh memang kami mahukan yang terbaik untuk Iman tapi ini saja jalan yang kami ada Mir.”Datuk Syukor cuba menerangkan pada anak itu.


“Aku terima nikahnya Iman Wardina Binti Ghazali Hamza dengan mas kawinnya sebanyak dua ribu ringgit tunai.”dengan lafaz yang diucapkan Tengku Zarul kini sah Iman menjadi isterinya.Wanita yang tidak disukainya menjadi isterinya kini.Entah bagaimana kehidupan yang bakal dilaluinya kelak bersama wanita itu.

“Saya tak tahu nak cakap apa dengan awak.Tapi satu yang saya pinta dari awak.Jangan pandai pandai nak kongkong hidup saya.Antara kita tak lebih sebagai teman serumah.Itu saja.Dan satu lagi saya tak suka kalau awak ceritakan pasal perkara ni pada sesiapa pun.
Hal ni antara kita berdua.Orang lain tak perlu tahu.”

Tengku Zarul bersuara memandang Iman yang duduk dibirai katil.Dia melangkah ke sofa.Sikap Iman yang mendiamkan diri membuatkan dia seolah olah menang.Sepatutnya malam pertamanya merupakan malam yang indah tapi malam ini hilang serinya dengan kehadiran Iman.

Entah mengapa walaupun akal enggan menerima tapi hatinya bersetuju dengan permintaan umi dan walid untuk menikahi Iman.Sedangkan dia tahu semua perbuatan buruk yang Iman lakukan.

Entah mengapa dia masih bersetuju setelah tahu sikap Iman.Hati diburu geram pada penipuan Natasha.Hatinya panas bila mengingatkan gadis itu.Tak disangka Natasha sanggup mengenepikan perkawinan mereka semata mata mengejar nama dan pangkat.

Iman termangu mangu mendengar kata kata keras Tengku Zarul.Tak sangka begitu sekali penerimaan Tengku Zarul terhadapnya.Salahkah dia kerana bersetuju dengan permintaan mak long demi untuk menyelamatkan maruah mereka.Salahkah dia kerana bersetuju semata mata untuk membalas budi orang yang banyak berjasa padanya.

Salahkah aku?!Iman berfikir lagi sambil memerhatikan Tengku Zarul yang resah disofa panjang.Kenapa dia bersikap begitu pada aku.Bencikah dia pada ku?Dia diburu pertanyaan lagi.


Sikap Tengku Zarul masih lagi begitu.Tetap tidak berubah.Iman dah naik lali dengan sikap Tengku Zarul yang satu itu.Lelaki itu membencinya.Iya,dia tahu betapa Tengku Zarul membencinya.Lelaki itu amat membencinya.Malahan setiap apa yang dilakukakannya tidak menyenangkan hati Tengku Zarul.Dia mengingati kembali peristiwa semalam.

Sakit hatinya bila Tengku Zarul sengaja mempermainkannya.Konon semalam nak makan itu lah ini lah.Bila aku masak dia kata nak keluar.Makan kat restoran.Dia benar benar bengang dengan kelakuan Tengku Zarul.

Lelaki itu begitu memusuhinya.Iman berfikir fikir,seingatnya belum pernah dia melanggar semua peraturan dan arahan lelaki bernama Tengku Zarul.Kali pertama menjejakkan kaki dirumah besar itu dia dihidangkan dengan beraneka jenis peraturan yang dipinta Tengku Zarul.Peraturan yang paling penting.dia langsung tidak dibenarkan mencampuri urusan hidup Tengku Zarul dan dia dilarang sama sekali menjejakkan kaki kebiliknya.

“Hei,tak nak makan ke?Kita orang dah nak pergi makan dah ni.”Raziq memandang gadis itu.Mematikan lamunan Iman.

“Dah lunch hour ke?”dia memandang jam ditangan.

“Dah lama dah.Mereka dah turun dulu.Cepatlah.”dia menghampiri meja Iman.

“Hari ni makan kat mana?”dia menyaingi langkah Raziq.Teman sepejabatnya itulah yang kini menjadi penghibur setelah Amir berpindah ke Terengganu.

Sejak itu jarang dia menemui Amir.Malahan nak dengar kabar berita pun susah.Maklum sajalah kerja sebagai pengurus projek memerlukan teman itu menumpukan sepenuh perhatian pada kerjanya.

“Tempat biasalah.Tapi aku rasa boringlah.Asyik makan tempat biasa aje.Tak ada tempat lain ke?”

“Kau nak makan tempat lain ke?”dia bertanya memandang Raziq.Berminat mendengar idea anak muda itu.Dia pun rasanya dah lama nak merasai makanan enak digerai kesukannya dan Amir.

