Thursday, February 10, 2011

Pencari Cinta - 67

HARI PERTAMA


Iman duduk termenung mengenang nasib dirinya di dalam sebuah masjid. Sesekali air matanya mengalir. Dia mengenangkan kehidupannya semasa di Australia yang banyak membuang masa dan banyak membuat kesilapan dan kesalahan. Dia mengaitkan semuanya dengan dosa lantas air matanya mengalir lagi. Dia asyik terkenangkan kata-kata Mukhriz siang tadi.

“Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan, dosa tetap dosa, dosa tetap dianggap derhaka, dosa sekalipun kecil kalau Allah tak ampunkan tetap neraka.” Iman menekup mukanya. Kata-kata ini sering bermain-main di gegendang telinganya. Iman pun menekup muka, hatinya berkata… “Aku banyak menghabiskan masa dengan angan-angan, ilmu aku banyak aku tak manfaatkan tapi aku gunakan untuk perkara-perkara yang tak sepatutnya dan merosakkan. Aku harap inilah masa dan ruang untuk aku memperbaiki segalanya dengan bertaubat. Selama ni aku sedih kerana seorang perempuan atau perkara yang tak sepatutnya.., tapi hari ini aku belajar sesuatu..,” Iman kembali menangis. “sepatutnya aku menangis kerana dosa, akau banyak buang masa, maafkan aku Tuhan.” Azan pun berkumandang menandakan waktu Isya’ sudah pun masuk.

Selesai waktu sembahyang. Mukhriz dan Iman berjalan balik. Suasana malam kelihatan cantik dengan pemandangan bandar yang dipenuhi cahaya lampu-lampu bangunan dari jauh. Mereka berjalan dikaki lima sebuah taman yang cantik menyusuri sebatang sungai. Hari ini adalah hari pertama Iman bermalam bersama Mukhriz. Dalam perjalanan mereka berbual.

“Bang, ceritalah macamana abang boleh berubah?” Mukhriz agak terkejut dengan soalan itu kerana dia rasa soalan itu adalah satu soalan yang berat. Tapi tidak lama kemudian dia pun jawab.

“Ada satu malam tu.., Tuhan timpakan abang dengan bermacam-macam ujian hingga abang dah tak sanggup untuk hidup dengan dunia abang yang lama. Masa tu hujan, abang menjerit dalam hujan minta tolong dengan Tuhan. Tiba-tiba ada kilat menyambar.”

“Sambar abang ke?”

“Tak.., kilat tu terpancar ke langit, tapi dari cahaya kilat itulah abang nampak sebuah kubah masjid. Kemudian abang apa lagi.., abang teruslah ke masjid itu.”

“Lepas tu bang?”

“Sampai kat masjid barulah abang sedar apa maksud Tuhan sebenarnya. Jadi mulai hari tu abang bertekad untuk tidak meninggalkan masjid itu hinggalah abang benar-benar berubah.”

“Habis tu abang tinggallah dalam masjid tu tak keluar langsung?”

“Hmm…”

“Eh, macamana abang makan, minum semua?”

“Hmm.., makan, minum, pakaian, duit semualah kan? Abang pun tak tahu nak cakap.., Cuma yang abang boleh cakap nak jadi baik ni memang ujiannya lain sikit. Tapi kalau kita betul-betul nak, Insyaallah Tuhan bantu.”

“Masa tinggal masjid tu mesti macam-macam yang jadi kan bang?”

“Macam-macam Man.., macam-macam…” Mukhriz tersengih, dia terkenang kembali saat dia berada di masjid.

“Saya pernah dengar Pak Su bercerita tentang abang masa waktu kami makan malam. Kira selalu jugalah Pak Su cerita tentang abang ni.., tapi yang saya ingat sangat Pak Su kata abang ni masuk hospital kena paru-paru berair… Betul ke bang?” Sekali Mukhriz tersengih. Kemudian dia mengangguk.

“Masa tu abang dah sakit tenat. Tiba-tiba Pak Su datang, tak lama kemudian abang pun jatuh pengsan. Sedar-sedar abang dah ada kat hospital. Doktor kata nasib baik abang cepat sikit.., kalau tidak…”

“Lepas tu bang?”

“Lepas tu Pak Su ambil abang kerja sampai hari ni.”

“Ha.., awak pula?” Kini giliran Iman pula bercerita.

