Saturday, January 29, 2011

Pencari Cinta - 65

BELAJAR

“O.klah bang, abang tunggu bawah biar saya je yang naik ambil barang-barang.”

“Jangan lama sangat tau.., kalau lama sangat.., abang tinggal awak.”

“Eh, bang janganlah macam tu…”

“Ha, takut… Dah pergi cepat.” Iman berlari naik ke atas.

“Assalamua’laikum..?”

“Wa’laikummussalam, masuk Man.” Iman masuk seperti diarah.

Dia lihat Mak Su sedang duduk di kerusi sambil memegang tasbih. Di atas meja pula terdapat sebuah beg. Iman kenal beg itu, beg itu kepunyaannya dan Iman dapat mengagak isi kandung beg itu itu adalah barang keperluan dan baju-bajunya. Mak Su seperti sudah tahu.

“Mak Su, sebenarnya…”

“Mak Su dah tahu Man, Pak Su dah cerita semuanya.”

“Tapi…” Wajah Iman kelihatan muram.

“Iman.., kami tahu awak tak bersalah…”

“Eh, betul ke Mak Su?” Iman terus duduk di kerusi.

“Jangan risau, Pak Su dah cerita semuanya…”

“Tapi.., macamana Pak Su bole tahu?”

“Itu tak penting, sekarang ni awak kena ingat balik apa tujuan ibu awak hantar awak ke Malaysia.”

“Untuk belajar…”

“Ha, untuk belajar kan..? Jadi inilah masanya untuk awak menimba satu pengalaman baru, sebab ilmu melalui pengalaman adalah satu ilmu yang sangat berkesan kepada jiwa, inilah masanya awak belajar tentang ilmu kehidupan. Mak Su yakin, ilmu-ilmu yang kat sekolah tu awak boleh hafal dan pelajarinya dalam masa yang singkat, tapi ilmu kehidupan ni tak ada dalam agenda sekolah. Oleh itu bersangka baiklah dengan setiap kejadian dan musibah yang Tuhan timpakan ke atas kita. Ingat, dunia ni sementara Man.., carilah bekalan untuk ke akhirat sebanyak-banyaknya. Jadikan dunia sebagai alat, bukan matlamat.” Iman mengalirkan air mata. Baru dia ingat kembali tujuan dia dihantar ke Malaysia. Wajah ibunya terbayang di dalam fikirannya. Perasaan rindu mula menggamit hatinya.

“Insyaallah Iman akan buat yang terbaik Mak Su.”

“Buatlah yang terbaik untuk diri kamu, keluarga, masyarakat dan Negara. Ingat, awak tu lelaki, lelaki adalah pemimpin bagi wanita.”

“Mak Su.., ilmu kepimpinan tu ilmu fardhu ain ke Mak Su?”

“Ilmu fardhu ain tu tujuannya untuk memimpin dan mendidik diri.” Iman mengangguk tanda faham. Dia pun mengesat air matanya. Kemudian wajah Latifah menjelma di fikirannya. Hatinya berdetik.

“Apakah semuanya akan berakhir di sini..?” Iman mengangkat beg dengan perasaan yang berat. Digalasnya beg itu kemudian dia pun bangkit dan mencium tangan mak Su. Sekali lagi air matanya berlinangan. Bermacam-macam bayangan menerpa ke fikirannya berbagai perasaan yang timbul. Dari hari pertama dia sampai ke rumah ini hinggalah sekarang dia keluar untuk belajar sesuatu yang baru. Bayangannya juga menerawang hingga ke alam sekolah dan yang wajah Latifahlah yang sering keluar melalui bayangannya. Kini dia terpaksa berpisah dan menghadapi satu alam suasana dunia yang baru. Dia menguatkan tekad hatinya.

“Mak Su…” Iman berkata lemah. Mak Su seolah faham perasaan hati anak saudaranya.

“Iman.., untuk menyuburkan cinta jarangkanlah bertemu , selalu bertemu itu mengurangkan cinta, akirnya nanti cinta menjadi lesu.” Iman tersenyum.

“Terima kasih Mak Su.” Sekali lagi bayangan Latifah menjelma.

“Iman, Pak Su pesan.., berfikirlah ia akan membuahkan ilmu, amalkanlah ilmu itu ia akan membuahkan hikmah, itulah yang dikatakan ilmu didalam ilmu. Kemudian adunkan ilmu itu dengan pengalaman, ilmu itu bertambah indah dan kuat, pemiliknya matang, pengutipnya tidak jemu-jemu. Ingat, ilmu yang bermanfaat ibarat kawan yang cerdik dan setia.” Iman mengangguk. Setiap patah perkataan yang terungkap memberi kekuatan dan semangat yang baru kepadanya.