“Kau ada apa apa cadangan ke?”dia bertanya.

“Kalau kau sudilah.Tapi tempat tu kecil aje.But bukan kotor tau.Gerai tu aku selalu pergi dengan cousin aku dulu.Kalau kau sudi lah.”

“Aku no problem punya,aku bukannya anak orang kaya yang suka makan kat tempat high class.”dia memberikan persetujuan.

Mereka menjamu selera di gerai yang dikatakan Iman.Keseronokan menjamu selera sambil berbual tentang isu semasa membuatkan mereka tidak menyedari ada sepasang mata yang memandang.

“Awak kemana tadi?”dia bertanya kasar.

Sejak tengahari tadi dia tidak tenang. Ketenteramannya diragut Iman.Semua kerja yang sepatutnya diselesaikan tidak disentuh langsung. Entah mengapa hatinya tidak tenang setelah melihat Iman tertawa bersama seseorang tadi.

Senyuman manis itu menganggugugat hidupnya.Segalanya tidak berjalan seperti yang sepatutnya. Mesyuarat yang sepatutnya dipengerusikannya ditangguhkan. Semuanya gara gara Iman.Tak disangka begitu hebat pengaruh Iman pada dirinya.Dan dia tidak sukakan semua itu.

“Kemana pula.Saya diofis sejak pagi tadi.”dia menjawab perlahan.Terkejut menerima panggilan dari pada Tengku Zarul tak habis lagi ditambah pula dengan pertanyaan Tengku Zarul yang menyemakkan kepalanya.Tak pernah dia bermimpi lelaki itu akan menghubunginya. Itupun dipejabat.Sedangkan dirumah pun Tengku Zarul tidak mahu langsung bersuara dengannya.

“Awak kemana lunch hour tadi?”dia bertanya keras.Sakit hati bila Iman tidak memberikan jawapan yang dimahukan.

“Lunch?”dia diam seketika berfikir.“Oh!”dia teringat sesuatu.

“Tadi saya lunch dengan kawan di gerai yang saya dan Amir selalu pergi dulu. Kenapa? Ada apa apa yang tak kena?”dia bertanya.Takkan itu pun nak ambil tahu.Kan dia juga yang cakap antara kami tak boleh mengongkong antara satu sama lain.Ni belum ada apa apa dah cemburu semacam aje.

“Makan aje?”dia bertanya sinis.Tarbayang gelak tawa Iman bersama lelaki itu.Terbayang kemesraan antara mereka sedangkan dengan dia pun Iman bukan main susah walau nak mengukir senyum.

“Dah tu,awak ingat saya buat apa?”dia tak senang dengan nada yang digunakan Tengku Zarul.

Suaminya itu seolah olah mencurigainya.Lagipun kau tak berhak ambil tahu.Kau dengan aku just housemate.Tak lebih daripada itu.

“Saya nak ingatkan awak.Awak tu isteri saya.Saya tak suka kalau ada orang mengata isteri Tengku Zarul tak pandai jaga diri.Saya tak suka awak keluar dengan lelaki lain.”dia bersuara keras.

Pantas dia menghempaskan ganggang telefon.Perasaan marah dalam dirinya adalah sebahagian besar untuk dirinya sendiri.Dia memarahi diri sendiri bila tiba tiba dia merasa cemburu bila melihat Iman bersama orang lain.Dia marahkan dirinya bila dia tidak lagi mampu bertenang bila mengenangkan senyuman manis Iman.Selebihnya kini dia mula menyedari yang dia kini menyukai isterinya sendiri.



4 comments:

  1. oh.. best2!!! please smbg lagiii...
    hehehe

    ReplyDelete
  2. best sgt2!!!!!!!

    cepat2 sambung yer!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. blog anda bagus>>>

    saya ajungi jempol!!!!



    dan saya hanya sekedar mampir ya sekalian blogwalking!!!



    jika bernit liat blog saya kunjungin balik jja!!!!

    ReplyDelete
  4. hahaha..zarul jeles.. padan dgn muka dia.. dok percaya sangat kata2 natasha sblm ni sampai sendiri kena tipu dgn natasha tak jadi kahwin pun.. masih tak percaya kata2 jahat natasha dulu2 pasal perangai buruk Iman..

    Zarul ni, sedap dia je layan Iman mcm tu, Iman dah tolong selamatkan maruah keluarga diorang, bukannya nak check sendiri betul ke Iman seperti yg diceritakan? Tengok Iman, ok jer makan kat warung biasa, bukan macam Natasha...kan?

    ReplyDelete