Monday, January 24, 2011

Pencari Cinta - 60

KENAPA


Selepas semahyang suboh Mukhriz pergi mencapai Al-Quran. Dia pun menghabiskan lebih kurang lima belas minit untuk membaca Al-Quran setiap pagi. Semua ahli qariah sudah pun sibuk dengan urusan masing-masing, bergegas untuk ke pejabat barangkali. Cuma yang tinggal hanyalah umur-umur yang sudah pun agak senja. Hanya Mukhriz sahaja yang berbeza jarak umurnya. Kali ini Mukhriz berada di masjid yang lain.

Mukhriz meletakkan kembali Al-Quran ke rak menandakan dia sudah pun selesai membacanya. Jam menunjukkan sudah pun pukul 7.30 a.m, Mukhriz berjalan menyusuri jalan hingga ke kawasan perumahan kedai. Di hadapannya berbaris van-van
penghantar soya, ada sepuluh van semuanya. Ternyata perniagaan Encik Sulaiman meningkat maju dalam masa yang singkat. Mukhriz pun naik ke atas asrama tempat penginapannya.

“Assalamua’laikum…” Mukhriz berselisih dengan salah seorang pekerja Indonesia dan orang itu menyapanya.

“Wa’laikummussalam… Minum kopi ke Pak Din?” Mukhriz menjawab mesra orang yang agak berumur lebih kurang empat puluhan itu.

“Biasalah Iz, jumpa kau di sana ya.”

“Kedai Pak Mat ke?”

“Biasalah Iz, mana lagi nak pergi.”

“Ha, elok juga tu, tolong ‘oder’ kan saya teh ‘o’. Lepas mandi nanti saya sampai.” Iman terus naik. Agak berlari juga Mukhriz, mungkin mengejar masa.

Tidak jauh dari situ ada sebuah kedai makan yang sudah pun menerima ramai pelanggan. Pekerja-pekerja kilang soya semuanya memakai baju seragam yang sama. Mereka duduk di sebuah meja panjang dan sedang rancak bebual.

Mukhriz datang mengambil makanan dan terus duduk bersebelahan dengan Pak Din. Teh ‘o’ yang dipesannya sudah pun tersedia. Mukhriz hanya makan sambil mendengar beberapa orang tua yang merupakan rakan sekerjanya berbual. Dia hanya mendiamkan diri. Habis makan dia pun bangkit dan masuk kekilang untuk cek jadual bertugas. Dia pun pergi kekaunter dan bertemu dengan seorang gadis yang menjaga kaunter. Setelah bercakap sesuatu perempuan itu pun menyerahkan kunci van dan sehelai kertas.

Setelah mendapatkan kunci mukhriz pun pergi ke bahagian stok. Dia lihat tidak ada orang yang menjaga di situ. Dia pun melihat kertas tadi. Berpandukan kertas itu dia pun mengambil beberapa stok yang diperlukan.

“Eh, hari kau ke mana Iz?”

“Tempat biasa Cik Din.” Orang itu menolong Iman mengambilkan stok. Rupanya dialah penjaga stok.

“Eh, kau pergi ambil van, biar aku ambilkan stok. ‘Meh’, bagi aku kertas tu.”

“Hmm.., o.k.” Setelah menyerahkan kertas Mukhriz pun pergi mengambil van. Semasa Mukhriz ingin membuka pintu van, tiba-tiba namanya dipangil oleh penjaga kaunter tadi. Dia pun bergegas pergi ke kaunter. Di situ ada seorang lelaki muda. Lelaki muda itu menjeling sombong ke arah Mukhriz rtapi Mukhriz pura-pura tidak sedar.

“Ada apa Yati?” Mukhriz bertanya kepada penjaga kaunter.

“Ni, Encik Sulaiman ‘call’.” Yati menyerahkan ganggang telefon kepada Mukhriz. Mukhriz pun menyambut dan menjawab panggilan tersebut. Budak muda tadi asyik memerhati ke arah Mukhriz macam pandangan cemburu.

“Eh, Yati.., apahal Encik Sulaiman telefon si Mukhriz pagi-pagi buta ni?”

