Sunday, March 20, 2011

Iman 2

Keadaan berganti dan terus berganti.Masa terus mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang lagi.Harapan Iman agar kehadiran untuk menumpang kasih diterima seluruh ahli keluarga itu tidak kesampaian.

Sangkaannya meleset sama sekali bila dia memujuk hati bila menerima sambutan dingin Natasha terhadapnya 10 tahun lalu.Sangkanya keadaan dan masa yang beredar akan mengubah sikap Natasha terhadapnya.Tapi yang nyata dia tersilap.Silap kerana Natasha sudi menerimanya seperti mana mak long,pak long dan Amir menerima kehadirannya kerumah besar itu.

Kini usianya sudah menjangkau dua puluh empat tahun.Dah lama rupanya dia menumpang kasih di mahligai besar milik pak longnya itu.

“Hei,alamak jauhnya melamun cik kak ni.”Amir mencuit bahu gadis yang sedang bermenung itu.

“Eh,bila kau balik.Aku tak perasan pun.Mana kereta kau.”dia bertanya.Tidak sedar langsung kepulangan anak muda itu.

“Tu hah.Nampak besar gedabak.Penat aku pusing pusing tadi.Tapi kau asyik sangat berangan.Ingatkan buah hati ke?”dia mengusik lagi.Iman memang begitu.Dah lama sangat dia mengenali sepupu itu.Sikapnya yang suka memendam perasaan kadang kala membimbangkanya.Takut takut nanti kalau ia memakan diri gadis itu.

“Buah apa,Mir?Tangkainya pun tak ada.”dia tertawa.Bukannya Amir tak tahu.Malahan tiap kali dia diganggu teman sekelas dulu Amir lah yang menjadi penyelamatnya.Tiap kali itu jugalah Amir akan berlagak sebagai buah hatinya.Cuma sekadar untuk melarikan diri dari gangguan nakal teman teman kuliah.

“Tulah,ramai anak tengku,anak datuk nak kau tak nak.”dia berkata selamba.Bukan apa hatinya dipagut cemburu tiap kali melihat Iman diusik rakan rakannya.

“Kan kau dah ada.Kau kan buah hati aku.”kini tiba gilirannya pula mengusik.Baik dia atau pun Amir tak pernah menyimpulkan hubungan mereka bila ditanya.Apa yang diandaikan rakan rakannya Cuma secebis senyuman yang diberikan.Itupun Amir yang ajar dia.


“Iman,kita pergi dinner malam ni nak tak?”Qairul merenung wajah ayu itu.Tak pernah sekalipun Iman menerima pelawaannya.Malahan tiap kali diajak keluar ada saja alasannya.

“Tak bolehlah.Saya tak boleh keluar rumah malam malam.”dia menjawab perlahan.Malas nak melayan kerena Qairul yang tak pernah jemu.

“Kenapa bukannya awak ada anak kat rumah.”

“Memanglah dia tak ada anak kat rumah.Dia ada aku kat rumah.”Entah dari mana Amir muncul.Namun kehadiran anak muda itu melegakan Iman.Dia lemas memberikan alasan pada Qairul yang tak pernah mahu menerima sebarang alasan.

Qairul menarik muka masam.Tiap kali ingin mendekati Iman pasti Amir yang muncul antara mereka.

“Tak ada muka lain ke.Balik balik kau yang menyibuk kat sini.”

“Sorrylah kawan.Cik adik manis ni dah ada date dengan aku.”dia tersenyum memandang Iman.

“Maaf ye.Saya memang dah janji dengan Amir dulu.”Iman mengambil jalan tengah.Tak mahu ada pergaduhan antara mereka.Dia takut nanti kalau Qairul bertindak terburu buru.

Amir sengaja membuka kan pintu kereta untuk Iman.Sengaja nak tunjukkan kononnya pada Qairul.

“Kau rasa tak apa ke,kita buat dia macam ni?”Iman mengajukan soalan pada Amir.

“Kenapa?Kau takut nanti dia tak nak ngorat kau lagi ke?”dia bertanya.

“Kau ni mengarut aje.Aku takut,ye lah mana lah tahu nanti dia berdendam kat kau.”dia meluahkan kegusaran dihati.

“Sayang juga kau kat aku ye.”dia mengusik.

“Bukan apa aku tak nak nanti hilang kawan baik aku ni.”dia tersenyum manis mendengar usikan rakan itu.



“Mama!”Jeritan Natasha dari dalam rumah mengejutkan mereka.