Iman melangkah ke luar, Mak Su menemaninya hingga ke depan pintu. Kemudian Iman berjalan tanpa menoleh lagi ke belakang, air matanya yang masih mengalir di kesatnya. Semasa Iman melangkah pelbagai bayangan kenangan yang menjelma di fikiran Mak Su, dari hari pertama Iman sampai hinggalah ketika sekarang ini Iman melangkah. Kini tiada lagi gelak ketawa Iman, orang yang akan membantunya mengemas, orang yang bertanya soalan kerana orang itu sekarang sedang melangkah pergi. Mak su memerhati Iman hingga dia hilang dari pandangan. Perlahan-lahan air mata Mak Su juga mengalir.

Sementara itu Mukhriz yang berada didalam van juga sedang menangis. Dia menangis kerana terkenangkan kisah silamnya, dosa dan segala kesalahan yang telah dilakukannya sering bermain di fikirannya. Mukhriz tidak mampu untuk melupakannya, seriap kali dia teringakannya pasti dia akan menangis. Mukhriz lihat Iman datang dari jauh, cepat-cepat dia mengesat air matanya.

Iman masuk kedalam van, Mukhriz pun menhidupkan enjin van. Van pun bergerak perlahan.Kedua-duanya masih membisu kerana sedang menenangkan perasaan yang baru terluah. Tapi kedua-duanya seperti menyedari yang sama kerana ketaranya kemerahan mata mereka seperti orang yang baru menangis.

“Eh, dia menangis ke?” Kedua-duanya mempunyai soalan yang sama didalam hati.

“Kenapa menangis?” Kedua-duanya bertanya serentak. Kemudian kedua-duanya terdiam buat seketika. Suasana lucu pun berlaku. Kemudian kedua-duanya tersenyum. Mukhriz kelihatan tenang memandu van.

“Kenapa abang menangis.” Kali ini Iman memulakan soalan. Mukhriz tidak terus menjawab. Kemudian air matanya kembali berlinang.

“Abang tak macam Iman… Abang ni sebenarnya bukan orang baik.” Iman agak tercengang dengan pengakuan MUkhriz.

“Apa maksud abang? Iman tengok abanglah antara orang paling baik pernah saya jumpa.”

“Sebenarnya Man, kalau abang ingat balik kisah silam abang.., abang jadi terlalu sedih, kenapa aku tak macam orang lain. Abang nak jadi orang baik, yang tak buat salah, tak buat dosa.., tapi apakan daya.., abang memang tak boleh tak buat salah. Abang selalu kalah. Itulah yang membuatkan abang cukup sedih.”

“Apa yang abang dah buat masa dulu?” Satu soalan terpacul dari mulut Iman.

Semua kenangan silam kembali menerpa ke fikiran Mukhriz. Bayangan pistol, pisau, dadah, penjara dan bermacam-macam lagi bayangan silih berganti menerpa ke benak fikirannya. Air matanya kian laju mengalir.

“Macam-macam Man.., macam-macam. Iman jaga diri baik-baik, jangan sampai tersalah langkah. Jangan cuba-cuba satu benda yang kita dah tahu apa akibatnya. Kena pandai pilih kawan. Satu hari nanti kalau kita mati besok.., kita akan tinggal seorang, tidak ada siapa akan selamatkan kita kecuali amalan. Macam abang ni dosa dah banyak, dah macam-macam… Macam awak ni masih lagi bersih, dosa tak banyak, elok jaga-jaga.” Mukhriz pun mengesat air matnya perlahan.

“Insyaallah bang. Saya akan cuba.”

“Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan, dosa tetap dosa, dosa tetap dianggap derhaka, dosa sekalipun kecil kalau Allah tak ampunkan tetap neraka.” Iman semakin jelas dengan segala maksud Mukhriz tadi. Mukhriz pula semakin banyak air matanya yang keluar. Iman melihat Mukhriz dengan penuh keinsafan, lau hatinya pun berkata.

“Aku ni sedih kerana perempuan tak suka aku, tapi dia ni menangis kerana dosa dan takutkan Tuhan… Aku ni betul-betul tak malu dan lemah.”

No comments:

Post a Comment