Monday, February 14, 2011

Pencari Cinta - 71

TIPU


Cikgu sedang menulis sesuatu dipapan hitam, manakala murid-murid yang lain pula sibuk menulis sesuatu dibuku mereka. Latifah masih lagi merenung Ain, kemudian pandangannya beralih kepada kawan-kawan Ain yang lain. Mereka tidak sedar dengan tindak tanduk Latifah malah semua orang tidak sedar apa yang sedang Latifah lakukan. Tiba-tiba hati Latifah terdetik.

“Aku rasa mereka ni sedang menyimpan satu rahsia… Tapi tak apa, aku akan teruskan lakunan.” Latifah mengalihkan pandagan ke arah kawan-kaeannya pula. “Maafkan aku kawan.., aku terpaksa.” Fikiran Latifah terbayang pula kepada Iman. “Iman saya tahu awak tak bersalah, saya tahu awak terasa dengan saya… Tapi.., saya yakin awak tetap setia dengan saya. Saya dapat rasakan yang awak sedang berubah menjadi lelaki yang sebenar, lelaki yang saya impikan, yang boleh menjadi pemimpin untuk sebuah keluarga.” Fikiran Latifah menerawang semakin jauh. Fikirannya teringat kisah pagi tadi. Semasa dia sedang memberikan burung makan, Dino telah datang menghampirinya. Oleh kerana jalannya yang terlalu kasar, Dino telah menghalau kesemua burung-burung itu pergi. Latifah agak terkejut dan telah berasa sesuatu. Dino telah menyatakn hasrat hatinya.

“Latifah.., sudi tak awak berkawan dengan saya..?” Latifah sebanrnya berasa agak geram, namun dia terus berlakun.

“Eh, bukankah kita sedang berkawan?”

“Tapi Latifah.., saya hendak berkawan yang lebih dari seorang kawan.”

“Dino.., buat masa sekarang ni, hati saya masih berisi. Tunggulah saya kosongkannya dahulu.”

Bunyi loceng telah mengejutkan Latifah. Dia pun tersenyum sendirian. Terbayang wajah Dino yang mencuka kerana lamarannya ditolak lembut oleh Latifah. Latifah menyimpan bukunya kembali. Pandangannya tertarik kea rah Razif yang sedikit tersengguk seperti orang yang mengantuk. Tiba-tiba dia lihat Salim menghampirinya.

“Eh, Zif, kau mengantuk Zif? Itulah aku dah pesan.., lain kali malam-malam jangan tengok bola.., kau ni degillah.” Razif tersenyum, dia tahu Salim cuba mengusiknya.

“Malam tadi sebenarnya aku jumpa satu orang.., tapi dia asyik tanya pasal kau.”

“Eh, siapa Zif.., perempun ke lelaki..?” Salim terkinja kesukaan.

“Malaikat maut…”


PISAU


“Baiklah abang nak cerita tentang seorang pakar Islam dalam bidang astronomi dan matematik.”

“Wah, Islam pun ada pakar astronomi ya bang..?” Tiba-tiba datang orang menghantar air minuman. Manakala makanan sudah pun siap-saip diambil oleh mereka. Mereka duduk agak berjauhan sedikit dengan orang ramai. Sambil makan mereka pun berbual.

“Ada.., Islam ni ada macam-macam pakar. Jangan lupa kebanyakkan cabang ilmu dalam dunia ni bermula dari Islam. Baiklah nama beliau ialah Ulugh Beg. Beliau dilahirkan di Soltamiya pada tahun 1394 dan meninggal pada tahun 1449 di Samarkand. Jadi umur dia berapa tahun?”

“55 tahun.”

“Bagus, Samarkand kat mana?”

“Err…”

“Uzbekistan. Baiklah dia ni ialah cucu kepada Timur Leng yang disebut sebagai penakluk Asia. Jadi beliau ni ada darah pemerintah. Dia telah diamanahkan oleh bapanya untuk menjadi raja di di daerah Samarkand. Oleh kerana dia terlalu minat dengan ilmu pengetahuan, dia membangunkan kota itu hingga menjadi pusat ilmu pengetahuan untuk orang Islam. Masa itu juga dia bukan sahaja tertarik untuk mengkaji tentang ilmu malah diberi juga perhatian kepada fasiliti, sarana dan prasarana. Sampai sekarang bangunan-bangunan serta monument-monumen peninggalan Ulugh Beg dapat kita lihat di Kota Samarkand. Walaupun dia menulis syair, buku-buku sejarah dan mengkaji Al-Quran.., namun antara bidang utama yang menarik minatnya ialah astronomi dan matematik.Walaupun dia seorang pemerintah, namun beliau sendiri yang turun bersama untuk dalam melakukan pengkajian tentang bintang-bintang.”

“Wow, kira dia ni seorang raja yang baiklah ya… Selain tu apa lagi yang pernah dia buat hingga menggegarkan dunia?”

