Sunday, February 13, 2011

pencari Cinta - 70

HIDUP


Iman dikejutkan dengan suara lunak orang menaji, suaranya merdu namun dalam keadaan sebak. Iman mengamati suara itu, benarlah itu suara abang Mukhriz. Tapi kenapa dia membaca Al-Quran tengah-tengah malam? Iman membuka sedikit matanya, dia lihat suasana masih lagi gelap, namun ada satu lampu yang terbuka menerangi Mukhriz yang sedang mengaji, sekadar-kadar terangnya hanya untuk seorang dan tidak mengganggu yang lain.

“Oh, dia bangun tahajjud agaknya.” Iman berkata di dalam hati. Dia juga bangkit lalu duduk namun tidak terus berdiri. Dia memasang niat seperti yang pernah dipesan oleh Pak Su. Lalu dia pun duduk bertafakur.

“Aku harap hari ini akan menjadi hari yang lebh baik dari semalam. Aku harap Kau ampunkanlah aku Tuhan ke atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan…” Dan bermacam-macam lagi niat yang dipasang hingga habis dua minit kemudian barulah dia bangkit.

Iman pun ke bilik air. Namun fikirannya tetap msih teringatkan Latifah. Dia seolah-olah masih tidak dapat melupakannya. Tapi bila dia terbayang wajah Latifah yang masam dan menarik muka, Iman pun mengeluh. Dia seakan sedar bahawa dia tiada lagi dalam hidup Latifah.

“Kenapalah dengan aku ni… Bukankah Latifah dah tak suka aku? Kan dia sekarang ni suka dengan Dino. Buktinya..? Buktinya.., kenapa semalam dia sengaja makan dengan Dino dan langsung tidak mempedulikan aku? Takkan dia tak sedar yang itu telah melukakan hati aku? Ah..! Dia memang dah tak suka aku.”Iman pun membasahkan dirinya dengan air. Rasa segar pun terasa. “Ah.., banyak lagi nikmat Tuhan yang aku patut syukuri, takkanlah kerana seorang perempuan aku nak lupakan Tuhan. Lemah betullah aku ni. Sedangkan abang Mukhriz sedang menangis kerana dosa, aku pula menangis kerana perempuan.., lelaki apa aku ni?” Iman cuba memujuk hatinya, namun ingatannya tetap sukar untuk melupakan Latifah.

Jam menunjukkan baru pukul 4.30 a.m, Iman pun bersiap mengenakan baju kemudian dia pun bersembahyang. Manakala Mukhriz pula masih lagi mengaji, namun suaranya yang merdu itu tidak mengganggu sembahyang Iman kerana suaranya agak perlahan. Selesai sembahyang Iman menadah tangan untuk berdoa, tapi seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

“Kenapa aku ni? Kenapa pula aku masih lagi teringatkan dia? Ya Allah… Eh, kenapa aku ni..? Kenapa pula aku nak berdoa agar Tuhan pertemukan jodoh aku dengan dia? Hmm, apa betul ke aku ni layak untuk dia? Lebih baik aku doa agar dia bertemu dengan orang yang bertaqwa, ya.., itulah yang terbaik. Selain tu, takkanlah aku sekadar nak berdoa untuk benda ni? Apakah aku sebenarnya bangun untuk benda ni? Aduh.., Ya Allah, tolong aku…” Iman merintih didalam hatinya.

Sementara itu Razif juga tersedar seperti ada orang disebelahnya. Dia pun cepat-cepat bangun dan membuka matanya. Rupa-rupanya datuknya sedang bersembahyang disebelahnya. Razif pun tak tahu sudah berapa lama dia terlelap dan sudah berapa lama datuknya disitu.

“Ya Allah, aku tertidur rupanya.” Dia pun bingkas bangun dan menuju ke air terjun yang berhampiran lalu berwudhuk.

Datuknya masih lagi bersembahyang. Dia lihat ada kain yang datuknya bawa. Dia tahu itu kain untuk sembahyang. Dia pun mengambil kain tersebut lalu dialas sebagai sejadah dan bersembahyang di sebelah datuknya. Selesai berdoa datuknya pun berkata.

“Sekarang ni nak masuk suboh, mari kita berjalan pergi ke surau, kita sembhyang kat sana.” Razif diam dan mengikut.

Sepanjang perjalanan Razif tidak banyak soal, namun fikirannya menimbulkan soalan. Bila datuknya sampai? Kenapa tak kejut dia? Macamana pula dia boleh tertidur? Tentang harimau, makhluk halus dan bermacam-macam lagi, namun semuanya dipendam tidak diluahkannya.