“Kenapa ni?Menjerit macam orang tak betul aje?”Datin Kalsom mendekati anak gadis manjanya itu.
“Kenapa budak tu masuk bilik Tasha.Kan Tasha dah kata,Tasha tak suka dia jejakan kaki kebilik Tasha.”jarinya menunding kearah Iman yang sedang berbual bersama Amir.

Iman memandang Natasha.Ingin tahu kali ini apa pula tuduhan Natasha padanya.Selama ini sudah lali rasanya pelbagai tuduhan yang dilemparkan pada dirinya.Tak tahu mengapa Natasha begitu membencinya.Malahan sejak pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah besar itu Natasha seolah olah memusuhinya.

“Ada apa ni kak?”Amir bersuara tenang,faham sangat dengan sikap kakaknya yang suka melenting itu.

“Dahlah malas aku nak cakap dengan korang ni.”lantas Natasha melangkah masuk kedalam rumah.Malas nak bertekak kalau ada Amir.Pasti adiknya itu bermati matian membela Iman.Malahan dia tidak menolak setiap kata kata adiknya itu benar belaka.

Sukar dia berkata kata bila mendengar hujah Amir.Malahan adiknya yang juga bekas pembahas negeri itu begitu mudah saja mematikan kata katanya.


Hati yang panas tiba tiba sejuk bila menerima panggilan si buah hati.Natasha bingkas bangun berkemas.Dia tersenyum bila mengingatkan pertemuan pertama dengan Tengku Zarul Hakimi.

Pertemuan yang memang dinantikan terjadi semasa dia mengadakan pertunjukkan fesyen setahun lalu.Tengku Zarul Hakimi anak muda yang bekerjaya hebat yang menjadi idaman setiap wanita yang rata rata mengejar kehidupan lebih mewah dan terjamin.Malahan pertunangan mereka yang telah secara rasminya terikat eman bulan lalu membuatkan dia bertambah bahagia.

“Kita nak kemana Rul?”dia bertanya manja sebaik saja masuk keperut kereta.Tangan mengelus lembut bahu tunang tersayang.

“Kan I dan janji nak bawa you pergi dinner.”bibir mengulum senyuman.Mata memerhatikan penampilan Natasha yang seperti biasa.

Berkali kali dia meminta Natasha memakai pakaian yang sedikit bersopan tapi langsung tidak diendahkanya.Setiap kali keluar pasti skrit pendek yang menjadi pilihan Natasha.

“You tahu tak hari ni I gaduh lagi dengan perempuan tu.You nak tahu kenapa?Sebab dia dengki kan I .Dia cemburu pasal I dapat you sebagai tunang.”

Natasha memulakan cerita entah bila masa dia reka.Malahan setiap kali keluar bersama Tengku Zarul pasti ada cerita rekaannya yang menyumbat ke telinga.Tiap kali itu juga dia akan pastikan Tengku Zarul turut sama membenci Iman.

Bahaya baginya jika Tengku Zarul menyenangi Iman.Malahan pertama kali Iman diperkenalkan Tengku Zarul bagai tidak mahu berganjak langsung.Matanya meliar memerhatikan Iman.Bila menyedarinya Natasha merangka langkah, dari sehari ke sehari pelbagai cerita yang direka demi untuk menimbulkan perasaan benci Tengku Zarul pada Iman.

Tengku Zarul diam,tidak berani nak komen apa apa.Bila tiap kali Natasha mula membuka cerita mengenai gadis itu terbayang olehnya seraut wajah ayu yang amat menyenangkan.

Namun bila mendengar pelbagai cerita buruk yang disampaikan,sedikit demi sedikit dia mula membenci gadis itu.Malahan perwatakkan Iman yang sopan dituduh semata mata untuk mengaburi mata Datuk Syukor dan Datin Kalsom.Konon untuk memikat hati Amir.

“Dahlah,I malas nak dengar lagi.Nanti mati selera I .Jom kita makan.”dia meletakkan kereta dihadapan sebuah hotel mewah.Pernah dia membawa Natasha untuk ke kedai mamak yang menjual roti canai kegemarannya,namun gadis itu tidak mahu langsung turun menjejakkan kaki kesitu.Terpaksa dia yang beralah.Sejak itu tiap kali keluar bersama Natasha dia tidak lagi membawa Natasha kesana.

“So,macamana dengan gambar kawin kita?”dia bertanya manja.Terbayang olehnya pada malam itu dia dilamar Tengku Zarul dalam suasana yang amat romantik.

Pemuda itu tunduk melutut memohon persetujuan daripadanya.Baginya ia adalah satu kemenangan besar.Berjaya memikat hati lelaki sehebat Tengku Zarul adalah merupakan kebanggaanya.Malahan ramai teman teman modelnya yang terkejut pabila mengetahui jejaka yang menjadi idaman kebanyakan mereka akhirnya sah menjadi milik mutlaknya.

