Saturday, February 19, 2011

Kasihku Untukmu - 16

Di office Teguh Holdings Sdn Bhd, Sarah Saffya melangkah menuju ke pejabatnya. Senyuman manis dari Tini, pembantu peribadinya.”Good morning Cik Sarah. Cantik hari ini. Hows your holiday?”
“Well, so far so good.” Sarah Saffya tersenyum.
“Oh Ya, cik Sarah, ada bungkusan untuk cik Sarah. Saya dah letakkan di dalam.”
“Thanks Tini. Hot chocolate please. Dah lama tak rasa hot chocolate buatan Tini ni.”
Pinta Sarah Saffya.

Satu bungkusan empat segi yang tidak berapa besar berada di atas mejanya. Dia membuka bungkusan tersebut. Di dalam kotak itu dilihatnya sepasang patung wanita Jepun dengan pakaian kimono. Didalamnya juga terdapat sekeping surat.Dibukanya sampul surat tersebut lalu dibacanya.........

Assalamualaikum,

Salam teristimewa buat teman yang sentiasa mengisi hari-hariku dengan penuh ceria di suatu ketika dulu. Mudah-mudahan sentiasa bahagia dan berada lindungan rahmatNya.

Sarah Saffya yang kurindui,
Kota London telah mempertemukan kita dan di sini jua kita terpisah, terpisah jauh di antara dua benua. Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana diberikan peluang keemasan ini untuk melawat negara yang menjadi kebanggaanmu itu iaitu dibumi Sakura. Mungkin kau akan berfikir siapakah temanmu ini? Aku sekarang dibumi Sakura. Terlalu banyak cerita tentang bumi Sakura meniti bicaramu membuatkan aku ingin benar melihat sejauh mana kebenarannya. Setelah hampir setahun menjelajah bumi ini, aku sendiri sudah jatuh cinta. Jatuh cinta pada keindahan dan keunikan negara ini dan masyarakatnya. Jika ada kesempatan, aku pasti ke sini lagi.

Sarah Saffya,
Kau sudah banyak berubah, temanku. Tutur bicaramu sudah nampak bezanya. Kau semakin matang, makin dewasa. Walaupun kita jarang berbicara dalam berjauhan begini, ku ingin sekali bertentang mata denganmu. Rasa kembali semula ke zaman University dahulu. Dalam ketawa raut wajahmu menyimpan secebis duka. Duka yang kau tidak pernah kongsi denganku. Kau memang pandai berahsia denganku.. dengan semua orang. Kau terlalu istimewa dengan caramu.Terlalu unik sifat peribadimu itulah yang membuatkan dirimu terlalu istimewa di mataku.

Sarah Saffya
Pasti kau ingat lagi kata-kata aku sewaktu kita berada di Kota London. Bagaimana jika ditakdirkan suatu hari salah seorang antara kita punya perasaan lebih daripada seorang teman, kawan dan sahabat. Kau masih diam membisu?.Ia membuatkan hatiku resah. Mungkin kau fikir aku bergurau. Ketahuilah aku sebenarnya cukup serius waktu itu. Aku harap kau mengerti segala yang tersimpan dihati ini.

Aku hadiahkan sepasang patung wanita Jepun yang cantik berkimono sebagai tanda persahabatan kita. Ketahuilah olehmu, aku masih seperti dahulu.Hanya satu pintaku, aku ingin berjumpa dengamu, Sarah Saffya.

Akhir kata, sambutlah salam rindu seorang teman. Moga-moga perhubungan kita sentiasa diberkati OlehNya.

Akukah dihatimu,
Seorang Teman

Surat itu dilipatnya semula. Patung wanita Jepun itu diismpannya semula di dalam kotak bersama surat tersebut. Banyak persoalan yang timbul di fikirannya.
Pintu pejabatnya dibuka, Tini datang bersama dulang berisi hot chocolate.
“Are you ok, cik Sarah?”
Sarah diam membisu.
“Cik Sarah…….”
“Yeah… letakkan saja disitu. you may go now.”
“Airnya saya letakkan disini yer.” Tini meletakkan air yang dipesan oleh Sarah di atas mejanya.
Fikiran Sarah masih tertumpu kepada pengirim bungkusan tersebut.

No comments:

Post a Comment