Tuesday, March 8, 2011

Pencari Cinta - 87

FIKIR

“Aku tahu tadi kau ayik melihat Dino masa perhimpunan tadi. Malah aku tahu apa perasaan kau terhadapnya ketika itu. Tapi sayang, aku pun tahu rupanya hati dia bukan pada kau sekarang ni, kerana dia lebih tertarik pada orang lain dan tak perlulah aku sebutkan namanya kerana aku yakin kau pun kenal siapa dia. Tapi itu semua tak menjadi masaalah. Masaalahnya sekarang aku ada cara bagaimana untuk tolong kau mendapatkan dia, tapi dengan satu syarat… Aku kesian dengan kau, jadi aku sudi nak tolong kau…” Ain teringat kembali tawaran yang diberikan oleh Razif sebentar tadi. Kini dia berada didalam dilemma.

Dia menulis apa sahaja yang berada dipapan hitam didepannya.. tetapi fikirannya menerawang ke peristiwa pagi tadi. Dia menoleh ke arah Razif. Razif kelihatan tersenyum seorang diri, tiba-tiba dia memandang ke arah Ain. Ain agak terkejut, mukanya berubah dan Razif menarik kembali pandangannya.

“Gila! Macamana dia boleh tahu..? Siapa dia ni sebenarnya. Ah, aku tak percaya dia boleh dapatkan Dino untuk aku… Apa yang dia boleh buat..? Tapi.., macamana kalau apa yang dia cakapkan tadi tu betul..? Apa aku nak buat? Hmm, apa yang dia tawarkan tadi tu memang salah satu impian aku selama ini. Aku memang terlalu sukakan Dino, tapi Dino tak suka aku. Aku tahu benda tu, aku tahu aku bodoh kerana menyukai orang yang tak akan suka pada aku. Tapi.. tawaran Razif ni membuatkan jiwa aku bersemangat balik. Walaupun tak lojik, tapi aku tak ada pilhan lain. Baiklah aku akan terima tawaran dia. Lebih baik aku terima walaupun tak lojik, daripada aku menunggu sesuatu yang aku pun tak boleh nak buat apa-apa.” Ain seperti telah membuat keputusan. Dia seperti sudah menanamkan satu tekad.

Loceng penamat sudah pun berbunyi menandakan kelas sudah berakhir. Semua murid bergegas mengemas barang masing-masing rupa-rupanya loceng tadi juga merupakan loceng terakhir untuk sekolah pada hari ini dan sudah tiba masanya untuk mereka semua pulang ke rumah.

Salim menghampiri Razif yang sedang mengemaskan barang-barangnya. “Eh, kau pergi jumpa Ain tu.. tanya dia, dia nak apa?” Salim agak terkejut dengan arahan Razif yang secara tiba-tiba…

“E’eh, kau ni dah gila ke suruh aku jumpa minah sengal tu..? Ish, tak nak aku…” Salim menjeling ke arah Ain yang sedang berdiri di tepi pintu macam menunggu sesuatu. “Eh, tapi betullah kau cakap, dia macam tunggu orang je tu.., dia tunggu siapa sebenarnya tu?”

“Kau pergi je lah tanya dia, dia nak apa..?”

“Eh, kau ni gila ke apa? Mana kau tahu dia tengah tunggu kau? Kau ni banyak sangat tengok t.v lah aku ingat.., tu yang kuat berangan tu.”

“O.klah.., tak pun kau tanya dia, jadi ke tidak?”

“Hah..!?”

“Pergi je lah…” Salim yang serba salah itu pun melangkah juga dalam keberatan. Razif memang sengaja melambat-melambat dalam mengemas barang-barangnya. Tidak lama kemudian Salim kembali.

“Eh, dia kata dia setuju… Kemudian.. dia tanya apa yang perlu dia buat? Lepas tu dia kata besok bagitahu dia, apa pun syaratnya dia akan buat.” Razif tersenyum, namun dia tetap tenang. “Eh, kau ni dengan dia apa projek ha..? Kau takkan tak tahu yang dia tu dah kenakan kau..! Sekarang ni adik kau dah dengan dia tahu tak..! Takkan kau dah lupa? Hallo..!”

