Friday, March 4, 2011

Kasihku UntukMu - 20

“Hmm.. bagaimana dengan Syarikat Impian Bina, Farah. You dah go through?”
“Yes. Dokumen Syarikat Impian Bina dah I periksa. Faktor kewangan syarikat itu juga dah I selidik. Jika mereka betul-betul nak jualkan saham syarikat mereka. I rasa kita terima saja”
“Hmm, letak saja dokumen tu. I nak go through again.”
“You nak minum, Adam?”pelawa Farah Diba.
“No, thanks.” Jawapan ringkas dari Adam Haiqal sambil meneliti beberapa dokumen di atas mejanya.
Farah Diba merenung Adam Haiqal. “Kau masih dingin terhadapku, Adam. Tak lama lagi, kau akan jatuh juga kepadaku. Jika ini tidak terjadi, aku bukan Farah Adiba” Fikirnya.
Adam Haiqal mendongak, “Anything else, Farah? If No, you may go now.”
Hati Farah Diba bagaikan di cakar-cakar, pintu pejabat milik Adam Haiqal dibukanya lalu terus keluar menuju ke ladies toilet.
Di dalam ladies toilet, Farah Adiba mengomel sendirian “Adam, one day kau akan tahu juga siapa Farah Diba. Akan ku dapatkan juga hatimu itu walau dengan apa cara sekalipun. I will.”





“Selamat pagi, Damai Holding. Farah speaking.”
“Selamat pagi, Boleh saya bercakap dengan Adam Haiqal.” Satu suara merdu kedengaran dari hujung talian.
“I’m sorry, dia tengah bermesyuarat bersama client. May I know whos on the line?”
“Yes. Saya Sarah Saffya. Is Nina in?”
“I’m sorry Sarah, Nina dah lama berhenti. Ada apa-apa pesanan?”
“Hmm, just cakapkan pada Adam Haiqal yang Sarah call. Tq.”
Farah Adiba meletakkan ganggang telefon. Dia mula memikirkan siapakah wanita yang menelefon Adam Haiqal itu. “Mungkinkah perempuan yang bersama dengan Adam tempohari?” fikirnya lagi.
Setengah jam kemudian, Farah Diba mengetuk pintu pejabat Adam Haiqal.
“Masuk.”
“Adam, ada beberapa orang call tadi. Encik Hamid dari syarikat Timedot Net, Encik Ong dari Jefferson dan oh ya.. cik Sarah Saffya pun ada call.”
“Sarah call?!! Kenapa tak sambungkan?”
“Err, you busy tadi dengan client.”
Dengan pantas Adam Haiqal mencapai telefon dan mendail number Sarah Saffya.
“Hello..Sarah..”
“Qal,, Qal busy yer? Maafkan Sarah mengganggu tadi.”
“No, its ok. Not really busy. Kejap yer Sarah.”
“Farah, kalau tak ada pape lagi, you boleh keluar.”
“Baiklah.” katanya sambil mencebikkan bibirnya.
Farah Adiba masih tidak berpuas hati dengan gelagat Adam Haiqal. Dia ingin tahu siapakah Sarah Saffya dan dia tidak akan berputus asa untuk mencapai niatnya itu.

“Sorry Sarah.. Lunch nanti kita kemana yer?”
“Ke bulan nak?”jawab Sarah.
“Ok jugak. Kalau dengan Sarah, jangan kata ke bulan, ke bintang pun Qal sanggup.”
“Jika begitu, jumpa Qal di Cabin Café, nak?”
“Ehh, Qal pergi ambil Sarah la.”
“Tak apa. Sebab lepas lunch nanti, Sarah nak ke KLCC jap. Nak belikan something untuk Amyra. Esok Birthday nya.”
“Nak ikut, boleh?”
“Ehh Qal ni. Kan awak tu busy? Tak apalah, Sarah pergi sendiri.”
“Tak naklah. Ok..ok..kita cakap nanti.”
“OK. Bye. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

No comments:

Post a Comment