“Saya sebenarnya masa kat Australia suka main computer, kami ada satu kumpulan, kmpulan kami sring berhubung dengan kumpulan-kumpulan yang lain melalui computer.”

“Tapia pa salahnya main computer?”

“Tapi cara kami ni salah bang? Golongan macam kami ni di panggil ‘Hacker’.”

“Apa yang kamu buat?”

“Macam-macam, ada buat ‘virus’, kemudian dia buat pla ‘anti virus’nya.”

“Ish, abang tak fahamlah…”

“O.klah taka pa, saya pendekkan cerita. Satu hari tu saya tipu saya punya keputusan periksa dan kedatangan sekolah. Selalunya saya tipu juga, tapi hari tu mak saya boleh dapat tahu pula.”

“Selalu ke awak ponteng sekolah?”

“Selalu juga.”

“Lepas tu?”

“Mak saya pun marahlah… Dia suruh saya pergi ke Malaysia beljar dengan pakcik saya. Mula-mula saya taknak.., entah macamana satu malam tu saya bermimpi… Mimpi tu terlalu dahsyat, sebab tu lah saya datang Malaysia.”

“Mimpi pasal apa Man?”

“Pasal alam kubur bang.”

Sedar tak sedar mereka sudah pun sampai dekat bangunan asrama mereka. Perjalanan mereka mengambil masa lebih kurang lima belas minit. Inilah pengalaman Iman pertama di tempat baru. Dia seolah masih lagi agak kekok, namun dicuba juga untuk membiasakan dirinya. Di bawah kelihatan deretan gerai makan yang penuh dengan orang ramai menarik perhatian Iman.

“Hai Man, nak makan ke?”

“Eh, boleh juga bang… Nampak macam sedap je…”

“Hmm.., o.k, tapi kita naik atas tukar baju dulu, duit abang pun kat atas ni…”

“Eh, abang nak belnja ke? Yes..!”

“Sudah geharu cendana pula…” Iman teringatkan peribahasa itu pernah digunakan dengan makciknya.

“Oh, abang ada peribahasa ya.., saya pun ada.”

“Ha, apa dia?”

“Sekilas ikan dia air, err.., aku pun tahu jantan dan betina…” Mukhriz tergelak spontan sambil menaiki tangga, mereka hampir sampai ke depan pintu,

“Awak ni kelakarlah Man.., bukan macam tu…”

“Habis macamana?”

“Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan atau betinanya… Dah ‘meh’ kunci.”

“Oh.., mana saya tahu. Eh, mana pula kunci ni? Ya Allah.., bang saya tertinggal kat bilik air masjid. Aduh.., biar saya pergi mbil sekrang.”

“E’e’eh.., jangan, tak payah. Lagipun sekarang ni Masjid dah kunci.”

“Habis macamana kita nak masuk bang, mangga ni kuat ni, gergaji pun tak boleh, ketuk pun tak boleh.”

“La.., buat apa nak buat tu semua…” Mukhriz pun berjalan ke rumah sebelah.

“Habis kita nak buat apa bang?” Iman lihat Mukhriz mengetuk pintu bilik sebelah, dia meminjam pemetik api dari pakcik Indonesia yang bekerja sama tempat dengannya.

Kemudian Mukhriz mematahkan sebatang penyangkut baju, dia mengambil penyangkut baju yang telah dipatahkan hujung-hujungnya hingga menjadi satu batang yng lurus kemudian di bakarnya. Penyangkut baju itupun mencair. Tidk berapa lama kemudian dia pun memulas penyngkut baju itu dan mangga pun terbuka.

“Alhamdulillah… Ingat ilmu ni hanya untuk kegunaan sahaja, jangan di salah guna. Tapi sayang.., nampaknya kita kena tukar kunci baru, atau kalau nak jimat kita kena buat kerja sikit.

“Bang.., saya minta maaf ya…”

“Alah biasalah Man.., dah jom cepat abang pun dah lapar dah ni.”

Malam itu disebuah kawasan perkampungan ada sekumpulan anak muda yang sibuk berlatih ilmu persilatan disebuah rumah milik Pak Tua. Tapi Razif dan beberapa bersama beberapa budak kecil yang lain pula sibuk belajar mengaji, membetulkan bacaan dan dipandu sendiri oleh Pak Tua. Kumpulan anak muda yang sedang berlatih silat dikendalikn oleh beberapa orang pemuda, manakala kumpulan budak-budak kecil yang sedang mengaji di kendalikan oleh Pak Tua. Mukhriz adalah orang paling tua dikalangan budak-budak itu. Mkhriz kelihatan menunduk, macam ada sesuatu yang membuatnya berasa takut.

