Friday, January 28, 2011

Pencari Cinta - 64

TEORI


Mukhriz dan Iman keluar dari masjid dan terus menaiki van. Wajah Iman masih lagi seperti orang yang sedang memendam rasa, seperti ada sebuah rahsia yang masih belum terungkai. Namun Mukhriz seolah-olah tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut. Ini menunjukkan Iman sedang berada di zon selamat.

Mereka sudah hampir ke destinasi. Iman menjengukkan kepalanya keluar. Dia mula mengorak senyuman, lagaknya macam dia kenal dengan tempat itu. Van membelok perlahan dan berhenti di sebelah sebuah van yang sama. Cuma tinggal tiga buah van sahaja termasuk van mereka. Yang lain semuanya sudah pun keluar.

“Man, awak pergi tunggu kat kedai makan tu dulu. Kejap lagi abang sampai.”

“Abang nak ke mana?”

“Abang ada hal kejap. Err.., ‘order’kan abang the ‘o’ ya.”

“O.k.” Iman pun berjalan menghampiri kedai makan yang dimaksudkan itu.

Kedai makan itu berdekatan dengan tempat mencuci kereta. Agak sibuk juga kedai mencuci kereta itu kerana kelihatan beberapa buah kereta sedang dibasuh manakala ada juga yang belum dicuci sedang menunggu gilirannya.

Ada beberapa orang yang sedang minum dan sekumpulan yang memakai baju yang sama. Iman percaya mereka adalah pencuci-pencuci kereta yang sedang berehat kerana baju yang mereka pakai semuanya seragam dan tertera nama kedai cuci kereta di setiap baju tersebut.

Tiba-tiba mata Iman menangkap seorang pemuda yang sedang menaip menggunakan ‘laptop’ di sebuah meja. Pemuda itu juga memakai baju yang sama. Ternyata dia juga bekerja di tempat cuci kereta itu. Iman pun menghampirinya. Dia sedang khusyuk dan duduk seorang.

“Boleh saya duduk?” Dia pun mengangkat kepala sambil tersenyum.

“Eh, duduklah…” Senyumannya melambangkan dia seorang yang mudah didekati.

“Abang tengah taip apa bang?”

“Oh.., ni abang tengah buat cerita dik.”

“Wah, cerita? Cerita tentang apa bang?”

“Wo.., cerita ni menarik dik. Cerita ni mengisahkan tentang kehidupan. Abang tengah tulis satu cerita yang menerangkan bahawa setiap apa yang ada didunia ni sebenarnya bersifat sementara. Tu, tengok tu…” Dia pun menunjukkan sebuah kereta Mercedez model baru yang sedang dicuci. “ Kalau kita mati nanti, agak-agak kita bawa tak masuk dalam kubur?”

“Mana boleh bawa bang.”

“Lojik tak kalau kita bawa?”

“Tak lojik…”

“Itulah sebabnya abang nak tulis bagi orang semua tahu dan faham, bahawa dunia ni sifatnya sementara, kereta tu sifatnya sementara, malah apa yang ada semuanya bersifat sementara. Hinggalah tiba satu masa nanti kita akan dipindahkan ke satu alam yang tiada penghujungnya. Maka itulah sebenarnya kehidupan.” Tiba-tiba ada orang datang ambil ‘order’, Iman pun memesan minumannya.

“Wow, abang ni serius ke nak tulis cerita macam tu?”

“Aik? Kau ingat aku ni main-main ke? Berani kau cakap aku main-main ya?”

“He.., tak adalah bang saya gurau je…”

“Cis, berani kau bergurau dengan aku ya.”

“Eh, bang.., jangan marah, Saya main-main je.”

“Cis, he.., aku pun main-main jugak… Kau jangan risau. Eh, kau ni macam bukan orang sini je.., kau ni dari mana?”

“Oh, saya baru pindah sini. Macamana abang boleh tahu saya bukan dari sini?”

“Hei, apada kau tanya macam tu, kau punya loghat bahasa pun aku dah boleh kenal yang kau ni bukan dari Malaysia. Kau ni sebenarnya dari mana?”

