Sunday, March 27, 2011

Kasihku Untukmu - 24

Suasana sepi seketika, alunan irama yang berkumandang di corong radio mengalunkan lagu nyanyian penyanyi barat itu tidak diendahkan oleh Sarah Saffya. Hatinya sedih setelah mendengar berita yang dikhabarkan oleh Adam Haiqal.
“Sayang, janganlah begini, ok” Adam Haiqal memulakan bicaranya sambil menggenggam erat jari jemari Sarah Saffya.

Sarah masih mendiamkan diri dan air matanya mula mengalir dari kelopak matanya. Dia tahu dia akan merindui Adam Haiqal selama beberapa bulan kerana jejaka kesayangannya itu akan menjalankan tugasnya di luar Negara selama 3 bulan.
Kereta Harrier yang dipandu oleh Adam Haiqal tiba-tiba berhenti di penjuru jalan.
“Sayang, Qal juga merasa sedih. Qal tidak mampu menahan rindu bila berjauhan begini. Tetapi Qal janji sayang, kita akan bertunang selepas Qal pulang nanti.” Sambil memegang kedua-dua tangan Sarah Saffya Qal melihat cincin pemberiannya tersemat indah dijari manis Sarah Saffya, hatinya merasa lega.
“Sayang, jangan sesekali membuang cincin ini, yer. Ini tandanya Sarah milik Qal dan Qal janji kita akan bersatu nanti. Dan lihat ini, Qal juga masih memakai cincin pemberian sayang.” Sambung Adam Haiqal lagi sambil menunjukkan cincin pemberian Sarah Saffya kepadanya.

Sarah Saffya hanya mampu mengangguk dan tersenyum. Dia melihat raut wajah Adam Haiqal. Tidak mungkin dia dapat melupakan jejaka yang mampu mencuri hatinya itu. Dia juga terpaksa melepaskan Jejaka itu pergi ke luar Negara demi mencapai hasrat bapa nya bagi meluaskan bidang syarikat mereka.
“Qal..” Sarah bersuara, cukup perlahan.
“yer, sayang.”
“Promise me something. Hati Qal tidak akan berubah.”
“Sayang.. please jangan begini. Hati Qal hanya padamu sayang. Tiada orang lain yang dapat menandingi cinta Sarah Saffya walau sehebat mana pun seorang wanita itu. I love you, sayang.”
“Sarah.. Sarah just tak nak kehilangan cinta Sarah ini. Kasih Sarah hanya pada Qal. Percayalah. Sarah akan tunggu Qal.”
Adam Haiqal tersenyum bangga kerana mempunyai seorang kekasih yang begitu penyayang. Kereta pacuan empat roda yang dipandunya bergerak laju membelah angin malam.


Friday, March 25, 2011

Kasihku Untukmu - 23

“Sarah, you looks lovely with this dress.” Daniel menyuarakan perasaannya ketika melihat Sarah Saffya keluar dari bilik persalinan.Pakaian labuh berwarna biru muda itu menampakkan lagi kelembutan diwajah Sarah. Renungan Daniel membuatkan hati Sarah Saffya merasa tidak selesa.
“Daniel ni..bukankah baju ini untuk adik Daniel. Sarah hanya cuba saja. Jika dah ok, Sarah nak salin semula baju ni”
“Sarah..why not Daniel belikan satu untuk awak.”
“No..its ok Daniel. Tak perlulah. Sarah tak nak.”
Daniel membawa dua helai dress ke kaunter pembayaran. Suasana di butik Pesona agak menarik. Susunan baju-bajunya tersusun rapi besertakan dengan penjualnya yang ramah. Sarah Saffya amat selesa ke butik Pesona. Malahan tuan punya butik itu juga sudah mengenalinya semenjak 3 tahun yang lalu. Tiba-tiba..
“Haiii, jumpa lagi kita Sarah!” Farah Adiba tiba-tiba datang entah dari mana dan terus menyapa Sarah.
“Err Farah..Hi..” balas Sarah Saffya sambil tersenyum melihat Farah Adiba yang sejak dari tadi seperti tercari-cari sesuatu dengan melihat di sekeliling butik itu.
“Hmm, are you aalo….” Belum sempat Farah habiskan kata-katanya tiba-tiba matanya tertumpu ke arah Daniel di kaunter pembayaran.
“so awak berteman rupanya..hmm..shopping yer? Beli baju?” Farah terus menukar perbualannya apabila ternampak Daniel.
“Tak adelah Farah. Just temankan Daniel beli barang.”
“Ohh, beli barang? Di butik pesona? Hmm.. what kind of barang overhere?..tak apelah Sarah..semoga happy selalu. Farah pergi dulu yer”
Sarah Saffya ditinggalkan begitu tanpa terjawab soalannya. Sarah Saffya terpinga-pinga dan dia tahu Farah tentu akan fikirkan sesuatu tentang halnya itu.
Daniel melihat Farah Adiba berlalu pergi. “Errr, kawan awak, Sarah?”
“Yeah, dah pergi pun.”
“Sexy girl tu, right?”
“Ingat pun awak, Daniel. Entahlah dia datang dan pergi begitu je.”
“Perempuan begitu, mungkin mudah di ingati dan di dampingi tetapi untuk dibuat calon isteri, sakit hati nanti.” Ucap Daniel tersenyum lebar.
“Daniel sukakan Farah tu ke? Sarah nak cakapkan kepadanya nanti.”
“Ishk Sarah ni, manede la. Kan dah cakap tadi. Buatkan pening Daniel nanti.”
“Alahh Doktor Daniel kan, kalau dah sakit, pening tu, ubatlah sendiri.” Balas Sarah Saffya.
Mereka ketawa bersama.

Di pejabat Damai Holdings, kecoh dengan perbualan hangat tentang Sarah Saffya.
Pintu dibuka, dan semua staff Damai Holdings kembali senyap. Kelihatan seorang lelaki kacak sedang melangkah masuk ke Damai Holdings.
“Selamat pagi tuan.”
“Selamat pagi.”
Farah yang dari mula tadi sibuk dengan cerita-ceritanya kini terpaksa berlakun yang dia sibuk dengan computernya.
“Ehh Encik Adam, good morning.”
“Good Morning. Farah, ambilkan saya file project kita di Langkawi itu.”
“Yes, Sir.” Sambil tersenyum Farah Adiba cepat-cepat mencari file tersebut. Dia sudah tidak sabar untuk membawa berita yang bakal diceritakan kepada Adam Haiqal. Di office pula berita itu sudah hangat diperkatakan.


Wednesday, March 23, 2011

Kasihku Untukmu - 22

“Hi Pa, Tan Sri.” Sapa Farah Adiba sambil tersenyum manja. “Dah habis main ke ni? Sorry, Im late. Hmm Adam mana, Tan Sri?” Farah bertanyakan tentang Adam Haiqal.”
“Farah, Adam dah keluar awal-awal pagi tadi. Katanya nak berjogging.”
“Dengan siapa? Tentu Sarah, kan? Adam tu baik sangat dengan Sarah sedangkan dia selalu berkepit dengan orang lain. Farah tak sukala orang buat begini pada my boss”. Rungut Farah sambil memasamkan mukanya.”

“Apa Farah cakapkan ni? Sarah dengan siapa pula?” Tan Sri Mustafa mula bertanya.
“Tan Sri, Farah ni sebenarnya tak suka ambil tahu pasal hal orang lain. Tetapi jika hal ini melibatkan my boss, terasa juga hati ini Farah. Adam tu baik orangnya, tapi dapat pula kekasih yg ntah cam apa.

“Maksud Farah?” kali ini papanya pula bersuara.
“Yes pa, Farah nampak berkali-kali Sarah tu keluar dengan lelaki lain. Malah nampak mesra, ketawa bersama. Sedangkan Adam tu setia. Bila Farah ajak keluar lunch pun dah tak sudi. Takut Sarah jelouslah tu.”

“Hmm, Farah kenal Sarah tu?” Tanya Tan Sri Mustafa lagi.
“Of course. Buah hati Adam Haiqal tu, siapa tak kenal. Orangnya bukanlah sebaik dan secantik namanya, Tan Sri. Farah dapat tahu, bapanya berkahwin lain dan banyak lagi cerita pasal keluarganya tu. Tentu dia dari keluarga yang tidak baik.”
“Apa betulkah semua ini, Farah?”

“Tan Sri.. Tan Sri boleh siasat tentang siapa bakal menantu Tan Sri ni. Farah bukannya apa Tan Sri. Farah kenal Adam since kitorang study lagi. Farah sukakan dia, tapi dia saja yang tidak pernah nampak Farah. Farah tahu, Farah tidak sehebat perempuan tu, tapi Farah bukan jenis yang suka tukar-tukar pasangan.” Farah mula meraih simpati Tan Sri Mustafa. Dia mula mengaturkan strategi demi kepentingan dirinya sendiri.

Di ruang tamu, Farah Adiba sedang membaca majalah kegemarannya "Female". Dia tersenyum-senyum melihat gadis-gadis yang memperagakan pakaian yang berjenama di dalam majalah tersebut.
“Happy je papa lihat”
“Yerlah pa. Farah happy pun tak boleh?” sambil menjeling ke arah papanya.
“Baguslah happy. Papa suka lihat anak papa happy, ceria bertambah manis.”
“Pa.. Farah bosanla kat rumah ni.”
“Pergilah keluar dengan kawan-kawan.”
“Alaah, tak nak la. Farah tak sukalaa keluar bersama mereka.”
“Hmm, kalau Adam Haiqal yang keluar, nak yer?”
“Pa, Farah sukakan Adam dan akan tetap sukakan dia. Pa..tolonglah Farah.” Pinta Farah seperti anak kecil yang merengek-rengek inginkan sesuatu.
Datuk Ali tersenyum sambil membuka helaian suratkhabar. “Tunggulah Farah. Jika Adam Haiqal tu milik Farah, tak akan kemananya.”


Monday, March 21, 2011

Kasihku Untukmu - 21

Suasana di Dome, KLCC seperti biasa ramai yang mengunjungi Cafe tersebut. Mata Danial tercari-cari bayangan gadis yang sangat dirinduinya itu. Dia melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 2.45pm.

"Ahh!! Awal lagi. Tapi jika benar Sarah Saffya tidak berubah, tentu dia akan tiba diwaktu ini." Belum sempat dia memikirkan lagi tentang Sarah Saffya yang dikenalinya itu, tiba-tiba..matanya tertumpu kepada seorang gadis yang sedang berjalan menuju ke mejanya.

Lantas Danial bangun lalu tersenyum melambaikan tangannya kepada Sarah. "Kau masih seperti dulu, Sarah. Senyumanmu masih terpahat dihatiku." "Hi Sarah.. how are you?" Sambil tersenyum Sarah duduk di hadapan Danial. "Im fine." ringkas dari Sarah.

"Awak masih sama, Sarah. Masih sama seperti dulu. Awal seperti yang dijanjikan." "Well, tepati masa adalah sesuatu perkara yang perlu kita praktikan" Danial tersenyum lagi. “So, buat apa sekarang Danial? I mean Dr Danial?” “Come-on Sarah..Dr ape lak ni.

I x buat pape. Ingat nak bukak clinic kat sini. Tengah cari good place.” “Maknanya tinggal disini terus lah yer?” “Well, rasanya begitulah. Tak nak kehilangan lagi apa yang I cuba dapatkan.” Ucap Danial ringkas penuh makna. Sarah terdiam sambil tercari-cari ayat yang sesuai untuk diucapkannya. Tiba-tiba “Excuse me..Cik Sarah Saffya..hmm.” Farah Adiba pula muncul entah dari mana.

Terkejut Sarah Saffya dibuatnya apabila melihat perempuan itu menyapanya. Mata Farah Adiba tidak habis-habis melihat Danial, lalu tersenyum. “Ohh. Sibuk ke cik Sarah? Maaf mengganggu.” Farah bersuara lagi sambil menjeling kearah Danial. “Its ok, Farah. Anything?” “Tak, I jalan-jalan tadi. Then nampak you.ingatkan dengan boss I tadi. Rupa-rupanya..” kata-katanya terhenti disitu sambil jarinya menutup mulutnya. “I’m sorry mengganggu pulak. Err..carry-on.”

“Tak. Ini kawan saya, Danial. Kawan lama.” Sarah memperkenalkan Danial. “Would you love to join us?” “Ohh! Kawan lama.. Haii. Saya Farah. Farah Adiba Datuk Ali.” Tanpa segan silu Farah menghulurkan tangannya dan dibalas oleh Danial sambil memerhatikan gelagat Farah Adiba. “Hmm, Sarah.I think I need to go now. Maaf yer. Ada kerja sikit ni. Bye.” Farah Adiba berlalu pergi sambil memakai cermin mata hitamnya. Sarah masih diam. Dia mula membuat andaian tentang Farah Adiba.

“Sarah..are you ok?” “Yeah. Sarah ok.” Senyum Sarah. “Siapa tu? Sexynya dan..?” kata-kata Danial dimatikan disitu apabila seorang waiter menghampiri mereka.
Good morning” ucap Farah Adiba sebaik sahaja menjejaki pejabat Adam Haiqal.
“Morning. Nampak happy saja, Farah. Anything?”
“Well, hati ini gembira melihat keceriaan yang terpancar di wajahmu” balas Farah Adiba sambil mengenyitkan mata kirinya. Baju kebaya kuning yang dipakainya begitu berseri-seri menyerlahkan lagi kejelitaan Farah Adiba.
“Pelik you hari ni?”

“Tak ada pape.” Farah tersenyum manja sambil mengeluarkan buku nota kecilnya.
“Ok, jika tiada apa-apa. I nak you siapkan surat ni. Call Mr Cheah untuk saya. Oh ya, laporan kewangan syarikat NadiEmas tu dah siap ke?”
“That’s all? OK, I akan bereskan. Hmm, Adam..kita keluar lunch together hari ni yer?”

