Friday, February 25, 2011

Pencari Cinta - 80

“Nama dia yang sebenar ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali. Beliau dilahirkan pada tahun 1058 di Tus, Khurasan. Beliau meninggal pada tahun 1111 dalam usia 53 tahun. Beliau adalah seorang tokoh ulamak yang paling dikenali sepanjang zaman. Sebut sahaja nama Imam Ghazali semua ulamak hari ni kenal dia, kalau tak kenal maka dia bukanlah ulamak.. mungkin orang yang baru nak jadi ulamak.” Iman tersengih dengan lawak yang Mukhriz buat. “Imam Ghazali ni.. dia ni pernah mengajar di Maahad Nizamiyyah di Baghdad pada tahun 1091 hingga tahun 1096. Maahad Nizamiyyah ni.. merupakan sebuah institusi pengajian yang paling berprestij di zaman kegemilangan peradaban Islam atau dipanggil sebagai zaman keemasan Islam. Terkenalnya beliau masa tu ialah kerana.., tahu tak sebab apa?” Mukhriz sengaja mengajukan soalan kepada Iman. Tetapi Iman hanya menggelengkan kepala. Ternyata memang dia tak tahu apa-apa. “Sebab.., ribuan anak murid dia datang dari seluruh dunia. Bukan itu sahaja.. tapi termasuklah para-para ulamak juga datang belajar dengan dia. Ketika itu beliau sangat terkenal, kaya dan sangat dihormati. Kedudukan dan kemuliaannya sangat terserlah dan ketara melebihi kedudukan seorang pembesar dan khalifah sendiri. Tapi pada suatu hari beliau telah meninggalkan segala pangkat, kemuliaan, darjat, kehormatan, kebesaran dan segala-galanya hanya untuk di Kubah Masjid Umawi dan menjadi orang Tuhan.”

“Kenapa dia buat macam tu bang..?”

“Hmm, ada ceritanya… Pada suatu hari ketika dia menjadi Imam didalam keluarganya, adiknya sendiri telah mufarakah.”

“Mufarakah tu apa bang?”

“Keluar dari sembahyang. Dia keluar dari saf ketika sembahyang dan tidak sembahyang berimamkan Imam Ghazali. Jadi Imam Ghazali pun hairanlah, kenapa pula adik dia tidak berimamkan dia, padahal beliau adalah ulamak paling tersohor di zaman tu. Lalu dia pun mengadu kepada ibunya. Ibu dia menyampaikan kepada adiknya. Rupanya adik dia mufarakah tu sebab dia terlihat belkang abang dia dipenuhi dengan darah yang banyak. Darah tu kan najis, jadi mana sah sembahyang.”

“Eh, macamana pulak boleh berdarah?”

“Bila Imam Ghazali dengar jawapan dari adik dia, baru dia teringat.. ketika dia sedang mengarang kitab mengenai darah, ingatannya itu terbawa dalam sembahyang, maknanya sembahyang tak khusyuk. Jadi dia pun tersedar sesuatu… Baru dia tahu bahawa adik dia tu telah sampai makam khasyaf.”

“Khasyaf tu apa bang?”

“Satu pandangan yang Tuhan anugerahkan pada seseorang hamba, lalu dia boleh melihat sesuatu yang orang biasa tak mampu lihat kerana dia dapat memandang tembus ke satu alam yang lain.” Iman menggelengkan kepalanya tanda dia memang tak faham. Mukhriz hanya tersenyum. “Tak apalah Man, abang pun sebenarnya tak tahu khasyaf tu sebenarnya macamana.., sebab abang pun tak khasyaf lagi, abang cuma tahu dari segi ilmu je lah… Kemudian barulah dia sedar bahawa makam adik dia lebih tinggi daripadanya.. kerana adik dia mulia darjatnya disisi Tuhan tapi dia hanya mempunyai kemuliaan darjat disisi manusia. Jadi selepas peristiwa itu dia pun belajarlah dengan guru adik dia.”

“Lepas tu apa jadi bang?”