“Oh.., saya sebenarnya memang lahir di sini, tapi membesar di Australia.”

“Ha, kebetulan pulak.., aku ni sebenarnya tengah tulis pasal Australia. Apa yang kau boleh cerita dengan aku tentang Australia.”

“Err..,” Iman seolah tidak ada idea, dia pun bercerita tentang kehidupan remajanya kepada pemuda itu.

“Hmm, kalau kau nak cerita budak-budak pasal budak-budak sana dah rosak, tak payahlah.., sini pun ada. Sebenarnya rata-rata seluruh dunia sekarang ni sedang mengalami masaalah yang sama, tak payah nak pergi ke Australia.”

“Sebab apa jadi macam tu bang?”

“Lah, kok tanya… Sebab sistemlah.”

“Maksud abang?”

“Hmm, macamana aku nak terangkan ya… Sistem yang benar-benar tulin hanya berlaku 1500 tahun yang lepas iaitu masa zaman rasulullah dan para sahabat.”

“Maksud abang system sekarang ni tak betul ke?”

“Baiklah, kau tahu computer?” Iman mengangguk. “Hmm, apa jenis computer yang kau pakai?” Iman pun mengeluarkan telefon bimbit dari beg sekolah yang fungsinya seperti komputer. “Hmm, o.k.., aku nak tanya kau apa beza computer yang aku sedang guna dengan yang kau punya?” Iman tersenyum dia seperti memahami sesuatu.

“Oh, baru saya faham, system computer saya dengan system computer abang berlainan. Virus dalam komputer abang tak dapat masuk dalam virus computer saya kerana perbezaan system yang terdapat dalamnya.

“Ada berapa banyak virus untuk aku punya computer?”

“Eh, banyak bang. Ada berjuta jenis agaknya sekarang ni.”

“Kau punya pulak?”

“Saya punya kuranglah.., puluhan je. Sebab tulah kita kena pakai anti virus.”

“Tapi persoalannya ialah.., siapa pulak yang cipta ‘virus’ dan ‘anti virus’..? Tapi tak kisahlah. Nampak tak, apa itu system. Dan perbezaannya. Baiklah sekarang ni aku guna ‘X.P’, apa jadi kalau aku tukar ‘Vista’?”

“Ish, mana sesuai bang…”

“Eh, sebab apa pulak? Aku punya sukalah.”

“Tak boleh, sebab tak sesuai untuk computer abang. Ia ibarat kereta kecil yang bawa penumpang yang ramai serta barang-barang yang banyak. Jadi untuk itu dia perlukan bas atau satu kenderaan yang besar yang sesuai untuknya. Kalau dia sumbat juga dalam kereta.., kereta tu jadi tak boleh jalanlah.”

“Ha, pandai pun… Jadi kesimpulannya kalau kita salah dalam memilih system..,”

“Dia akan memberi kesan kepada computer dan pada pengguna.”

“Sebab itulah kalau manusia nak hidup dia kena pilih system dari Tuhan, kalau dia buat system sendiri.., dia akan memudaratkan diri dan orang lain.” Iman seperti terfikir sesuatu dengan ilmu baru yan dia baru pelajari itu. Walaupun ilmu itu sudah pun dia tahu sebelum ini, tapi sekarang ni dia seolah-olah mendapat kupasan baru. Air minuman pun sampai, Iman pun meneguk beberapa teguk.

“Bang, apakah ilmu yang baik?” Pemuda itu pun seperti mendapat idea baru, lalu dia pun meyambung tulisannya. Sambil menaip dia pun berkata.

“Ilmu yang memberi manfaat.”

“Macamana cara nak bagi sesuatu ilmu itu berkembang?”

“Mukzakarah, bawa bincang.”

“Macamana nak tahu ilmu itu berkembang atau tidak?” Pemuda itu berhenti menaip. Dia tersenyum memandang Iman.