“I dah ada lunch date dengan Sarah.”
“Apa salahnya sekali sekala keluar dengan I.”
“Apa you merepek ni, Farah?”
“Kenapa? Salah ke kita keluar? You tu saje yang terlalu percayakan dia sedangkan dia..” kata-kata Farah dimatikan disitu apabila handset milik Adam Haiqal berdering.
“Sorry Farah, u keluar dulu. Siapkan semua kerja-kerja tu, ok”
Farah Adiba bingkas bangun dan berlalu pergi. Dihatinya perasaan marah meluap-luap “Dah tentu perempuan itu yang call.”

“Mustafa..apa khabar?”
“Baik. Ali.”
Mereka berpelukan dan berjalan ke padang golf. Masing-masing mengenakan White Golf T’shirt besertakan White Cap.
“Hows your business, Mus? Dengar khabar syarikat Damai Holdings dapat project besar.” Datuk Ali memulakan bicaranya sambil memukul bola golf.
“Well, everything goes smoothly Li.” Tersenyum megah Tan Sri Mustafa memberi jawapan kepada Datuk Ali.

Selepas penat bermain Golf, mereka berjalan menuju ke restaurant sambil mengelap peluh didahi.
“Dah lama kita tak bermain Golf. Masing-masing busy. Syarikat bertambah maju, senanglah kau Mus ada anak yang tolong tengokkan”.
“Qal tu perlu banyak belajar lagi, Li. Masih terlalu awal untuk aku serahkan bulat-bulat kepadanya Syarikat Damai Holdings tu”.

“Ehh, aku rasa Haiqal bijak menguruskannya. Mungkin perlukan masa lagi. Bukan seperti Farah, syarikat sendiri tidak mahu dikendalikannya malah ingin berjaya di syarikat orang lain. Katanya nak bekerja di bawah Adam.”
“Aku harapkan dia dapat menguruskan dengan baik, Li. Tambahan lagi anak kau, Farah yang boleh membantunya. Shes good.”

“Hmm, Farah anak tunggal aku tu, begitulah. Dia selalu ceritakan pada aku tentang Haiqal ni. Aku rasa mereka berdua sesuai bersama. Tak gitu, Mus?”
“Aku suka bermenantukan Farah tu. Orangnya bijak, dedikasi dan pandai ambil hati.Tapi kau tahulah Li, Haiqal tu dah ada pilihannya sendiri. Kalau tak salah aku Sarah namanya. Kami sekeluarga belum lagi bertemu budak tu.

Sedang mereka rancak berbual, kelihatan seorang gadis sedang melambai-lambai tangannya kearah mereka. Farah Adiba berjalan dengan gayanya tidak ubah seperti seorang model terkenal. Beberapa orang pelanggan yang sedang minum turut memerhatikan gelagat Farah Adiba.
Setibanya disitu...

Sunday, March 20, 2011

Iman 2

Keadaan berganti dan terus berganti.Masa terus mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang lagi.Harapan Iman agar kehadiran untuk menumpang kasih diterima seluruh ahli keluarga itu tidak kesampaian.

Sangkaannya meleset sama sekali bila dia memujuk hati bila menerima sambutan dingin Natasha terhadapnya 10 tahun lalu.Sangkanya keadaan dan masa yang beredar akan mengubah sikap Natasha terhadapnya.Tapi yang nyata dia tersilap.Silap kerana Natasha sudi menerimanya seperti mana mak long,pak long dan Amir menerima kehadirannya kerumah besar itu.

Kini usianya sudah menjangkau dua puluh empat tahun.Dah lama rupanya dia menumpang kasih di mahligai besar milik pak longnya itu.

“Hei,alamak jauhnya melamun cik kak ni.”Amir mencuit bahu gadis yang sedang bermenung itu.

“Eh,bila kau balik.Aku tak perasan pun.Mana kereta kau.”dia bertanya.Tidak sedar langsung kepulangan anak muda itu.

“Tu hah.Nampak besar gedabak.Penat aku pusing pusing tadi.Tapi kau asyik sangat berangan.Ingatkan buah hati ke?”dia mengusik lagi.Iman memang begitu.Dah lama sangat dia mengenali sepupu itu.Sikapnya yang suka memendam perasaan kadang kala membimbangkanya.Takut takut nanti kalau ia memakan diri gadis itu.

“Buah apa,Mir?Tangkainya pun tak ada.”dia tertawa.Bukannya Amir tak tahu.Malahan tiap kali dia diganggu teman sekelas dulu Amir lah yang menjadi penyelamatnya.Tiap kali itu jugalah Amir akan berlagak sebagai buah hatinya.Cuma sekadar untuk melarikan diri dari gangguan nakal teman teman kuliah.

“Tulah,ramai anak tengku,anak datuk nak kau tak nak.”dia berkata selamba.Bukan apa hatinya dipagut cemburu tiap kali melihat Iman diusik rakan rakannya.

“Kan kau dah ada.Kau kan buah hati aku.”kini tiba gilirannya pula mengusik.Baik dia atau pun Amir tak pernah menyimpulkan hubungan mereka bila ditanya.Apa yang diandaikan rakan rakannya Cuma secebis senyuman yang diberikan.Itupun Amir yang ajar dia.


“Iman,kita pergi dinner malam ni nak tak?”Qairul merenung wajah ayu itu.Tak pernah sekalipun Iman menerima pelawaannya.Malahan tiap kali diajak keluar ada saja alasannya.

“Tak bolehlah.Saya tak boleh keluar rumah malam malam.”dia menjawab perlahan.Malas nak melayan kerena Qairul yang tak pernah jemu.

“Kenapa bukannya awak ada anak kat rumah.”

“Memanglah dia tak ada anak kat rumah.Dia ada aku kat rumah.”Entah dari mana Amir muncul.Namun kehadiran anak muda itu melegakan Iman.Dia lemas memberikan alasan pada Qairul yang tak pernah mahu menerima sebarang alasan.

Qairul menarik muka masam.Tiap kali ingin mendekati Iman pasti Amir yang muncul antara mereka.

“Tak ada muka lain ke.Balik balik kau yang menyibuk kat sini.”

“Sorrylah kawan.Cik adik manis ni dah ada date dengan aku.”dia tersenyum memandang Iman.

“Maaf ye.Saya memang dah janji dengan Amir dulu.”Iman mengambil jalan tengah.Tak mahu ada pergaduhan antara mereka.Dia takut nanti kalau Qairul bertindak terburu buru.

Amir sengaja membuka kan pintu kereta untuk Iman.Sengaja nak tunjukkan kononnya pada Qairul.

“Kau rasa tak apa ke,kita buat dia macam ni?”Iman mengajukan soalan pada Amir.

“Kenapa?Kau takut nanti dia tak nak ngorat kau lagi ke?”dia bertanya.

“Kau ni mengarut aje.Aku takut,ye lah mana lah tahu nanti dia berdendam kat kau.”dia meluahkan kegusaran dihati.

“Sayang juga kau kat aku ye.”dia mengusik.

“Bukan apa aku tak nak nanti hilang kawan baik aku ni.”dia tersenyum manis mendengar usikan rakan itu.



“Mama!”Jeritan Natasha dari dalam rumah mengejutkan mereka.

“Kenapa ni?Menjerit macam orang tak betul aje?”Datin Kalsom mendekati anak gadis manjanya itu.
“Kenapa budak tu masuk bilik Tasha.Kan Tasha dah kata,Tasha tak suka dia jejakan kaki kebilik Tasha.”jarinya menunding kearah Iman yang sedang berbual bersama Amir.

Iman memandang Natasha.Ingin tahu kali ini apa pula tuduhan Natasha padanya.Selama ini sudah lali rasanya pelbagai tuduhan yang dilemparkan pada dirinya.Tak tahu mengapa Natasha begitu membencinya.Malahan sejak pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah besar itu Natasha seolah olah memusuhinya.

“Ada apa ni kak?”Amir bersuara tenang,faham sangat dengan sikap kakaknya yang suka melenting itu.

“Dahlah malas aku nak cakap dengan korang ni.”lantas Natasha melangkah masuk kedalam rumah.Malas nak bertekak kalau ada Amir.Pasti adiknya itu bermati matian membela Iman.Malahan dia tidak menolak setiap kata kata adiknya itu benar belaka.

Sukar dia berkata kata bila mendengar hujah Amir.Malahan adiknya yang juga bekas pembahas negeri itu begitu mudah saja mematikan kata katanya.


Hati yang panas tiba tiba sejuk bila menerima panggilan si buah hati.Natasha bingkas bangun berkemas.Dia tersenyum bila mengingatkan pertemuan pertama dengan Tengku Zarul Hakimi.

Pertemuan yang memang dinantikan terjadi semasa dia mengadakan pertunjukkan fesyen setahun lalu.Tengku Zarul Hakimi anak muda yang bekerjaya hebat yang menjadi idaman setiap wanita yang rata rata mengejar kehidupan lebih mewah dan terjamin.Malahan pertunangan mereka yang telah secara rasminya terikat eman bulan lalu membuatkan dia bertambah bahagia.

“Kita nak kemana Rul?”dia bertanya manja sebaik saja masuk keperut kereta.Tangan mengelus lembut bahu tunang tersayang.

“Kan I dan janji nak bawa you pergi dinner.”bibir mengulum senyuman.Mata memerhatikan penampilan Natasha yang seperti biasa.

Berkali kali dia meminta Natasha memakai pakaian yang sedikit bersopan tapi langsung tidak diendahkanya.Setiap kali keluar pasti skrit pendek yang menjadi pilihan Natasha.

“You tahu tak hari ni I gaduh lagi dengan perempuan tu.You nak tahu kenapa?Sebab dia dengki kan I .Dia cemburu pasal I dapat you sebagai tunang.”

Natasha memulakan cerita entah bila masa dia reka.Malahan setiap kali keluar bersama Tengku Zarul pasti ada cerita rekaannya yang menyumbat ke telinga.Tiap kali itu juga dia akan pastikan Tengku Zarul turut sama membenci Iman.

Bahaya baginya jika Tengku Zarul menyenangi Iman.Malahan pertama kali Iman diperkenalkan Tengku Zarul bagai tidak mahu berganjak langsung.Matanya meliar memerhatikan Iman.Bila menyedarinya Natasha merangka langkah, dari sehari ke sehari pelbagai cerita yang direka demi untuk menimbulkan perasaan benci Tengku Zarul pada Iman.

Tengku Zarul diam,tidak berani nak komen apa apa.Bila tiap kali Natasha mula membuka cerita mengenai gadis itu terbayang olehnya seraut wajah ayu yang amat menyenangkan.

Namun bila mendengar pelbagai cerita buruk yang disampaikan,sedikit demi sedikit dia mula membenci gadis itu.Malahan perwatakkan Iman yang sopan dituduh semata mata untuk mengaburi mata Datuk Syukor dan Datin Kalsom.Konon untuk memikat hati Amir.

“Dahlah,I malas nak dengar lagi.Nanti mati selera I .Jom kita makan.”dia meletakkan kereta dihadapan sebuah hotel mewah.Pernah dia membawa Natasha untuk ke kedai mamak yang menjual roti canai kegemarannya,namun gadis itu tidak mahu langsung turun menjejakkan kaki kesitu.Terpaksa dia yang beralah.Sejak itu tiap kali keluar bersama Natasha dia tidak lagi membawa Natasha kesana.

“So,macamana dengan gambar kawin kita?”dia bertanya manja.Terbayang olehnya pada malam itu dia dilamar Tengku Zarul dalam suasana yang amat romantik.

Pemuda itu tunduk melutut memohon persetujuan daripadanya.Baginya ia adalah satu kemenangan besar.Berjaya memikat hati lelaki sehebat Tengku Zarul adalah merupakan kebanggaanya.Malahan ramai teman teman modelnya yang terkejut pabila mengetahui jejaka yang menjadi idaman kebanyakan mereka akhirnya sah menjadi milik mutlaknya.

“Kan you dah tempah studionya.I ingatkan you dah siapkan semuanya.”dia merenung buah hati.Entahlah tiap kali bersama Natasha dia gembira.Malahan sikap manja gadis itu menyenangkan hati.

Tapi kata orang bila bercinta perasaan berdebar debar.Hati tidak tenteram.Tapi dia tidak begitu pada Natasha.Padanya dia hanya rasa gembira dan senang tiap kali menghabiskan masa bersama gadis itu.Malahan dek kerana desakan uminya lah dia melamar Natasha enam bulan lalu.Dia tak tahu tapi yang pasti dia suka bila menerima jawapan dari gadis itu.

“Yelah,tapi kan I perlukan juga pendapat you.”dia merengek manja.Dia tahu Tengku Zarul pasti tidak membantah,malahan tiap kemahuanya pasti dituruti anak muda itu.

“I tak kisah.Yang penting you happy.Dan pasal bayarannya you jangan susah.”tiap kali kata kata itu dilafaskanya dia dapat melihat senyuman yang amat indah dari bibir mungil gadis itu.

Benarkan Natasha menyintainya?Kadangkala dia diburu pertanyaan itu.Namun hati kecilnya segera ditepis.Membuang segala prasangka buruk terhadap gadis itu.
“Rul, I dapat tawaran baik tau.Peluang ni tak datang selalu.”dia memulakan bicara.

Membayangkan mimpinya selama ini yang bakal menjadi kenyataan.Dia telah mendapat tawaran untuk membuat pertunjukkan fesyen didepan orang orang malahan kerabat diraja Britian.Tawaran itu amat dinanti nantikan selama ini.Malahan jika bernasib baik dia akan mengukir nama sebagai anak Melayu pertama yang berjaya membuat persembahan disana.

“Tawaran apa?”dia bertanya.Namun mulut tetap mengunyah makanan yang terhidang.

Dia tidak begitu berminat untuk berbual mengenai dunia fesyen yang sering menjadi kebanggaan Natasha.Dia cepat bosan bila Natasha bercerita mengenai kerjaya seninya.

Dia cepat penat bila mendengar gadis itu membebel mengenai tawaran demi tawaran yang mendatang.Kadang kala timbul keraguan dalam keputusan yang dibuatnya.Salahkah dia kerana melamar Natasha?

“I dapat peluang buat show di Britian.Depan kerabat disana.”dia tersenyum lebar.

