Friday, February 11, 2011

Pencari Cinta - 68

HANTU


“Alhamdulillah… Eh, sedap betulkan makcik ni masak.” Mukhriz baru sahaja menghabiskan makan malamnya.

“Habis tu bang?” Iman seperti menunggu kisah selanjutnya.

“Oh, lupa… Lepas tu rupanya yang curi duit masjid tu sebenarnya ialah anak bendahari masjid tu sendiri.” Rupanya Mukhriz sedang bercerita tentang kisah hidupnya.

“Ya, Allah… Tapi mereka tuduh abang? Tak patut betullah.”

“Begitulah manusia Man… Tapi abang tak boleh nak salahkan mereka. Sebab, kalau awak tengok abang masa dulu pun awak akan pandang sebelah mata. Maklumlah muka dengan pakaian kita memang orang tengok macam orang yang selalu ‘pecah rumah’ orang kan.., jadi tak salahlah kalau abang kena tuduh macam-macam, sekarang ni memanglah nampak baik sebab abang pakai kopiah.., cuba abang tanggal balik kopiah ni… Dah lah tak ‘hensem’ betul tak Man?”

“Tapi bang.., kita ni mana boleh berburuk sangka dengan orang.., berdosa tahu tak?”

“Memanglah tak boleh buruk sangka.., tapi berhati-hati tu perlu. Contohnya macam kita letak mangga pada rumah kita.., bukanlah maksud kita nak berburuk sangka sesuatu akan terjadi.., tapi kita berhati-hati…”

“Hmm, betul juga tu…”

“Lepas tu bang, apa jadi kat anak orang tu?”

“Abang pun tak tahu, sebab lepas tu abang pun jatuh pengsan… Abang sedar je abang dah ada kat hospital, kemudian keluar je dari hoppital abang terus kerja kat sini.., sampailah sekarang.”

“Masa kat masjid tu.., apa perasaan abang?”

“Memanglah susah, kalau boleh abang pun tak nak patah balik. Sebab, memang susah, penuh cabaran.., abang pun tak tahu macamana abang boleh harungi semua tu, kalau nak diikutkan banyak yang tak lojik dan memang abang tak mampu.”

“Baiklah err.., saudara Mukhriz, apakah pesanan terakhir anda untuk remaja-remaja yang diluar sana tu..?” Iman melawak berlakon sebagai pengacara sambil sudu yang di pegang di hulurkan sebagai ‘mikrofon’. Mukhriz pun berdehem beberapa kali sebelum menjawab.

“Jadi saya cuba sarankan supaya remaja-remaja diluar sana tu.., carilah Tuhan, kerana Dialah cinta yang paling agung dan sejati. Dia jugalah teman yang paling setia.”

“Sebab..?”

“Sebab kalau nak cari makan senang.., binatang yang tak pergi sekolah pun tahu cari makan sendiri…” Mereka tergelak spontan, tapi Iman macam menangkap sesuatu… Dia teringat kata-kata makciknya.

"Iman, Iman. Itu cara akal berfikir. Nak cari makan, cari tempat perlindungan kemudian ada anak, kemudian besarkan anak, bagi anak makan.., itu haiwan pun buat, apa beza Iman dengan haiwan kalau macam tu? Kalau Iman fikir harta boleh membuat orang bahagia.., macamana pula dengan orang miskin? Oh, selama ni orang miskin tak bahagialah ya. Orang miskin lagi untung. Tak payah nak fikir nak bayar cukai banyak, kalau dia tak ada kereta tak perlu nak fikir bayar bulanan kereta, tak payah nak pening kepala nak isi minyak, lagi banyak harta, lagi banyak nak fikir.., nak fikir macamana nak jaga harta. Lagipun kalau ada penyakit.. duit banyak pun tak guna, apa pun tak boleh nak makan, yang dia cuma boleh makan hanya ubat sahaja. Kesiankan? Sebenarnya yang merasa bahagia tu siapa?"

“Tuhan nak tengok hati… Jadi hati mesti kena bersih, bebas dari mazmumah.” Iman membuat satu kesimpulan dalam hatinya, dia dapat satu pelajaran baru.

Sementara itu Razif sudah semakin jauh meninggalkan rumah dan kawasan perkampungan. Kelibat cahaya lampu rumah juga sudah tidak kelihatan. Dia kini dikelilingi dengan kegelapan malam. Walaupun tanpa bantuan cermin matanya, dalam samar-samar dia dapat juga meneka lorong jalan untuk menuju ke air terjun dengan bantuan lampu obor yang dibawanya.

