Saturday, February 19, 2011

Pencari Cinta - 74

CERMIN MATA


“Eh, Salim nanti kau cakap dengan diorang lah yang aku hari ni tak pergi study group sebab aku nak ambil cermin mata lah.”

“Eh, bila kau tempah?”

“La.., biasalah aku tempah dengan Richard, dia kata dengan aku tadi cermin mata aku petang ni siap.”

“Alah.., besok je lah ambik suruh dia bawak pergi sekolah…”

“Tak boleh, aku nak kena guna cepat.” Razif teringatkan secara imbas betapa sukarnya malam didalam hutan tanpa cermin mata.

“La.., ada-ada jelah kau ni.” Razif pun melangkah meninggalkan Salim tanda misinya selesai.

Salim mula mengerutkan wajah tanda memprotes tapi gelagatnya tidak diendahkan oleh Razif. Entah macamana dalam kelibat orang berpusu-pusu nak berjalan pulang pandangan Salim terus menangkap Latifah dan Dino sedang berbual mesra. Iman menoleh kembali kea rah Razif dan dia lihat Razif tidak berapa jauh. Salim terus berlari mendapatkan kawan-kawan Latifah yang berhampiran.

“Eh, hari ni aku dengan Razif tak dapat hadirlah.”

“Kenapa?” Dua orang kawannya berkata serentak.

“Sebab kami ada hall ah.”

“Alah kau ni.., lecehlah.” Salah seorang dari mereka juga memprotes. Salim lihat Latifah dan Dino seperti menuju kea rah mereka.

“Eh, o.klah aku gerak dulu…” Salim terus berlari meninggalkan mereka.

Sambil berlari Salim berkata dalam hati, “Mana pulak si budak Razif ni..” Dari jauh dia lihat Razif sedang menaiki bas. “Aduh, dah naik bas pulak! O.k tak apa, jumpa dia kat sana.”

Razif berjalan masuk ke dalam kedai cermin mata, “Uncle saya punya cermin mata sudah siap ke?”

“Oh, Razif, sebentar ya…” Dia pun menghabiskan sedikit susunan kerjanya kemudian membongkok seperti mengambil sesuatu. “Nah, ini dia.”

Razif pun menyerahkan resit dan duitnya sekali, kemudian dia pun membuka kotak dan mengeluarkan cermin mata barunya. Dia pun mencuba cermin mata itu.

“Wah.., banyak handsome la you.” Razif tersenyum, dia pun pergi kedepan cermin lalu mencubanya. Beberapa orang pelanggan datang menyebabkan suasana agak sibuk.

“Terima ya uncle, saya balik dulu.”

“O.k…”

Razif keluar kedai. Dia membelek cermin mata barunya. Kotaknya disimpan didalam beg, sambil itu dia berjalan. Dia pun menyarung kembali cermin matanya lantas terlihat sebuah bangku rehat taman dan terus menuju kearahnya dan terus punggungnya dilabuhkan. Fikirannya kembali tenang, terasa badannya yang letih itu kembali rehat setelah duduk dibangku tersebut. Kini pandangannya jelas melihat kenderaan yang lalu lalang dihadapannya dengan cermin mata barunya itu.

Dia membuka kembali cermin matanya. Setelah agak puas membeleknya dia pun menyarung kembali. Tiba-tiba fikirannya terus teringat ke peristiwa saat dia menyelamatkan Iman dari Dino dan kuncu-kuncunya. Razif terasa tidak selesa lalu dia membuka kembali cermin matanya. Entah macamana suasana malam pula yang menerpa ke fikirannya. Hutan, bunyi-bunyian, lembaga dan ngauman harimau menyebabkan pelaagai persoalan timbul di benak hati. Dia pun terus menyarung kembali cermin matanya.

“Kalaulah Dino.., pada aku perkara kecil. Tapi sekaran ni aku kena hadapi makhluk yang bukan jenis aku. Ah..! Kalau takut dilanda ombak, jangan beruma ditepi pantai. Aku adalah manusia, manusia adalah pemimpin. Dia harus ku tundukkan..!”

Salim tiba dikedai cermin mata lalu masuk dengan tergesa-gesa. Dia lihat Richard kawan sekolahnya juga ada disitu. Masih dengan pakain sekolah, baru sampai barangkali.

“Eh, Salim kenapa tergesa-gesa ni? Macam kena kejar anjing je…”

“Eh, aku cari Razif lah… Kau ada nampak dia tak?”

“Razif? Entahlah aku pun tak tahu, sebab aku sendiri pun baru sampai.”

“Eh, cuba kau tanya ayah kau…”

“Eh, ya tak ya juga kan?”

“Apalah kau ni.., cepatlah.” Richard pun ke belakang bertanyakan ayahnya. Tidak lama kemudian dia pun keluar.

“Eh, betullah dia dah datang. Ambil cermin mata tadi.”

“Dah lama ke?”

“Ayah aku kata lebih kurang dalam lima belas minit tadi.”

“Ha, lima belas minit..?! Eh, terima kasih Richard.” Salim terus bergegas pergi. Richard hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Keluar sahaja dari kedai tak jauh dari situ Salim terus ternampak Razif dari jauh baru sahaja bangun dari duduknya dan seperi mahu meninggalkan tempat itu. Salim punmenjerit sekuat hatinya.

“Razif.., tunggu aku..!” Oleh kerana terkejut Razif pun menoleh.

Dia lihat Salim sedang berlari ke arahnya. Sampai sahaja dia terus memeluk Razif. “Zif, jangan tinggal aku lagi Zif…”

“Kau ni apa hal? Betul ke tak betul?” Salim pun melepaskan Razif.

“Aku kejar kau Zif, aku cari kau.., akhirnya kita bertemu disini.”

“Iyalah.., kalau iya pun, tak payahlah gila… Aku ingat kau ni kena ‘buat’ orang lah.”

“Kau ni memang tak faham erti persahabatan.”

“Eh, kenapa kau tak pergi study group?” Razif mengubah topic lain.

“Boring lah kalau kau tak ada. Jadi aku tipu diorang, aku cakap kita ada hal. Eh, tenok Zif cermin mata baru kau,” Razif pun menyerahkannya pada Salim. “Eh, kenapa kat sini ada cap ‘kambing’? Oh.., patutlah handsome.., rupanya kau beli cap kambing… Yang hari tu punya kau beli cap ‘ayam’.., sebab tu dia tak kuat, cepat pecah.”

“Banyaklah ayam kambing kau, dah bagi balik cermin mata aku…”

No comments:

Post a Comment