Monday, February 21, 2011

Pencari Cinta - 76

MALAM


“Eh, Jip.. semalam yang kau pergi masuk hutan tu pasal apa?”

“Kau gila ke Jip, masuk hutan sorang-sorang?”

“Kau macam tak ada jalan lain je nak balik?” Namun Razif tetap membisu.

“Hoi, dah, dah.. jom berlatih.” Salah seorang dari mereka memanggil yang lain turun ke bawah. Razif yang duduk di tangga pun bangkit dan pergi ke saf orang mengaji. Dia tahu dia adalah orang yang paling akhir.. alasannya ialah sebab dia paling tua. Tapi sebenarnya Pak Tua ada rancangan lain.

Mata Razif terpandang hutan. Jantungnya semakin berdenyut kencang. Banyangan perisriwa semalam menerpa fikirannya. Barisannya semakin pendek menandakan masa semakin singkat. Seorang demi seorang budak selesai mengaji. Peluh di dahi sampai ada yang menitis. Razif meandang ke bawah melihat orang sedang berlatih silat. “Hai, kenapalah aku tak macam diorang? Belajar, tapi taklah sampai kena ujian yang macam ni.” Hati Razif memprotes.” Akhirnya kini tibalah masa untuk dia mebaca Al-Quran. Pak Tua memandangnya tenang. Razif membaca dengan terketar-ketar.

“Tenangkan hatimu, lapangkan fikiran, focus terhadap apa yang sedang berlaku. Jangan fikirkan apa yang belum terjadi lagi kerana ia belum tentu betul. Jangan berburuk sangka, ia memushahkan jiwa.” Pak Tua mengangkat tongkatnya lalu disebatkan sekali ke badan Razif.

Razif agak terkejut dan berasa sakit. Namun selepas itu fikirannya kembali normal. Rasa sakit tadi mengawalnya untuk memberi tumpuan terhadap bacaannya. Razif selesai dengan sempurna. Bacaannya bagus sekali. Kini ingatannya terhadap hutan tidak mengganggunya lagi. Pak Tua tersenyum.

“Bagus Ajip.., cantik cermin mata Ajip...”

“Baru beli Tok…”

“Hmm, dah ada cermin mata ni mestilah pandangan lebih terang.”

“Alhamdulillah Tok, mata saya bertambah selesa dengan cermin mata ni.”

“Hmm, bagus,bagus… Jadi hari ni Atok nak Ajip masuk hutan tanpa guna obor lagi…” Pak Tua tersenyum.

“Hah..?!” Razif terkejut.

“Jadi kalau tak ada apa-apa lagi, Ajip boleh lah pergi sekarang. Atok masuk dalam dulu.” Pak Tua terus bangkit dari kerusinya dan berjalan masuk kedalam. Tinggallah Razif terpinga-pinga bersama perasaannya.

Razif bangun, dia meletakkan kembali Al-Quran ditempat biasa. Dia pun berjalan menuruni tangga, melintasi orang-orang yang sedang berlatih silat. Langkahnya longlai.
Mereka yang sedang khusyuk berlatih tidak sedar langsung Razif yang sedang berjalan. Mungkin tanpa api bara mereka tidak nampak Razif sedang berjalan.

“Aduh.., mula-mula tak ada cermin mata, ada lampu.., sekarang ni ada cermin mata tak ada lampu pulak… Hai la.., nasib,nasib…” Razif berjalan semakin jauh meninggalkan kawasan kampung. Hari ini tidak ada lagi bunyi-bunyi anjing yang menyalak seperti semalam.

“Eh, semalam aku dengar bunyi pokok tumbang kat kawasan ni lah… Tak ada pokok tumbang pun. Sah lah ini kerja makhluk halus.” Bulu roma Razif mula meremang, namun perasaannya tetap dikawal.

Razif tetap gagah berjalan. Mukanya semakin serius. Malam semakin pekat. Angin bertiup sepoi-spoi bahasa. Sejuk suasana jeram sudah pun terasa. Tapi hari agak berlainan dari semalam, tiada lagi suara anjing bersahut-sahutan.