“Bila you nak pergi?”dia bertanya lagi.Tarikh perkawinan mereka hanya tinggal seminggu aje lagi.Nak merayap kemana lagi.

“Tak tahu lagi samaada I dapat atau tidak.Tapi kalau dapat next week I pergi.”dia tersenyum.Dan melupakan hari perkawinan yang bakal menjelang.

“Kan next week hari kawin kita?You nak kemana lagi?Patutnya you duduk rumah dah buat persiapan apa yang patut.”dia mengangkat muka.Bagai tidak percaya dengan kata kata Natasha.

“Alah,kalau I pergi dua tiga hari tak kisahkan.”dia merengek manja.

“You jangan cari pasal.I tak nak perkawinan kita tergendala.”dia tidak bersetuju langsung dengan permintaan Natasha yang padanya tidak masuk dek akal langsung.

“You jangan lah marah.I cakap ajelah.”dia agak terkejut mendengar kata kata Tengku Zarul yang agak keras.Selama ini tak pernah langsung anak muda itu membantah kehendaknya.Namun kali ini kata kata Tengku Zarul membuatkannya sedikit kecut.

Saturday, March 19, 2011

Kasihku Untukmu - 20

Malam itu, Adam Haiqal tidak dapat melelapkan matanya. Dia mula membayangkan tentang perkahwinannya nanti. Alangkah gembiranya majlis itu nanti. Dia mula merindui Sarah Saffya biarpun sekejap tadi dia yang menghantarkan Sarah Saffya ke rumahnya selepas makan malam yang cukup indah di antara mereka berdua.Telefon bimbitnya dicapai lalu dia membuat satu panggilan.

"Hello."
"Hello Sayang. Tak tidur lagi?"
"Qal..ermm belum."
"Ini tentu ingatkan Qal ni..kan..kan?"seloroh Adam Haiqal lagi.
"Yerlah. Kenapa Qal tak tidur lagi ni?"
"Hmm..rindukan Sayang la. Do you miss me?" ketawanya lagi.
"Oo, really? Sarah..ermm.. tak nak cakaplah..hehe"
"Yerlah.. I know you miss me too, right? Anyway..Qal nak ucap selamat malam. Tidur bebaik. Mimpikan Qal, ok"
"hehehe. Qal pun tidur baik-baik juga. Jangan mimpi hingga jatuh katil lak."
"Hahaha! jatuh cinta laa." ketawa Adam Haiqal lagi.
"Oklah Qal.. Good night."
"Good night to you too sayang.Esok jumpa yer."
"OK. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Bye."

Sarah Saffya membuka diarinya.

Cinta..kini kau datang
usah kau pergi meninggalkanku
aku perlukanmu
untuk kuteruskan hidupku

cinta.. inikah CINTA?
Abadikanlah ia disisiku
Jika benar ia cintaku
Akulah insan gembira

Cinta..dekatilah diriku
Usah kau ragu
tentang kasihku
hatiku hanya untukmu

Cinta.. kita bina bersama
demi kasih kita
demi hati kita
Jangan kau tinggalkan aku..Cinta

Berita yang gembira itu akan dikhabarkan kepada ibubapanya dan tidak terkecuali Amyra, sahabatnya.

"Really? Kau biar betul Sarah?"
"Myra.. apa yang tidak bertulnya?"
"Well, suddenly dia melamar kau? Apa, there’s anything happend between both of you?" "What do you mean, Myra?" "Hmm. Its ok. Aku hanya fikirkan tentang kau saja. Apa betul ke Haiqal tu cintakan kau? Bersediakan kau? Bukannya senang nak married. Fikir-fikirkanlah cik Sarah ooii."

Amyra mula membuat kesimpulan tentang berita itu. Sarah diam membisu. Di hatinya dia merasa sedikit sedih di atas riak wajah dan kata-kata sahabatnya itu. Apa yang dia tahu, dihatinya hanya ada cinta Adam Haiqal. "So, kau dah cakapkan berita ni kepada mama?" Tanya Amyra lagi. "Belum.. tunggu daddy dan mama pulang from Singapore." "Hmm, entahlah Sarah. Aku hanya inginkan yang terbaik untuk kau." "Terima kasih, Myra. Hmm.. jomlah kita makan." Amyra nampaknya tidak begitu gembira dengan berita itu. Manakala di office Adam Haiqal, berita itu disambut dengan gembira oleh pekerjanya kecuali..

Farah Adiba tidak dapat menerima tentang berita itu. Di dalam hatinya dia berhasrat untuk melakukan sesuatu demi menghalang Adam Haiqal dari mengahwini perempuan pilihannya itu. "Apa lebihnya perempuan itu dari aku?" getus hatinya. Adam Haiqal keluar dari biliknya lalu berkata "Farah, meeting kita today batalkan semua. I'm going out." Farah diam dan hanya sempat mengangguk saja. Pandangan Farah hanya tertumpu kepada Adam Haiqal yang berlalu pergi meninggalkannya. Dihatinya, sekali lagi tertanam hasrat untuk melakukan sesuatu agar Adam Haiqal menjadi miliknya.
Bersambung



"Papa, Farah sedih dengan berita ini. Mana mungkin Adam Haiqal dengan perempuan itu. Papa dah janji dengan Farah." Datuk Ali hanya mendiamkan diri. Dibiarkan saja Farah mengomel sendirian." Nanti papa berbincang dengan Tan Sri Mustafa. Farah tak perlu kecoh pasal ini, sayang. Tahulah papa nanti." "Papa ni, I dont care! Papa tahukan Farah sukakan Adam. Dan niat papa tu? Papa nak musnahkan?" "Yerlah, tahulah papa nanti." Farah Adiba mula tersenyum semula. Dia tahu papanya tidak akan menghampakan dia. Yang pasti Adam Haiqal akan menjadi miliknya. Dan papanya juga mempunyai niat yang lain untuk menjadikan Adam Haiqal menantunya.

Telefon bimbit Sarah berbunyi.."hello" "Hello, Sarah..Masih kenal?" "Siapa ini?" tanya Sarah namun dihatinya dia dapat meneka siapakah pemanggil itu. "Danial..Dr Danial." Sarah Saffya membisu seketika. "Sarah..Sarah..Can we meet?" Lamunan Sarah terhenti "yeah..Danial..Dr Danial..how are you?" "Im fine. Can we meet, Sarah? And please dont say no!"

"Err.. Sarah..." "Please....Danial di KL sekarang ni. Can we meet somewhere? Sarah choose tempat mana." "Err..Danial..Sarah sebenarnya.." "Please.. dah lama kita tak berjumpa, Sarah. Atau Sarah nak Danial ambil Sarah?" "No..no. Ok, kita jumpa di KLCC saja then. hmm make it 3.00pm. Is that ok with you?" "OK, no problem at all. Danial ada banyak perkara yang nak dicakapkan pada Sarah. Kita jumpa today, ok. see you."

Belum sempat Sarah Saffya menghabiskan kata-katanya, talian diputuskan. Sarah mula memikirkan tentang Danial yang akan ditemuinya nanti. Bagaimana dia boleh menemui Danial sedangkan dia kini akan menjadi milik Adam Haiqal. Haruskah Sarah cakapkan kepada Adam Haiqal tentang pertemuannya itu? Apakah pula tanggapan Adam Haiqal terhadapnya nanti? Hati Sarah mula resah



Pencari cinta - 83

IMAN...




" Argh! Tidak..! Tolong! Tolong! Jangan bakar aku! Jangan bakar aku! Arghh.., tidak..! Mak, ayah, tolong saya..! " Penumpang didalam kapal terbang semuanya terkejut melihat ada suara yang menjerit secara tiba-tiba. Suasana tenang didalam kapal terbang bertukar menjadi panik. Beberapa anak kapal bergegas untuk memastikan keadaan dalam kawalan dan apa yang sebenarnya berlaku.

" Dik, dik... Adik tak apa-apa? " Iman tersedar dari tidur setelah dikejutkan oleh pemuda yang duduk disebelahnya.

" Oh, saya bermimpi rupanya. " Iman mengusap-usap mukanya beberapa kali. Suasana kembali terkawal, namun jari jemari Iman masih lagi menggigil-gigil. Lega mereka bilamana tiada perkara serius yang berlaku. Pramugari-pramugari tadi pun kembali menyambung tugas mereka.

" Nah, minum air ni. " Pemuda yang duduk disebelahnya menawarkannya sebotol air mineral.

" Eh, tak mengapalah bang.., saya o.k. Cuma mimpi saya ni agak menakutkan sedikit. " Suara Iman masih lemah. Dahinya dibasahi air peluh dengan wajahnya yang sedikit kemerahan.

" Takpa lah, minumlah sedikit. " Iman pun menyambutnya dan minum beberapa teguk.

" Hmm, adik simpanlah buat bekalan. Err.., Selalu ke mimpi macam ni? "

" Tak.., saya baru kena dua hari. "

" Ngeri sangat ke mimpi tu? "

" Seperti benar. " Agak serius wajah Iman semasa menjawab. Terperanjat abang itu melihat kesungguhan dan mimik muka Iman menegaskan tentang mimpi ngerinya.

" Adik mimpi apa sebenarnya? " Pemuda itu semakin berminat untuk mengetahui cerita selanjutnya.

" Kehidupan selepas mati. "

Kapal terbang dari Australia ke Malaysia akan mendarat sebentar lagi, Iman akan memulakan harinya yang pertama di Malaysia. Suasana masih lagi gelap. Iman tiba lebih kurang jam dua pagi. Pak Su sedang menunggunya di lapangan terbang.


Friday, March 18, 2011

Kasihku Untukmu - 19

Suasana romantik di sebuah restaurant exclusive...
"Sarah." direnungnya ke dalam mata Sarah Saffya. Lalu digenggam erat jari jemari yang lembut itu.
Sarah Saffya membalas senyuman.
Dikeluarkan satu kotak kecil yang berwarna merah dari poket seluarnya dan diletakkan di atas meja.
"Sarah.. Qal cintakan Sarah. I Love you..Sayang. Do you love me, Sarah?"
Sarah tunduk diam. Malu untuk memandang Adam Haiqal. Dia hanya mampu tersenyum. Suasana romantik di Mewah Grill Restaurant dengan bertemankan cahaya lilin benar-benar membuatkan hatinya seakan cair.
Adam Haiqal merapati Sarah Saffya sambil mengeluarkan sebentuk cincin bertahtakan berlian.
"Will you marry me?"
Sarah agak terkejut dengan ucapan Adam Haiqal. Perasaan gembira jelas terbayang diraut wajahnya. Dia hanya mengangguk tanda bersetuju dengan lamaran itu.
"Ohh, Sarah. Hari ini merupakan hari yang Qal nantikan. Akhirnya apa yang terpendam dihati Qal selama ini terucap jua. I love you since the first time I saw you, Sayang".
"Qal, apakah Qal serius dengan lamaran ini?"
"Why not? Hati Qal sudah dibawa pergi olehmu, sayang." ucap Adam Haiqal lagi sambil mencium tangan Sarah Saffya. "Tak sabar rasanya Qal nak cakapkan pada mama tentang berita gembira ini."

Pencari Cinta - 82

KHURAFAT

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Semangat berasal dari jiwa. Perasaan-perasaan yang timbul akan di dihantar ke otak. Selepas selesai menganalisa.. otak akan menandatangani beberapa dokumen supaya beberapa hormon akan dikeluarkan. Hormon-hormon itu pula akan meransang badan hingga badan akan menjadi lebih aktif daripada biasa walaupun diwaktu badan kita sedang dalam keletihan.

Kekuatan yang biasanya yang akan ada pada seseorang ialah bilamana seseorang itu dalam keadaan marah, takut, cemas dan lain-lain. Tetapi ada satu kekuatan yang paling kuat. Kuatnya hingga seseorang itu sanggup menyerahkan nyawanya sendiri. Kekuatan itu hanya wujud apabila seseorang itu berasa terlalu gembira.

Sejarah pernah mencatatkan bilamana dizaman Rasulullah pendidikan baginda telah melahirkan orang-orang yang memang ingin mati di medan peperangan kerana memburu kecintaan Tuhan. Mereka pergi berperang hingga 'syahid' di medan perang. Mereka pergi perang memang hendak mati malah itu hiburan dan kegembiraan mereka, kerana hanya dengan cara kematian sahaja mereka dapat bertemu dengan Tuhan cnta agung mereka. Berbeza dengan tentera-tentera musuh, mereka pergi bererang kerana mereka telah disogok dengan harta dunia atau pangkat dan lain-lain. Justeru, berlakunya dua sumber kekuatan d sini.

Berbalik kepada sumber kekuatan tadi, perbezaan kekuatan suka berbanding dengan kekuatan-kekuatan yang lain ialah.. kemuncak tenaga perasaan suka jika dikeluarkan ia membuatkan seseorang individu itu sanggup untuk mengorbankan nyawanya sendiri, padahal nyawa adalah kemuncak barang yang paling berharga pada diri seseorang. Tetapi kekuatan-kekuatan yang lain apabila dilepaskan tujuannya hanyalah untuk 'mempertahankan'.., nyawa, harta benda dan lain-lain.

Begitulah hebatnya tentera Tuhan yang wujud dalam badan seseorang. Mereka bekerja mengikut arahan, arahan rajanya iaitu dari jiwa seseorang. Keputusan yang dibuat, arahan yang keluar semuanya mengambil masa yang terlalu singkat dan tepat. Mereka bekerja tanpa henti, seperti hamba. Jantung yang berdegup, nafas turun naik, darah yang mengalir.. semuanya bergerak 24 jam tanpa henti.

Begitulah hebatnya sebuah kerajaan yang wujud dalam diri seseorang. Walaupun dia seorang pengemis, tanpa dia sedar dia sedang memerintah sebuah kerajaan. Walaupun dia seorang penagih... Tetapi ramai yang tidak sedar. Bagaimanakah caranya untuk menyelamatkan sesebuah kerajaan? Dengan membawa semua rakyat cinta dan takut Tuhan. Ia mesti bermula dengan pemerintah. Pemerintah mesti bertaqwa supaya rakyatnya selamat. Hanya orang bertaqwa sahaja yang layak memerintah kerana dia dapat berlaku adil. Untuk menjadi orang yang bertaqwa.. seseoang itu mestilah menjadikan Rasulullah sebagai idola atau petunjuk mereka.

