Thursday, January 27, 2011

Pencari Cinta - 63

ENTAH

“Saya memang kecewa dengan dia. Saya paling benci orang lelaki yang suka pukul perempuan. Saya tak sangka dia macam tu.” Latifah merungut di hadapan kawan-kawannya.

“Saya pun tak sangka Iman jadi macam tu… Saya ingatkan dia orang baik, yelah muka dia kan muka baik, akhlak dia pun baik.., rupanya macam setan.”

“Rupanya nasib baik Dino datang selamatkan Ain, kalau tidak.., tak tahulah apa yang akan terjadi kat Ain tu. Kesian Ain, nasib baik mata dia tak buta.”

“Eh, betul ke Dino datang selamatkan Ain?” Latifah minta kepastian.

“Yelah, ramai yang cakap macam tu. Semua orang kat situ tak boleh buat apa-apa… Tiba-tiba je Iman mengamuk pukul Ain, nasib baik Dino lalu kat situ.., lepas tu apa lagi.., mereka pun bergasaklah, nasib baik Dino menang.” Latifah seperti teruja gembira.

“Saya betul tak sangka Iman tu ganas sebenarnya. Rupanya.., selama ni saya macam salah sangka pula kat Dino.” Latifah macam menyesal.

“Tulah awak Ifa, lain kali jangan tengok orang tu dari luaran tau.”

“Eh, tapi tadi saya makan dengan dia tau…” Latifah tersenyum manja.

“Eii.., awak cerita apa dengan dia Ifa?”

“Hmm, tak ada apa sangat, saya tanya dia kenapa muka dia ada tampal-tampal? Dia cakap sebab dia selamatkan orang. Saya cakap dengan dia, tak sangkakan orang jahat macam awak pun ada hati selamatkan orang. Dia kata dia sebenarnya baik… Rupanya memang dia sebenarnya baik hati. Saya menyesal kerana selama ni saya salah sangka dengan dia.”

“Tapi saya rasa Dino tu suka dengan seorang perempuan je…”

“Siapa?!” Latifah seperti terkejut.

“Awaklah..!” Mereka semua menjawab serentak. Latifah tersipu-sipu malu.

“Tapi awak rasa apa jadi kat Iman?”

“Entahlah.., saya pun dah tak kisah dengan dia…” Latifah mengangkat bahunya.

No comments:

Post a Comment