“Aku mesti berani, mesti berani, mesti berani, tak boleh takut, tak boleh takut, ya Allah.., tolong aku.” Tiba-tiba bunyi suara beberap ekor anjing sayup menyalak dari jauh, mereka saling bersahut-sahutan. Razif tahu, itu ada petanda yang tak baik. Mungkin ada sesuatu yang mereka nampak, sesuatu yang halus. Tapi apakan daya, dia kena juga hadapi situasi itu.

Ditengah-tengah suara anjing-anjing yang menyalak panjang itu terdapat satu suara yang aneh. Bunyi seakan orang menjerit, namun ia agak kabur kerana disulam oleh bunyi suara anjing-anjing yang lain. Tapi telinga Razif tajam menangkap kelainan sesuatu. Dia cuba mempercepatkan jalannya. Tiba-tiba angina bertiup kencang dari arah sebelah kirinya hingga hampir-hampir memadamkan api obor yang dibawa. Razif berhenti sebentar. Agak beberapa ketika dia pun menyambung kembali perjalanannya. Ketika itu juga angin bertiup lagi kali ini dari arah sebelah kanan pula juga hampir memadamkan api obor, sekali lagi Razif berhenti. Entah macamana tiba-tiba api obor terpadam sendiri, tanpa angina yang bertiup. Serentak dengan itu juga Razif mendengar dari arah belakangnya pokok-pokok tumbang seakan-akan sedang menuju ke arahnya dan ingin menghempapnya, dalam masa yang sama juga suara-suara anjing tadi semakin kuat menyalak. Razif terus berlari sekuat hati. Obor tadi di campak ke tepi, namun dalam keadaan yang kelam kabut itu riak wajahnya tetap tenang.

“Aku tahu ini satu dunia baru buat aku, tapi aku tak boleh takut.., jika tidak dia akan tahu kerana terbau ketakutan aku. Jadi aku kena kawal. Apa-apa pun juga.., dia adalah makhluk. Makhluk tetap lemah. Dia akan kuat dengan izin Allah.” Razif cuba membuat kesimpulan dalam hatinya. Dalam masa yang sama mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Ada benda putih terbang melintas diatas kepalanya.

Bunyi air terjun semakin jelas kedengaran. Razif mempercepatkan lagi lariannya, kadang-kadang dia tersadung namun dia bangkit kembali. Dari jauh dia lihat suasana yang agak terang dari cahaya bintang yang terpancar. Dia tahu itulah air terjun. Sedang dia berlari dan hampir sampai tiba-tiba satu lembaga turun perlahan-lahan mengahalang perjalannya. Makhluk itu berbaju putih, berambut panjang, wajahnya gelap Cuma yang jelas kelihatan adalah gigi taringnya yang panjang terkeluar dari mulutnya. Razif teringat kata-kata datuknya.

“Dunia ini telah diamanahkan oleh manusia untuk ditadbir, bukan kepada mana-mana makhluk yang lain sekalipun jenis jin.”

“Habis tu pontianak tu apa tok?”

“Itupun jenis jin juga, mereka ni ada berlainan dan macam-macam bangsa.., macam kita juga, ada Cina, India, Melayu, Kadazan dan lain-lain.”

“Tapi rupa dia macam tu ke tok..?”

“Itu cuma jelmaan dia sahaja, rupa dia yang sebenarnya lain. Bila dia berubah dan menjelma dihadapan kita, untuk dia berubah ke bentuk asalnya kembali.., dia akan mengambil masa dan akan mengalami kesakitan yang amat sangat. Dia tidak akan mengganggu kita kecuaili kita menyentuhnya dahulu. Cuma.., kalau dia menjelma didepan kita beerti dia bersedia menghadapi kematiannya.”

“Sebab apa tok?”

“Sebab dia sedang mengisytiharkan perang dengan kita.”

“Sebab apa dia nak lawan kita tok?”

“Mungkin sebab kita ingin mengambil kawasannya. Tapi mengikut perjanjian.., mana-mana kawasan yang manusia kehendaki dia mesti bagi. Jika dia enggan beerti dia mengisytiharkan perang dan sanggup mati. Tapi.., sebagai khalifah yang mentadbir kita mestilah berlaku adil. Sugguhpun dia makhluk yang lemah, tapi kita mesti berlaku adil sekalipun bukan dengan orang Islam. Barulah layak kita memimpin.”

“Kenapa atok kata mereka makhluk yang lemah?”

“Hanya yang kuat sahaja berhak memimpin…”

Razif mengorak senyuman. Dahinya dibasahi peluh. Kata-kata datoknya sentiasa bermain di ingatannya. Kini dia menghadapi lawan yang bukan orang. Padanya makhluk ini lebih hebat dari Dino. Razif berhenti dalam jarak dua puluh meter. Mereka kini bertentangan satu sama lain. Kini keputusan ditangan Razif samaada dia ingin berpatah balik ataupun meneruskan perjalanan kerana air terjun hanya berada di belakang makhluk yang menghalangnya. Rambutnya kelihatan mengerbang dan beralun-alun seperti ditiup angin.

