Friday, February 18, 2011

Pencari Cinta - 73

RASA

“Abang rasa kenapa pakcik tu buat macam tu? Tadi saya tengok dia kena pukul, saya dengar dia kata, dia buat ni semua sebab anak dia sakit, dia Cuma nak pakai duit, tapi orang ramai tetap juga pukul dia. Nasib baik polis datang cepat, kalau tak.., saya rasa boleh mati pakcik tu.”

“Abang rasa dia cakap betul.”

“Eh, macamana abang boleh cakap macam tu pula?” Iman kehairanan

“Sebab kalau dia betul seorang penjenayah dia mesti merancang satu rancangan penjenayah. Tapi tadi tu.., rancangan orang tak biasa buat jenayah. Bak kata pepatah penjenayah ‘buat kerja bodoh’ ataupun dalam istilah lain ‘bunuh diri. Mana ada penjenayah buat kerja bodoh macam tu?”

“Ya tak ya juga… Saya kesianlah bang dengan dia.” Tiba-tiba Iman lihat air mata Mukhriz meleleh.

“Memanglah susah, tapi hidup mesti diteruskan. Kita tak boleh putus asa dengan rahmat Tuhan. Dunia ni sementara Man… Memang ada ujiannya. Sebab tu kita kena kuat. Ingat, hidup hanya sekali.., buatlah yang terbaik.” Tiba-tiba telefon Mukhriz berbunyi. Mukhriz yang sedang memandu telah menyerahkannya kepada Iman.

“Helo, wa’alaikumussalam… Oh, Pak Su. Alhamdulillah, kami sihat Pak Su. Kami nak ke..., err..,” Iman memandang Mukhriz.

“Balai polis.”

“Ha, balai polis… Apa..? Pak Su pun dah dekat dengan balai polis? Jumpa kat sana? Ha.., baiklah. Wa’alaikumussalam…”

“Pak Su nak jumpa kita kat balai polis ke?” Mukhriz meneka.

“Ha’ah. Pak Su ni macam tahu-tahu jelah.” MUkhriz pun tersenyum.

“Hmm, tepat pada waktunya.”

“Kenapa abang cakap macam tu?”

“Sebab Pak Su je yang boleh tolong orang tu.”

Van mendekti balai polis yng dimaksudkan. Dari jauh Iman lihat sebuah kereta Mercedez siri terbaru juga baru memberhentikan keretanya. Van berhenti disebelah kereta tersebut. Iman lihat kereta itu juga diekori dengan dua buah kereta mewah yang lain. Salah seorang dari pemandu keluar dan membukakan pintu untuk orang yang berada didalam kereta Mercedez tersebut. Iman cukup terkejut kerana orang yang keluar dari kereta itu adalah Pak Su.

“Ha, Pak Su ke?!”

“Eh, baru tahu ke?”

“Setahu saya pak Su mana ada kereta macanm ni?”

“Itulah dia Encik Sulaiman. Orang paling baik dalam daerah ni. Siapa yang tak kenal dengan dia.”

“Eh, tapi saya macam tak percayalah…”

“Takpa kita keluar dulu.”

Mereka pun keluar van dan pergi mendapatkan Pak Su. Mukhriz salam dan mencium tangan beliau. Iman masih lagi terpinga-pinga seperti tidak percaya bahawa dihadapannya sekarang adalah pakciknya. Pak Su terus mendakapnya menyebabkan Iman seperti tersedar dari lamunan.

“Apa khabar Iman..?”

“Baik Pak Su…”

“Kenapa macam tak sihat je..?”

“Ha? Eh, taklah. Err, Cuma macam tak percaya sikit.”

“Hmm, tak apa. Ha, Mukhriz ada apa-apa masaalah?” Pak Su terus mendapatkan Mukhriz. Sementara itu Iman masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga.

Iman pandang kesemua orang-orang yang disekeliling Pak Su, siapa mereka ni semuanya? Kereta siapa yang Pak Su pakai? Macamana Pak Su boleh kelihatan begitu hebat? Siapa Pak Su sebenarnya..? Pak Su kerja apa? Macam-macam lagi soalan yang menerpa ke dalam benak fikirannya. Sedar tak sedar rupanya mereka sudah pun berada didalam balai polis. Orang Cina yang kena ugut pun ada sekali.