“Manalah saya tahu. Eh, Samsul stok semalam kenapa awak tak hantar? Apa masaalah awak?”

“Minta maaf Yati,saya ada urusan kolej. Jadi saya berkejar kesana. Saya dah minta tolong Iz, tapi tak sangka pula dia tak hantar.”

“Memanglah dia yang hantar, bukannya tak hantar tapi hantar lewat. Lain kali jangan buat macam ni. Kalau ada hal sila maklumkan ke sini dulu, jadi saya boleh atur lain. Bukan main serah je bulat-bulat kat orang, sebab tu tanggungjawab awak.”

“Alah, Yati.., ‘rilex’lah. Takkan itu pun nak marah. Lagi pun saya ni kan baru sebulan kerja sini dan saya ni kan ‘part time’, janganlah buat saya macam orang dah lama pulak. Tu ha, si Mukhriz tu sebenarnya yang salah.”

“Awak jangan nak salahkan orang pulak. Dah tahu baru, kenalah belajar dengan orang lama. Nah ni alamat, tolong pastikan barang sampai tepat masa.” Yati menyerahkan sekeping kertas.

“Aku tahulah…” Samsul mengambil kertas itu denga wajah yang mencuka. Kemudian dia pun menghampiri Mukhriz yang masih lagi sedang manalifon.

“Baik Pak Su. Insyaallah…” Mukhriz pun mengakhiri perbualannya. Dia lihat Samsul menunggunya dengan wajah yang serius.

“Hei, semalam kenapa kau hantar barang tu lewat?”

“Eh, kau minta tolong hantar je, kau tak cakap pun suruh cepat. Jadi aku kena hantar barang aku dulu, lepas tu baru aku hantar barang kau.

“Nah ni, tolong hantarkan lagi. Satu tempat ni je, sebab aku punya ‘exam’ nak dekat jadi aku kena pergi perpusakaan.” Samsul menyerahkan kertas kepada Mukhriz.

“Hari ni aku minta maaf, hari ni aku ada kerja lain.”

“Alah, kau ni, banyak alasan pulak. Kau buat apa je.., kau bukannya ada kerja. Aku ni ha yang sibuk kau tahu tak, nak cari duit lagi, nak periksa lagi. Kau tu bukannya buat apa pun aku tengok, buat-buat sibuk adalah.” Mukhriz hanya diam. Dia pun berlalu pergi. “Hei, aku cakap dengan kau ni!”

“Tak bolehlah, aku ada kerja.” Mukhriz pun pergi ke kaunter bertemu dengan Yati. Dia seperti memberitahu sesuatu dan menyerahkan kertas kepada Yati. Kemudian dia pun pergi dengan tergesa-gesa. Samsul sekali lagi mendekati Yati.

“Hei, Mukhriz tu nak kemana?”

“Dia ada kerja lain. Nah, hari ni awak kena ganti Mukhriz.”

“Hah..!?”

Pagi itu sekali lagi sekolah digemparkan denagn satu kes. Seorang budak perempuan telah dicederakan oleh seorang budak lelaki. Lelaki itu dikatakan telah melemparkan kasut ke mata perempuan itu hingga menyebabkan kecederaan yang agak serius. Budak lelaki itu adalah Iman dan perempuan itu adalah Ain.

Mereka semua telah dipanggil oleh Cikgu Tajudin selaku guru disiplin sekolah ke bilik disiplin. Mereka yang hadir ialah Iman, Ain, adik Razif dan beberapa pelajar perempuan yang lain selaku saksi kejadian. Mereka semua diminta memberi keterangan. Ain telah membawa ‘slip’ doctor beserta matanya yang bertutup sebelah. Manakala yang lain mengiakan dan menguatkan lagi cerita yang direka oleh Ain.

