Wednesday, March 2, 2011

Kasihku Untukmu - 18

Selepas makan malam, Sarah masuk kebiliknya. Laci meja dibukanya lalu mencari sebuah diari kecil yang comel. Dibukanya diari itu dan mula menulis.......

1 Oct 9.00pm
Hati… apakah kau mengerti perasaanku ini?
Bagaimana mampu ku pendamkan lagi?
Mengapa harusku rasa sebegini?

Siapakah DIA? Mengapakah dia hadir?Betulkah Qal tidak mengenalinya?? Mana mungkin, perempuan secantik itu……Argghh,, mengapa aku perlu sibuk?? Aku tidak seharusnya mengambil tahu semua ini. Siapakah Qal dalam hatiku?? Sayangkah aku kepadanya?Bukankah aku kawannya. Cemburukah aku?Tapi mengapa?

Wahai angin malam
Sampaikan pesananku ini kepadanya
Aku merinduinya
Sungguh… aku mencintai dirinya

Persoalan demi persoalan bermain-main di kotak fikirannya. Sarah Saffya berhenti menulis. Fikirannya mula melayang kepada pengirim bungkusan yang telah diterimanya kelmarin. Dia cuba melupakan segala kenangan lalu.
“Untuk apa kau kembali?” air mata Sarah membasahi pipinya.





No comments:

Post a Comment