Langit membuka ruang untuk cahaya mentari menampakkan wajahnya. Bunyi kicauan burung mula kedengaran menjadikan pagi bertambah indah dan berseri. Razif berjalan pulang menuju ke rumah. Di percepatkan jalannya kerana takut terlambat. Sampai di rumah dia pun memberi salam lalu dijawab ibunya.

“Wa’alaikumussalam… Ha, Jip, kau tidur rumah atuk ke?” Razif tak tahu nak jawab macamana, lalu dia pun mengangguk.

“Dah pukul berapa mak?”

“Pukul tujuh agaknya.., lebih baik kau cepat. Adik kau tu pun dah nak siap dah tu.” Tiba-tiba adiknya muncul lalu dihadapannya tanpa menoleh sedikit pun, seolah-olah dia seperti tidak wujud.

“Ajip siap dululah ya mak…”

“Ha, eloklah tu.., kalau kau tak sempat sarapan nanti mak bungkuskan.”

Sementara itu Iman dan Mukhriz masih lagi berada di masjid. Mukhriz masih lagi mengaji manakala Iman pula sibuk mentelaah buku-buku ilmiah yang banyak terdapat di masjid itu. Ada pelbagai kitab dan buku-buku tentang sejarah. Mata Iman tak berkelip meneliti tajuk-tajuk buku-buku tersebut. Walaupun dia hanya sekadar membacanya sekali lalu namun kelihatan dia begitu puas kerana dia terlalu suka membaca. Setelah selesai mengaji Mukhriz pun mengajaknya pulang, namun Iman masih lagi belum habis menyimpan buku dan Mukhriz terpaksa menunggu. Dalam perjalanan pulang mereka pun berbual.

“Err.., bang, tadi saya ada baca kitab-kitab kat masjid.”

“Baca tajuk ke, baca kitab?”

“Eh, baca tajuk kitab, ha…”

“Kemudian?”

“Kira.., Islam ni rupanya banyak ilmuan-iluan kan bang?”

“Hmm, Iman baru tahu ya..? Sebab itulah Rasulullah itu dikatakan ‘ibu’ bagi segala ilmu, eh, takkan Pak Su tak ada cerita dengan Iman?”

“Ada, tapi.., cuba abang cerita sikit macamana boleh berkembangnya ilmu dalam dunia Islam ni.., sebab saya selama ni tak pernah pulak tahu tentang hal ni.”

“Hmm, memanglah suatu masa dahulu umat Islam ni pernah menjadi pusat atau dikenali sebagai ‘centre of exellence’. Mereka menguasai pelbagai bidang ilmu hingga menjadi rujukan kepada bangsa-bangsa yang lain, seperti ilmu sains dan teknologi seperti ilmu kedoktoran, ilmu astronomi, biologi, ilmu pelayaran, ilmu tentang kedudukan muka bumi...”

“Ilmu geografi ke bang?”

“Sebenarnya geografi tu nama orang. Dia antara penulis terkenal mengenai ilmu kedudukan muka bumi atau peta, walaupun dalam buku yang dia tulis tak ada satu pun lukisan peta.”

“Oh.., ye ke… Lagi bang?”

“Jadi kesimpulnnya mereka mengusai banyak cabang ilmu hingga mereka disegani dan dihormati malah dijadikan tempat rujuk oleh bangsa-bangsa lain. Tapi.., yang paling istimewa ialah.., sebab akhlak mereka.”

“Sebab apa bang?”

“Sebab akhlak mereka yang terlalu mulia. Mana ada akhlak yang macam tu lagi sekarang ni. Ilmu banyaklah…” Iman mengangguk faham.

“Lagi bang?” Mukhriz tersenyum.

“Baiklah.. sebab akhlak mereka.”

“Sebab apa bang?”

“Sebab akhlak mereka yang terlalu mulia. Mana ada akhlak yang macam tu lagi sekarang ni. Ilmu banyaklah…” Iman mengangguk faham.

“Lagi bang?” Mukhriz tersenyum.

“Baiklah.. sebab akhlak mereka.”

“Sebab apa bang?”

“Sebab akhlak mereka yang terlalu mulia. Mana ada akhlak yang macam tu lagi sekarang ni. Ilmu banyaklah…” Iman mengangguk faham.

“Lagi bang?” Mukhriz tersenyum.

“Baiklah.. sebab akhlak mereka.”

“Sebab apa bang?”

“Sebab akhlak mereka yang terlalu mulia. Mana ada akhlak yang macam tu lagi sekarang ni. Ilmu banyaklah…” Iman mengangguk faham.

“Lagi bang?” Mukhriz tersenyum.