Razif semakin menghampiri air terjun. Bunyinya sudah semakin jelas. Tiba-tiba telinga Razif menangkap satu bunyi yang bergerak dari dalam semak. Razif tahu bunyi itu adalah bunyi ular yang sedang bergerak. Razif lihat semak yang sedang bergerak itu. Dari pancaran sinar bintang semak yang bergerak itu agak jelas kelihatan kerana kawasannya tidak dilindungi oleh pokok-pokok besar dan kawasannya agak besar dan luas. Tapi…

“Eh, takkanlah besar sangat ular ni. Mungkin inilah ular tedung yang orang kampung maksudkan. Mereka pernah terserempak dengannya ketika dia sedang makan anak babi. Razif meneliti kemana arahnya ular tersebut pergi. Akhirnya Razif terperasan bahawa dia sedang berhenti menunggu di hujung jalan. Berdiri tegak seperti batang pokok. Panjangnya sahaja lebih tujuh meter. Ini merupakan seekor ular tedung yang sangat besar. Mungkin juga ular ini sudah berumur. Namun susuk badannya sangat menggerunkan bagi sesiapa yang terserempak dengannya.

“Walaupun tua, tapi ular ni boleh bergerak pantas. Kalau seekor ular tedung biasa boleh menerpa dari jarak tujuh kaki.., aku tak pasti ular ni boleh pergi berapa jauh. Tapi yang paling istimewa, dalam jarak tujuh kaki tu dia boleh tuju tepat ke tempat-tempat maut... Ish, kalau macam ni.. macamana aku nak jalan. Ah, patah baliklah.” Sejurus Razif berkata begitu dalam hatinya tiba-tiba muncul sekumpulan kupu-kupu hutan yang berwarna putih terbang menghampiri dan berlegar-legar dikepalanya beserta denga bau yang sangat harum.

“Eh, dari mana pulak bau dengan kupu-kupu ni datang? Macam nak tolong aku je… Kalau macam ni bolehlah aku gerak, sebab mata ular malam tak berapa nampak, dia akan dapat mengesan melalui lidah. Tapi kalau ada bau dengan kupu-kupu ni dia akan jadi keliru dan sudah pasti dia tidak tahu mana satu yang perlu dia patuk. Hmm, lagipun kupu-kupu bukanlah makanan dia. Hmm, lojik-lojik. Kalau begitu aku boleh teruskan perjalanan.”

Jarak antara mereka lebih kurang dua puluh meter. Kupu-kupu dan bau itu tetap mengikut Razif berjalan. Razif pun tak tahu dari mana dia datang. Razif semakin hampir kepada ular tersebut. Ular itu tegak berdiri tanpa bergerak-gerak. Tingginya melebihi kepala Iman. Iman menjeling batang tubuhnya hampir sama besar dengan badannya. Ular itu memang besar serta baunya yang hanyir sangat menggerunkan. Razif berjalan selamba di sebelah ular itu kerana kupu-kupu hutan itu sentiasa mengikutnya. Setelah agak jauh berjalan lalu rama-rama itu pun pergi kembali masuk kedalam hutan, bau itu juga hilang serta merta.

Razif pun apa lagi dia pun terus berlari kerana takut binatang itu mengejarnya. Razif telah sampai ke air terjun. Dia pun pergi ketempat semalam dia duduk. Air terjun nampak cantik, tapi kerana suasana yang gelap maka kecantikannya terbatas.

“Hari ni kalau boleh aku tak nak tidur. Aku akan berjaga sampai Atok datang.” Tekad Razif didalam hatinya. Razif pun membaca ayat-ayat yang telah diajarkan oleh datuknya kepadanya. Setelah masa berlalu lebih kurang tiga jam, tiba-tiba Razif terperasan satu lembaga sedang berjalan. Oleh kerana dari jauh Razif hanya dapat melihat susuk tubuhnya sahaja. Tapi yang paling Razif nampak jelas ialah orang itu bertongkat dan sedang mencangkung di tepi air terjun

“Yes, Atok datang…” Razif pun turun dari tempat duduknya, “Atok, kenapa atok lambat..? Tapi datuknya tetap membisu. Razif pun menghampiri datuknya dia lihat datuknya di gigi air sedang membongkok seperti orang yang sedang mengambil wudhuk. Datuknya berpakaian serba hitam.

“Tok saya…” Razif cukup terkejut. Rupanya bila sahaja lembaga itu berdiri rupanya dia bukan datuknya, bila sahaja dia berpaling menghadap Razif jelas kelihatan bahawa lembaga itu tidak mempunyai kepala sambil memegang tongkat. Oleh kerana terlalu terkejut seluruh badannya tiba-tiba lemah, dia pun jatuh melutut ke bumi, kemudian Razif terus jatuh dan pengsan.