“Oh.., pada tahun 1420 dia telah membina sebuah tempat untuk kajian tentang bintang-bintang dan planet-planet yang ada. Walaupun keadaannya sederhana namun tempat itu masih ada lagi sebagai bukti di Samarkand. Hasil daripada situ beliau telah berjaya menyiapkan secara terperinci tentang astronomi matahari, bulan dan planet-planet yang lain. Kalau nak dibandingkan dengan teknologi moden zaman sekarang ni yang menggunakan macam-macam jenis teleskop canggih.., perbezaannya taklah terlalu jauh. Ha.., macamana, canggih tak?”

“Eh.., mestilah canggih bang. 1420 dengan 2000 sahaja jaraknya dan mencapai 580 tahun… Fuh.., lama tu…”

“Dari hasil kajian yang dibuat, dia dengan kumpulannya ada juga mengkaji kajian yang pernah di buat oleh para astronomi Romawi seperti Ptolemeus. Hasil kajian itu telah dicatatkan dalam kitab-kitab mereka antaranya kitab ‘Zij-I- Djadid-I Sultani’. Kebanyakkan kitab beliau yang ditulis didalam bahasa arab kemudiannya telah ditukar ke bahasa inggeris dan Perancis oleh para astronomi mereka. Tapi ada banyak lagi yang belum dialih bahasa.”

“Jadi ini menunjukkan hasil kajian yang mereka buat masih boleh diguna pakai walaupun selepas beberapa ratus tahun kemudian..?”

“Canggih tak?”

“Sangat canggih… Tapi kenapa abang kata tempat kajian Ulugh Beg tu.., sederhana? Tempat dia sebenarnya macamana bang?”

“bahagian dalamnya berupa sebuah terowong batu yang lebar dan panjang, lantainya cuma tanah dan hujungnya tak ada bumbung kalau tak silap… Tapi kat dalam tu ada dua jeruji batu yang diletakkan di satu tempat khas. Dari situlah mereka mengukur kedudukan dan ketinggian jarak bintang-bintang.”

“Dia memang seorang pakar matematik-lah bang.”

“Sebab apa?”

“Hanya dengan peralatan yang ringkas dia dapat mengira menyamai kecanggihan alat… Sebab tu saya kata dia pakar.”

“Awak nak tahu lagi, yang ironinya.., walaupun tempat kajian tu sederhana, tapi ia tetap ditiru oleh para astronomi barat lebih seratus tahun kemudian, dari segi bentuk, cara membuat kajian, mahupun alat yang digunakan. Diantaranya ialah tempat kajian Uraniborg pada tahun 1576 dan Stierneborg pada tahun 1584. Sampai abad ke 18, tempat kajian Ulugh Beg tu masih dihormati dunia tau…”

“Pelik betullah.., macamana dia boleh jadi pandai sampai macam tu kan? Tadi Mimar Sinan, sekarang Ulugh Beg, saya ingatkan orang Islam ni lemah matematik, rupanya dunia merujuk pada dia…”

“Itulah dia taqwa. Dah jom kita pergi hantar soya.”

“Bang ceritalah lagi…”

“Boleh.., sambil jalanlah.”

“Ada lagi ke bang?”

“Eh, tokoh Islam ni banyak.”

Sementara itu di bandar orang sudah pun kelihatan berpusu-pusu untuk bekerja. Ada pelbagai golongan dan pelbagai pekerjaan. Masing-masing sibuk melayani urusan sendiri hingga ada yang tak sempat menoleh kea rah lain. Dalam kesibukan itu seorang lelaki Indonesia telah memasuki sebuah kedai menjual pisau. Oleh kerana kedai yang baru dibuka itu masing lengang dari pelanggan, maka berlakulah tawar menawar.

“Ini berapa tauke?”

“Wo.., ini a’.., ini mulah aja ma. RM 15 saya kasi ‘you’ angkat.”

“Mahalah tauke…”

“Aiya.., mahal, ini pisau baik punya wo… Saya sulah kasi ‘you’ mulah ‘you’ kata mahal. Mana ada mahal.”

“Tajam ka tauke?”

“Tajam wo.., ‘you’ tak percaya a’.., ‘you’ kasi ‘test’ sama ‘you’ puny jari lo…”

“Murah punya ada ka tauke?”

“Ada… Ha, ini pun baik juga.” Dia pun mengeluarkan sebilah lagi pisau.

“Berapa?”

“RM10.”

“Lain?”

“Nah, ini.., RM5.”

“Ini tajam ka tauke?”

“Haiyo.., ini pun sangat tajam punya. Potong ayam pun mati wo.., bole putus punya.” Dia pun mengamati pisau kecil dari tangan Cina itu. Direnungnya bilah pisau yang tajam berkilat lalu ternampaklah sedikit kelibat mata dan wajahnya. Kelihatan air matanya meleleh.

“Saya ada RM3.” Dia pun meletakkan duit dan terus berjalan keluar.

No comments:

Post a Comment