Monday, February 14, 2011

Pencari Cinta -72

INDONESIA


“Baiklah.., tokoh Islam yang abang nak cerita ni ialah tentang seorang ulamak. Bukan ulamak kecil, tapi ulamak besar. Dia meninggal dunia di waktu umur 30 tahun dan tak sempat berumahtangga.” Mukhriz bercerita sambl memandu.

“Mudanya dia bang?”

“Muda.., itu sebab dia istimewa. Dalam usia yang muda sudah menjadi orang yang bertakwa malah taraf ulamak besar. Jadi ulamak pun dah besar, apatah lagi kalau jadi ulamak besar yang diiktiraf dunia…”

“Dalam masa yang muda pula tu…”

“Baiklah, tadi masa kat masjid awak ada perasan tak awak pegang satu kitab tebal?”

“Kitab yang berat tu..? Berat dia saja lebih kurang lima kilo. Itu kitab apa bang?”

“Itu adalah kitab fekah. Namanya Al-Majmuk. Itu antara kitab beliau yang terkenal.”

“Banyak ke kitab yang dia karang?”

“Mmm, baiklah.., nama dia ialah Imam Nawawi. Dia telah mengarang lebih kurang 600 buah kitab. Antaranya termasuklah Riadhius Solihin, Al-Azkar dan lain-lain. Untuk pengtahuan Iman, untuk tulis kitab Al-Majmuk tu saja, kalau ikut kepala otak kita.., tak mungkin siap 2,3 tahun… Paling cepat 10 tahun.”

“Fuyoo.., takkan dalam masa 10 tahun dia cuma mengarang satu kitab je.., sedangkan dia ada beratus kitab yang lain?”

“Dia mula mengarang masa umur dia.., emm, lebih kurang 20 tahun. Kebiasaan orang zaman sekarang waktu umur yang macam ni masih lagi belajar, betul? Malah kebiasaan orang zaman sekarang juga mereka akan mula mengarang kitab diwaktu umur yang hampir senja. Abang rasalah… Jadi bukankah ini satu kehebatan yang Tuhan nak tunjukkan pada kita bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa? Tahu tak dari mana dia dapat ilmu ni?”

“Belajarlah…”

“Bukan.., Pak Su kata dia mendapat ilmu laduni.”

“Ilmu laduni tu apa bang?”

“Dalam Islam.., sekiranya seseorang itu sudah mencapai tahap taqwa, Allah akan menganugerahkan dia dengan ilmu ilham tanpa dia belajar, atau juga disebut sebagai ilmu laduni.”

“Apa hebatnya ilmu laduni tu bang?”

“O.k, cuba kita bandingkan kalau kita menggunakan akal. Untuk menyiapkan satu aspek dari satu cabang ilmu, paling cepat mengambil masa 3 atau 4 tahun.”

“Itu baru satu kitab?”

“Ya, satu kitab.”

“Eh, kalau macam tu.., 10 buah sama dengan 30 atau 40 tahun. Biasanya orang ambil PhD masa umur 25 dan 30 tahun oleh sebab itu untuk menghasilkan 10 buah buku, mereka akan mencapai ke umur 65 atau 70 tahun.”

“Itu baru 10 buah buku, bayangkan kalau 600? Tapi ulamak-ulamak dulu mampu menulis kitab yang tebal-tebal walaupun umur mereka tak panjang. Sekarang Iman nampak tak kehebatan ilmu laduni..?” Iman mengangguk.

“Apa beza ilmu Mimar Sinan, Ulugh Beg dengan Imam Nawawi?”

“Mimar Sinan dengan Ulugh Beg nampaknya tak berapa banyak beza kerana ilmu mereka berbentuk akal atau luaran, tapi dengan Imam Nawawi agak berbeza sedikit kerana ilmu Imam Nawawi lebih kepada ilmu memimpin manusia atau berbentuk kerohanian. Baiklah cuba Iman tengok bangunan ni, lepas tu Iman tengok pula budak-budak tu. Ilmu apa yang dia kurang, ilmu akal ke ilmu roh? Abang rasa mereka tu lagi pandai dari abang, tapi kenapa boleh jadi macam tu?” Iman lihat bangunan yang besar yang tinggi kemudian dia lihat pula dibawahnya kelihatan budak-budak sekolah yang sedang melepak-lepak, memasang radio sambil berjoget-joget tanpa rasa segan silu.