Thursday, March 17, 2011

Iman 1

“Mama!mama!Jangan tinggalkan Iman ma.”dia menangis untuk kesekian kalinya.Dia meratap merayu memanggi mamanya.Tapi wanita itu terus menolaknya kasar.

Iman jatuh menyembah bumi.Namun mamanya sedikit pun tidak mempedulikanya.Apa salahnya,sejak dulu lagi mamanya begitu membenci dirinya.Sedangkan dia darah daging mama.

Bukan anak angkat bukan juga anak tiri.Seawal usia remaja entah mengapa dia di hidangkan dengan hidup yang berulamkan penderitaan.

“Pergi!Mama kata pergi ikut pak long.”dirinya ditolak untuk kali keduanya.Kali ini pak long Syukornya merapati dirinya.

“Mama!Jangan tinggalkan Iman ma.”dia menjerit lagi.Sayu hatinya melihat mama melangkah masuk ke balai berlepas bersama sama seorang lelaki kaya.Entah siapa,dia tak pernah mengenali lelaki itu.Tapi yang pasti lelaki itulah yang telah membawa mamanya dari sisinya.

“Dahlah nak.Mama kamu dah pergi.Mari ikut pak long balik.Mulai hari ini Iman akan tinggal dengan pak long.”dia memeluk remaja yang sedang menangis hebat itu.

Hati lelakinya tergugat melihat tangisan anak buah.Rasa simpatinya melimpah.Tak sangka anak sekecil itu menjadi mangsa perlakuan ibunya yang tidak bertanggungjawab.
Iman masih lagi bersedih.

Walaupun air mata telah kering namun perasaannya tak pernah surut.Kata kata lembut pak longnya sedikit sebanyak menyenangkan hati.

“Iman,mari nak.”dia menarik lembut tangan gadis kecil itu.

“Mulai sekarang Iman akan tinggal dengan pak long.”dia membawa anak itu kedalam rumah yang tersergam indah itu.

“Ini pak long perkenalkan.Itu mak long dan itu Natasha dan Amir.”dia menunjuk kearah isteri dan anak anaknya yang sedang menanti.

“Iman,ini mak long.”Datin Kalsom menghampiri anak itu.Senyuman terukir dibibirnya, sayu wajah anak remaja itu meruntun perasaannya.

Iman tunduk menyalami perempuan itu.Kelegaan bertamu bila menatap senyuman diwajah itu.Alangkah indah seandainya mamanya yang mengukirkan senyuman buatnya.

“Tasha,ini Iman.Sepupu yang papa dan mama katakan tu.”mereka membawa Iman kearah seorang remaja yang tua dua tahun daripadanya.

“Kan Tasha dah kata yang Tasha tak suka dia.”lantas Natasha melarikan diri ke biliknya.Iman termangu mangu menerima reaksi Natasha yang tidak menerima kehadirannya.

“Maafkan dia ya,Iman.Dia tu degil sikit.Mari pak long kenalkan ini Amir.Dia sebaya dengan Iman.”Pak longnya cuba memujuk.

“Hai!Saya Amir.”sapaan mesra Amir menyenangkan Iman.Senyuman manis anak muda itu menambat hatinya.

“Pak long harap Iman dan Amir dapat berkawan baik.”pak longnya tersenyum.Gembira dengan penerimaan Amir terhadap Iman.


“Tak sedar diri menumpang rumah orang.Kau jangan masuk bilik aku.Keluar!”Jeritan Natasha menyentakkan dia.Tak terniat langsung dia nak masuk bilik Natasha tapi kan mak long kata aku kongsi bilik dengan dia.Namun Iman sedar diri.Dia melangkah keluar setelah mendengar kata kata Natasha.

“Iman!Kenapa ni?”Datin Kalsom memandang anak kecil yang sedang menangis.Dari biliknya tadi jelas dia mendengar kata kata anaknya.

“Tak ada apa apa mak long.”dia tidak mahu mengadu.Takut nanti dia dituduh mengada ngadakan cerita.

“Tak apalah,malam ni Iman tidur aje dengan mak long.Lagipun pak long tak ada.Esok mak long kemaskan bilik lain untuk Iman.”demi melihat wajah sayu itu hati ibunya pilu.

Tak sangka bila mendegar anak gadis nya yang mengeluarkan kata kata kesat.Entah mana silapnya.Sikap Natasha tidak seperti Amir.Anak itu mudah membangga diri dan suka melawan cakap.Kedegilannya kadangkala menguji kesabaran mereka suami isteri.

“Kenapa mama bagi budak tu duduk rumah kita?”

“Tasha,kan papa dah kata jangan buat perangai.Tak ingat ke apa yang papa kata?”dia menyoal anak itu.Mengingatkan kata kata suaminya pada anak itu.

“Tasha tahu.Papa kata kita kena bagi dia menumpang disini pasal mak budak tu lari dengan lelaki lain.”kata kata lancang anak itu menyentap tangkai hatinya.Nyaris nyaris dia mengangkat tangan kemuka itu.Tidak disangka anak itu begitu lancang berkata kata.
Namun mata menangkap Iman yang sedang mengalirkan air mata.Nyata sekali anak itu terluka.Pantas dia memeluk anak kecil yang dilanda gerhana itu.

Sejak dia mula mengenali anak itu,sering kali dilihat Iman mengalirkan air mata.Malahan ketika Iman tidur bersamanya dia diganggu esakkan anak itu.Remuk hati nya mendengar igauan anak itu yang merayu agar tidak ditinggalkan ibu sendiri.Di peluk erat anak yang sedang hebat menangis.Dipujuk sekeping hati kecil yang merana dikecewakan.

Kasihku Untukmu - 18

Sementara itu Danial tersenyum bangga kerana dia dapat mencari pin rambut kesukaan Sarah Saffya. Namun begitu, hatinya sedikit kecewa dengan penjelasan Sarah Saffya sebentar tadi.
“Danial, saya nak tunjukkan pada Serina. Mesti dia akan terperanjat besar ni.” Ucap Sarah lagi tanpa jemu-jemu melihat pin rambut tersebut.
Danial hanya tersenyum membisu.
“Danial.. thank you again. I like it. Really do. Jom kita balik.”pinta Sarah sambil meletakkan semula pin rambut miliknya itu ke dalam kotak kecil.
“Sarah.. bagaimana jika Danial cakap hubungan kita ini melebihi dari seorang kawan atau sahabat.” dengan pandangan serius Danial merenung wajah Sarah Saffya.
Sarah Saffya terdiam seketika. Direnungnya wajah Danial kemudian pandangannya beralih ke arah taman.
Kemudian dia ketawa sambil berkata “Dah mula lah tu. Awak nak tahu, Danial. Awaklah kawan Sarah yang paling memahami.Awak selalu ambil berat pasal Sarah. That’s why Sarah sayangkan hubungan ini. Awak kawan dan sahabat Sarah yang paling Sarah hormati.” Lantas Sarah menarik tangan Danial yang masih terdiam mendengar penjelasan Sarah Saffya.
“Jomla cepat. Serina sedang tunggu kita tu.”
“Danial hanya mampu mendiamkan diri sambil mengikuti Sarah Saffya. Di dalam fikirannya, dia mula berfikir Sarah hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat dan kawan sejati. Sarah juga terfikir dia hanya bergurau sebenarnya tapi tahukah Sarah tentang isi hatinya itu? Hanya Tuhan yang mengerti betapa Aku memerlukanmu Sarah!

Hatiku terdampar disini
bersama dengan apa yang kau beri
ku masih disudut ini
berbilang menunggu hari Haruskah ku percaya lagi
pada ia si bulan tinggi
yang dulu mampu menerangi
di setiap sudut gelap di hatiku ini

Haruskah aku berhenti mengharap
dan menunggu perginya gelap
tanpa berfikir hanya berharap
ia berlalu tanpa sebab

kenapa disini adanya derita
apabila bahagia yang ingin kucipta
kenapa cahaya itu pergi
sedangkan aku terus menanti

Kini aku pulang
tanpa sebarang dendam berduka
kuterima jika ia kekalahanku
ku gembira dengan kemenanganmu

Pencari Cinta - 81

TAQWA

Petang itu hujan turun. Walaupun renyai namun ia turun dari lepas zohor tadi. Kini sudah pun masuk waktu asar. Suasana di kawasan rumah kedai dekat tempat kerja Iman yang baru agak berlainan dari biasa. Inilah pertama kali Iman melihat hujan turun di situ. Mungkin sebelum ini cuaca panas membuatkan Iman bebas kesana kemari, tapi dengan kedatangan hujan perjalanannya terbatas. Mungkin itulah perbezaannya.

Ada sebuah lot kedai atas yang dijadikan surau oleh pekerja-pekerja disitu. Sambil duduk di restoran Iman lihat gelagat mereka yang baru balik dari surau. Iman agak kehairanan sedikit kerana inilah pertama kali Iman lihat cara orang-orang disini bekerja. Bila sahaja masuk waktu sembahyang mereka semua seperti berpakat meninggalkan segala urusan-urusan mereka dan pergi ke surau bersembahyang bersama-sama walaupun mereka dari tempat kerja yang berasingan. Seolah-olah mereka ini semuanya satu.

Semua pekerja disini rata-rata mengamalkan cara hidup Islam. Ada yang berkopiah, ada juga yang tidak. Suasana disini terasa tenteram dan aman. Kasih sayang mereka terserlah dan bantu membantu seperti menjadi budaya hidup mereka. Dari siang tadi Iman saksikan cara hidup mereka. Iman mempunyai kesempatan ini kerana dia sudah pun bersembahyang jama’ dan kebetulan Mukhriz pula keluar kerana ada urusan perniagaan. Tiba-tiba Ijal turun dengan beg sandangnya dari asrama atas agaknya. Dia siap dengan pakaian kerja tapi Iman tahu dia baru turun dari surau melihatkan diatas kepalanya ada kopiah. Ijal tersenyum dari jauh bila terpandang Iman dengan secawan teh ‘o’ di atas meja.

Ijal masuk ke dalam restoran. Dia duduk berhampiran dengan tempat yang ada sumber elektrik. Dia mengeluarkan laptop dari begnya. Dia memasang sambungan elektrik untuk mengecas bateri laptop kemudian seperti biasa dia pun duduk menaip. Seorang pelayan datang menghampirinya lalu dia pun memesan air minuman. Iman lihat dia sedang duduk keseorangan lalu Iman pun membawa air minumannya dan duduk bertentangan dengan Ijal.

“Eh, Man.. kau tak ikut abang Mukhriz ke hari ni?” Sambil menaip dia menyoal Iman yang baru sahaja melabuhkan punggungnya.

“Tak, dia ada hal kena uruskan satu perniagaan baru katanya.”

“Oh, ya.. kita orang nak bukak satu lagi kilang.”

“Kita orang? Kilang..? Apa maksud abang..?”

“Kita oranglah… Kau tak tahu ke kita orang ni semua satu syarikat dan kita orang nak buat lagi satu kilang makanan halal, kilang memproses mee. Macam-macam mee ada. Mee hoon, mee besar, kuew tiow…”

“Apa maksud abang satu syarikat..?” Iman melihat papan tanda di setiap kedai-kedai yang ada, semuanya memang jelas berlainan. Ijal pun berhenti menaip sebentar.

“Oh.., kau tak tahu rupanya. Kami ni dari syarikat Rufaqa’ Corp. Sdn. Bhd.”

“Ha..?! Syarikat yang di haramkan dalam surat khabar tu ke?”

“Itulah sebab kami semua kena tukar nama lain dan semua papan tanda perniagaan kami diarah turun.”

“Habis tu Pak Su saya sebenarnya kerja dengan syarikat ni lah…”

“Eh, siapa Pak Su kau tu?”

“En. Sulaiman.”

“Ya Allah, dia tu salah seorang pengarah besar dalam syarikat kami. Sekarang ni dia ditugaskan disini. Jadi dia sekarang ni aku punya pengarah.”

“Tapi betul ke syarikat ni menyebarkan ajaran sesat..?”

“Eh, kau ni tak betul ke apa? Selama kau dengan Pak Su kau, apa yang dia ajar?”

“Pasal Tuhan..”

“Ada ke pernah abang Mukhriz ajar kau hisap rokok ke, hisap dadah ke, bagi pil khayal ke, ajak kau pergi disko ke, minum arak ke, main judi ke, atau buat apa-apa yang tak senonoh?”

“Ajak tengok wayang pun tak pernah..”

“Dah tu yang kau pergi tanya lagi buat apa.. Ni yang aku angin ni…” Ijal melawak.

“Tapi kenapa dalam surat khabar saya baca syarikat ni bawak ajaran sesat..?”

“Dalam surat khabar tu macam-macam penulis ada… Ada India, Cina, orang tak pakai tudung, tak sembahyang dan macam-macam lagi. Kalau sesuatu berita datangnya dari orang yang macam tu kau kena cek kesahihannya. Mana boleh terus percaya je…”

“Ustaz Hj, Ashaari tu siapa bang?”

“Pengerusi syarikat.” Ijal sambung menulis.

“Habis tu abang tak kisah ke kerja sini? Tak kisah ke kena tuduh sesat.” Ijal kembali berhenti menulis.

“Kau kenal tak aku dulu siapa? Kau kenal tak abang Mukhriz tu dulu siapa? Suatu masa dulu, Mukhriz tu dulu.. polis mana yang tak kenal dia kat daerah ni. Aku dulu masa zaman aku hisap dadah dulu, minum arak, main judi, kaki perempuan.., masuk penjara, keluar penjara.. tak ada pun orang kata aku sesat. Sekarang ni aku sembahyang lima waktu, sembahyang malam, makan makanan yang halal, dari sumber yang halal.., orang nak kata sekarang ni aku sesat, pastu nak suruh aku balik ke pangkal jalan macam dulu..?! Kalau kau jadi aku, kau nak patah balik ke tak nak?”