“Cikgu dia tu hanyalah seorang tukang kasut... Dia suruh Imam Ghazali cuci longkang dan tandas awam. Imam Ghazali terus buat tanpa banyak soal, rasa geli atau terpaksa. Bayangkanlah seorang yang glamour tiba-tiba kena buat kerja-kerja hamba macam tu. Agak-agak kalau seorang artis terkenal dia buat tak macam tu..? Tapi Imam Ghazali buat. Selepas tiga hari cikgu dia suruh dia balik.”

“Eh, kenapa pulak..?”

“Sebab cikgu dia kata dia dah lulus.”

“Lulus..?! Dia belajar apa?” Mukhriz tersenyum memandang Iman.

“Selepas dia balik, badan dia menggigil-gigil. Semua orang kata dia dah gila. Bila raja dengar macam tu, dia pun test Imam Ghazali. Raja nak tengok betul ke dia ni dah gila, lalu khalifah pun memanggil Imam Ghazali ke istana. Dia pun mengadukan tentang cincinnya yang hilang. Tiba-tiba Imam Ghazali mengangkat sedikit punggungnya dan mengambil sesuatu dari bawah tempat duduknya. Rupa-rupanya itu cincin yang kahlifah maksudkan. Tahu tak sebenarnya cincin tu hilang kat mana..?”

“Entah.”

“Khalifah campak dalam laut.”

“Wow.., macamana dia buat tu, magic ke?”

“Bukan.., itulah yang disebut karomah. Dunia ni sudah dikecilkan untuk dia. Dia duduk kat dunia ni macam dia duduk atas dulang. Dia boleh pergi banyak tempat dalam satu masa. Cara dia bekerja bukan macam kita bekerja. Hati atau roh dia 24 jam terhubung dengan Tuhan. Bukan macam kita sentiasa lalai…”

“Fuyoo, itu alam apa tu bang..?”

“Pak Su kata itu alam roh. Alam roh ni luas, dia tak macam alam zahir, ia merupakan rahsia Tuhan. Tuhan akan memberitahu kepada sesiapa yang dikehendakinya dan setakat mana yang dikehendakinya. Tak apalah Man.., mari kita cerita tentang apa yang awak boleh faham.” Iman mengangguk sambil tersengih. “Jadi setelah selesai bersuluk di Kubah Masjid Umawi, barulah beliau mula mengarang.”

“Masjid Umawi tu kat mana bang?”

“Kat Syam atau sekarang ni dikenali sebagai Syria. Dalam catatan sejarah.. Imam Ghazali ni pakar dalam pelbagai bidang. Beliau banyak menulis kitab-kitab tentang macam-macam ilmu, ada tauhid, fekah, tasawuf, usuludin, usul fekah, sains, perubatan, falsafah dan macam-macam lagi. Dalam kitabnya yang berjodol Maqasid al-Falasifah, Imam Ghazali telah membuat pembahagian sains itu kepada empat kategori utama. Yang pertama al-riyadiyyat atau disebut sebagai matematik, yang kedua al-mantiqqiyat, ilmu mantik atau ilmu lojik, yang ketiga al-tabi’iyyat ilmu semulajadi dan al-ilahiyyat ilmu metafizik. Apa yang ada dalam ilmu metafizik?”

“Sains politik, ekonomi, etika…”

“Oh, awak tahu ya…”

“Tahu.”

“Abang pun tak tahu. Metafizik pun abang tak tahu apa dia..?”

“Metafizik tu satu ilmu yang mengkaji tentang falsafah atau ilmu mengenai segala yang berada di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan.” Iman lihat wajah Mukhriz pula berkerut, dia tahu Mukhriz tak faham apa yang dia maksudkan. “Tak apalah bang.., kita sambung cerita.”

