Thursday, February 24, 2011

Pencari Cinta - 79

OTAK


Air mata Iman masih lagi meleleh. Hatinya sayup ketika kapal terbang berlepas meninggalkan lapangan terbang. Semakin lama kapal terbang semakin jauh. MUkhriz yang duduk disebelah juga sedang duduk sambil melayani perasaan.

“Saya tak sangka dalam dunia ni memang ada orang yang miskin dan susah.”

“Kenapa pulak Iman cakap macam tu..?”

“Saya ni bang.. sebenarnya tak pernah susah. Rasa susah yang paling susah ialah bila saya duduk kat Malaysia. Itu pun sebab tak dapat baring atas tilam empuk. Tidur atas lantai beralaskan tilam nipis. Makan pun tak menentu. Saya ingatkan hidup saya kat Malaysia ni kira kehidupan orang paling susahlah.., rupanya orang kat Indonesia tu lagi susah.”

“Eh, takkanlah dalam t.v pun awak tak pernah nampak..?”

“Kalau nak ikut t.v.. dalam internet lagi banyak… Tapi maksud saya disini ialah.. benda ni berlaku depan mata saya dan saya merasainya sendiri.”

“Itulah sebabnya awak menangis ya…”

“Saya sedih bang. Mereka tu sudah lah miskin. Anak pulak kena kenser otak. Ya Allah.., patutlah bapa dia bersusah payah buat kerja sampai Malaysia. Sampai Malaysia pulak kena tipu… Tapi saya hormat betullah dengan doctor-doktor di sana…”

“Maksud awak?”

“Mereka bertungkus lumus bekerja untuk menyelamatkan orang. Tanpa mengira masa.”

“Hmm, abang pun perasan juga. Memang susah nak cari orang yang jujur zaman sekarang ni. Kebanyakkan orang berbuat mesti ada terselit kepentingan. Eh, Man.. apa perasaan awak tentang Malaysia?”

“Dulu saya tak suka, tapi sekarang saya suka Malaysia…”

“Sebab awak ada suka dengan budak perempuan kat sini..?”

“Eh, tak adalah… Banyak sebab.”

“Antaranya...?”

“Dulu hidup saya penuh ‘hipokrit’. Tapi di sini saya belajar mengenali dan menjadi diri sendiri.”

“Hmm, boleh tahan.”

“Err.., bang, siapa lagi tokoh Islam yang abang tahu?” Iman mengubah tajuk.

“Banyak…”

“Eh, bang cerita bang…”

“Hmm, baiklah.. ini kisah tentang seorang ulamak yang bertaraf mujaddid.”

“Mujaddid tu apa bang..?”

“Oh, Iman tak tahu ya. Setiap seratus tahun atau awal kurun.. Allah akan utuskan seorang mujaddid. Dia bukan rasul tapi ulamak yang berwatak rasul. Mujaddid tu maksudnya ialah reformer. Dia memperbaharui urusan agama sesuai mengikut zamannya.., tapi dia bukan bawa agama baru, faham tak?”

“Jadi kurun ini pun ada mujaddidnya..?”

“Ada.. dan kita wajib cari.”

“Sebab..?”

“Sebab dia sahaja tahu yang tahu cara macamana nak selamat untuk zaman sekarang ni mengikut cara yang Tuhan redha.. kerana skrip ada pada dia.”

“Siapa dia mujaddid akhir zaman ni bang..?”

“Imam Mahdi… Tapi sebelum Imam Mahdi ada lagi seorang.., tapi itu kena tanya Pak Su lah… O.klah, kita sambung cerita kita,” Iman pun membetulkan duduknya. “namanya yang sebenar ialah Abdul Rahman Ibn Abu Bakr Ibn Muhammad Ibn Saabiq Al-Khudairee Al-Suyuti.., tapi orang menggelarnya Imam Suyuti. Dia dilahirkan pada tahun 849H bersamaan dengan 1445M di Cairo Mesir dan meninggal pada tahun 911H, jadi berapa umur dia..?” Sengaja Mukhriz memberikan soalan kepada Iman.

“52 tahun… Muda kan bang?” Dengan mudah Iman menjawab.

