Friday, February 11, 2011

Kasihku Untukmu - 11

Pintu bilik ditutup kuat. Sarah bengang dengan kejadian yang berlaku. Tanpa disedarinya, Joe atau Juhana sanggup berfikiran begitu. “Apa tidak mampukah aku untuk bercinta dengan insan yang bergelar lelaki?” bisik hatinya lagi. Keakraban Sarah dan Joe telah di salah-ertikan oleh Joe. Kenapa ini semua terjadi. Dia mula berfikir, selama pengenalan mereka berdua, ramai yang selalu mengusik dia kerana bersama Joe tapi tidak diendahkannya kerana fikirnya mereka hanyalah bergurau. Tapi kali ini, Joe sendiri yang mengaku yang dia cintakan Sarah. Ini tidak akan berlaku. Dia tidak pernah cintakan rakan sejenisnya. Hampir kiamatkah dunia ini fikirnya..Sarah mula memikirkan bagaimana caranya untuk berjauhan dari Juhana Dato’ Hamdan. Cepat-cepat dia menelefon Serina, sahabatnya itu.
“Hello, Serina, I need to see you now.”

Sarah dan Serina berjalan ke arah Sungai Thames yang letaknya betul-betul di hadapan Galeri Tate. Mereka berjalan menyusur sungai tersebut sehinggalah mereka tiba ke Jambatan Westminster. Sarah memulakan bicaranya “ Serina, Sarah ada something nak di cakapkan.”
“I dah agak. Bunyinya seperti serius.”
“Joe.. Juhana tu.” Sarah memulakannya.
“Kenapa dengan budak pengkid tu?”
“Joe…. Dia sukakan Sarah.” Tunduk Sarah Saffya.
“ Suka?? Suka bagaimana?”
“Joe cakap dia cintakan Sarah? Can you believe it? Sarah tak suka dia buat macam tu.”
“What! Ape dia dah gila?” pekik Serina.
Orang ramai yang lalu lalang si station Westminster tidak mempedulikan mereka berdua.
“So, kau nak buat ape ni Sarah?” Tanya Serina lagi.
“Melarikan diri untuk sementara waktu.”
“Tak ape. Sekarang kan cuti sem. Kau ikut aku je.”

No comments:

Post a Comment