Saturday, February 12, 2011

Kasihku Untukmu - 12

Mereka tiba di Venice tepat pukul 12.30 tengahari. Mereka telah memilih untuk menetap di Gritti Palace yang letaknya di daerah San Marco pada cuti Semester kali ini. Hotel ini letaknya betul-betul berhadapan dengan Grand Canal. Memang tidak nafikan hotel ini cantik. Bilik yang mereka sewa juga telah dihias cantik.
Berjalan-jalan di daerah San Marco amat meletihkan. Pada hari seterusnya mereka menjelajah ke sekitar Dorsoduro, San Polo, Cannaregio dan Castello. Sememangnya lima hari langsung tidak mencukupi untuk mereka menjelajah ke setiap ceruk di Venice. Terasa riang di hati Sarah. Segala masalah di hati hilang sebentar.
Venice merupakan sebuah kota yang cantik dan romantik. Memang kota ini lebih menarik dari kota Paris.

Perjalanan mereka merentasi Eropah berakhir di kota Amsterdam sebelum mereka bertolak untuk pulang ke London. Di London, mereka telah menghabiskan sisa-sisa masa musim cuti sekolah mereka di Brompton Square.
“Ehh, Sarah…. Abang,..Sarah datang ni..” Nenek Su riuh memanggil suaminya.
Tangan Nenek Su disalamnya lantas dipeluknya orang tua itu dengan erat. Tok Ayah juga keluar dengan tersenyum.
“Sarah, apa khabar nak?”
“Sihat Tok Ayah. Tok Ayah dan nenek Su sihat?” Sarah bersalaman dengan Tok Ayah.
“Hampir tak percaya nek Su. Sarah dah bertudung sekarang ni yer? Manis sekali.” Nenek Su memeluk Sarah Saffya.
“Sudah..sudah. bawa masuk Sarah ni. Kamu berdua nak sembang di luar ni saje ke?”
“Ehh, lupe pulak saya, Abang! Jom Sarah, masuk. Dah lama nek Su tak jumpa Sarah. Rindu bebenar.” Air mata nek Su mula tergenang. Dipeluk diciumnya Sarah berulang kali.
“Sudah lah tu. Sarah..nenek Su kau ni macam ni la. Tak habis-habis.”
“Tak ape Tok Ayah. Sarah yang salah. Dah lama tak datang jenguk Nenek Su dan Tok Ayah ni. Nek Su, maafkan Sarah.” Ucap Sarah sambil memegang tangan Nenek Su.
Mereka berbual-bual di ruang tamu rumah Tok Ayah yang kelihatan kemas dan bersih. Rumah Tok Ayah memang kelihatan cantik dan kemas. Tidak hairanlah rumah Tok Ayah selalu menjadi rumah tercantik di kampung itu.
“Bang..cepatlah ke kolam. Saya nak masak lauk kegemaran cucu kita ni. Sarah.. sarah pergi tukar baju dulu.”
“Tok Ayah, Sarah nak ikut. Dah lama tak rasa air sejuk sungai kat tepi Dusun Tok Ayah tu. Nek Su, jomlah sekali.”
“Nek Su pun perlu pergi ke, Sarah?”
“Mesti.. jomla..nek Su..jomla.” pinta Sarah lagi.
“Yelah..yelah..”

No comments:

Post a Comment