Iman hanya tergamam dan tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Dia tidak tahu kenapa dan apa puncanya dia diprlakukan begitu. Lebih yang memeranjatkan lagi ialah bila adik Razif yang cuba diselamatkan juga tiba-tiba berubah watak. Iman hanya teringat kata-kata Pak Su tadi pagi sebelum diaturun kereta…

“Apabila raja dalam diri sudah rosak, nafsu bertindak dengan glaknya dan rakus. Akal dan lidah serta seluruh anggota akan dialatkan untuk membantu kehendak-kehendaknya. Punah kehidupan manusia lahir dan batin.” Selepas Pakciknya berkata begitu Iman pu tediam. Semasa dia ingin membuka pintu kereta Pak Su telah memegang tangannya sambil berkata. “Bertenanglah di dalam sebarang hal, dengan tidak terburu-buru agar kita sempat berfikir. Moga-moga kita buat tindakan paling tepat dan tidak terlajak.”

“Sekarang baru aku faham kenapa Pak Su cakap macam tu. Kalau aku beritahu perkara yang sebenar pun tak guna, sebab aku memang tak ada saksi dan bukti yang kukuh… Lagi pun Razif juga akan terlibat sama. Suasana akan menjadi kecoh. Hmm, ada baiknya aku mengalah.” Hati Iman membuat keputusan.

“Mengikut apa yang telah saya terima, jelas menunjukkan yang awak memang bersalah, ada apa-apa yang awak nak cakap Iman?”

“Saya.., memang bersalah cikgu. “ Semua budak perempuan tersenyum puas dengan kenyataan tersebut. “Dan saya juga nak ambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua, terutamanya Ain, maafkan saya kerana telah mencedakan mata awak dan awak juga saya harap awak maafkanlah saya sekiranya saya ada buat salah apa-apa.” Ain dan adik Razif tertunduk. Wajah mereka seperti serba salah. Yang lain juga terdiam. Tiada lagi senyuman terpamer di wajah mereka.

“Hmm, kalau begitu selesailah satu urusan, baiklah yang lain boleh beredar, cuma Iman sahaja tinggal disini. Saya akan telefon pakcik awak, saya akan maklumkan dengan dia tentang hal ini.” Budak perempuan pun beredar tinggal Iman dan Cikgu Tajudin di dalam bilik disiplin. Tiba-tiba pintu diketuk.

“Masuk.” Cikgu Tajudin membenarkan. Iman terkejut bila yang membuka pintu itu adalah abang Mukhriz.

Sementara itu di kelas Lima Enggang mereka sibuk mengerumuni Ain untuk mengetahui cerita selanjutnya. Ain bercerita sambil memburukkan Iman. Razif terdengar terus dia berkata…

“Hei, Ain kenapa kau pandai buat cerita hah?!”

“Hei, kau apa tahu, kau ada ke masa tu? Kalau kau tak percaya, kau tanya sendiri adik kau, sebab dia sendiri jadi saksi, faham!” Razif terdiam, dia seperti tidak percaya dan tak sangka yang adik dia sendiri pun terlibat dan besekongkol dengan Ain.

“Eh, Ifa… Awak rasa betul ke apa yang Ain cakap tu?” Salah seorang kawan Latifah menegur Latifah yang dari tadi duduk termenung. Latifah hanya mengangkat kedua belah bahunya sahaja tanpa berkat apa-apa. Kawannya seolah faham lalu kembali ke tempat duduknya.

“Iman.., saya tak sangka awak buat macam tu.” Latifah berkata lemah dalam hatinya menandakan dia percaya dengan kata-kata Ain.

Mukhriz dan cikgu Tajudin keluar dari bilik guru besar. Cikgu Tajudin berjumpa kerani dan mengambil sekeping surat. Mukhriz mengikuti Cikgu Tajudin kembali ke biliknya. Kemudian Cikgu Tajudin pun mengambil sebatang pen dan menanda tangani surat tersebut beserta cop.

“Ini adalah surat rasmi dari pihak sekolah. Iman akan digantung sekolah tanpa tarikh khusus. Maksudnya dia akan kembali ke sekolah sehingga di panggil. Apa sahaja masaalah yang timbul selepas ini ia adalah dibawah tanggungjawab penjaga dan bukan pihak sekolah sehinggalah dia dibenarkan kembali ke sekolah. Saya harap pihak tuan juga dapat memberikan kerjasama.”