“Tak nak.”

“Kau kisah tak orang panggil kau sesat?”

“Tak.”

“Sekarang ni aku ikut kata kau.” Iman tergelak spontan, Ijal pula tersenyum. “Itu kau yang cakap, sekarang ni aku nak tanya kau, kalau kau sendiri mana satu yang kau akan pilih..?”

“Saya akan pilih.. macam abanglah.”

“Habis tu kau tak kisah ke kalau orang kata kau sesat..?”

“Saya peduli apa. Hidup saya sekarang ni pun dah banyak berubah. Saya tahu, saya sendiri lihat depan mata apa yang pakcik saya ajarkan tu semuanya betul.”

“Kau tahu tak pakcik kau belajar semua tu dari mana? Kami ni semua siapa yang didik sebenarnya..?”

“Ustaz Ashaari.”

“Jadi kalau kau tengok pakcik kau sendiri pun dah macam tu.., apatah lagi guru dia.., betul tak?”

“Ustaz Ashaari tu orangnya macamana..?”

“Dia adalah seorang yang sangat inginkan keselamatan, sangat inginkan kebaikkan, memperkenal dan memperjuangkan Tuhan, seorang guru yang sangat mendidik lahir dan batin, pemimpin yang sangat memimpin dan sangat memastikan insaniah setiap anak buahnya terbangun, sangat menitik beratkan tentang rasa bertuhan dan rasa kehambaan kepada setiap anak didiknya macam seorang ibu dengan anak-anaknya. Dia adalah seorang pemimpin yang paling ajaib dizamannya. Seorang yang sangat mengikuti jejak Rasulnya dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Dari cara makan, berpakaian, tidur baring, berkeluarga, cara mendidik keluarga, hinggalah membawa kepada jemaahnya. Semuanya ingin ditiru seperti Rasululullah. Sangat memperjuangkan kasih sayang, sangat mengutamakan perpaduan. Sabarnya luar biasa, tak ada ulamak yang macam dia untuk zaman sekarang ni. Dia buat dulu baru dia cakap. Mengotakan apa yang dia cakap. Arahan dan didikannya penuh hikmah, hasilnya melahirkan anak-anak buah yang sangat taat dengan perintah Tuhan dan taksub dengan Rasulnya, menghormati pemimpin dan ibu bapa. Tak pernah menyalahkan musuh malah mendoakan musuh-musuhnya. Satu-satunya orang yang mendakwa bahawa Tuhan adalah idolanya… Kalau nak diceritakan memang panjang, cuma aku je yang tak mampu. Tapi aku harap kau fahamlah apa yang dah aku sampaikan. Cuma.. aku secara peribadi menganggap dia adalah seorang yang global. Pakejnya sebagai seorang pemimpin lengkap. Bermula dari diri, keluarga, masyarakatnya dan sistem untuk memerintah sebuah Negara pun dia ada. Dia adalah seorang manusia yang luar biasa untuk zaman ini…”

“Untuk zaman ini..? Bunyi macam mujaddid je.”

“Eh, mana pulak kau tahu sebut mujaddid ni?”

“Bang cerita sikit bang tentang mujaddid.”

“Apa yang kau dah tahu tentang mujaddid?”

“Seseorang yang membawa pembaharuan dalam urusan agama tapi bukan bawa agama baru… Tapi saya kurang fahamlah bang, bang ceritalah sikit tentang mujaddid..”

“O.k, aku cerita dengan kau tentang mujaddid setakat yang aku tahu… Mujaddid ialah seorang pemimpin kebenaran. Selepas kewafatan baginda Rasulullah tiada lagi nabi selepasnya, tetapi Allah utuskan setiap awal kurun seorang mujaddid untuk memperbaharui setiap urusan agama yang telah rosak atau yang cuba dirosakkan oleh musuh dengan ini umat Rasulullah sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan.

Menjadi mujaddid bukanlah satu tugas yang ringan seperti yang kita sangkakan. Ia bukan juga satu keseronokkan macam yang kita bayangkan. Hidup mereka penuh ujian. Ujian-ujian mereka sangat berat dan tak tertanggung oleh manusia biasa macam kita ni. Tiada lagi ujian yang berat selepas nabi dan rasul melainkan ujian yang ditimpakan pada mereka. Jadi mereka ni bukan calang-calang orang. Mereka adalah wakil Tuhan yang mendapat pimpinan terus dari Rasululullah secara roh, ilham atau yakazah. Inilah juga antara salah satu daripada kasih sayang Rasulullah kepada kita kerana baginda sangat inginkan keselamatan terhadap umatnya sehingga di akhir kalam baginda pun tetap juga dia menyebut ‘ummati, ummati’.. ertinya masa baginda nak wafat pun Rasululllah tetap juga ingat kepada kita kerana terlalu risaunya akan keselamatan kita. Tapi sayang tidak ramai dikalangan umatnya yang mengingati beliau di akhir zaman ini.

Kedatangan mujaddid antara lain ialah memperkenalkan dan meletakkan Allah dan Rasul itu kembali ketempat asalnya. Iaitu yang pertama didalam hati-hati manusia menjadikan Allah dan Rasul itu cinta utama dalam hidup mereka, bukan dunia, bukan wanita, bukan wang ringgit atau bukan selainNya.

Hari ni ramai manusia yang celik sahaja matanya terus ingatkan makan minum, masaalah, percintaan dan lain-lain. Tuhan hanya dijadikan sandaran dan keperluan bermusim. Tak ikhlas. Masa susah je baru ingat Tuhan. Jarang sekali ketika senang mereka ingat Tuhan, agaknya lah… Jadi itu adalah serba sedikit kenapa ‘wajib’ perlunya mujaddid dalam hidup kita. Dia seorang pemimpin yang seperti Rasul tetapi bukan Rasul. Dia adalah pemimpin yang memimpin kita ke arah kebenaran, memperkenalkan kita kepada Tuhan agar Tuhan kembali dicintai dan ditakuti sesuai dengan fitrah setiap manusia. Membawa manusia kembali ke jalan yang lurus, berkasih sayang, bertolong bantu, hidup harmoni. Tapi bukan semua manusia yang dapat menerimanya. Itulah sebabnya mereka mempunyai cabaran yang sangat hebat berbanding manusia biasa. Mereka mendapat tentangan daripada ramai manusia yang berburuk sangka dengan niat mereka.

O.k, sekarang awak faham tak apa itu mujaddid..?”

“Bang, ceritalah lagi siapa mujaddid yang abang tahu..?” Iman masih lagi tak puas. Dia ingin mendengar lebih lanjut lagi. Dia seperti terlalu berminat untuk mengetahuinya, mungkin sebab dia tak pernah dengar ilmu seperti ini, ditambah pula dia memang suka belajar satu benda yang baru. Iman pun mengeluarkan pen dan buku kecilnya.

“Hmm, o.klah memandangkan hari ni pun hujan.., jadi aku adalah sikit masa sebab tak ada orang nak cuci kereta.. jadi aku ceritalah dengan kau antara mujaddid yang pernah ada. Tapi.., aku ingat sekarang ni masanya tak sesuai…” Tiba-tiba sahaja Ijal berubah fikiran.

“Lah.., kenapa pulak bang, cepatlah saya tengah semangat ni…”

“Oh, tidak… Memandangkan sekarang ni kami sedang dipantau jadi aku tak boleh cerita sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. Aku tak nak dituduh bawak ajaran sesat, nanti aku kena masuk I.S.A.., habis aku…”

“Alah.., bang jangan risaulah.. saya tak akan bagitahu siapa-siapa punya, jangan takutlah…”

“E’eh, sedap je kau cakap ya… Aku pun tak kenal kau siapa.. entah-entah pengintip ke apa ke.., mana aku tahu. Tiba-tiba je tengah aku sedap-sedap cerita, kau tangkap aku. Siapa tahu..?” Muka Iman berubah, dia kelihatan sedih. Buku catitannya di tutup kembali. Ijal kembali menaip. Tiba-tiba dia bersuara kembali. “O.k.., aku cerita dengan kau syarat-syarat taqwa…”

“Ha, o.k…” Iman kembali ceria.

“Tulis, jangan tak tulis…” Bila Ijal lihat Iman sudah bersedia dia pun memulakan bicaara. “Baiklah jika seserang itu ingin menjadi orang yang bertakwa yang pertama sekali ialah.. dia mestilah mendapatkan seorang guru mursyid atau seorang guru yang bertakwa untuk memimpin dia. Yang kedua pulak dia mesti kena ada ilmu tentang rohani dan tahu mengenainya. Yang ketiga, dia mesti kena ada tarbiah atau didikan. Yang keempat dia kena ada latihan melawan nafsu, yang kelima sanggup bermujahadah melawan nafsunya sendiri, yang keenam istiqamah bermujahadah. Yang ketujuh dia kena selalu mengenang dosa dan kelemahan diri serta berfikir tentang kebesaran Allah dan yang terkhir sekali dia kena selalu berdoa supaya Tuhan tolong dia… Jadi itulah dia cara bagaimana untuk kita mendapatkan takwa. Ada berapa syarat semuanya..?”

“Lapan bang…”

“Bagus.., buat tu dulu Insyaalah lain kali aku cerita lagi ya. Tengoklah besok, kalau aku rasa yakin dengan kau.. aku cerita tentang mujaddid yang pernah ada.”

“Yes..!” Iman kegembiraan.

“Ada apa-apa lagi soalan..?”

“Err.., bang, I.S.A tu apa..?”


Tuesday, March 8, 2011

Kasihku UntukMu-22

Sarah Saffya terpaku seketika, dia masih lagi menggenggam handphonenya. Dia mula memikirkan tentang Adam Haiqal yang begitu mengambil berat tentang dirinya. “Begitu sayangkah Qal pada diriku?” Fikirnya lagi.

Bila tersedar, talipon bimbitnya masih lagi digenggaman; entah bila dia terlelap hingga tak sempat untuk mengecajnya. Apa yg pasti, kenangan lalu bersama pemanggil lelaki tadi masih terus bermain di mindanya. "Apa yg dia mahukan...Adakah dia masih menanti...?" Pelbagai soalan terus berderu menyingkap fikiran mudanya."

Sarah Saffya mencari semula charger dan terus caj handphonenya. Sementara menunggu lagi panggilan daripada lelaki yang telah menelefonnya tadi, Sarah Saffya mula teringatkan kenangan lalu.

“Hi, saya Danial. Maaf baju awak terkotor kerana saya.”pinta seorang lelaki.
“Tak apalah. Awak tak sengaja, right?”
Pertemuan yang tidak disengajakan di salah sebuah restoran makanan segera itu telah merapatkan hubungan di antara Danial dan Sarah Saffya. Danial seorang pelajar tahun akhir jurusan perubatan. Mereka selalu menghabiskan masa bersama seperti membaca buku, makan bersama, menonton wayang, ke library membuat rujukan malah Sarah Saffya juga pernah dikenalkan kepada ibu serta adik perempuan Danial sewaktu mereka bercuti ke Eropah. Danial juga banyak memberi semangat dan sokongan kepada Sarah Saffya jika dia menghadapai sebarang masalah. Namun di hati kecil Danial, ada sesuatu yang di rahsiakannya dari Sarah Saffya. Bagi Sarah Saffya, dia senang berkawan dengan Danial, seorang yang kelakar, caring dan penyabar.
Setahun berlalu…..

“Tak lama lagi awak akan tamat belajar. So, what is your plan?” Tanya Sarah Saffya sewaktu mereka berjalan-jalan di sebuah shopping complex di Kota London.
“Hmm, Danial tak de pape plan lagi. Nak rehat-rehat dulu sebelum mula bertugas.”
“Tak lama lagi Sarah perlu panggil Danial dengan Dr Danial lah yer?” Sarah tersenyum.
“Mari sini, doktor nak check?” lantas Danial menarik tangan Sarah Saffya.
“Ehh, Danial ni.Ini Doktor garang la!” Sarah Saffya merajuk pula. Mereka sama-sama ketawa.
Mereka berjalan menaiki ke paras lima shopping complex tersebut
“Nampak tak hairclip tu?” tunjuk Sarah.
“Yang mana, yang ada teddy bear tu ke?”Danial pura-pura tidak nampak hairclip yang cuba di tunjukkan oleh Sarah Saffya.
“Bukan, yang butterfly tu.”
“Butterfly mana… yang teddy bear tu adela.” Dia cuba melihat ke arah lain.
“Ishk..Doktor Danial ni, biar saya operate kan mata tu. Tak nampak sangat.” Sarah Saffya pula bergurau.
“Yelah Doktor Sarah Saffya. Kalau Doktor Sarah punya pasal, saya berani keluarkan kedua-dua mata saya ni.” Jawab Danial sambil ketawa.
“Huh! Kenapa perlu di keluarkan mata tu? Saya tak nak la.”
“Abis, nak sangat operate mata kita. Kita bagi je pada awak. Nak tak ni?”
“Tak nak la. Kita nak tunjukkan awak hairclip tu. Cantik sangat. Kita nak beli la. Jom.” Sarah saffya menjawab sambil menarik tangan Danial memasuki sebuah kedai barang-barang kecantikan diri.

Apabila mereka memasuki ke kedai tersebut, kelihatan dua orang remaja perempuan sedang membelek-belek hairclip yang di maksudkan oleh Sarah Saffya tadi. Dan dengan gembiranya, salah seorang perempuan itu mengambil sepasang hairclip yang berbentuk butterfly tersebut lalu ke kaunter pembayaran.

Sarah terdiam. Hatinya kesedihan. Danial hanya memerhati wajah muram Sarah Saffya. Dia tahu Sarah Saffya sedih. Semuanya salah dia juga kerana tidak cepat-cepat memasuki ke kedai tersebut. Jika mereka terus masuk dan membelinya, sudah tentu Sarah Saffya gembira.
Danial pergi mencari salesgirl dan bertanyakan tentang hairclip yang berbentuk butterfly tersebut.

Dalam perjalanan pulang, Sarah banyak mendiamkan diri. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang di jawab ketika Danial bertanya kepadanya.