“Hmm, baiklah.., kau ambik satu cermin muka, cermin muka itu ibarat ilmu, kalau kita hempaskan dia kita akan dapat banyak cermin yang mana setiap satu cermin itu berbeza dengan cermin-cermin yang lain. Itulah yang dikatakan muzakarah.., kita akan dapat ilmu yang berlainan dari satu sumber.” Iman tersenyum, dia semakin faham walaupun dalam bentuk tamsilan.

“Jadi ilmu tu kena muzakarahlah ya bang.”

“Muzakarahlah.”

“Habis kalau orang tu tak faham?”

“Malu bertanya sesat jalan, kalau tanya dengan orang yang tak tahu jalan?”

“He.., makin sesatlah. Apalah saya ni.” Pemuda itu menyambung kembali kerjanya. Dia semakin khusyuk seolah-olah ideanya datang mencurah-curah. Tiba-tiba dia berhenti dan memandang Iman.

“Baiklah, ada berapa ilmu yang wujud dalam dunia ni?”

“Banyaklah bang…”

“Sebutkan.”

“Ish, banyak bang…”

“Baiklah abang bagi kau tips, macamana nak tuntut ilmu dan ilmu apa yang sepatutnya kau belajar supaya kau tak pening kepala.” Iman tersengih, dia memang minat belajar satu benda baru.

“Sebenarnya ilmu ni ada dua jenis. Yang pertama ilmu fardhu ain, yang kedua ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain tu hukumnya…”

“Wajib.”

“Ha, pandai pun.., hukumnya wajib dipelajari. Ilmu fardhu kifayah pula hukumnya?”

“Sunat atau harus dan boleh jadi wajib kalau tidak ada orang Islam yang menguasainya.”

“Ha, bijak, bijak… Jadi kesimpulannya, ilmu itu Cuma ada dua asas, ilmu tentang Tuhan dan ilmu yang berkaitan dengan manusia. Ilmu yang perlu dan ilmu yang tidak perlu. Kemudian barulah kita pecahkan dia, barulah ilmu itu akan jadi banyak…”

“Sampai mati pun tak habis belajar kan bang?”

“Tapi yang paling penting.., kita tahu apa ilmu yang perlu dan apa ilmu yang kita tak perlu. Sebab hari ni kita tengok perkara yang tak wajib jadi wajib, yang wajib diabaikan.”

“Sebab apa jadi macam tu bang?”

“Sebab system tak ada ‘anti virus’…” Iman tersengih macam kerang busuk. Kemudian pemuda itu menyambung kembali kerjanya. Iman lihat sekelompok orang sedang rancak berbual.

“Abang kenal ke mereka tu.”

“Kenal.” Pemuda itu menjawab spontan.

“Kenapa abang tak duduk dengan mereka?”

“kau pernah duduk dengan diorang?”

“Pernah.”

“Apa yang diorang cerita?”

“Pasal orang.” Pemuda itu tersengih sinis.

“Pasal masaalah orang dan pasal orang yang bermasaalah. Agak-agak selesai ke masaalah orang yang dia cerita tu? Kalau kita cerita masaalah orang sebab nak selesaikan masaalah orang tu tak apa juga…, tapi kalau setakat nak seronok-seronok cerita dan dengar, itu mengumpat namanya. Ibarat dia memakan daging saudaranya sendiri. Kalau dah ramai-ramai macam tu.., itu kenduri namanya. Kenduri makan daging punggung. Daripada aku makan daging punggung saudara aku.., lebih baik aku selamatkan saudara aku, lebih bermakna.”

“Selamatkan saudara..?”

“Oh, kau tak tahu ya, semua hasil buku yang aku tulis aku sumbangkan kepada Yayasan Kebajikan dan Perubatan Malaysia.”

“Eh, kenapa pula abang buat macam tu?”

“Aik, kenapa pula tak boleh..?”