“Baiklah diantara kitab-kitab Imam Ghazali tentang teologi ialah.., al-Munqidh min al-dalal, al-Iqtisad fi’l-i’tiqad, al-Risala al-Qudsiyya, Kitab al-arba’in fi usul al-din, Mizan al-‘amal. Tentang kesufian pula Ihya ‘ulum al-din yang juga merupakan sebuah kitab yang paling terkenal dan utama.., Kimiya’-yi sa’adat, Mishkat al-anwar. Ilmu falsafah pula ialah kitab Maqasid al falasifa, Tahafut al falasifa yang mana buku ini membahaskan tentang kelemahan-kelemahan ahli-ahli falsafah ketika itu. Kitab fekahnya pula ialah.., al-Mustasfa min ‘ilm al-usul. Kitab ilmu mantiknya pula ialah.., Mi’yar al-‘ilm, al-Qistas al-mustaqim, Mihakk al-nazar f’l-mantiq… Wah, letih dah abang nak sebut…”

“Ada lagi ke bang..?”

“Kitab dia semuanya ada 300 buah dan semuanya tebal-tebal dan dia mula mengarang sekitar umur 40an. Ini bermakna dalam masa tiga belas tahun dia berjaya mengarang sebanyak 300 buah kitab.”

“Setiap dua minggu dia dapat menyiapkan sebuah kitab. Tapi bang, Imam Sayuti lebih hebat dari dia…”

“Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Setiap mujaddid tu ada peranan masing-masing, membawa pembaharuan atau kaedah penyelesaian sesuai dengan masaalah dizamannya. Kebanyakkan kitab-kitab Imam Ghazali merupakan kitab-kitab rujukan yang tidak pernah pun ada atau dibahas oleh mana-mana bangsa sebelumnya.”

“Oh, jadi buku dia merupakan sumber rujukanlah ya bang? Hebat betulkan ilmu laduni ni, kita akan mendapat ilmu yang tak pernah wujud dan terfikir oleh akal. Profesor-profesor PhD pun kena ambil masa tiga, empat tahun untuk siapkan satu tesis, maknanya tiga belas tahun baru empat buku… Beza, beza.. sungguh berbeza.”

“Itulah sebab pentingnya taqwa. Eh, Man.., awak nak dengar lagi tak..?”

“Eh, mestilah nak…” Iman sedikit kegembiraan dan tak sabar-sabar.

“Baiklah ini sebuah kisah benar yang memang ada tercatat dalam sejarah dunia. Ada seorang raja muda yang telah menawan Kota Konstatinopel. Pada suatu hari ketika perang Khandak Nabi bersama-sama para-para sahabat sedang menggali parit… Tiba-tiba sahaja Nabi telah bersabda.. “Kontantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang baik, rakyat yang baik dan tentera yang baik..” Semenjak daripada itu ramai para-para sahabat yang ingin merealisasikan hadis tersebut.. kerana memang sikap para sahabat begitu, merek sangat taksub dengan Rasulullah sehingga apa sahaja yang Rasulullah katakan mereka akan buat.. dan taksub jugalah merupakan antara salah satu kekuatan umat Islam ketika dulu. Tapi.., hinggalah ke zaman tabiin, tabiut tabiin dan generasi seterusnya juga tidak ada yang berjaya merealisasikan hadis tersebut.”

“Lamanya bang…”

“Lama.., 800 tahun lepas tu baru terjadi.”

“Wow, lamanya… Err.., bang Konstantinopel tu terletak kat Turki kan..? Dan sekarang ni dikenali dengan nama Istambul, betul tak?”

“Ya betul, dulu Sultan Muhammad Al-Fateh meletakkan namanya Islambul beerti Islam keseluruhan, tapi bila Mustafa Kamal menjadi pemerintah dia menukar namanya jadi Istambul yang tidak ada erti apa-apa.”

“Mustafa Kamal..? Bukankah dia Kamal Ataturk?”

“Hmm, betul… Kematiannya mengalami proses kematian yang menyiksakan. Baiklah Man, Konstantinopel merupkan ibukota kerajaan Romawi Timur…”

“Romawi..? Bukankah Romawi dan Persia merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat satu ketika dahulu. Kalau sekarang ni bolehlah dinisbahkan seperti New York atau Washington… Betul ke ni bang..? Hampir mustahil tau nak kalahkan mereka.”

“Macam tak percaya kan? Tapi itulah kenyataannya. Selepas 800 tahun kemudian ia jatuh di tangan seorang raja yang hanya berumur 21 tahun.”

“Hah..!?” Iman semakin terkejut.

