Sunday, February 20, 2011

Pencari Cinta - 75

BELAJAR


“Alah Ifa.., bolehlah kata kita berkawan? Takkanlah tengok wayang pun tak boleh?”

“Ifa sibuklah.., sekarang ni kan kita kena tumpukan banyak pada pelajaran. S.P.M pun dah nak dekat. Saya tak mahu gagal.” Latifah cuba berdalih.

“Kita ni Ifa, belajar, belajar juga, tapi rehat tu perlu.”

“Tapi Ifa tengok Dino ni tak mengulangkaji ke? Nampak rilex je…”

“Saya lain Ifa, Ifa tak bleh tiru macam saya. Saya nampak je macam ni, tapi sebenarnya saya pandai, saya suka study smart, bukan study hard. Sebab itulah saya Ifa nampak macam ni. Saya akan ajar Ifa cara macamana untuk belajar cara saya…”

Sementara Dino bercakap, hati Latifah juga bercakap, “Eii.., meluatnya aku… Kenapa dia ni cakap besar sangat ha? Berlagak tak habis-habis. Dia ingat aku suka ke gelagat dia ni. Kenapa dia ni tak macam Iman ya.., hai, kalaulah ada Iman, aku tak lah tertekan sampai macam ni…” Namun wajah Latifah tetap tersenyum dan berlakun seperti seorang pendengar yang setia.

Sementara itu kawan-kawan Latifah hanya melihatnya dari jauh.

“Hei, kau tengok tu, ‘romantiknya’ cara mereka berbual…”

“Macam burung merpati dua sejoli.”

“Tapi.., aku rasa macam ada yang tak kenalah sejak dua menjak ni?”

“Kenapa awak ni kenapa pulak?”

“Rasa macam sunyi…”

“Eh, rindu Iman ke..?”

“Tak lah. Tapi…”

“Tapi apa lagi..? Saya benci Iman. Saya tak suka orang yang suka pukul orang perempuan. Kita ni kan kaum yang lemah, sepatutnya dia tu membela kita, bukannya menganiaya kita.”

“Saya setuju. Walaupun saya pun tak suka Ain tu.., tapi bila saya dengar dia dianiaya begini.., saya jatuh simpati. Saya benci Iman, saya tak suka dia..! Nasib baik ada Dino, kalau tidak…”

“Entahlah, tapi saya macam rasa yang Iman tu tak bersalah.”

“Hei, kenapa pulak awak cakap macam tu?”

“Eleh.., sebab dia suka si budak Iman tu lah. Eh, carilah orang lain, Iman tu dah lah bodoh, tak handsome pulak tu…”

“Saya tahu dia tu tak lah pandai, tak handsome, tapi saya yakin dia tak akan tergamak buat macam tu, sebab dia baik.”

“Baik apa kalau pukul perempuan.”

“Hmm, mungkin juga dia difitnah.”

“Eh, awak pun sama juga...?”

“Bukan apa, baru-baru ni saya ada dengar, Ain sedang meluaskan pengaruhnya. Semenjak dia rapat dengan Dino ni, saya perasan ada satu perubahan yang berlaku pada Ain dan kawan-kawannya, mereka semakin berani dan ganas.”

“Apa maksud awak?”

“Saya terdengar Ain pukul budak tingkatan empat semasa luar sekolah. Lepas tu dia ugut budak tu seupaya menyerahkan duit.”

“Betul ke ni?”

“Entah, saya pun tak pasti betul ke tidak cerita ni, sebab tak ada bukti yang kukuh.”

Petang itu wujud satu persoalan tentang satu kebenaran. Mereka telah mengsan sesuatu dalam kesamaran. Bayangnya nampak, tapi objeknya tidak jelas. Namun dia telah terhenti disitu kerana tiada seorang pun yang mampu untuk mencari jawapannya. Mereka perlukan bukti, tapi bukti tidak ada. Lalu Dino pun menjadi seorang penjenayah terhormat lantaran licik perancangannya.

Ain juga semakin berani dan bermaharajalela kerana yakin Dino akan membantunya dalam sebarang hal. Namun jauh disudut hati dia juga menyimpan satu perasaan yang masih lagi di pendam terhadap Dino. Wajah Dino sering bermain di fikirannya. Sungguh pun Ain juga antara pelajar yang menjadi rebutan di sekolah kerana kecantikannya, namun Dino tetap pilihan hatinya. Oleh itu dia sangat berharap agar hubungan dua hala yang berlaku bakal menjadi penyebab terhadap cita-cita peribadinya untuk menjadi kekasih orang yang menjadi pujaan hati ramai gadis di sekolah itu. Kerjasama yang wujud menjadi lorong untuk dia lebih rapat dengan Dino namun buat masa ini dia harus bersabar dan merancang sesuatu kerana dia mempunyai pesaing. Untuk itu dia harus merancang sesuatu…

No comments:

Post a Comment