“Baiklah.., selepas mereka semua menguasai, memahami, melaksanakan dan menhayati isi kandung ilmu-ilmu wahyu, barulah mereka mula mengembangkan ilmu-ilmu tersebut kepada bangsa-bangsa lain. Setelah ilmu itu berkembang luas dan umat Islam semakin matang dan mantap, barulah mereka mula mengakaji dan meneroka pula ilmu-ilmu lain. Ini semua bermula dari zaman Abbasiah.., mereka menterjemah kemudian mengkaji kitab-kitab orang Romawi, Yunani dan Persia dan lain-lain lagi. Selepas menyaring, mengkaji, memperluas dan mengembangkan ilmu-ilmu tersebut.., mana-mana yang tidak bercanggah dengan syariat Islam telah dijadikan sebagai hak milik mereka hingga ia menjadi salah satu dari cabang ilmu Islam yang diberi nama ilmu ‘mantik’. Maka lahirlah dari dunia Islam ahli-ahli dari pelbagai cabang ilmu. Matematik, kedoktoran, fizik, kimia, astronomi, ahli falak, sejarah, sains dan macam-macam lagi. Sebab apa Tuhan bantu mereka semua sehingga jadi begitu..? Sebab rata-rata ilmuan tersebut semuanya bertaqwa. Generasi ini juga disebut sebagai generasi ‘salafussoleh’…”

“Wow.., hebatnya. Baiklah bang.., apakah bukti Islam menguasai ilmu dari sudut pembinaan..?”

“Eh, arkitek ke?”

“Err.., bolehlah.”

“Tapi abang bukannya tahu sangat, sebab abang sekolah pun tak habis. Abang tak pandai macam kamu.”

“Alah.., abang ni… Cuba jelah cerita apa yang abang tahu.”

“O.klah abang cerita tentang Mimar Sinan.”

“Eh, macam pernah dengar je nama tu…”

“Baiklah, beliau adalah seorang wali Allah, lahir di Antolia, Turki pada 15 April 1489 dan telah meninggal dunia di Istambul pada 17 Julai 1588. Jadi berapa usia dia?”

“99 tahun.”

“Hmm, bagus. Asalnya dia ni beragama Kristian dari keturunan Yunani atau Armenia. Pada tahun 1511 beliau telah memeluk Islam…”

“Eh, masa Portugis menakluk Melaka.”

“Ha, masa itulah dia memeluk Islam. Kemudian dia telah belajar di istana sultan dibawah bimbingan Ibrahim Pasa. Di situlah dia telah mendapat nama Sinan. Beliau telah menjadi ‘ ketua arkitek’ dalam pemerintahan empat sultan Usmaniah iaitu Sultan Salim 1, Sultan Sulaiman 2, Sultan Salim 3 dan Sultan Murad. Beliau juga terkenal mala telah diakui sebagai ‘jurutera gempa’ yang pertama didunia. Hasil karya beliau yang paling terkenal ialah ‘Kompleks masjid Sulaiman di Istambul. Tapi sebenarnya bangunan ciptaannya yang paling dia suka ialah ‘masjid Salim di Edirne. Masjid itu dibangunkan pada tahun 1550 dan siap pada tahun 1557. Masa dia buat masjid tu.., ada seorang arkitek kristian datang… Dia kata Mimar Sinan tak akan dapat membina bangunan yang kubahnya lebih besar dari Aya Sofia yang dibina oleh arkitek kristian. Tapi oleh kerana Mimar Sinan ini bertaqwa.., lalu dia pun dibantu Tuhan. Maka jadilah masjid Salim itu masjid yang mempunyai kubah terbesar didunia pada masa itu jauh mengalahkan Aya Sofia…”

“Apakah bangunan yang pertama yang dia bangunkan?”

“Hasil karya beliau yang pertama alah, Masjid Sehzad yang telah dibina pada taun 1548 di Istambul. Lepas tu macam-macam bangunan lagi yang dibuatnya, semuanya di sekitar Istambul seperti Masjid Salim di Edirne, Masjid Kadirga Sokullu di Istambul, Masjid Mihrimah Sultan di Edirnekapi, Masjid Rustam Pasha di Istambul, Kompleks Masjid Sulaiman yang berukuran 59 meter panjang, 58 meter lebar dan ketinggian kubah 53 meter.., tamannya luas, dapur, ada empat madrasah, satu sekolah hadis, satu rumah sakit, perpustakaan, dua kompleks kuburan sultan dan hamam.”

“Hamam tu apa bang?”

“Emm, macam ‘swimming pool’. Tapi Islamik la…”

“Fuyoo… Hebatnya. Ada lagi ke bang?”