Iman tahu lagu apa yang sedang mereka dengar hingga mereka berjoget sampai begitu sekali. Kini dia sedar kenapa Imam Nawawi lebih hebat dari Mimar Sinan dan Ulugh Beg. Perbezaan ilmu akal dan ilmu roh. Kini Iman semakin jelas betapa ilmu dalaman itu sangat penting.

“Hmm, saya pernah dengar Pak Su cakap, nak buat motosikal senang, tapi kalau nak ubah hati sampai kenal Tuhan itu payah, sebab kita kena ada guru yang dapat memantau roh kita.., ini bermakna ilmu roh dan akal perlu seimbanglah kan bang? Eh, abang nak pergi mana ni?” Tiba-tiba sahaja Mukhriz membelok dan terus berhenti di tepi jalan.

“Iman tolong jaga van sekejap. Kalau nak keluar tolong cabut kunci ni sekali.” Mukhriz terus sahaja mematikan van dan keluar tergesa-gesa. Dia sedang menuju ke arah orang ramai sedang berkumpul. Iman juga tertarik lalu keluar van tapi terlupa pesanan Mukhriz tentang kunci.

Dia mengekori Mukhriz dari belakang. Rupanya ada orang yang sedang diugut menggunakan pisau. Orang itu seperti orang Indonesia sedang mengugut seorang lelaki Cina dengan meletakkan sebilah pisau di lehernya. Iman seperti mendapat andaian mungkin lelaki Cina itu sedang keluar untuk pergi ke pejabat kemudian tiba-tiba lelaki itu mengugutnya. Iman lihat Mukhriz bersembunyi di balik tiang. Iman pun mengekorinya.

“Eh, Iman… Syyy, diam-diam.”

“Abang nak buat apa ni?”

“Tengok je… Eh, kunci van dah ambil dah?”

“Eh, saya terlupalah bang.” Mukhriz tersenyum.

“Hmm, takpa. Kita selesaikan ni dulu.” Iman lihat Mukhriz memgang dua biji batu sebesar separuh batu kelingking. Entah bila dia ambil batu itu Iman pun tak tahu. Mukhriz berjalan mendekati orang itu dan bersembunyi di balik tiang yang lebih dekat. Kini jarak mereka lebih kurang sepuluh meter. Iman tak mengekorinya, dia hanya melihat dari jauh.

“Siapa berani dekat aku bunuh dia! Aku cuma perlukan wang!” Orang itu menjerit kuat memberikan amaran dan tawaran.

Mukhriz seperti sudah agak bersedia. Dia pun menjentik sebiji batu lalu batu itu pun meluncur laju dan tepat mengenai kepala orang Indonesia itu. Bila sahaja orang itu menoleh dia terus menjentik lagi sebiji batu dan tepat memasuki mata orang Indonesia itu. Lalu orang itu pun menjerit sambil memegang matanya. Kesempatan inilah yang Mukhriz gunakan untuk menyelamatkan Cina yang diugut itu.

Dengan pantas MUkhriz menarik tangannya lalu pautan tangan orang yang mengugutnya pun terlerai. Sementara orang ramai pun meluru dan menyerbu orang Indonesia itu lalu memukul orang Indonesia itu beramai-ramai.

“Terima kasih saudara.”

“Sama-sama… Eh, sudah-sudah.., jangan pukul orang tu. Tangkap je, biar polis yang selesaikan.” Mukhriz bertindak meleraikan. Tidak lama kemudian polis pun sampai. Lalu memberkas orang itu. Dua orang anggota polis itu seperti mengenali Mkhriz. Lalu mereka pun mendekati Mukhriz dan menegurnya.

“Eh, Mukhriz.. awak ke yang baling mata orang Indon tu?”

“Macam pernah tengok je ilmu yang macam tu?”

“Biasalah ‘cikgu’.., belajar dalam penjara.”

