Thursday, February 10, 2011

Kasihku Untukmu - 10

Sejuk dingin masih terasa hingga ke tulang. Dia menarik blanket. Dia cuba melelapkan matanya namun gagal. Hadiah pemberian Imran dicapainya, terlalu sayang Sarah Saffya kepada Imran. Di peluknya music box itu. Hasil yang classic menunjukkan sepasang rama-rama crystal berterbangan. Sudah hampir tiga tahun, Sarah Saffya di Roehampton. Setiap cutinya dihabiskan dengan melancong ke semua Negara. Dia gemar melancong bersama Serina, budak tajaan MARA. Dia masih ingat lagi bagaimana dia bertemu dengan Serina, gadis Melaka di Malaysia Hall, Bryanston Square, London. Sahabatnya itu sangat peramah, Serina yang mula bercakap dengannya.
“Hi, Serina from Malaysia.”
“Sarah Saffya, Kuala Lumpur, Malaysia.”
“Huh, Serina dari Melaka.” Tersenyum manis.
“Nice meeting you, Serina.” Balas Sarah Saffya lagi.
Mereka berjalan seiringan sambil berkenalan dengan rakan-rakan baru yang lain.

“Sarah!!Sarah!!! Satu ketukan yang kuat dari luar pintu biliknya.
Pintu bilik dibuka. “Ape hal ni?”
“Joe .. Joe kemalangan, Sarah.” Terketar-ketar Emilia bersuara.
“What! Dimana dia?”
“Kat Hospital. Jom cepat.”
“Sarah salin baju dulu.” Fikirannya buntu.
Tibanya Sarah bersama Emilia di hospital, dia melihat beberapa pelajar berada disitu. Kelihatan Susan, Daniel, Tommy turut berada di situ.
Sarah menghampiri Joe, tangan dan kepala Joe berbalut, mukanya lebam-lebam. Joe memejamkan matanya. Direnungnya wajah Joe.
“Joe, are you ok?” Perlahan-lahan suaranya berucap.
“Dia belum sedarkan diri lagi, Sarah.” Satu suara kedengaran dari arah belakangnya.
“What happened?”
“Accident. Lepas berperang dengan kau, Sarah. Joe keluar rumah dan memandu dengan laju.”
Sarah terdiam. Rasa bersalah menyelubungi jiwanya. “Akukah yang bersalah?” fikirnya.
“Joe, I’m sorry. Jika Sarah bersalah, maafkan Sarah. Please…. Sedarlah..” air mata Sarah mulai gugur satu persatu.
Semua terdiam membisu. Akhirnya tangan Joe bergerak-gerak perlahan.
“Sarah…..Sarah..” suara Joe kedengaran perlahan.
“Joe! Joe!.. “
“Sarah……… APRIL FOOL!!!” satu kejutan buat Sarah Saffya.
Sarah bingkas bangun dengan perasaan marah. “What! Sampai hati korang buat begini pada Sarah” Dia menangis sambil berlari keluar dari hospital. Joe memanggilnya berkali-kali namun tidak di hiraukannya. Hatinya membakar memikirkan permainan Joe dan rakan-rakannya. Kereta yang dipandu Sarah bergerak pantas membelah suasana sedih itu. Di hatinya, perasaan sedih dan marah bercampur. “I hate you Joe!!” Sarah Saffya menjerit keseorangan. Air matanya gugur lagi.

Semenjak hari itu, Sarah Saffya keseorangan. Dia mula menjauhkan dirinya dari kawan-kawannya yang lain terutamanya Joe. Peperangan di antara Joe dan Sarah Saffya bermula apabila Joe meluahkan isi hatinya kepada Sarah Saffya.
Ketika di Library, “Sarah, Can I talk to you.” Bisik Joe ketika mereka mengulangkaji di library. Joe mula berkenalan dengan Sarah Saffya apabila mereka memasuki kelas drama. Dan Joe banyak membantu Sarah Saffya dari segi pemahaman dan hafalan dialog. Semenjak hari itu mereka kelihatan selalu bersama. Dimana adanya Sarah Saffya, disitulah Joe.
“Sarah… today nampak lovely.” Bicaranya.
“Come-on Joe, tak kanlah ajak Sarah kesini sebab nak cakap Sarah lovely?” ketawa Sarah manja.
“Joe nak cakap ni.. but risau kalau-kalau Sarah naik angin ke pape ke?”
“Ape ni Joe, Sarah nak naik angin apsal?”
“Sarah… kita dah lama kenal kan?”
“Yeah. Dah kenal lama… Kenape? Pasal assignment tu ke? Kita bincang nanti.”
“No.. not that assignment.. Joe sukakan Sarah.”
Sarah tersenyum lagi “Of coz, I like you too, my friend.” Balas Sarah lagi.
“Friend? If let say.. Joe cakap Joe sukakan Sarah lebih dari seorang kawan, bagaimana?”
“Joe.. jangan memain, please. Sarah tak pernah fikir begitu.You are my close friend, remember?”
“I’m serious Sarah. Joe sukakan Sarah. I Love you Sarah.Sarah tak nampakkah api cinta ini yang sedang membara?” Balas Joe sambil jarinya menyentuh pipi Sarah Saffya.
Satu penampar hinggap dipipi Joe. “Joe, jangan merepek. Sarah ni perempuan. Dan jangan Joe lupe siapa diri Joe. Juhana Dato’ Hamdan.” Marah Sarah Saffya.
Sarah berlari berlalu pergi. Ditinggalkannya Joe keseorangan disitu.
“Sarah, Joe akan dapatkan Sarah juga, walau dengan apa sekalipun.” Jerit Joe.
Jeritan Joe tidak diendahkannya dan Sarah terus berlari meninggalkannya disitu.

No comments:

Post a Comment