Wednesday, March 2, 2011

Pencari Cinta - 81

BOLEH

“Hmm, jadi sekarang ni aku dah boleh guna ilmu ni… Tapi pantang larangnya tetap sama.” Hati Razif terdetik. Pagi itu kelihatan Razif kelihatan begitu bersemangat. Cuaca pagi yang nyaman menyerlahkan lagi gerak dan gaya langkahnya. “Kali ni aku akan cuba selesaikan masaalah yang tersangkut selama ini…”

“Hei, Zif… Wah lajunya jalan. Tunggulah aku.”

“Eh, Salim.. aku memang nak cari kau.”

“Wah, memanglah kau akan cari aku.., habis kau nak cari siapa lagi? Eh, kau bawak duit ‘ufti’ tak..?”

“Bawak…”

“Lah.., kau nak bagi jugak ke… Kau kata itu hari kau belasah diorang.”

“Bukan apa, aku tak nak cari pasal lah Lim.”

“Kau ni memanglah… Kalau aku jadi kau, dah lama aku kerjakan diorang tu semua tahu tak? Disebabkan sikap baik hati kau ni lah Iman jadi mangsa.”

“Tapi sekarang aku ada cara macamana nak selesaikan masaalah ni.”

“Kau jangan cakap je Zif. Dari itu hari kau tengok sama je… lagi pun kau nak buat macamana?”

“Kali ni aku akan bungkus semua sekali…”

“Jangan sampai kau yang kena bungkus. Aku tak dapek nak nolong…”

“Tapi kali ni kau kena jugak tolong.”

“Woi, biarlah kau sorang je kena bungkus.., takkanlah aku pun kau nak bungkus sekali…”

“Sekarang ni lepas kita serah duit ni, kita pergi cari Dino kat mana.”

“Woi, kau dah gila ke, kau nak buat apa..?”

“Kau jangan risaulah. Kau ikut je aku…”

“Ye lah, kalau kau masuk parit, takkan aku pun nak masuk parit jugak.”

Sementara itu seperti biasa kelihatan beberapa orang remaja puteri, Dino dan Latifah berada di tempat biasa. Mereka sedang duduk di taman sementara menunggu waktu perhimpunan pagi. Tapi pagi itu seekor burung pun tidak kelihatan. Dino dan Latifah sedang berbual di tempat berasingan yang berdekatan.

“Kau nak buat apa sebenarnya ni… Aku tengok mereka tu memang dilamun cinta, kau tengok u bukan main mesra lagi diorang berbual.” Rupanya Razif dan Salim sedang mengendap dari jauh.

“Aku rasa kau silap.”

“Ha, apa kau cakap? Kau cakap ‘pelan’ sangatlah.. aku tak dengar.”

“Tak apa jom kita pergi dulu.”

“Aik, itu je..?”

“Ye lah, takkan kau nak tunggu sini, kau tak dengar ke loceng dah bunyi.”

“Hok aloh.., dah bunyi loceng rupanya…”

Perhimpunan pagi itu berlangsung seperti biasa, tapi tidak ada apa-apa berita yang hangat atau istimewa. Cuma pengetua hanya mengingatkan tarikh S.P.M semakin hampir dan mengingatkan pelajar-pelajar semua untuk lulus dengan cemerlang mereka harus meningkatkan prestasi dalam mengulangkaji.

Semasa perhimpunan sedang berlangsung, Razif menggunakan deria keenamnya untuk memeriksa sesuatu. Beliau dapati ramai pelajar perempuan yang menyimpan perasaan terhadap Dino dan salah seorang dari mereka ialah Ain.

“Hmm, rupanya dia pun terlalu suka kat Dino ya… Patutlah dia bersusah payah menjadi penolong Dino untuk menjalankan rancangannya, rupanya disebalik itu dia mengharapkan sesuatu… Mmm, satu permulaan yang baik, rancangan yang halus. Pandai jugak kau ni ya Ain. Kesian kau, tapi siapa yang tak sangkut dengan budak macam Dino ni, tak mustahillah kalau Ain pun sangkut dengan dia. Tapi tak apa Ain, lepas ni aku akan tolong kau dapatkan jejaka idaman kau, tapi dengan syarat.. kau kenalah tolong aku dulu.”



No comments:

Post a Comment