“Saya faham cikgu, saya akan maklumkan hal ini kepada pakciknya nanti.” Cikgu Tajudin pun menghulurkan tangan lalu dijabat oleh Mukhriz. Mukhriz dan Iman pun keluar dari bilik itu.

“Eh, macamana abang Mkhriz boleh datang?”

“Entah, Pak Su lah yang suruh. Dia cuma pesan, minta tolong pergi ke sekolah dan selesaikan masaalah Iman. Tak sangka pula rupanya Iman baling mata budak perempuan dengan kasut.” Mukhriz tersenyum sambil memandang Iman. Iman hanya senyum terpaksa.

“Tapi peliklah, macamana Pak Su boleh tahu ya?”

“Kita memang masih belum sampai lagi ke tahap tu Man… Itu dipanggil ilmu rasa.”

“Ilmu rasa?”

“Entah, abang Mukhriz rasalah…”

“Apalah… Bang, tadi guru besar cakap apa?”

“Mula-mula kalau tidak awak nak kena buang sekolah. Tapi bila kami bincang balik.., awak Cuma digantung sekolah tanpa tarikh.”

“Apa maksud dia bang?”

“Maknanya awak akan digantung sampai dipanggil, baru awak boleh skolah balik, faham?”

“Oh.., baru saya faham.” Tiba-tiba loceng rehat pun berbunyi.

“Eh, mana kelas Lima Enggang?”

“Lima Enggang? Nak buat apa bang?”

“Pak Su suruh jumpa budak nama Razif.”

“Razif? Eh, buat apa., tak nak lah saya tak nak jumpa orang, kita terus balik je lah bang?”

“Eh, Pak Su suruh jumpa dialah.., serius ni.”

“O,klah.., jom kita jumpa dia kat kantin.” Iman terpaksa akur. Dia pun membawa Mukhriz ke kantin. Di kantin dia pun berjumpa Razif dan Salim di tempat biasa. Tapi dari jauh dia lihat Dino dan Latifah sedang duduk makan bersama sambil berbual-bual. Latifah yang tersedar terus memalingkan wajahnya. Dino juga tersenyum mengejek. Degup jantung Iman semakin kencang. Iman meraung sekuat hati didalam hatinya.

“Ya, Allah ya Tuhan.., berikanlah aku kesabaran.” Iman merintih dalam hati. Tiba-tiba Razif bangun dan terus memeluk Iman.

“Man, ampunkan aku…” Salim hanya memerhati kehairanan sambil makan.

“Alah, jangan risau.., semuanya seleasai. Aku cuma kena gantung sekolah je. Lepas tu nanti kita jumpa balik. Eh, ni abang ni ada bawa pesan dari pakcik aku untuk kau.” Mukhriz pun menghulurkan tangannya, lalu disambut oleh Razif.

“Pakcik Iman ucapkan terima kasih, nah ni duit ganti untuk buat cermin mata.”

“Eh, apa ni bang. Saya tak fahamlah…” Razif cuba berdalih.

“Sayalah orang yang paling tak faham. Saya pun masih tak tahu kenapa saya ke sini. Saya pun tak tahu yang Iman ada buat kes hari ni, tapi pakcik dia yang suruh datang selesaikan masaalah dia dan jemput dia balik…”

“Bang…” Mukhriz berhenti bercakap dan memandang Razif. “Saya faham.” Razif tersenyum. Semua orang saling berpandangan.

“Oh, ya.., pakcik Iman ada pesan, dia suruh awak kirimkan salamnya pada Pak Tua. Bagitahu Pak Tua.., dia ada hutang Pak Tua, terima kasih kerana bagi dia pinjam.”

“Pinjam apa bang?” Iman bertanya spontan.

“Entah…”

“Hmm, baiklah Insyaallh nanti saya sampaikan.”

“Eh, Man apasal kau pergi baling Ain dengan kasut ha?!” Salim yang baru habis makan tiba-tiba bangun dan bertanya Iman.

“Nanti aku bagitahu kau.” Razif terus memandang Salim.

No comments:

Post a Comment