Wednesday, February 9, 2011

Kasihku Untukmu -9

Di pejabat Teguh Holdings Sdn Bhd……..
“Good morning cik Sarah” sapa Tini, pembantu peribadinya yang bertubuh langsing, graduan dari Lim Kok Wing University.
“Good morning.. Tini.. bawakan saya dokumen project di Bukit Beruntung.”
“Baik. Any tea or hot chocolate for you, cik Sarah?”
“No, thanks. Saya dah ambil breakfast tadi.” Balasnya tersenyum.
“Oh ya, cik Sarah. Encik Azwan dari Syarikat Senibina call tadi.Tapi dia tidak tinggalkan any pesanan. Dia akan call semula”
“ Encik Azwan?hmm. ok”

Sarah Saffya terus meluru masuk ke officenya. Berlatarkan warna-warna lembut yang digabungkan besertakan perabot kaca menghiasi officenya itu. Dia melihat potret keluarganya di atas meja. Gambar itu di ambil sebelum dia berangkat ke UK, lima tahun yang lepas. Dia merupakan graduan Business Studies dari University of Surrey Roehampton yang terletak lebih kurang 8 kilometer dari Kota London. Dia masih ingat lagi kenangan itu. Kenangan bagaimana dia mengambil keputusan untuk pergi ke London walaupun pada permulaannya dia menentang keras keputusan ibubapanya yang inginkan dia belajar di sana. Dan kenangan itu juga sukar untuk dilupakan walaupun ia telah lama berlalu.
“Cik Sarah!”
Lamunannya terhenti. Diletakkan semula potret di atas meja.
“Yes, Tini.”
“Are you ok, cik Sarah?”
“Yeah, I’m fine.” Tersenyum Sarah Saffya. Bagaimana pula dia tidak sedar kehadiran Tini fikirnya.
“Kalau begitu, saya keluar dulu.”
Sarah Saffya terus meneliti dokumen project terbaru Bukit Beruntung. Telefonnya berdering.
“Sarah..Can I see u now.”
“Sure.”
Pantas dia menuju ke bilik Pengarah Urusan Dato’ Mansor Abdullah.
“Good morning Dad!”
“Good morning lovely” tersenyum Dato’ Mansor melihat anaknya.
“Anything? Mesti pasal project terbaru tu kan?”
“Yes. What do you think? Have you checked?”
“Sarah sedang meneliti dokumen perancangan tu.”
“Sarah, Sarah saja harapan Daddy. Jangan pergi jauh lagi. Abang Sarah pun tidak berminat dengan business ni.” Dato’ Mansor bersuara.
“Dad.. jangan risau. Abang Im akan pulang juga nanti.”
Mereka terdiam seketika. Sarah Saffya merenung wajah tua Dato’ Mansor. Wajah seorang bapa yang penyayang. Dia mula memikirkan tentang abangnya Saiful Imran. Sudah lama benar abangnya itu hilang, pergi entah kemana.Dia juga amat merindui abangnya itu. Satu-satunya abang yang dia miliki. Segala-galanya bermula apabila……

“Sarah… Happy 19th Birthday Sayang!!Abang sayangkan Sarah”Imran memeluk Sarah Saffya.
“Abang…. Tq.. Where is my present?.”
“Ehh, kan abang dah datang jauh-jauh ni. Abang ni present Sarah la”
“Alaaaaa. Tak nak la.. nak jugak..jugak. Present nye?”Sarah merengek manja.
“Ni ha!!!” Imran mengeluarkan hadiah yang dibawanya bersama.
“Lisa mana, abang?”
“Don’t ask, sayang”Imran kelihatan sedih.
“Huh!” lantas ditariknya lengan Imran.
“Abang…. Tell me, will you?”
“Kami dah break-off”
“What!! Alasannya?”
“Sarah..please…. jgn peningkan abang lagi.”
“Abang.. Sarah nak abang happy. Sarah tak suka lihat abang macam ni.”
“Jom kita masuk ke dalam, sejuk kat luar ni. Next week, abang akan ke Australia.”
“for?”
“ada keje sikit” Imran merenung wajah adiknya dengan perasaan sedih.
“Are you hiding something from me?” Sarah merenung jauh ke dalam mata Imran mencari jawapan.
“Sarah.. Abang ada hal. Sarah masuk ke dalam. I will call you later.” Cepat-cepat Imran mencari helah dan terus berlalu pergi.
Sarah Saffya hanya merenung jauh melihat abangnya pergi di malam itu. Dia tidak mampu membaca apa yang tersirat di minda abangnya diketika itu. Dia tahu abangnya menyembunyikan sesuatu darinya.

No comments:

Post a Comment