“Aik, nak lagi? Baiklah.., dia juga membina bangunan Taqiyya al Sulaimaniyya di Damascus yang sampai sekarang ini dipandang sebagai sebuah bangunan yang luar biasa. Oh, ya dia juga ada membina satu lagi masjid err.., namanya Masjid Banya Banshi dekat.., mana ya, mmm, dekat Sofia, Bulgaria dan satu-satunya masjid yang berfungsi di Sofia, Walahualam…”

“Eh, takkanlah banyak sangat bangunan yang dia buat bang?”

“Eh, banyak… Diantara bangunan yang dia pernah buat ya, 94 buah masjid yang besar, 57 buah universiti, 52 masjid kecil, 41 buah hamam, 35 buah istana, 17 buah dapur awam, 8 buah jambatan, 7 buah sekolah, 3 hospital, 22 makam diraja dan banyak lagi. Untuk makluman kesemua bangunan yang dibinanya besar dia berkali-kali ganda dari masjid Putra Jaya, oh.., awak tak pernah pergi, mm.., tak apa. Tapi besarlah… Malah usia bangunan yang dibina kukuh sampai sekarang dan telah pun berusia lebih kurang 450 tahun.”

“Fuh.., hebat betullah. Terkejut saya. Betul-betul mengkagumkan.”

“Itu tak hebat lagi, ironinya beliau sebenarnya tak pernah pun belajar masuk kelas ambil jurusan sains dan teknologi, tapi oleh kerana ketakwaan dan huungan yang rapat dengan Tuhan.., maka Tuhan ilhamkan ilmu yang sangat canggih hingga beliau mampu membina masjid dan bangunan sebanyak lebih kurang 350 buah yang sangat cantik, canggih dan indah. Pada tahun 2000, err…”

“Ada berlaku satu gempa bumi di Turki yang sangat dahsyat hingga angka kematian mencatat puluhan ribu, beratus-ratus bangunan juga turut runtuh dan musnah.”

“Ratusan bangunan-bangunan moden. Tapi.., masjid-masjid yang dibina oleh Mimar Sinan tak roboh, ia tetap kukuh. Jadi sesiapa yang berada didalamnya semuanya selamat.”

“Oh, jadi.., masjid tu sebenarnya masjid yang Mimar Sinan buat… Ya Allah saya baru tahu hari ni.”

“Awak tahu ke berita gempa bumi ni?”

“Satu dunia tahu bang, tapi tak tahu pula bangunan masjid yang dalam televisyen tu masjid Mimar Sinan.”

“Jadi itulah kecanggihan yang masjid yang pernah dibina oleh Mimar Sinan. Bukan itu sahaja malah masa musim sejuk, orang yang berada dalam tu tak rasa terlalu sejuk, begitu juga masa musim panas, orang dalam tu tak rasa terlalu panas. Memang semua system yang dibuat dalam masjid tu semuanya canggih. Bayangkanlah tanpa mikrofon orang yang bercakap di mihrab boleh dengar satu masjid, walaupun dengan suara yang perlahan. Baiklah ini yang terakhir, dari apa yang telah kita faham ternyata Tuhan telah ilhamkan kepada beliau ilmu-ilmu yang canggih seperti ilmu teknologi anti gempa, aerothermodynamics, aerothermo-acoustic, chemical engineering, ilmu matematik dan lain-lain yang mana formula-formula ini semuanya baru dapat ditemukan oleh saintis barat pada abad yang ke 19 dan abad ke 20. Tapi sekali lagi yang ironinya.., kebanyakkan orang Islam sangat mengkagumi saintis barat, padahal mereka Cuma berjaya menemukan rahsia fomula matematiknya sahaja dan tidak ada seorang pun mana saintis barat yang berjaya membuat mana-mana bangunan yang setanding dengan bangunan Mimar Sinan. Jadi kesimpulannya disini ialah.., jadilah orang yang bertaqwa, nanti Allah ajarkan kita ilmu yang hebat-hebat. Dah, meh kunci…” Rupanya mereka sudah pun sampai didepan pintu bilik.

“Eh, ha.., nasib baik saya tak lupa lagi. Bang ada tak lagi sesiapa yang lebih hebat dari Mimar Sinan..?” Iman pun menyerahkan kunci rumah kepada Mukhriz.

“Mestilah ada…”

“Siapa bang?”

“Ramai.., tak apa, kita masuk salin baju dulu.”

“E’eh, bang. Mana abang dapat maklumat ni semua..?” Mukhriz hanya tersenyum. Dia teringat kembali zaman dia tinggal dimasjid dahulu. Dia banyak mengahabiskan masanya dengan membaca.

“Nantilah abang cerita… Sekarang ni kita salin baju dulu, nanti masa sarapan nanti abang cerita lagi yang lebih hebat dari Mimar Sinan…”

No comments:

Post a Comment