“Hei, makhluk aku kenal siapa engkau, aku tahu asal usulmu… Apakah maksudmu menghalang perjalananku. Kalau kau tk ada urusan dengan aku.., aku pun tak ada urusan dengan kau. Ke tepi atau kau menerima keputusanku!” Razif bertindk nekad. Dia lihat makhluk itu tidak berganjak. “Baiklah, kalau kau tidak mahu ke tepi taka pa.., tapi aku tetap akan teruskan perjalanan aku!“

Mata Razif yang terpejam kini terbuka, bersama tangannya yang dikembangkan. Mata dan tapak tangannya merah menyala seperti api yang sedang membakar. Manakala makhluk itu juga mengembangkan kesemua jari-jemarinya, kukunya yang tajam mulai keluar perlahan-lahan menandakan yang dia juga sudah bersedia untuk bertempur. Razif meluru ke depan berlari laju, manakala makhluk itu pula hanya menunuggu. Kini jelas kelihatan kakinya tidak menjejak bumi.

Hampir sahaja dalam jarak tujuh meter tiba-tiba mereka dikejutkan oleh bunyi satu ngauman harimau yang kuat hingga langkah Razif menjadi terhenti kerana terkejut. Makhluk itu pula menjerit kuat kemudian tiba-tiba sahaja ghaib dari pandangan. Razif yang terkejut jatuh lemah melutut ke bumi. Dia pun hairan bunyi harimau tadi benar-benar telah membatalkan ilmunya. Dia lihat kedua tapak tangannya pulih seperti biasa, dia pun cuba bangun dan berjalan, langkahnya longlai. Dia rasa terlalu lemah, namun digagahi juga. Akhirnya dia berjaya sampai kegigi air, dia pun mengambil wudhuk dan meneguk beberapa teguk air, badannya kembali bertenaga.

Iman terbaring di atas sebuah tilam nipis tanpa katil. Inilah pertama kali dia bermalam tanpa kemudahan yang lengkap dikelilingnya. Iman tersenyum sendirian. Matanya terasa sukar untuk dilelapkan. Dia memandang kea rah Mukhriz yang sedang nyenyak dibuai mimpi, ternyata ini adalah dunianya. Iman melontarkan pula pandangannya ke luar tingkap yang sedang terbuka luas, direnungnya bintang-bintang yang bertaburan di angkasa, kemudian hatinya berkata.

“Apakah ini yang dinamakan kesusahan? Atau mungkin ada lagi orang yang lebih susah daripada aku. Memang selama ni aku tak pernah rasa susah, tapi aku yang sengaja cari susah.” Iman teringat kembali kisah silamnya semasa di Australia dia pernah berbelanja menggunakan kad kredit orang lain bersama teman-temannya walaupun hidupnya sebenarnya mewah, tidak susah. Tapi oleh kerana inginkan nama dan dipandang mulia oleh kawan-kawan, dia sanggup menganiaya orang lain dengan kelebihan yang dia ada. Dia telah memalsukan kad kredit orang lalu bebrbelanja dengan sesuk hati. Akibatnya orang itu telah menangung bebang hutang yang banyak.

“Aku pernah menyusahkan orang, aku harap inilah sebagai gantinya aku disusahkan Tuhan. Aku harap lepas ni kalau aku baik, aku akan jadi seorang yang ‘beretika’, tidak lagi seorang penggodam yang tidak mempunyai etika. Aku mesti kuat, hidup aku mesti diteruskan.., untuk menghapuskan dosa, seseorang itu akan diberikan ujian berbentuk kesusahan. Banyak yang aku belajar hari ini, macam-macam juga yang berlaku. Hari ini merupakan sejarah, aku kena gantung sekolah, Latifah dah tak suka aku, tapi.., sekurang-kurangnya aku dapat belajar ilmu kehidupan. Tapi, makin banyak aku belajar, makin banyak lagi yang aku tak tahu. Ada banyak lagi yang perlu aku pelajari… Benarlah ilmu itu luas. Hmm, tapi kini aku sudah tahu, apakah ilmu yang perlu dan apakah ilmu yang tak perlu. Eh, bukan.., apakah ilmu yang patut didahulukan dan apakah ilmu yang perlu ditangguhkan dahulu. Hmm, bagus betullah abang yang cuci kereta tu… Kini aku jelas, bagaimanakah cara untuk menuntut ilmu yang banyak dengan tersusun.” Iman memandang kembali kearah Mukhriz, kemudian dia pun cuba melelapkan mata.

No comments:

Post a Comment