“Ye lah, takkan abang tak dapat apa-apa?” Iman tergelak

“Ha.., itulah pasal… Mungkin orang nampak aku buat kerja ni sebab nak cari duit lebih, kesimpulannya mungkin orang anggap orang susah atau orang miskin ni hatinya tak bahagia… Aku nak tanya kau, apa bukti orang kaya tu bahagia? Sebab dia banyak duit? Kau jangan anggap aku macam orang lain. Apa salahnya aku kongsi lebihan aku dengan orang lain sedangkan aku dah cukup. Apa kau ingat orang kaya je boleh menyumbang? Orang macam aku ni tak layak menyumbang? Wei, duit tu sama je nilainya, kat orang kaya ke miskin ke.., sama je tau tak?” Iman terus teringatkan kata-kata Mak Su dan Pak Su yang pernah dia dengar dulu.

“Hmm, baru saya faham. Kat Malaysia ni saya jumpa macam-macam orang dan macam-macam ilmu yang saya pelajari.” Pemuda itu tersenyum.

“Buku aku ni agak menarik juga… Aku cerita tentang banyak perjalanan hidup manusia dan isi-isi yang boleh dijadikan panduan hidup. Jadi lepas kita baca buku ni kita akan simpan elok-elok, sebab dalam dia banyak ilmu yang berguna.”

“Lama lagi ke buku ni nak siap bang?”

“Nanti kalau siap.., aku bagi kau satu ‘copy’.”

“Dah banyak ke buku yang abang buat?”

“Baru satu.” Iman tergelak spontan.

“Lawaklah abang ni.”

“Oh.., kau gelakkan aku ya. Kau jangan terperanjat pulak kalau nanti buku aku ni dapat masuk dalam Anugerah Buku Negara.” Pemuda itu juga tersenyum. Tiba-tiba ada suara menjerit.

“Woi, Jal.., kunci kereta mana?” Seorang pemuda menjerit bersebelahan kereta Mercedez tadi.

“Eh, kunci kat aku, aku lupa.” Dia pun menyeluk poket seluarnya. “Ya, Allah aku ni pelupa betullah. Ada ni, ada…” Dia pun menunjukkan kunci kereta pada kawannya dari jauh. “Eh, aku minta diri dullah ya, siapa nama kau?”

“Iman.”

“Hmm, bagus nanti aku masukkan nama kau dalam aku punya buku sebagai karektor utama. Eh, nama aku Ijal. O.k Man, senang-senang nanti kita jumpa lagi. E’eh, eh, lagi satu.., kau ada dua ringgit?”

“Buat apa bang?”

“Eh, kau bayar aku punya ni dulu.” Iman tergelak kecil dengan mimik muka Ijal yang serius dan selamba. Kelam kabut juga dia mengemaskan perkakasnya, setelah siap cepat-cepat dia beredar.

Teh ‘o’ Mukhriz masih lagi belum bersentuh manakala air Iman pula hampir separuh habis. Tidak lama selepas itu Mukhriz pun sampai.

“Maaf Man, lambat sikit… Pak Su telefon tadi.”

“Dia telefon? Dia cakap apa?”

“Hmm, dia suruh Iman duduk dengan abang, kerja sini sampai sekolah panggil balik.” Iman terdiam. Tidak lama kemudian wajahnya mengorak senyuman.

“O.k… Err, bang laparlah.., dari siang tadi tak makan.”

“Eh, makanlah, la.., kenapa tak makan..?”

“Nak tunggu abang ambilkan.”

“Oh.., ambilkan ya. Pandai ya…” Iman tergelak kerana berjaya mengusik Mukhriz.

Ain dan kawan-kawannya berada di ‘cyber cafĂ©’.Mereka sedang melayari internet. Mereka masih lagi berbaju sekolah. Sedang Ain sibuk menaip, tiba-tiba salah seorang kawan yang berada disebelahnya menegurnya perlahan.

“Eh, Ain betul ke Dino akan jadi kumpulan kita punya ‘back up’?”

“Kau jangan risaulah… Dia dah janji dengan aku. Lagi pun kita ada pegang rahsia dia, kalau dia tipu kita maknanya…”

“Dia cari pasal dengan kita…”

“Tahu tak apa.”