Seminggu berlalu, Sarah Saffya kembali ceria. Mungkin dia sudah melupakan kisah pin rambut butterfly nya itu. Beberapa pelajar sedang membuat study group di satu kawasan yang lapang. Ada yang bermain basketball, ada yang bermain skateboard. Sedang mereka bersembang-sembang di bawah sepohon pokok yang besar, tiba-tiba Danail mengeluarkan sebuah kotak kecil yang berbalut.
“Untuk awak”
“Uik! Hmmm, not my birthday..Christmas juga belum tiba lagi. What is this for?”
“Apa. Sarah fikir hadiah hanya perlu di beri pada hari-hari tertentu saja ke?”
“Waa, pandainya doktor menjawab.Doktor ni bijak yer?”
“Bukalah. Jika tak suka buang saja kat dalam tong sampah tu.” Danial menunjukkan sebuah tong sampah yang besar.
“Ishk Danial ni. Lasernya mulut tu. Jika kawan saya yang bagi, saya tak akan buangkannya walaupun benda itu adalah seekor ulat.”
“Kawan!! Yelah kawan awak yang kasi tu. Bukalah cepat.”
“Yelah..yelah. Tak perlu pejam mata yer?”
“Ishk, tarik pipi tu nanti baru tau. Cepatla.”
Lalu Sarah Saffya membuka pembalut kotak kecil itu dengan perlahan-lahan.
“Haaaaa!!!!” Jeritnya gembira.
“Janganlah kejutkan Danial, Sarah.Lemah jantung ni!!” Ketawa Danial lagi.
“Mana awak dapat ni? Saya suka. Awak cari di mana? Puas saya cari hairclip ni kat merata-rata tempat. Tapi awak dah dapatkan untuk saya sama seperti yang kita lihat tempohari tu.” Sarah Saffya mula bercerita.
“Awak tak suka ke?”
“What! Tak suka?? Saya suka la. Suka sangat-sangat. Saya sayangkan awak, Danial. Terima kasih. You know something.. awak seorang kawan yang paling baik, yang paling memahami saya. Thank you so much.” Jelas Sarah Saffya lagi sambil membelek-belek pin rambut kesukaannya itu.



Pencari Cinta - 87

FIKIR

“Aku tahu tadi kau ayik melihat Dino masa perhimpunan tadi. Malah aku tahu apa perasaan kau terhadapnya ketika itu. Tapi sayang, aku pun tahu rupanya hati dia bukan pada kau sekarang ni, kerana dia lebih tertarik pada orang lain dan tak perlulah aku sebutkan namanya kerana aku yakin kau pun kenal siapa dia. Tapi itu semua tak menjadi masaalah. Masaalahnya sekarang aku ada cara bagaimana untuk tolong kau mendapatkan dia, tapi dengan satu syarat… Aku kesian dengan kau, jadi aku sudi nak tolong kau…” Ain teringat kembali tawaran yang diberikan oleh Razif sebentar tadi. Kini dia berada didalam dilemma.

Dia menulis apa sahaja yang berada dipapan hitam didepannya.. tetapi fikirannya menerawang ke peristiwa pagi tadi. Dia menoleh ke arah Razif. Razif kelihatan tersenyum seorang diri, tiba-tiba dia memandang ke arah Ain. Ain agak terkejut, mukanya berubah dan Razif menarik kembali pandangannya.

“Gila! Macamana dia boleh tahu..? Siapa dia ni sebenarnya. Ah, aku tak percaya dia boleh dapatkan Dino untuk aku… Apa yang dia boleh buat..? Tapi.., macamana kalau apa yang dia cakapkan tadi tu betul..? Apa aku nak buat? Hmm, apa yang dia tawarkan tadi tu memang salah satu impian aku selama ini. Aku memang terlalu sukakan Dino, tapi Dino tak suka aku. Aku tahu benda tu, aku tahu aku bodoh kerana menyukai orang yang tak akan suka pada aku. Tapi.. tawaran Razif ni membuatkan jiwa aku bersemangat balik. Walaupun tak lojik, tapi aku tak ada pilhan lain. Baiklah aku akan terima tawaran dia. Lebih baik aku terima walaupun tak lojik, daripada aku menunggu sesuatu yang aku pun tak boleh nak buat apa-apa.” Ain seperti telah membuat keputusan. Dia seperti sudah menanamkan satu tekad.

Loceng penamat sudah pun berbunyi menandakan kelas sudah berakhir. Semua murid bergegas mengemas barang masing-masing rupa-rupanya loceng tadi juga merupakan loceng terakhir untuk sekolah pada hari ini dan sudah tiba masanya untuk mereka semua pulang ke rumah.

Salim menghampiri Razif yang sedang mengemaskan barang-barangnya. “Eh, kau pergi jumpa Ain tu.. tanya dia, dia nak apa?” Salim agak terkejut dengan arahan Razif yang secara tiba-tiba…

“E’eh, kau ni dah gila ke suruh aku jumpa minah sengal tu..? Ish, tak nak aku…” Salim menjeling ke arah Ain yang sedang berdiri di tepi pintu macam menunggu sesuatu. “Eh, tapi betullah kau cakap, dia macam tunggu orang je tu.., dia tunggu siapa sebenarnya tu?”

“Kau pergi je lah tanya dia, dia nak apa..?”

“Eh, kau ni gila ke apa? Mana kau tahu dia tengah tunggu kau? Kau ni banyak sangat tengok t.v lah aku ingat.., tu yang kuat berangan tu.”

“O.klah.., tak pun kau tanya dia, jadi ke tidak?”

“Hah..!?”

“Pergi je lah…” Salim yang serba salah itu pun melangkah juga dalam keberatan. Razif memang sengaja melambat-melambat dalam mengemas barang-barangnya. Tidak lama kemudian Salim kembali.

“Eh, dia kata dia setuju… Kemudian.. dia tanya apa yang perlu dia buat? Lepas tu dia kata besok bagitahu dia, apa pun syaratnya dia akan buat.” Razif tersenyum, namun dia tetap tenang. “Eh, kau ni dengan dia apa projek ha..? Kau takkan tak tahu yang dia tu dah kenakan kau..! Sekarang ni adik kau dah dengan dia tahu tak..! Takkan kau dah lupa? Hallo..!”

“Aku tahu…” Mereka pun bergerak meninggalkan kelas. “Baiklah sekarang ni aku nak kau cerita denga aku, apa yang kau tahu tentang Ain…”

“Eh, kau ni lain macamlah… Takkan kau dah jatuh cinta dengan dia kut… Aku tahulah dia tu lawa.., tapi.. tolonglah.., carilah orang lain, takkanlah tak ada orang lain, ada ramai lagi awek cun dalam sekolah ni…”

“Tak.., kau cerita je lah… Kau janganlah risau, takkan lah aku nak bercinta. Aku pun tak minat nak bercinta-cinta ni. Cinta kan hanya untuk Tuhan…”

“Eleh cakap macam ustaz konon… Cinta untuk Tuhan…”

“Dah lah.., aku bukan nak dengar kau membebel, cepatlah cerita.”

“Wah, kau ni tak main-main.., serius ni nampaknya… O.k. Baiklah daripada apa yang aku tahu, yang aku dah kaji.., Ain sekarang ni sedang memperluaskan jajahan takluknya, jadi dia pun bergabung dan membuat satu pakatan sulit dengan kelompok Dino. Jadi sekarang ni Dino mempergunakan Ain utnuk mengawal pelajar-pelajar perempuan dalam masa yang sama juga Ain menggunakan Dino dalam situasi-situasi tertentu dalam soal keselamatan dan ancaman, lebih-lebih lagi dari puak lelaki. Jadi perkara ni…”

“O.k cukup. Sekarang aku dah faham. Rupanya kes Iman kena gantung sekolah merupakan kerjasama mereka yang pertama.”

“Lojik.”

“Dia telah menggunakan adik aku sebagai umpan.”

“Lojik.”

“Oleh kerana adik aku dah tak tahan diganggu oleh ‘Black’.., jadi dia pun setuju dengan Ain tapi dengan syarat Ain menjaga dia dari diganggu oleh ‘Black’.”

“Lojik.”

“Sebenarnya Dino merancang semua ni sebab dia cemburukan Latifah dengan seseorang.”

“Aik, apa itu..? Hei, apada kau merepek. Memang Latifah tu sebenarnya sukakan Dino tahu tak… Semua budak perempuan dalam sekolah ni suka kat Dino tu…”

“Tak.., masa tu aku ada kat situ. Dino beria-ria sangat nak pukul Iman tapi aku tak bagi.”

“Oh.., mungkin sebab Latifah terlalu ambil berat dengan study group nya, jadi dia ingat Latifah suka kat Iman. Bodoh betullah Dino tu kan… Ada ke lojik dia kata Laifah suka kat Iman… Tapi aku rasa sebab dia saja nak menunjuk kat semua orang yang dia tu berkuasa, jadi dia nak semua orang takut kat dia… Tapi dia tak sangka yang kau boleh lawan dia. Eh, kau belasah je lah dia tu Zif…”

“Tak boleh, itu bunuh diri namanya.”

“Habis tu kau nak buat macamana..?”

“Aku ada cara. Besok kau bagitahu Ain macam ni… Kalau dia nak aku tolong dia, dia kena ceritakan pada latifah perkara yang sebenar.”

“Eh, apa kau merepek ni, kau ni gila ke? Silap-silap aku kena terajang dengan minah tu… Kau buat rancangan apa dengan minah tu.., Zif, ceritalah kat aku. Macamana kau boleh yakin yang dia akan beri kerjasama dengan kau..?”

“Kau percaya kat aku tak?”

“Tak..!”

“Kau ingat tadi aku suruh kau jumpa dia kat tepi pintu..? Mula-mula kau tak percaya kan..? Tapi lepas tu betul tak apa yang aku cakap..?” Razif lihat Salim mula tersenyum. “Jadi kau buat je apa yang aku suruh. Jangan banyak soal, faham..!”

“Faham tuan…”

“Bagus.., awak dah besar sekarang. Dah boleh ikut kata.”

Monday, March 7, 2011

Pencari Cinta - 86

Rancangan 5

Tercantum dalam banyak riwayat, bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Sayyidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad SAW itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu, sampai kakiku terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia masuk, kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah SAW. Ia dipersilakan duduk di depan baginda. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala, seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasulullah mendahului berkata, “Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata, “Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu ingat bahawa engkau telah mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Thalib dan ibu saudara engkau, Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui engkau juga. Dan engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan aku dan sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?”

Ummu Salamah meneruskan kisahnya, “Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, “Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu,” kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib, “Engkau tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah Azza wa Jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.a.

Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya, Rasulullah, itu kuterima dengan baik, “ jawab Ali bin Abi Tali r.a dalam pernikahan itu.

Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat yang jua merupakan sepupu baginda yakni Sayyidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan keberkatan atas perkahwinan itu.

Sejarah menyaksikan bahawa Fatimah puteri Rasulullah adalah seorang wanita mulia yang menempuh berbagai ujian yang memerlukan pengorbanan yang cukup besar dalam hidupnya. Walaupun beliau adalah puteri Rasulullah, namun hidupnya bukannya disaluti kemewahan dan kesenangan, tetapi kemiskinan dan kesusahan. Apabila berkahwin dengan Saidina Ali, kehidupannya tetap susah. Walaupun Rasulullah pemilik kepada seluruh kekayaan di muka bumi tapi baginda tidak pernah mendidik anaknya dengan kemewahan.

Sewaktu menjadi isteri Sayyidina Ali, Siti Fatimah menguruskan sendiri keperluan rumahtangganya. Sayyidina Ali sering tiada kerana keluar berjuang bersama Rasulullah SAW. Setiap hari, Siti Fatimah mengangkut air dari sebuah perigi yang jauhnya dua batu dari rumahnya. Beliau mengisar tepung untuk keperluan makanan keluarganya. Dalam serba susah dan miskin, beliau tetap ingin bersedekah walaupun hanya dengan sebelah biji kurma. Siti Fatimah tidak pernah mengeluh atau menyalahkan suaminya terhadap kesusahan yang terpaksa dihadapinya. Bahkan dikatakan bahawa seluruh kesusahan wanita di dunia ini telah ditanggung oleh beliau sehingga beliau tidak perlu dipologamikan. Wanita mulia ini sangat pemalu dan sangat menjaga maruah dirinya.

Sewaktu Rasulullah SAW hampir wafat, dia menemani ayahanda kesayangannya itu. Ketika itu Rasulullah SAW telah berbisik ke telinga kanannya. Rasulullah memberitahu Siti Fatimah bahawa sudah sampai masanya untuk baginda mengadap Tuhan. Siti Fatimah sungguh sedih kerana akan berpisah dengan ayah yang sangat dikasihinya. Kemudian baginda berbisik ke telinga kirinya pula. Siti Fatimah tersenyum gembira. Rupa-rupanya, Rasulullah SAW menyatakan bahawa Siti Fatimah adalah orang yang pertama yang akan menyusuli baginda.

Siti Fatimah meninggal di usia 28 tahun, lebih kurang lima bulan selepas wafatnya Rasulullah SAW.

Begitulah kisah salah satu dari kisah salah seorang insan yang menjadi kecintaan Rasulullah SAW. Sehingga kini beliau merupakan salah seorang serikandi dan tokoh yang utama dalam sejarah kebangkitan Islam kali pertama dahulu.” Pak Su sekali lagi mengesat air matanya yang berlinangan.

“Pak Su kan seronok kalau kita dapat hidup sezaman dengan Rasulullah kan..?” Pak Su seperti terkejut sedikit dengan kata-kata Iman.

“Belum tentu seronok Man…”

“Kenapa pulak Pak Su..?”

“Sebab belum tentu kita akan beriman dengannya.”

“Sebab apa..?”

