Sunday, March 27, 2011

Kasihku Untukmu - 24

Suasana sepi seketika, alunan irama yang berkumandang di corong radio mengalunkan lagu nyanyian penyanyi barat itu tidak diendahkan oleh Sarah Saffya. Hatinya sedih setelah mendengar berita yang dikhabarkan oleh Adam Haiqal.
“Sayang, janganlah begini, ok” Adam Haiqal memulakan bicaranya sambil menggenggam erat jari jemari Sarah Saffya.

Sarah masih mendiamkan diri dan air matanya mula mengalir dari kelopak matanya. Dia tahu dia akan merindui Adam Haiqal selama beberapa bulan kerana jejaka kesayangannya itu akan menjalankan tugasnya di luar Negara selama 3 bulan.
Kereta Harrier yang dipandu oleh Adam Haiqal tiba-tiba berhenti di penjuru jalan.
“Sayang, Qal juga merasa sedih. Qal tidak mampu menahan rindu bila berjauhan begini. Tetapi Qal janji sayang, kita akan bertunang selepas Qal pulang nanti.” Sambil memegang kedua-dua tangan Sarah Saffya Qal melihat cincin pemberiannya tersemat indah dijari manis Sarah Saffya, hatinya merasa lega.
“Sayang, jangan sesekali membuang cincin ini, yer. Ini tandanya Sarah milik Qal dan Qal janji kita akan bersatu nanti. Dan lihat ini, Qal juga masih memakai cincin pemberian sayang.” Sambung Adam Haiqal lagi sambil menunjukkan cincin pemberian Sarah Saffya kepadanya.

Sarah Saffya hanya mampu mengangguk dan tersenyum. Dia melihat raut wajah Adam Haiqal. Tidak mungkin dia dapat melupakan jejaka yang mampu mencuri hatinya itu. Dia juga terpaksa melepaskan Jejaka itu pergi ke luar Negara demi mencapai hasrat bapa nya bagi meluaskan bidang syarikat mereka.
“Qal..” Sarah bersuara, cukup perlahan.
“yer, sayang.”
“Promise me something. Hati Qal tidak akan berubah.”
“Sayang.. please jangan begini. Hati Qal hanya padamu sayang. Tiada orang lain yang dapat menandingi cinta Sarah Saffya walau sehebat mana pun seorang wanita itu. I love you, sayang.”
“Sarah.. Sarah just tak nak kehilangan cinta Sarah ini. Kasih Sarah hanya pada Qal. Percayalah. Sarah akan tunggu Qal.”
Adam Haiqal tersenyum bangga kerana mempunyai seorang kekasih yang begitu penyayang. Kereta pacuan empat roda yang dipandunya bergerak laju membelah angin malam.


1 comment:

  1. hrmm.. moga kau selamat pergi dan kembali ke malaysia adam haiqal..

    bersabarlah wahai sarrah.. kalau dah ada jodoh.. tak akan kemana...percayalah..

    ReplyDelete