“Habis tu apa ‘plan’ selanjutnya?”

“Dia kata, kita akan adakan pertemuan, tapi tarikh dengan tempat dia tak bagi lagi. Sekarang ni aku tengah tunggu dia punya ‘e-mail’… Dia akan bagi alamat dan tarikh.”

“Berapa orang yang akan datang Ain?”

“Itu aku tak tahu. Kau jangan risau, nanti aku akan tanya dia dan setiap berita terkini aku akan bagitahu kau.., sebab kau orang kanan aku.”

“Cayalah Ain.., aku akan sentisa di belakang kau. Eh, kau tengok tu, adik Razif… Dia pun dah ikut macam kita dah.” Ain memandang ke arah adik Razif yang sedang sibuk melayari internet.

“Eh, kau suruh dia pergi beli air dengan makanan.”

Iman dan Mukhriz baru selesai makan. Mereka berjalan ke kaunter kilang untuk bertemu Yati. Yati kelihatan sibuk di hadapan computer. Mukhriz pun menegurnya.

“Err, Yati minta maaf ya. Saya kena pergi kerumah Encik Sulaiman, jadi saya kena guna kenderaan, err, van mana yang boleh guna?” Iman lihat Mukhriz cukup bersopan ketika bercakap dengan Yati. Matanya cukup dijaga.

“Tengoklah, kunci ada kat rak tu.” Yati juga menjawab tanpa menoleh ke arah Mukhriz kerana matanya sibuk tertumpu ke skrin ‘monitor’. Iman lihat Yati seperti ada masaalah denagn komputernya, dia seperti menunggu lama untuk membuka sesuatu program.

“Macam ada masaalah je kak?”

“Ni ha, computer ni.., lama betul nak tunggu. Sebelum ni tak macam ni, tapi bila lepas ‘format’ baru je.., dia jadi macam ni.”

“Akak pakai ‘windows’ apa?”

“Akak baru tukar ‘windows X.P’…”

“Hmm, patutlah. Akak punya computer ni ‘Pentium 3’, mana dia larat pakai ‘windows X.P’.., lainlah kalau akak dah ‘up gread’ dia punya ‘RAM’…”

“Lah, ingatkan kalau pakai ‘X.P’ makin canggih?”

“Memanglah canggih, tapi kenalah ikut kesesuaiannya… Kalau kita pakai kereta, tapi bawa muatan macam bas, mana kereta kita larat.., faham tak kak?”

“Oh.., baru akak faham.”

“Sebelum ni pakai apa?”

“Sebelum ni guna ‘windows 2000’.”

“Ha, akak tukar balik. Kalau akak nak guna juga ‘windows X.P boleh, tapi akak kena tukar ‘pentium 4’.”

“O.k Man jom.” Mukhriz tiba-tiba keluar dari bilik sambil memegang kunci. Iman pun mengikutinya.

“Eh, bang saya punya ‘skateboard’ tadi ada dalam van lah…”

“Jangan risau abang dah simpankan.”

“Fuh, nasib baik.., terima kasih ya bang.” Iman pun bergerak mengikuti Mukhriz dari belakang.

“Terima kasih ya dik.” Sempat juga kak Yati mengucapkan terima kasih. Tiba-tiba Samsul datang ke kaunter.

“Eh, Yati pinjam computer kejap, aku nak ‘down load’ bahan pelajaranlah…”

“Ha, tunggu aku nak ‘format’ balik computer ni.”

“Eh, kenapa pulak nak ‘format balik?”

“Kau punya pasallah aku kena ‘format’ balik. Kau kata ‘windows X.P’ bagus… Tapi masuk je dalam computer aku jadi lembab. Jadi aku kena tukar balik pakai yang lama.”

“Eh, macamana boleh jadi macam tu?”

“Sebab aku punya computer ‘pentium 3’…”

“Oh.., patutlah. Eh, mari biar aku tolong ‘format’kan.”

“Tak payah, kau buat kerja kau sendiri…”

No comments:

Post a Comment