“Rasulullah tu sebelum hanyalah seorang pengembala kambing. Seperti orang kebanyakkan, tidak ada pangkat atau jawatan tinggi, beliau juga bukanlah seorang yang terkenal. Kalau zaman sekarang ni, boleh ke kita terima orang yang tidak mempunyai kelulusan atau sijil sebagai pemimpin kita..? Tentu susah kan? Sekali pun orang yang dilantik itu merupakan lantikan dari Tuhan.. kita akan tetap juga susah menerimanya kerana otak kita hari ni telah ‘didoktrinkan’ dengan pengenalan sijil adalah ‘prioriti’ atau sumber rezeki. Hari ini sijil menjadi kayu ukur manusia sebenarnya, bukan taqwa... Iman rasa kalau kita dizaman Rasulullah, pasti ke kita akan beriman dengannya? Atau kita adalah antara penentang…”

“Pak Su.., cerita tentang mujaddid…” Pak Su tersentak. Sekali lagi dialihkan pandangannya pada Mukhriz dan sekali lagi Mukhriz mengangkat bahunya. Tapi kali ini lebih tinggi sedikit dari yang tadi.

“Hmm, nanti Pak Su bagi awak buku untuk awak baca sendiri. Sekarang ni Pak Su ada urusan.., jadi kita kena bertolak sekarang.

“Ha.., o.k. Buku pun boleh jugak.., sebab saya memang suka membaca.”


Sunday, March 6, 2011

Kasihku UntukMu - 21

Di Restoran Victoria Station..
“Kenalkan, ini Amyra, Birthday girl. Yang ini Sulaiman. Dan ini Adam Haiqal.”
“Hi Amyra, Happy Birthday.” Ucap Adam Haiqal. Lalu dia berjabat tangan dengan Sulaiman “Apa khabar Sulaiman?”
“Baik saja.” Jawapan ringkas dari Sulaiman sambil tersenyum.
“Terima kasih Adam Haiqal.” Balas Amyra sambil menyambut hadiah pemberian Sarah Saffya dan Adam Haiqal.
Cepat-cepat Amyra menarik tangan Sarah Saffya. “Ehh, mamat ni boyfriend kau ke, Sarah?”
“Amyra ni!!!”
“Handsome woo. Kau ni pandai juga simpan rahsia. Kau memang perahsia la Sarah.”
“Dah..dah, jangan merepek.”
“Alaa, orang lain kau boleh tipu, aku ni..mungkin tidak.” Amyra cuba mencari jawapan dari Sarah Saffya. Dan Sarah hanya tersenyum.

“Apa yang di bualkan tu?” Adam mencelah.
“Women Talks.” Balas Amyra lalu ketawa.
“Biasalah Qal, mereka ni bila dah jumpa, beginilah..” Sulaiman pula mencelah sambil mengajak Adam Haiqal duduk.

Handphone Sarah berbunyi.

"Hello..”
“Hello. Sarah!”
Sarah terdiam membisu.
“Sarah. Are you there?”beberapa kali pemanggil itu memanggil namanya.
“Err, yer..yer..” suara Sarah terketar-ketar.Jantungnya berdegup kencang.
“Apa khabar Sarah?”
“Hmm, Sarah baik saja.”
“Kenapa ni? Sarah seperti tak suka saya call?”
“Err.. Sarah dengan kawan ni.”
“Hmm, ok. Maafkan saya. Saya call again tonight. Assalamualaikum.”
Belum sempat Sarah menjawab salam, talian telah pun diputuskan.
Sarah terdiam. Sudah hampir tiga kali dia menerima panggilan daripada orang itu.
Dia masih lagi tidak selesa dengan panggilan tersebut. Adam Haiqal melihat keadaan Sarah Saffya, lalu menghampirinya.
“Sarah.. kenapa ni?”
“Hmm Qal. Sarah rasa tak sihat. Boleh kita pergi sekarang?”
“Are you ok, jomm Qal hantarkan Sarah pulang.” Adam Haiqal agak cemas.
“Kita jumpa Amyra dulu.”
“Amyra, Sarah pulang dulu ya. Sarah tak sihat ni.” Ucap Sarah Saffya sambil memeluk sahabatnya itu. Sulaiman yang berada di sebelah Amyra hanya memerhatikan mereka berdua.
"Huh! Cepatnya!!! Kau sakit ke, Sarah?”
“Sarah pulang dulu. Maafkan Sarah Amyra, sebab tak dapat raikan dengan Amyra.”
“Its ok. Kau kan sakit. Jaga diri tau. Nanti aku call.”
“Ok. Bye.”
“Kami pulang dulu ya, Amyra.” Ucap Adam Haiqal pula.

Di dalam perut kereta, Adam Haiqal bersuara “Are you ok, Sarah? Kita ke klinik nak?” risau hatinya melihat keadaan Sarah.
“Tak apelah, lepas berehat nanti, oklah.”
“Balik nanti, Sarah berehat yer. Jangan banyak berfikir.”
“Terima kasih, Qal.”

Setibanya Sarah Saffya di depan rumahnya “Qal, maafkan Sarah. Susahkan Qal malam-malam begini. Sarah masuk dulu yer. Terima kasih kerana sudi hantarkan Sarah.”
“Sarah, please don’t say that. Tak ada susah pun. Qal lagi suka. Good night. I call you tomorrow.”

2 am. and the rain is falling
here we are at the cross roads once again
you 're telling me you 're so confuss
you can't make up your mind
is this meant to be ?
you asking me
But only love can say
try it and walk away
but I believe for you and me
the sun would shine one day
so I just play my part
pray you'll have a change of heart
but I can make you see it through
That's something only love can do..

Paduan lagu dan lirik “Only Love” yang merdu nyanyian dari kumpulan Trademark menambahkan lagi keresahan di hatinya. Di biarkan saja radio itu mengalunkan lagu-lagunya. Sarah Saffya memandang jam di dinding, tepat pukul 2.00 pagi dan dia masih belum melelapkan mata. Bertemankan cahaya lampu tidur, Sarah membuka diarinya..tiba-tiba handsetnya berbunyi.
“Hello”
“Hello.. Sarah. Maaf menggangu. Belum tidur lagi?”suara seorang lelaki kedengaran.
“Yer. Sarah belum tidur lagi. Awak dimana ni?” belum sempat Sarah menghabiskan kata-katanya talian pula terputus.
Sarah melihat handsetnya, battery habis. Agak kecewa, dia tunduk, diam membisu. Seketika dia bangun mencari charger, telefon biliknya pula berdering.
“Hello, maaf talian terputus.”
“Sarah!! Belum tidur lagi??”
Rupanya Adam Haiqal yang menelefon, Sarah Saffya agak terkejut menjawab panggilan Adam Haiqal.
“Ehh Qal.. Sarah belum tidur lagi.”
“Maafkan Qal mengganggu, Qal tak dapat tidur, risaukan Sarah. So Qal call jugak biarpun Qal tahu dah pukul 2.30 pagi ni.
“Sarah dah ok, Qal. Jangan risau yer. Pergilah tidur. Esok kita berjumpa.”
“Hmm, kalau Sarah dah sihat, lega rasanya hati Qal. Ok, Qal tidur dulu. Sarah pun.. janganlah berjaga lama-lama, cepat tidur. See you tomorrow.Good night. Assalamualaikum”
“Sweet dream. Wassalam.”


Pencari Cinta - 85

Rancangan - 4

Dengan tutur kata penuh semangat itu, Rasulullah SAW menanamkan daya juang yang tinggi ke dalam jiwa Siti Fatimah r.a dan sekaligus mengisinya dengan kesabaran, ketabahan serta kepercayaan bahawa Islam akan menang. Meskipun orang-orang sesat dan derhaka seperti kafir Quraisy itu sentiasa mengganggu dan melakukan penganiayaan-penganiayaan, namun Nabi Muhammad SAW tetap melaksanakan tugas risalahnya.

Pada ketika lain, Siti Fatimah r.a menyaksikan ayahandanya pulang dengan tubuh penuh dengan kotoran kulit janin unta yang baru dilahirkan. Yang melemparkan kotoran atau najis ke punggung Rasulullah SAW itu adalah Uqbah bin Mu’aith, Ubay bin Khalaf dan Umayyah bin Khalaf. Melihat ayahandanya berlumuran najis, Siti Fatimah r.a segera membersihkannya dengan air sambil menangis.

Nabi Muhammad rupa-rupanya menganggap perbuatan ketiga kafir Quraisy itu sudah keterlaluan. Kerana itulah maka pada waktu itu baginda memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT: “Ya Allah, celakakanlah orang-orang Quraisy itu. Ya Allah, binasakanlah Uqbah bin Mu’aith, ya Allah binasakanlah Ubay bin Khalaf dan Umayyah bin Khalaf.”

Masih banyak lagi pelajaran yang diperolehi Siti Fatimah dari penderitaan ayahandanya dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah. Semuanya itu menjadi bekal hidup baginya untuk menghadapi masa mendatang yang berat dan penuh ujian. Kehidupan yang serba berat dan keras di kemudian hari memang memerlukan kekuatan jiwa dan mental.

Tepat pada saat orang-orang Quraisy selesai mempersiapkan komplot untuk membunuh Rasulullah SAW, Madinah telah siap menerima kedatangan baginda. Nabi Muhammad meninggalkan kota Makkah secara diam-diam di tengah kegelapan malam. Baginda bersama Abu Bakar As Siddiq meninggalkan kampung halaman, keluarga tercinta dan sanak saudara. Baginda berhijrah sepertimana dahulu pernah juga dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s.

Di antara orang-orang yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW termasuk puteri kesayangan baginda, Siti Fatimah r.a dan putera bapa saudara baginda yang diasuh dengan kasih sayang sejak kecil, iaitu Sayyidina Ali r.a yang selama ini menjadi pembantu yang paling dipercayai oleh baginda.

Sayyidina Ali r.a sengaja ditinggalkan oleh Nabi Muhammad untuk melaksanakan tugas khas, iaitu berbaring di tempat tidur baginda untuk mengaburi mata orang-orang Quraisy yang bersedia hendak membunuh baginda. Sebelum Sayyidina Ali r.a melaksanakan tugas tersebut, ia dipesan oleh Nabi Muhammad SAW agar barang-barang amanah yang ada pada baginda dikembalikan kepada pemiliknya masing-masing. Setelah itu bersama semua anggota keluarga, Rasulullah SAW segera menyusul berhijrah.

Sayyidina Ali r.a membeli seekor unta untuk kenderaan bagi wanita yang akan berangkat hijrah bersama-sama. Rombongan hijrah yang menyusul perjalanan Rasulullah SAW terdiri dari keluarga Bani Hasyim dan dipimpin sendiri oleh Sayyidina Ali r.a. Di dalam rombongan Sayyidina Ali r.a ini termasuk Siti Fatimah r.a, Fatimah binti Asad bin Hasyim (ibu Sayyidina Ali r.a), Fatimah binti Zubair bin Abdul Mutalib dan Fatimah binti Hamzah bin Abdul Mutalib. Aiman dan Abu Waqid Al Laitsiy ikut bergabung dalam rombongan.

Rombongan Sayyidina Ali r.a berangkat dalam keadaan terburu-buru. Perjalanan ini tidak dilakukan secara diam-diam. Abu Waqid berjalan cepat-cepat menuntun unta yang ditunggang oleh kaum wanita, agar jangan dikejar oleh orang-orang Quraisy. Mengetahui hal itu, Sayyidina Ali r.a segera memperingatkan Abu Waqid, supaya berjalan perlahan-lahan, kerana semua penumpangnya adalah wanita. Rombongan berjalan melalui padang pasir di bawah sengatan terik matahari.

Di Dhajnan, rombongan Sayyidina Ali r.a beristirehat semalam. Ketika itu tiba pula Ummu Aiman (ibu Aiman). Ia menyusul anaknya yang telah berangkat lebih dahulu bersama Sayyidina Ali r.a. Bersama Ummu Aiman turut pula sejumlah orang muslimin yang berangkat hijrah. Waktu itu masing-masing sungguh sangat rindu ingin segera bertemu dengan Rasulullah SAW.

Waktu itu Rasulullah SAW bersama Abu Bakar As Siddiq sudah tiba dekat kota Madinah. Untuk beberapa waktu, baginda tinggal di Quba. Baginda menanti kedatangan rombongan Sayyidina Ali r.a. Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar As Siddiq bahawa baginda tidak akan memasuki kota Madinah, sebelum putera bapa saudaranya dan puterinya sendiri datang.

Selama dalam perjalanan itu, Sayyidina Ali r.a tidak berkenderaan sama sekali. Ia berjalan kaki menempuh jarak 450 km sehingga kakinya pecah-pecah dan membengkak. Akhirnya tibalah semua anggota rombongan dengan selamat di Quba. Betapa gembiranya Rasulullah SAW menyambut kedatangan orang-orang yang disayanginya itu.

Ketika Nabi Muhammad SAW melihat Sayyidina Ali r.a tidak dapat berjalan kaki kerana kakinya membengkak, baginda merangkul dan memeluknya sambil menangis kerana sangat terharu. Baginda kemudian meludah di atas tapak tangan lalu diusapkan pada kaki Sayyidina Ali r.a. Dikatakan sejak itu sehinggalah wafatnya, Sayyidina Ali r.a tidak pernah mengeluh kerana sakit kaki.

Peristiwa yang sangat mengharukan itu sangat memberi kesan dalam hati Rasulullah SAW dan tidak dilupakan selama-lamanya. Berhubung dengan peristiwa itu, turunlah wahyu Ilahi yang memberi penilaian tinggi kepada kaum Muhajirin, seperti terdapat dalam surah Ali Imran ayat 195.

Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dengan pesat di Madinah dan sekitarnya. Ketika itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah menjadi anak gadis remaja.

Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit pemuda terhormat yang menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah SAW itu. Beberapa orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha melamarnya. Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda sedang menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu.

Pada suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz bersama-sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah SAW. Ketika itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a, “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk menghubungi Sayyidina Ali r.a. Sewaktu Sayyidina Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tergopoh-gopoh, ia menyambutnya dengan terperanjat kemudian bertanya, “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk rehat sejenak, Abu Bakar As Siddiq r.a segera memperjelaskan persoalannya, “Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau adalah kerabat Rasulullah. SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan, bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a itu, mata Sayyidina Ali r.a. berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Sayyidina Ali r.a. berkata, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayyidina Ali yang menyentuh perasaan itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Sayyidina Ali r.a, Abu Bakar berkata, “Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya mendorong keberanian Sayyidina Ali r.a. untuk melamar puteri Rasulullah SAW.