“Wah, kau sekarang dah berubah ya Mukhriz…”

“Baguslah Mukhriz. Aku bangga betul dengan kau, dulu kau jadi penjenayah, sekarang kau membenteras jenayah. Tak sia-sia kau masuk penjara. Ada juga ilmu yang boleh kau manfaatkan. Ada orang makin masuk penjara bukan makin baik, makin jadi jahat pulak. Dulu curi ayam, keluar penjara…”

“Curi kereta.., maklumlah dalam penjara kan banyak pakar…” Mereka semua tergelak dengan lawak polis itu.

“Eh, nanti kau pergi balai buat ‘report’.”

“Nak tengok bilik lama pun boleh juga.” Sekali lagi polis itu melawak.

“Baiklah ‘cikgu’, lepas siap kerja nanti saya datang.”

“Eh, kau sekarang ni kerja mana?”

“Hantar air soya ‘cikgu’…”

“Tak apalah Mukhriz, sekurang-kurangnya kau buat kerja yang betul. O.klah nanti jumpa kat balai, jangan lambat sangat tau.”

“Insyaallah…” Mukhriz pun pergi mendapatkan Iman.

“Eh, bang.., abang macam kenal je denga polis-polis tu?”

“Hmm, kawan lama.” Iman teringat kembali kisah lamanya.

Polis-polis itu dulu pernah menangkap Mukhriz hingga dia terpaksa meringkuk kedalam penjara selama dua tahun dan dua rotan. Dalam penjara dia menjadi ‘tukang hantar’. Tukang hantar ialah seorang pelontar tepat. Dia telah diajar oleh seorang tua yang memang sudah pun lama duduk dalam penjara dan membuat kerja tersebut. Setiap bilik ada ‘tukang hantar masing-masing. Dia telah dilatih selama enam bulan. Dia melontar apa sahaja barang yang kecil dari bilik ke bilik dan apa sahaja yang dilontar tidak boleh tersangkut atau terjatuh, kerana jika perkara ini diketahui oleh ‘warder’, mereka semua boleh dihukum.

“Sekarang ni kita selesaikan masaalah yang ke dua pula.” Mereka berdua pun berjalan menuju ke van.

Oleh kerana van itu mempnyai system ‘auto lock’, jadi dia akan terkunci dengan sendirinya jika kesemua pintu tertutup rapat. Oleh itu kini masaalah pun timbul kerana Iman terlupa mengambil kunci dan kunci telah tertinggal didalam van manakala van pla telah terkunci. MUkhriz mengeluarkan pisau dari dalam poketnya.

“Awak tengok polis tadi, kalau dia datang bagitahu.” Mukhriz memberitahu Iman.

Mukhriz pun membuka salah satu lampu bahagian hadapan van. Dia telah mematikan alat penggera. Kemudian dia mencari sekeping papan terbuang yang kecil tapi panjang lalu dia pun memasukkannya dari arah tepi pintu dan mencucuknya. Lalu pintu terbuka. Iman mnyaksikan dari awal hinggalah akhir apa yang dilakukan oleh MUkhriz. Mukhriz telah menalifon ke kilang kerana berlaku sedikit kelewatan. Sementara itu dikilang Yati telah menyuruh Samsul untuk menggantikan tempat Mukhriz

“Aduh.., apasal pulak aku kena ganti dia.”

“Eh, dia ada hal. Apa salahnya kau tolong dia sekali? Selalu dia tolong kau tak pernah pun dia bising. Kau yang baru tolong dia sekali dah nak bising. Makhluk jenis apa kau ni? Gred A keg red E..?”

“Ish..! Buat hal betullah dia ni. O.klah.., aku tolong. Tapi, kau tahu tak hari ni aku sebenarnya ada temu janji dengan awek aku tau. Err.., Yati nanti kita keluar tengok wayang nak tak? Ada cerita bagus tau, cerita cinta.”

“Tak ingin aku dengan kau ni… Dah pemalas, berkira pulak tu. Eii.., kau cari orang lainlah.., tak kuasa aku nak layan orang macam kau.”

No comments:

Post a Comment