“Aku tahu…” Mereka pun bergerak meninggalkan kelas. “Baiklah sekarang ni aku nak kau cerita denga aku, apa yang kau tahu tentang Ain…”

“Eh, kau ni lain macamlah… Takkan kau dah jatuh cinta dengan dia kut… Aku tahulah dia tu lawa.., tapi.. tolonglah.., carilah orang lain, takkanlah tak ada orang lain, ada ramai lagi awek cun dalam sekolah ni…”

“Tak.., kau cerita je lah… Kau janganlah risau, takkan lah aku nak bercinta. Aku pun tak minat nak bercinta-cinta ni. Cinta kan hanya untuk Tuhan…”

“Eleh cakap macam ustaz konon… Cinta untuk Tuhan…”

“Dah lah.., aku bukan nak dengar kau membebel, cepatlah cerita.”

“Wah, kau ni tak main-main.., serius ni nampaknya… O.k. Baiklah daripada apa yang aku tahu, yang aku dah kaji.., Ain sekarang ni sedang memperluaskan jajahan takluknya, jadi dia pun bergabung dan membuat satu pakatan sulit dengan kelompok Dino. Jadi sekarang ni Dino mempergunakan Ain utnuk mengawal pelajar-pelajar perempuan dalam masa yang sama juga Ain menggunakan Dino dalam situasi-situasi tertentu dalam soal keselamatan dan ancaman, lebih-lebih lagi dari puak lelaki. Jadi perkara ni…”

“O.k cukup. Sekarang aku dah faham. Rupanya kes Iman kena gantung sekolah merupakan kerjasama mereka yang pertama.”

“Lojik.”

“Dia telah menggunakan adik aku sebagai umpan.”

“Lojik.”

“Oleh kerana adik aku dah tak tahan diganggu oleh ‘Black’.., jadi dia pun setuju dengan Ain tapi dengan syarat Ain menjaga dia dari diganggu oleh ‘Black’.”

“Lojik.”

“Sebenarnya Dino merancang semua ni sebab dia cemburukan Latifah dengan seseorang.”

“Aik, apa itu..? Hei, apada kau merepek. Memang Latifah tu sebenarnya sukakan Dino tahu tak… Semua budak perempuan dalam sekolah ni suka kat Dino tu…”

“Tak.., masa tu aku ada kat situ. Dino beria-ria sangat nak pukul Iman tapi aku tak bagi.”

“Oh.., mungkin sebab Latifah terlalu ambil berat dengan study group nya, jadi dia ingat Latifah suka kat Iman. Bodoh betullah Dino tu kan… Ada ke lojik dia kata Laifah suka kat Iman… Tapi aku rasa sebab dia saja nak menunjuk kat semua orang yang dia tu berkuasa, jadi dia nak semua orang takut kat dia… Tapi dia tak sangka yang kau boleh lawan dia. Eh, kau belasah je lah dia tu Zif…”

“Tak boleh, itu bunuh diri namanya.”

“Habis tu kau nak buat macamana..?”

“Aku ada cara. Besok kau bagitahu Ain macam ni… Kalau dia nak aku tolong dia, dia kena ceritakan pada latifah perkara yang sebenar.”

“Eh, apa kau merepek ni, kau ni gila ke? Silap-silap aku kena terajang dengan minah tu… Kau buat rancangan apa dengan minah tu.., Zif, ceritalah kat aku. Macamana kau boleh yakin yang dia akan beri kerjasama dengan kau..?”

“Kau percaya kat aku tak?”

“Tak..!”

“Kau ingat tadi aku suruh kau jumpa dia kat tepi pintu..? Mula-mula kau tak percaya kan..? Tapi lepas tu betul tak apa yang aku cakap..?” Razif lihat Salim mula tersenyum. “Jadi kau buat je apa yang aku suruh. Jangan banyak soal, faham..!”

“Faham tuan…”

“Bagus.., awak dah besar sekarang. Dah boleh ikut kata.”

No comments:

Post a Comment