“Iman mungkin tak pernah dengar sejarah ni.., dan tak mustahil pun sebab banyak cerita-cerita sebegini sengaja ditutup-tutup oleh musuh supaya umat Islam tak tahu. Biasalah tu.. mereka kan pakar dalam pembikinan filem.., dia boleh buat Superman tu terbang macam betul je.., walaupun kita tengok dalam t.v dan mereka hanya memperkenalkan tokoh-tokoh mereka seperti Albert Enstein, Ptolomeus, Isaac Newton, Wright Brother, Socrates, Plato, natah siapa-siapa lagi ntah, abang pun dah tak ingat.., betul tak?” Iman hanya tersengih.

“Tapi 21 tahun tu muda bang… Zaman sekarang ni umur 21 tahun masih ramai yang buang masa lagi.”

“Tapi ni bukannya cerita rekaan Man, ini betul-betul menjadi sejarah yang cuba ditutup. Bukan buang masa je, malah cara berfikir pun salah. Kebanyakkan mereka celik mata je, fikir duit.. tapi biasalah tu, sebab didikan Islam dengan pendidikan selain dari Islam berbeza. Tak apalah Man, kita sambung cerita kita. Jadi akhirnya Konstantinopel jatuh di tangan Sultan Muhamad Al Fateh. Beliau lahir pada 29 Mac 1432 dan meninggal pada 3 Mei 1481. Masa dia lahir ayah dia sedang membaca Al-Qur’an, Surat Al Fath ayat yang pertama : “Sesungguhnya Kami telh memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.” Dari disitu ayahnya Sultan Murad telah mendapat isyarat yang pertama, Kemudian ditambah lagi dengan ilham seorang syeikh tarikat Naqsyabandiah dari Uzbekistan yang bernama Syamsudin Al Wali mengatakan bahawa Muhammad Al Fteh akan menkluki Kota Konstantinopel. Biasalah wali-wali ni memang selalu dapat ilham atau berita-berita ghaib. Jadi selepas itu ayahnya pun menyerahkannya kepada Syamsudin Al Wali untuk dididik. Jadi semenjak kecil beliau telah dididik dengan ilmu agama oleh Syamsudin Al Wali. Walaupun beliau tinggal di istana namun corak dididikannya sungguh berbeza. Dia sengaja dilatih hidup miskin, disusah-susahkan, kemudian ayahnya telah memanggil beberapa orang panglima perang yang berpengalaman untuk mengajarnya ilmu peperangan. Hasil daripada kesemua didikan itu dia menjadi seorang yang bertaqwa dan mempunyai peribadi yang hebat. Pada usia 19 tahun dia telah menjadi sultan menggantikan ayahnya. Walaupun muda, tapi dia memimpin macam orang dewasa. Beliau telah mengumpulkan para ulamak, ilmuan, cendikiawan, pakar-pakar dalam semua bidang untuk berbincang serta menyelesaikan berbagai-bagai masaalah. Orangnya tegas dengan musuh tapi sangat berhikmah didepan rakyatnya. Beliau telah mendapat maklumat daripada gurunya bahawa beliaulah yang akan menawan Kota Konstantinopel sepertimana yang telah disebut didalam hadis Rasulullah. Oleh kerana yakin dengan gurunya maka dia pun menyiapkan diri. Sesuai dengan maksud hadis, beliau pun mendidik para-para tenteranya serta rakyat-rakyatnya menjadikan mereka semua yang terbaik.”

“Jadi dia pun buat persiapanlah ya bang..?”

“Bukan itu sahaja, malah dia telah membebaskan seorang pakar meriam dari penjara Romawi dan telah berjaya mencipta kapal dan meriam yang canggih-canggih ketika itu. Setelah dia yakin kesemuanya telah benar-benar bersedia, maka dia pun mula menyerang Kota Konstantinopel. Lepas sebulan lebih berperang masih juga tak menang-menang. Dia pun hairan dan bertanya pada gurunya. Setelah mendapat ilham, gurunya pun menjawab.. “Pada hari yang ke 53, hari Selasa jam 11pagi…” Jadi selepas mendapat berita itu dia dan tenteranya pun meningkatkan ibadah untuk persiapan tersebut. Sesiapa yang tak bangun tahajud, tak dibenarkan pergi berperang. Jadi pada suatu malam di bulan Mei, terjadi satu peristiwa yang diluar lojik akal. Beliau dan para tenteranya telah membawa 70 buah kapal perangnya naik ke daratan yang berbukit berjalan sejauh 16 kilometer dari Semenanjung Pera hingga ke Golden Horn dalam satu malam. Dari situlah mereka menyerang tentera Romawi.”

