Wednesday, January 26, 2011

pencari Cinta - 62

BARU


Van penghantar soya meluncur laju. Iman duduk termenung, merenung jauh ke luar tingkap. Mukhriz memandu tenang, sesekali matanya menjeling kea rah Iman. Iman memeluk erat bag sekolahnya. Papan lunsurnya diletak dibelakang van.

“Apalah nasib saya ni bang.”

“Eh, kenapa pula?”

“Ye lah, orang lain semua dapat bersekolah, saya tak dapat.”

“Bukan tak dapat.., sekarang ni awak diberi cuti panjang, jadi gunakanlah kesempatan ni sebaik-baiknya. Awak jangan risaulah, orang semua tahu awak tak bersalah.”

“Ha? Betul ya bang?”

“Entahlah.., abang agak je. He.., jangan marah. Eh, betul ke awak tak bersalah, ceritalah sikit.”

Sebenarnya bang saya kena fitnah, saya tolong orang, tiba-tiba orang tu fitnah saya balik. Jadi saya pun tak faham apa yang sebenarnya yang berlaku.”

“Samalah abang pun… Takpalah Man, Iman ‘rilex’ dulu.., nanti kalau Iman dah tenang nanti barulah Iman cari jalan macamana nak selesaikan masaalah tu.”

“Pada abang macamana?”

“Maksud Iman?”

“Yelah, nak selesaikan masaalah ni.” Mukhriz tersenyum.

“Taubatlah… Setiap musibah yang berlaku itu merupakan penghapusan dosa atau peningkatan darjat. Jadi eloklah Iman diuji, sebab Iman orang Islam.”

“Maksud abang?”

“Kalau orang bukan Islam diuji.., dia tak dapatlah apa yang abang maksudkan tadi tu, sebab dia tak dapat apa-apa.” Iman pula tersenyum.

“Bang, kita nak kemana?”

“Kita sembahyang dulu, lepas tu kita pergi kilang.” Kini wajah Iman tidak semuram tadi. Masaalahnya hilang untuk seketika. Tidak lama kemudian fikirannya kembali menerawang, wajah Latifah kembali menjelma di benak fikirannya. Ianya cukup mengganggu kerana wajah Latifah kelihatan masam.

“Mungkin dia percaya dengan apa yang terjadi, tapi apa yang aku boleh buat…” Inilah sebenarnya yang sedang mengganggu hatinya ketika ini. Gambaran Dino dan Latifah di kantin tadi sering silih berganti.

No comments:

Post a Comment