Wednesday, February 9, 2011

Pencari cinta - 66

RANCANG

“Eh, kau ni betul ke nak selesaikan si Dino tu, ke.., kau saja gurau?”

“Kenapa pula kau ingat aku main-main?”

“Eh, takkanlah…”

“Aku rasa dah tiba masanya dia mesti belajar sesuatu.”

“Kau nak buat macamana?”

“Aku pun tak tahu lagi.”

“Eh, kau ni biar betul. Apa maksud kau?”

“Sebab masanya belum tiba. Nanti bila masanya dah tiba aku nak kau tolong boleh?”

“Eh, tak naklah aku… Saya takut darah.”

“Kau jangan takut.., sebab kau bukan derma darah. Insyaallah aku akan pastikan setitis darah kau pun tak akan tumpah.”

“Ish, tak lojiklah… Mana boleh kita tumpaskan dia, dia tu kuat.”

“Sekarang ni kita mesti ada jiwa.”

“Maksud kau?”

“Kau sendiri kata kau benci dengan apa yang dia lakukan, sebab dia menzalimi ramai orang… Kalau setakat cakap je.., tapi tak buat, budak ‘rap’ lagi pandai cakap dari kau.”

“Oh.., o.k, o.k.., sekarang ni baru aku faham. Untuk itu aku kena satu jiwa yang kuat. Hmm, o.k… Tapi buat masa sekarang masanya belum sampaikan?”

“Kenapa?”

“Sebab aku nak siapkan jiwa aku dulu.”

“Kau ni memang penakutlah…”

“Bukan penakut, aku sayang diri aku. Aku mesti jaga dia supaya tidak disakiti, apalah kau ni.”

“Hmm, bagus… Kau dah besar sekarang.”

“Eleh.., ‘blah lah’ kau.”

“Eh, tapi kesian Iman kan…”

“Iman seorang budak yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Kita kena tebus dan berbuat sesuatu untuk dia dalam masa yang sama juga aku akan bungkus mereka semua sekaligus.”

“Yelah tu… Bunyi macam budak ‘rap’ je. Setakat cakap aku pun boleh.., buat tengok…” Razif tersenyum, dia tahu Salim kenakan dia balik. Beberapa orang budak perempuan sampai tapi Latifah tidak kelihatan.

“Eh, Latifah mana?” Salim bertanya.

“Entah, tadi masa kami sembahyang dia pergi jumpa Dino.”

“Eh, lamanya..?”

“Ha, tu dia datang.” Dari jauh mereka lihat Latifah jalan berlenggang sambil tersenyum bagaikan orang yang dilamun cinta. Mereka semua memandang hingga dia duduk.

“Eh, kenapa awak semua tengok saya macam tu?” Latifah hairan semua orang merenungnya.

“Ni, tengok jam dah pukul berapa?” Salim seakan marah.

“Eh, ‘sorry’lah saya lewat… O.k jom kita mula.” Kawan-kawannya yang lain tersengih-sengih melihat Latifah seperti orang yang dilamun cinta.

Semua membuka buku masing-masing, kelas pun bermula. Salim agak bengang melihat Latifah yang sering tersengih-sengih sendirian. Razif pula hanya buat-buat tak nampak. Kelas petang itu pun berakhir. Razif dan Salim dengan haluan masing-masing manakala Latifah dan kawan-kawannya berjalan sambil berbual.

“Eh, Ifa.., lamanya awak jumpa Dino, apa yang awak bualkan?”

“Ye lah Ifa.., dari tadi kami tengok awak tersengih je sorang-sorang.., macam kerang busuk.” Mereka semua gelakkan Latifah beramai-ramai.

“Tak ada apa-apalah… Biasa-biasa je…”

“Mana boleh biasa-biasa.., mesti ada yang luar biasa.”

“Ya lah.., kalau tak takkan lah sampai bawa ke petang senyum tadi?”

“Entah Ifa, kalau ya pun kongsilah dengan kami.”

“Saya pun tak fahamlah Dino ni…”

“Mula-mula kami cerita pasal pelajaran, lepas tu dia tukar topic pula…”

“Hai.., topic apa pulak tu.., ceritalah kat kami.”

“Pasal perhubunganlah, perasaanlah.., entah saya pun tak faham sangat.”

“Habis tu yang awak tersengih tu kenapa?”

“Awak tahu tak dia cakap apa?”

“Ha.., ceritalah Ifa, mestilah kami nak tahu.”

“Dia banyak memuji saya…”

“Dia cakap awak cantikkan..?”

“Eh, mana ada…” Wajah Latifah yang putih berubah kemerahan.

“Eleh.., ye lah tu…” Mereka semua berkata serentak. Wajah Latifah bertambah merah kerana tembelangnya sudah diketahui.

No comments:

Post a Comment