Thursday, March 3, 2011

Kasihku Untukmu - 19

Adam Haiqal merenung jauh keluar jendela. Dia mengingati kembali kenangan lalu yang telah membawa luka di hatinya. Seingatnya luka itu telah lama dipendamkannya. Ingin saja dia membuang luka itu yang kini sedikit sebanyak terubat dengan kehadiran Sarah Saffya. Wanita yang mampu menyemarakkan semula api cintanya yang telah lama terpadam. Wanita ini juga telah membalut lukanya yang parah kerana sebuah cinta. Dia berfikir lagi..apakah Sarah Saffya dapat menghidu perhubungan yang pernah dibina bersama Farah Diba. Adakah Sarah Saffya akan meninggalkannya seperti cintanya yang lalu. Ohh… tidak..tidak…….

Adam Haiqal mencari handsetnya. Dilihatnya jam menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi. Dia tidak jadi untuk menelefon Sarah Saffya, lalu menghantar sms yang ditaip “Hi Sarah, buat ape? Sorry ganggu. Qal x dpt tido.”.
Tiba-tiba dia menerima 1 message. Dibuka dan dibacanya.
“Hi Qal. Knp ni? Jgn byk fikir. Tidurla.”
Adam Haiqal tersenyum lalu membalas sms Sarah Saffya. “Tq Sarah. Qal nak tido ni. G night.”

Pertemuan yang tidak disengajakan bersama Farah Diba sedikit sebanyak telah menyebabkan hatinya dilanda kemarau semusim. Kenangan lalu semakin hari semakin menghampirinya seperti baru semalam ia terjadi. Malam semakin pekat,dia cuba memejamkan matanya..hanya satu yang diimpikan..semoga mimpiku bersama Sarah Saffya..Hanya dia penawar segala duka.





















“Encik Adam.”
“Nina, duduklah.” Pelawa Adam Haiqal kepada secretary nya, Nina. Dia membuka sampul surat yang tertulis namanya.
“Nina… kenapa ni? Apa tak cukupkah gaji yang dibayar disini?”
“Bukan begitu Encik Adam. Saya.. saya terpaksa ikut suami ke Pulau Pinang selepas kawin nanti.” Jelas Nina.
“Encik Adam, saya suka bekerja disini. Encik Adam telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya sebenarnya sedih juga.” Jelas Nina lagi sambil menundukkan kepalanya.
“Jika itu alasannya Nina, saya terpaksa akur dengan keputusan awak. Saya hanya nak awak tahu, kerja-kerja awak semuanya tiada cacat celanya. Dan saya rasa company ini akan kehilangan seorang pekerja yang berdedikasi seperti awak. Saya turut sedih dengan ketiadaan awak nanti.” Ucap Adam Haiqal mengenai perletakan jawatan Nina.
“Maafkan saya Encik Adam.” Pinta Nina.
“Tak apalah Nina. Awak juga perlu ikut suami awak. Hmm, saya rasa awak boleh mula advertise this position dalam newspaper. Saya nakkan pengganti awak secepat mungkin.” Arah Adam Haiqal.
“Baiklah Encik Adam. Saya keluar dulu.”

Seminggu berlalu…….
“Encik Adam…. Kawan saya yang saya cakapkan tu dah tiba. Boleh saya bawanya berjumpa dengan Encik Adam.”
“Ok, bring her in.”
Satu ketukan dari luar pintu biliknya.
“Masuk.” Adam Haiqal bersuara. Matanya masih tertumpu kepada dokumen-dokumen yang perlu di semak sebelum dia menandatanganinya.
“Encik Adam…. Inilah kawan saya Nur Farah Adiba, graduan dari The State University of New York, Brockport.” Jelas Nina sambil memperkenalkan rakannya itu.
Adam Haiqal amat terkejut apabila memandang wajah kawan Nina. Wajah yang pernah dirinduinya dahulu.
“Hi, Saya Nur Farah Adiba.”
“Hi… Adam..Adam Haiqal..Sila duduk. Hmm Nina, awak boleh keluar dulu.”
“So… encik Adam… father you cakap..I boleh keje esok..but ..I was thinking that I can start it by today itself.” Farah Diba memulakan bicaranya sambil tersenyum sinis memandang Adam Haiqal.
“What!!! Siapa yang benarkan awak bekerja disini?”
“Well.. Tan Sri Mustafa. Tan Sri cakap awak amat memerlukan seorang pembantu, jadi dia minta saya menolong awak. Kita akan bekerja bersama-sama. What a small world, Adam.. kita bertemu lagi dan bekerja bersama-sama seperti dahulu. Great, right!” Farah Diba semakin berani bersuara.
Adam Haiqal diam membisu. Bagaimana pula Farah Adiba boleh bertemu dengan ayahnya, Tan Sri Mustafa.
“Adam…. I mean encik Adam.. don’t worry, kita akan bekerja bersama demi Damai Holdings.” Farah Diba bersuara lagi sambil mengenyitkan matanya.
“Baiklah.Awak boleh keluar dulu, Farah. If anything, I will call you. Saya nak awak semak semua dokumen penting especially new project di Casa Idaman.”
“Oh ya. Before I forget. Saya ingin tekankan disini, kita disini bekerja..antara majikan dan pekerjanya..dan tidak lebih dari itu. Ok.awak boleh keluar.”
Farah Adiba bingkas bangun dan memandang tepat ke arah wajah Adam Haiqal dengan perasaan yang marah. Dia tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan oleh Adam Haiqal terhadapnya. Dia bergegas keluar dari bilik Adam Haiqal.

Adam Haiqal meneliti dokumen milik Farah Adiba. Jelas kelihatan tandatangan ayahnya, Tan Sri Mustafa yang telah meluluskan "application" Farah Diba sebagai pembantu peribadinya. “Bagaimana ini terjadi?” fikirnya lagi. Walau bagaimanapun, hari ini adalah hari terakhir Nina bersama Damai Holdings. Ini bermakna mulai esok, Farah Diba akan bekerja bersama-samanya. Perlukah ini semua? Bagaimana dia akan bekerja dengan seorang perempuan yang pernah mengecewakannya? Semuanya bermain-main difikiran Adam Haiqal. Apakah hari-hari yang bakal tiba, menjadi mendung tidak berhujan?........

No comments:

Post a Comment