“Hah..!? Bawak kapal naik darat dalam satu malam? Biar betul..!!!”

“Betul Man… Peristiwa ini telah dicatatkan dalam sejarah. Mereka berjaya membawa kapal-kapal mereka melalui jalan darat guna minyak zaitun, setelah jalan-jalan laut telah di kepung dengan rantai-rantai besi oleh tentera-tentera Romawi. Akhirnya pada 29 Mei 1453 pagi, mereka telah berjaya dengan misi mereka iaitu menawan Kota Konstantinopel… Antara perkara yang pertama sekali yang dibuat selepas masuk ke dalam Kota ialah.., sujud syukur. Dalam sejarah ada menyebut betapa Sultan Muhammad Al Fateh ni, walaupun ketika itu umurnya baru sahaja 21 tahun tapi sudah pandai memerintah, beliau telah memberikan hak dan kebebasan beragama tanpa ada paksaan malah kedudukan ketua-ketua agama gereja atau Petrik di beri taraf yang sama macam menteri kerajaan. Ada satu lagi kisah tentangnya, ketika itu mereka hendak memilih imam untuk sembahyang Jumaat… Sultan Muhammad Al Fateh telah meminta kesemua tenteranya berdiri lalu baginda pun bertanya, “ Siapa diantara kamu semua sejak dari baligh sampai sekarang pernah tinggal sembhyang fardhu.. sila duduk.” Tapi tak ada seorang pun yang duduk. Maknanya tak ada seorang pun yang pernah tinggalkan sembahyang. Kemudian dia bertanya lagi, “Baiklah siapa pula yang pernah tinggalkan sembahyang sunat Rawatib sila duduk.” Ada yang duduk ada yang berdiri. “ Kemudian dia menyambung lagi, “Baiklah siapa pula yang tak pernah tinggalkan solat tahajud?” Barulah semua orang duduk dan hanya tinggal beliau seorang. Maknanya dia tak pernah tinggalkan sembahyang tahajud sejak dari akil baligh. Jadi dari situ juga menjelaskan lagi bahawa beliau adalah seorang raja sebaik-baik raja sesuai dengan maksud hadis nabi. Patutlah dia diberi kemenangan. Ha.., jadi begitulh ceritanya… Wallahualam.”

“Tapi saya rasa kagum betullah bang…”

“Tak sangka kan?”

“Betul-betul tak sangka. Selama ni saya dengar lain. Saya dengar Islam ni mundur, ramai ilmuan dan kajian semuanya dari barat. Saya rasa malu pun ada sekarang ni. Saya betul-betul tak sangka ilmuan dan orang Islam sebenarnya merupakan manusia yang paling hebat pernah ada di muka bumi ini. Ada ramai lagi ke bang..?”

“Ramai…”

“Ceritalah bang…”

“Eh, abang rasa dah nk sampai dah ni. Nantilah sampai Malaysia nanti kita serita lagi. Tapi kita tanya Pak Su lah pulak. Pak Su punya cerita banyak yang tak ada dalam buku. Malah cerita yang abang ceritakan tu pun banyak yang Pak Su tambah-tambahkan.”

“Pak Su lagi tahu ke bang..?”

“Ish, Pak Su lagi pakar. Dalam buku tak lengkap, Pak Su cerita lagi lengkap. Banyak cerita Pak Su tak ada dalam buku.”

“Maksud abang?”

“Nanti sampai kita tanya dia. Kita suruh dia cerita…”

Kapal terbang hampir mendarat. Pak Su dan beberapa orang yang sering menemaninya sudah pun sedia menunggu di lapangan terbang.

No comments:

Post a Comment