“Kan you dah tempah studionya.I ingatkan you dah siapkan semuanya.”dia merenung buah hati.Entahlah tiap kali bersama Natasha dia gembira.Malahan sikap manja gadis itu menyenangkan hati.

Tapi kata orang bila bercinta perasaan berdebar debar.Hati tidak tenteram.Tapi dia tidak begitu pada Natasha.Padanya dia hanya rasa gembira dan senang tiap kali menghabiskan masa bersama gadis itu.Malahan dek kerana desakan uminya lah dia melamar Natasha enam bulan lalu.Dia tak tahu tapi yang pasti dia suka bila menerima jawapan dari gadis itu.

“Yelah,tapi kan I perlukan juga pendapat you.”dia merengek manja.Dia tahu Tengku Zarul pasti tidak membantah,malahan tiap kemahuanya pasti dituruti anak muda itu.

“I tak kisah.Yang penting you happy.Dan pasal bayarannya you jangan susah.”tiap kali kata kata itu dilafaskanya dia dapat melihat senyuman yang amat indah dari bibir mungil gadis itu.

Benarkan Natasha menyintainya?Kadangkala dia diburu pertanyaan itu.Namun hati kecilnya segera ditepis.Membuang segala prasangka buruk terhadap gadis itu.
“Rul, I dapat tawaran baik tau.Peluang ni tak datang selalu.”dia memulakan bicara.

Membayangkan mimpinya selama ini yang bakal menjadi kenyataan.Dia telah mendapat tawaran untuk membuat pertunjukkan fesyen didepan orang orang malahan kerabat diraja Britian.Tawaran itu amat dinanti nantikan selama ini.Malahan jika bernasib baik dia akan mengukir nama sebagai anak Melayu pertama yang berjaya membuat persembahan disana.

“Tawaran apa?”dia bertanya.Namun mulut tetap mengunyah makanan yang terhidang.

Dia tidak begitu berminat untuk berbual mengenai dunia fesyen yang sering menjadi kebanggaan Natasha.Dia cepat bosan bila Natasha bercerita mengenai kerjaya seninya.

Dia cepat penat bila mendengar gadis itu membebel mengenai tawaran demi tawaran yang mendatang.Kadang kala timbul keraguan dalam keputusan yang dibuatnya.Salahkah dia kerana melamar Natasha?

“I dapat peluang buat show di Britian.Depan kerabat disana.”dia tersenyum lebar.

“Bila you nak pergi?”dia bertanya lagi.Tarikh perkawinan mereka hanya tinggal seminggu aje lagi.Nak merayap kemana lagi.

“Tak tahu lagi samaada I dapat atau tidak.Tapi kalau dapat next week I pergi.”dia tersenyum.Dan melupakan hari perkawinan yang bakal menjelang.

“Kan next week hari kawin kita?You nak kemana lagi?Patutnya you duduk rumah dah buat persiapan apa yang patut.”dia mengangkat muka.Bagai tidak percaya dengan kata kata Natasha.

“Alah,kalau I pergi dua tiga hari tak kisahkan.”dia merengek manja.

“You jangan cari pasal.I tak nak perkawinan kita tergendala.”dia tidak bersetuju langsung dengan permintaan Natasha yang padanya tidak masuk dek akal langsung.

“You jangan lah marah.I cakap ajelah.”dia agak terkejut mendengar kata kata Tengku Zarul yang agak keras.Selama ini tak pernah langsung anak muda itu membantah kehendaknya.Namun kali ini kata kata Tengku Zarul membuatkannya sedikit kecut.

2 comments:

  1. Akak rasa ayat ni "Silap kerana Natasha sudi menerimanya seperti mana mak long,pak long dan Amir menerima kehadirannya" macam tertinggal perkataan "tak sudi" sbb Natasha mmg xleh terima/berbaik dgn Iman sampai skrg, kan?

    ReplyDelete
  2. Natasha ni jahat...dengkilah tu sbb Iman mesti lagi cantik dan baik drp dia..tu yg takut Tengku Zarul tersuka kat Iman..

    Terang2an materialistic si Natasha ni.. pastu dia model.. setakat nak kawin dgn anak org kaya yg handsome jerlah dan kejar kerjaya in modelling... tak sesuailah dia dgn tengku zarul ni... silap ari bulan Iman yg kena ganti dia masa majlis kahwin nanti ni... rasa2lah..

    ReplyDelete