Dia adalah orang yang terakhir mengaji. Pak Tua kelihatan tenang, manakala dahi Razif sudah dibasahi peluh. Akhirnya Razif juga berjaya membaca dengan sempurna.

“Baiklah anak-anak Alhamdulillah… Malam ni kita sudah pun habis juzu’ yang ke dua puluh besok kita akan masuk ke juzu’ yang baru. Baiklah kita baca doa penutup kemudian semua boleh pulang.., tapi Ajip tinggal, jangan pergi mana-mana.” Mereka pun membaca doa seperti biasa. Namun Razif semakin gementar. Saat yang paling mendebarkan hampir tiba. Mungkin keputusan hukumannya akan keluar malam ini walaupun datuknya kata keputusannya lagi tiga hari, namun rasa hatinya kuat seperti mengatakan akan berlaku sesuatu malam ini.

Seorang demi seorang rakan sepengajiannya bersalaman dengan Pak Tua kemudian pergi meninggalkannya. Mereka memang tak tahu apa yang sedang berlaku. Bunyi orang berlatih pencak semakin jelas kedengaran. Akhirnya tinggallah Razif seorang bersama Pak Tua diatas serambi hadapan rumahnya.

“Atuk telah mendapat satu alamat baru.., jadi keputusan akan keluar malam ni… Sebelum itu, mungkin Ajip ada sesuatu yang Ajip nak cakap atau sampaikan..?” Badan Razif semakin menggeletar. Peluhnya semakin banyak keluar. Lidahnya seperti berat untuk bercakap, namun dalam keadaan terketar-ketar itu di cuba juga untuk bersuara.

“Ajip minta ampun tok… Ajip janji, Ajip tak nak buat lagi…” Pak Tua tersenyum mendengar janji cucunya.

“Lagi Jip..?” Razif cuba lagi bercakap walau dalam kedaan terketar-ketar.

“Ada orang.., namanya Encik Sulaiman, dia kirim slam tok.., dia ucapkan terima kasih, dia kata dia ada hutang dengan atok.” Akhirnya berjaya juga Razif menyampaikan amanat Pak Su kepada Pak Tua.

“Hmm, atok juga mendapat alamat yang sama. Bersyukurlah Jip, Ajip terlepas dari hukuman.”

“Kenapa tok?” Razif seolah tak percaya.

“Sebab awak tak bersalah. Awak telah melakukan sesuatu yang mulia. Mana boleh Atok hokum Ajip…” Air mata ketakutan Razif kini bertukar menjadi deraian air mata lega.

“Oleh itu, Atok akan menurunkan Ajip satu ilmu baru.”

“Alhamdulillah.., terima kasih Tok. Ilmu apa Tok?”

“Apakah Ajip sudah hafal semua ayat-ayat yang pernah Atok berikan dulu?”

“Sudah Tok…”

“Bagus. Ajip masih ada wudhuk?”

“Ada Tok.”

“Bagus… Sekarang ni Ajip pergi masuk hutan, pergi ke air terjun kemudian mula berwirid disitu.”

“Hah?!” Razif seperti melompat terkejut dengan ilmu baru yang bakal diterimanya. Tapi Pak Tua tetap tenang dan tersenyum.

“Ingat baca kena ikut urutan macam yang Atok ajarkan dan mesti dalam keadaan berwudhuk. Hmm.., pergi sekarang.” Kini Razif berhadapan dengan satu masaalah dan cabaran baru. Rupanya kelegaannya mempunyai nilai harga yang agak tinggi namun ada satu ilmu baru sebagai imbuhannya. Sambil berjalan Razif bercakap seorang diri.

“Aku mesti cuba, aku tak boleh takut, aku mesti cuba, aku tak boleh takut..,” Kini hutan tebal berada dihadapannya. Langkah kakinya terasa semakin berat dan lambat, namun tetap digagahinya jua. Beberapa orang yang sedang berlatih berhenti berlatih kerana terperasankan Razif yang sedang berjalan masuk kedalam hutan seorang diri.

“Hoi, Jip! Kau nak kemana tu?” Namun Razif tidak menoleh, fokusnya tetap ke depan, dia mesti masuk hutan.

No comments:

Post a Comment