Iman lihat Mukhriz seperti menerangkan sesuatu pada Pak Su dan Cina itu. Kemudian mereka pun masuk kedalam dengan beberapa anggota polis. Iman dan beberapa orang yang mengikuti Pak Su tadi hanya tinggal diluar. Lagak mereka seolah-olah seperti pengawal-pengawal peribadi yang setia. Mereka berbual sesama mereka, entah apa yang mereka bualkan Iman pun tak tahu kerana Iman lebih banyak mendiamkan diri melayani soalan perasaannya yang masih lagi belum terjawab. Agak lama juga mereka didalam. Tidak lama kemudian mereka pun keluar. Iman lihat seperti ada kata sepakat dan jalan penyelesaian yng telah dicapai melihatkan dari cara mereka semua berjabat tangan. Iman lihat mereka yang berada disitu cukup menghormati Pak Su. Lagak Pk Su tenang ketika berbicara, semua orang termasuk anggota polis memberi perhatian penuh ketika Pak Su bercakap.

Mereka seperti sudah pun selesai. Pak Su dan MUkhriz berjalan keluar sambil berbual. Semua orang mengekorinya dari belakang termasuklah Iman. Sampai di kereta pun mereka masih lagi berbincang. Pak Su seperti sedang menerangkan sesuatu yang sangat penting kepada Mukhriz. Riak muka Mukhriz juga kelihatan cukup serius seperti orang yang sedang menerima amanat. Tiba-tiba Mukhriz lambaikan tangannya kepada Iman sebagai isyarat memanggilnya datang. Iman pin datang menghampiri. Tiba-tiba Pak Su pula yang bersuara…

“Iman, jaga diri baik-baik ya.” Pintu kereta mula dibukakan orang untuk Pak Su. Pk Su duduk dihadapan bersebelahan tempat pemandu. Iman pn menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Pak Su menghulurkan tngannya sambil berpesan, “Merendah diri disuruh, menghina diri ditegah, mengalah tidak mengapa, mudah mengaku kalah tidak sayugianya, berani pada tempat dipuji,berani tidak bertempat dikeji…”

Iman memandang kereta-kereta itu berlalu pergi. Entah kenapa air matanya mengalir. Dia Cuma terkenangkan saat-saat ketika dia selalu bersama dengan Pak Su nya. Kini suasana seperti sudah berubah. Namun Iman faham apa maksud Pak Su nya memisahkan dia buat sementara waktu, Iman faham apa yang dimaksudkan oleh pakciknya sebentar tadi. Iman tahu Pak Su juga tahu yang Iman tidak bersalah. Iman dapat rasakannya. Iman pun tahu kenapa Pak Su sengaja biar dia merasa susah. Supaya dengan susah dia dapat belajar dan menajamkan ilmunya. Susah jugalah yang akan mendidiknya supaya menjadi lebih matang dan kuat jiwa.

“Kita akan pergi ke Indonesia Man…” Mukhriz membka kunci van. Merek pun masuk kedalam van.

“Ha, buat apa?”

“Untuk selesaikan masaalah.” Mukhriz menghidupkan enjin van.

“Eh, masaalah apa pulak ni bang?’

“Sebenarnya pakcik tadi tu.., dia terdesak dan perlukan duit. Anak dia kat Indonesia sekarang ni tengah sakit tenat dan tunggu untuk operation, jadi sekarang ni Pak Su mintak kita ke sana untuk pastikan dan selesaikan masaalah dia kat sana tu selesai.”

“Sampai selesai ke bang?”

“Ya, sampai selesai baru balik.” Van pun bergerak perlahan.

“Habis tu Cina tadi tu pun tahu ke bang?”

“Alhamdulillah lah dia pun faham, Cina tu hati dia baik. Dia cakap dia pun tak mahu buat report dan dia pun sudi nak bantu orang Indon tu.”

“Abang rasa.., betul kea pa yang pakcik Indon tu cakap, entah-entah dia tipu…” Mukhriz tersenyum dengan kata-kata Iman. Dia teringat dahulu sedikit kisah dia semasa dia menjadi seorang penjenayah.

“Iman.., polis-polis kat situ semuanya berpengalaman menguruskan penjenayah. Mereka tahu orang yang buat salah dengan yang tak buat salah. Bak kata pepatah Iman, ‘sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan atau betina.” Iman tersenyum. “Lagipun jaminan Pak Su tadi menguatkan lagi keyakinan semua orang. Insyaallah semuanya akan berakhir dengan baik.”

“Ye lah, tapi apa buktinya anak dia sakit…”

“Oh, tadi Pak Su telefon terus isteri dia, kemudian ke hospital tempat anak dia duduk sekarang.” Iman mengangguk puas hati.

“Pak Su tu sebenarnya siapa bang?” Mukhriz tersenyum mendengar kata-kata Iman.

“Walaupun dia baru duduk sini, tapi semua orang kenal dia.., orang paling baik dalam daerah ni. Itulah dia Encik Sulaiman.”

No comments:

Post a Comment