“Hmm, pandai pun.., kira muda lah juga. As Suyoot ni, adalah nama tempat kat Mesir, tempat kelahiran ayahnya. Salah seorang datuknya juga ada membuka sebuah madrasah disana. Masa umur dia 5 tahun ayah dia meninggal dunia.. jadi dia telah dibesarkan sebagai anak yatim dari kecil lagi. Tetapi.., masa umur dia 8 tahun dia sudah pun menghafal Al-Qur’an. Guru-guru dia yang bertaraf syeikh semuanya lebih dari 150 orang dan kesemua mereka memberikan kepercayaan kepada Imam Sayuti untuk menyampaikan ilmu-ilmu mereka. Pada umur dia 17 tahun.. dia telah menulis kitabnya yang pertama, iaitu kitab Sharh Al-Isti’aadha wal-Basamallah. Tetapi.., beliau sebenarnya mula aktif menulis selepas umur beliau 40 tahun dan sepanjang umur itu beliau telah menghasilkan sebanyak 600 kitab?”

“600 kitab?!” Iman cukup terkejut hingga sedikit menjerit. Orang yang dalam kapal terbang juga ada yang terkejut mendengar Iman menjerit tiba-tiba. “Sorry, sorry..” Iman memohon maaf. “600 kitab bang..?” Iman memperlahankan sedikit suaranya.

“Ya, 600 kitab yang tebal-tebal. Kenapa tak percaya ya..?”

“Umur dia hanya 52 tahun, tapi dia aktif menulis selepas umur 40 tahun. Ini bermakna dia menghasilkan 600 kitab dalam masa 12 tahun… Ajaib, sungguh ajaib, satu minggu, satu kitab.”

“Inilah dia taqwa, ilmu laduni. Padahal semua kitab yang terhasil mempunyai pelbagai cabang ilmu dan juga berlainan perbahasannya. Tidak ‘statik’ malah ‘global’. Antara kitab-kitabnya yang terkenal ialah.., Al Itqan fi Ulumil Qur’an, Al Hawi lil Fatawa (2 jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan hadis), Al Jaami’-ul-Kabeer, tafsir Jalalain, Al Iklil, Dur Al Manthur, Sharh Al Alfiyyah, Tarikh Al Khulafa, Al-Khulafah Ar Rashidun dan banyak lagi.”

“Kalau guna otak tak mungkin dapat terhasil kitab sebanyak 600 dalam masa 12 tahun, apa lagi kalau seminggu satu kitab tebal.”

“Dalam kitab karangan Imam Syakrani ada menyebut yang dia dapat beryakazah dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan sempat bertanyakan macam-macam tentang ilmu dengan Rasulullah. Jadi tak mustahillah Imam Sayuti dapat menulis sebegitu banyak kitab dalam masa yang singkat. Tapi asasnya adalah taqwa.”

“Err, bang, apa nama kitab Imam Syakrani tu..?” Iman bertanya. Mukhriz lihat ditangan Iman ada pen dan buku kecil. Rupanya selama ni dia ada mencatat apa yang Mukhriz ceritakan.

“Oh, nama kita tu ya, kalau tak silap abang.. emm, Al Tabaqatul Kubra. Awak catit ke Man..?”

“Mestilah bang, ini adalah sumber yang susah nak dapat, mestilah saya tulis. Err, bang.. kitab-kitab karangan beliau tu semuanya berkisar tentang ilmu agama sahaja ke?”

“Ha.., bagus soalan tu. Ramai yang tak tahu, Imam Sayuti ni bukan sahaja pakar dari segi ilmu tauhid, fekah atau tasawuf.., tetapi beliau juga mahir dalam berbagai bidang ilmu seperti ilmu astronomi, zoology, botani, matemtik dan sebagainya. Tapi sayang.. kebanyakkan kitab-kitab yang beliau karang tu tak sampai pada kita. Tapi, ha.. ada satu antara kitab-kitabnya yang masih wujud tentang perubatan botani. Kitabnya tebal dan menceritakan tentang ilmu perubatan menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kitab tu sudah pun diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris bertajuk As Suyuti’s Medicine of The Prophet.”

“Abang rasa ada tak ulamak-ulamak zaman sekarang yang macam Imam Sayuti?”

“Mana ada, Iman buat lawaklah… Orang sekarang ramai yang nak nama, duit, ijazah.., mana ada yang betul-betul buat ikhlas kerana Tuhan, kecuali mujaddid. Eh, Iman nak dengar lagi tak kisah tentang seorang lagi mujaddid..?”

“Eh, nak…”

“Baiklah nama dia ialah Imam Al-Ghazali. Dia adalah mujaddid juga seorang saintis.”

“Wow,” Tangan Iman laju menulis.

No comments:

Post a Comment