Beberapa waktu kemudian, Sayyidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah menjawab, “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati Ummu Salamah r.a. ia bertanya lagi, “Ya, tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku, orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad SAW.

Saturday, March 5, 2011

Pencari Cinta - 84

RANCANGAN 3

Perang Uhud mula berkobar dengan tampilnya Sayyidina Ali r.a ke depan menghadapi tentangan Talhah bin Abi Talhah yang mencabar dengan suara lantang, “Siapakah yang akan ke depan berlawan satu dengan satu?”

Seperti api disiram dengan minyak, semangat Sayyidina Ali r.a membara. Dengan hayunan langkah tegap dan tenang, serta sambil mengetap giginya, beliau mara dengan pedang terhunus. Baru saja Talhah bin Abi Talhah menggerakkan tangan hendak menghayun pedang, secepat kilat pedang Sayyidina Ali r.a “Dzul Fikar” menyambarnya hingga terbelah dua. Betapa bangga Rasulullah SAW menyaksikan ketangkasan putera bapa saudaranya itu. Ketika itu kaum muslimin yang menyaksikan ketangkasan Sayyidina Ali r.a, mengumandangkan takbir masing-masing.

Dengan tewasnya Talhah bin Abi Talhah, pertarungan sengit berkecamuk antara dua pasukan. Sekarang Abu Dujanah tampil dengan memakai ikatan maut di kepala dan pedang terhunus di tangan kanan yang baru saja diserahkan oleh Rasulullah SAW kepadanya. Dia seorang yang sangat berani. Laksana harimau keluar dari semak belukar ia maju menyerang musuh dan membunuh siapa saja dari kaum musyrikin yang berani mendekatinya. Bersama Abu Dujanah, Sayyidina Ali r.a menghuru-harakan barisan musuh.

Dalam pertempuran ini, Hamzah bin Abdul Mutalib tidak kalah semangat berbanding dengan putera saudaranya sendiri, Sayyidina Ali r.a dan Abu Dujanah. Hamzah begitu lincah dan tangkas menerobos pasukan musyrikin dan menewaskan setiap orang yang berani menghampiri. Ia terkenal sebagai pahlawan besar dalam menghadapi musuh. Sama seperti dalam perang Badar, dalam perang Uhud ini, Hamzah benar-benar menjadi singa dan merupakan pedang Allah yang sangat ampuh. Banyak musuh yang mati di hujung pedangnya.

Dalam pertempuran antara 700 pasukan muslimin melawan 3000 pasukan musyrikin itu, kita saksikan gabungan kekuatan rohaniah dan lahiriah Sayyidina Ali r.a, Hamzah dan Abu Dujanah. Suatu kekuatan yang membuat pasukan Quraisy menderita.

Sayang seribu kali sayang. Ketika tentera Muslimin hampir menang, mereka tergoda dengan harta rampasan perang yang banyak. Pasukan memanah terlupakan pesanan Rasulullah SAW agar tidak meninggalkan posisi mereka. Mereka turun dari bukit untuk mengambil harta-harta yang ditinggalkan tentera musyrikin. Waktu itulah pihak musuh kembali menyusun barisan dan memulakan serang ke atas tentera Islam yang sedang terleka.

Keadaan kembali gawat. Barisan tentera Islam telah bercerai-berai, terpisah dari pimpinan Rasulullah SAW. Di saat-saat genting itu, Sayyidina Ali r.a dan para Sahabat lainnya segera melindungi Rasulullah SAW. Dengan segenap kekuatan yang ada, mereka menangkis setiap serangan yang datang demi menyelamatkan Rasulullah SAW. Semua sudah bertekad untuk mati syahid, lebih-lebih lagi setelah melihat Rasulullah SAW terkena lemparan batu besar yang dicampakkan oleh Utbah bin Abi Waqash. Akibat lemparan batu itu, geraham Rasulullah SAW patah, wajahnya pecah-pecah, bibirnya luka parah dan dua kepingan rantai topi besi melindungi wajah baginda menembus pipinya.

Setelah dapat menguasai diri kembali, Rasulullah SAW berjalan perlahan-lahan dikelilingi oleh sejumlah Sahabat. Tiba-tiba baginda terperosok ke dalam sebuah liang yang sengaja digali oleh Abu Amir untuk menjebak pasukan muslimin. Sayyidina Ali r.a bersama beberapa orang Sahabat lainnya cepat-cepat mengangkat baginda. Kemudian dibawa naik ke gunung Uhud untuk diselamatkan dari diburu musuh. Di celah-celah bukit, Sayyidina Ali r.a mengambil air untuk membasuh wajah Rasulullah SAW dan menyirami kepala baginda. Dua buah kepingan rantai besi yang menancap dan menembusi pipi baginda dicabut oleh Abu Ubaidah bin Al Jarrah dengan giginya, sehingga dua batang gigi depannya tertanggal.

“Dia cabut guna gigi dia sendiri sampai tertanggal Pak Su..?” Iman tercengang dan terperanjat. Dia tak sangka sikap para sahabat sampai begitu sekali.

“Demikianlah sebahagian rentetan perjuangan Sayyidina Ali yang turut terjun ke medan peperangan bersama Rasulullah SAW. Sayyidina Ali terkenal sebagai seorang yang sangat pemurah. Sewaktu hidupnya, beliau yang miskin, sangat suka membantu janda-janda dan anak-anak yatim tanpa pengetahuan mereka. Beliau selalu meletakkan makanan di pintu-pintu rumah mereka di waktu malam. Setelah beliau meninggal, barulah mereka tahu bahawa selama ini mereka mendapat makanan dari Sayyidina Ali kerana setelah beliau tiada maka mereka tidak lagi mendapat makanan di pintu rumah mereka.

Sayyidina Ali adalah seorang Sahabat Rasulullah SAW yang sangat cerdik dan luas ilmunya. Rasulullah SAW pernah menyebut bahawa Sayyidina Ali adalah gudang ilmu. Setelah kewafatan Khalifah ketiga yakni Khalifah Uthman Ibnu Affan maka Sayyidina Ali dilantik sebagai Khalifah yang keempat. Kata Sayyidina Ali: “Allah SWT mengetahui betapa aku tidak suka memimpin pemerintahan atau memegang kekuasaan di kalangan umat Nabi Muhammad SAW sebab aku mendengar sendiri baginda bersabda : Tidak ada seorang penguasa pun yang memerintah umatku, yang kelak tidak akan dihadapkan kepada rakyatnya, untuk diperlihatkan catatan-catatan perbuatanya. Jika dia seorang yang adil, maka selamatlah. Tapi jika dia seorang yang berlaku zalim, akan tergelincirlah ke dalam Neraka.”

Allah SWT mentakdirkan Sayyidina Ali meninggal dunia pada 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah. Ketika beliau sedang berjalan menuju ke masjid untuk sembahyang Subuh, tiba-tiba muncul Abdul Rahman bin Muljam dengan pedang terhunus. Pedang itu telah mencederakan Sayyidina Ali dengan parah hingga beliau rebah. Sayyidina Ali kemudiannya telah diusung pulang ke rumahnya oleh Sahabat. Ketika itu ramai yang ingin membalas dendam tetapi Sayyidina Ali sendiri dengan lapang dada dan ikhlas langsung tidak menyebut tentang balas dendam. Umat Islam merasa sedih melihat keadaan sayyidina Ali yang semakin lemah. Sayyidina Ali tahu bahawa sudah hampir masanya untuk beliau menyusuli Rasulullah SAW dan tiga orang Khalifah baginda sebelum ini. Dalam keadaan sangat yang sungguh berat itu, Sayyidina Ali sempat berwasiat: “Ku wasiatkan kepada kalian supaya tetap bertaqwa kepada Allah. Janganlah kalian mengejar-ngejar dunia walau dunia mengejar kalian dan janganlah menyesal jika ada sebahagian dunia itu terlepas darimu. Hendaklah kalian mengatur baik-baik urusan kalian dan jagalah hubungan persaudaraan antara kalian. Ketahuilah, pertengkaran itu merosakkan agama dan ingatlah bahawa tidak ada kekuatan apa pun selain atas perkenan Allah. Perhatikan anak-anak yatim agar jangan sampai mereka kelaparan dan jangan sampai kehilangan hak. Perhatikan Al Quran, jangan sampai kalian mendahulukan orang lain dalam mengamalkannya. Perhatikan tetangga kalian sebab mereka adalah wasiat Nabi kalian.” Kemudian air mata Pak Su mengalir perlahan, ternyata kisahnya akan terhenti di sini. “Begitulah Man kisah salah seorang daripada Sahabat Rasulullah yang juga merupakan anak saudara Rasulullah sendiri.”

“Saya rasa kagum betullah Pak Su. Saya memang tak tahu selama ni kisah-kisah para Sahabat. Rupanya mereka ini adalah manusia yang sangat hebat. Saya bangga jadi orang Islam.”

“Para Sahabat itu laksana bintang-bintang di langit, Rasulullah kata kalau kita mengikut salah satu daripadanya Insyaallah kita akan mendapat petunjuk.”

“Pak Su, ada tak tokoh dari kalangan wanita..?”

“Ada, ramai… Islam ni melahirkan ramai tokoh yang hebat-hebat Man. Cuma ramai orang sekarang yang malu untuk mengamalkan Islam yang sebenar.”

“Pak Su cerita Pak Su…” Pak Su tersenyum dengan gelagat anak saudaranya. Pak Su menjamah air diatas meja sebelum memulakan bicara.

“Baiklah, nama beliau ialah Siti Fatimah, beliau adalah anak kandung perempuan kepada Rasululullah sendiri. Lahirnya Siti Fatimah Az Zahra r.a merupakan rahmat yang telah dilimpahkan Ilahi kepada Nabi Muhammad SAW. Ia telah menjadi wadah suatu keturunan yang suci. Ia laksana benih yang akan menumbuhkan pohon besar penyambung keturunan Rasulullah SAW. Ia satu-satunya yang menjadi sumber keturunan paling mulia yang dikenali umat Islam di seluruh dunia. Siti Fatimah Az Zahra r.a dilahirkan di Makkah, pada hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir, lebih kurang lima tahun sebelum Rasulullah SAW di angkat menjadi Rasul.

Siti Fatimah Az Zahra r.a membesar di bawah naungan wahyu Ilahi, di tengah kancah pertarungan sengit antara Islam dan jahiliyah, di kala sedang hebatnya perjuangan para perintis iman melawan penyembah berhala.

Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a sudah mengalami penderitaan, merasakan kehausan dan kelaparan. Dia berkenalan dengan pahit getirnya perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Lebih dari tiga tahun, dia bersama ayah bondanya hidup menderita dibuang daerah akibat pemboikotan orang-orang kafir Quraisy terhadap keluarga Bani Hasyim.

Setelah bebas penderitaan setelah 3 tahun diboikot, datang pula ujian berat atas diri Siti Fatimah Az Zahra r.a, apabila wafatnya bonda tercinta, Siti Khadijah r.a. Perasaan sedih selalu sahaja menyelubingi hidup sehari-harinya dengan putusnya sumber kecintaan dan kasih sayang ibu.

Rasulullah SAW sangat mencintai puterinya ini. Siti Fatimah Az Zahra r.a adalah puteri bongsu yang paling disayang dan dikasihani junjungan kita Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW merasa tidak ada seorang pun di dunia, yang paling berkenan di hati baginda dan yang paling dekat di sisinya selain puteri bongsunya itu.

Demikian besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada puteri bongsunya itu dibuktikan dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut Hadis tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Sayyidina Ali r.a demikian:

“Wahai Ali, sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku…”

Penyataan baginda itu bukan sekadar cetusan emosi, melainkan suatu penegasan bagi umatnya, bahawa puteri baginda itu merupakan lambang keagungan peribadi yang ditinggalkan di tengah umatnya.

Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan sendiri ujian-uijian getir yang dialami oleh ayah bondanya, baik berupa gangguan-gangguan, mahupun penganiayaan-penganiayaan yang dilakukan orang-orang kafir Quraisy. Siti Fatimah hidup di udara Makkah yang penuh dengan debu perlawanan orang-orang kafir terhadap keluarga Nubuwah, keluarga yang menjadi pusat iman, hidayah dan keutamaan. Dia menyaksikan keteguhan dan ketegasan orang-orang mukmin dalam perjuangan gagah berani menghadapi komplot-komplot Quraisy. Suasana perjuangan itu membekas sedalam-dalamnya pada jiwa Siti Fatimah Az Zahra r.a dan memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadinya, serta mempersiapkan kekuatan rohaniah bagi menghadapi kesukaran-kesukaran di masa depan.

Setelah ibunya wafat, Siti Fatimah Az Zahra r.a hidup bersama ayahandanya. Satu-satunya orang yang paling dicintai. Dialah yang meringankan penderitaan Rasulullah SAW ketika ditinggal wafat isteri baginda, Siti Khadijah. Pada suatu hari Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan ayahnya pulang dengan kepala dan tubuh penuh pasir, yang baru saja dilemparkan oleh orang-orang Quraisy, di saat ayahandanya sedang sujud. Dengan hati remuk-redam laksana disayat sembilu, Siti Fatimah r.a segera membersihkan kepala dan tubuh ayahandanya. Kemudian diambilnya air untuk mencucinya. Dia menangis tersedu-sedu menyaksikan kekejaman orang-orang Quraisy terhadap ayahnya.

Kesedihan hati puterinya itu dirasakan benar oleh Nabi Muhammad SAW. Untuk menguatkan hati puterinya dan meringankan rasa sedihnya, maka Nabi Muhammad SAW sambil membelai-belai kepala puteri bongsunya itu, berkata, “Jangan menangis…, Allah melindungi ayahmu dan akan memenangkannya dari musuh-musuh agama dan risalah-Nya.”