Entah berapa lama Razif jatuh pengsan dia pun tak tahu. Tiba-tiba sahaja dia tersedar sudah berada di atas batu tempat asal dia berwirid. Dia memegang kepalanya yang sakit. Dia pun bangkit dan mengambi wudhuk. Kini badannya kembali bertenaga bila sahaja air menyentuh mukanya. Nasib baik cermin matanya masih lagi tersarung di telinganya.., jika tidak.., nampaknya dia terpaksa membeli satu lagi cermin mata baru.

Razif terpandang kain yang terlipat diatas batu. “Atok mesti ada kat sini…” Tiba-tiba dia terdengar bunyi orang yang baru keluar dari air. Dia lihat ada seseorqang yang sedang berenang dari tengah-tengah kolam air terjun. “Hmm, kali ni mungkin betul ni atuk aku. Cis tak sangka aku malam ni aku terkena lagi.”

Razif tidak lagi turun mendaptkan datuknya. Dia hanya menunggu datuknya datang mendapatkannya. Badan datuknya yang basah kelihatan berasap-asap. Tidak lama selepas itu seluruh badannya kering seperti biasa. Pak Tua tidak menegur Razif, dia hanya mengambil sehelai kain yang terlipat tadi lalu dibentangkan diatas batu dan dia pun bersembahyang. Razif yang melihat pun turut mengambil sehelai lagi kain dan bersembahyang disebelah datuknya.

Mereka pun selesai bersembahyang sunat.

“Mari kita pergi ke surau, sebentar lagi akan masuk waktu suboh…” Datuknya mengajaknya ke surau.

Razif pun melipat kain sejadah yang telah digunakan. Dia hanya mengikut datuknya dari belakang. Datuknya berjalan sambil membawa tongkat, manakala Razif pula berjalan sambil membawa kain-kain sejadah tadi.

“Tok, tadi Ajip terjumpa dengan satu makhluk, tapi dia tak ada kepala.., lepas tu Ajip terperanjat, lepas tu Ajip pun pengsan.”

“Oh, itu jin… Atau orang tua panggil makhluk halus.”

“Lepas tu Atok ke yang angkat Ajip naik atas? Kenapa Atok tak kejut Ajip sekali?”

“Manalah Atok kuat angkat Ajip.., Ajip kan berat.”:

“Habis tu siapa pulak yang angkat Ajip?” Razif sangka datuknya bergurau.

“Atok mintak tolong makhluk tu angkatkan. Lepas dia angkat Ajip Atok suruh dia pergi, nanti kalau Atok suruh dia kejut Ajip, takut Ajip pengsan lagi.” Razif agak terkejut. Rupanya mahkluk tadi yang mengangkatnya.

“Macamana Atok boleh suruh dia angkatkan Ajip?”

“Apa salahnya dia tolong angkatkan..? Dia pun makhluk Tuhan juga. Cuma berbeza alam…” Datuknya seperti berdalih dan menyembunyikan sesuatu.

“Sebelum tu Tok.., Ajip ada jumpa seekor ular Tok, besar..,” Razif pun menunjukkan ukuran tangannya. “Razif mula-mula nak patah balik, tapi tiba-tiba je muncul sekumpulan rama-rama hutan terbang sebelah Razif. Razif pun terus jalan. Lepas sahaja dari ular tu, rama-rama itu pun terbang balik masuk hutan.

“Ha, ular itu pun makhluk juga, tapi bukan makhluk halus…”

“Maksud Tok?”

“Makhluk betul.”

“Jadi ular tu ular betul ke?” Razif benar-benar terperanjat.

“Betul... Ajip masa tu ada tak baca ayat yang atuk ajarkan?”

“Ada Tok, kenapa..?” Pak Tua tersenyum.

“Salah satu dari ayat tu.. ada ayat pelindung. Hutan ni hutan tua dan tebal. Macam-macam cerita ada dan macam-macam makhluk dan haiwan yang tinggal. Jadi untuk masuk dalam hutan ni, kita tak boleh tinggalkan bau.., takut ada yang mengikut. Untuk itu Atok ajarkan Ajip ilmu pendinding.., tapi belum lagi sampai masa.. nampaknya ayat tu dah masak. Tapi sebelum dipetik, kena pastikan dulu betul-betul masak… Sebab masih lagi ada yang boleh nampak Ajip.” Pak Tua bercerita bersahaja seperti tiada apa-apa yang memeranjatkan dia. Dia seperti menganggap apa yang terjadi seperti perkara biasa. Perjalanan sudah hampir sampai. Dari jauh nampak cahaya surau dari celah-celah daun pokok-pokok hutan.

No comments:

Post a Comment