Saturday, January 22, 2011

Pencari Cinta - 58

PENDEKAR


“Hati saya rasa tak sedap sebenarnya ni…” Tiba-tiba Pak Su menyuarakan rasa hatinya.

“Eh, kenapa bang?”

“Ada sesuatu yang tak kena. Ada benda yang cuba disembunyikan oleh Iman.”

“Apa bendanya bang?”

“La haula wala quwata’illabillahil a’liyul a’dzim…” Pak Su memejamkan matanya, dia pun diam sejenak seperti bertafakur. Kemudian dia pun memasuki satu alam lain, dia seperti berpatah balik ke belakang. Dia lihat semua peristiwa yang berlaku ke atas Iman. Dari mula hingga ke akhir dalam sekejap masa. Dia mula faham sesuatu, kemudian dia pun kembali ke dunia asal dan membuka matanya…

“Innalillah…”

“Kenapa bang, macam dapat alamat yang tak baik je?”

“Hmm, begitulah. Tapi mungkin ada hikmahnya. Kerana tidak ada yang Tuhan jadikan itu dengan sia-sia melainkan ada maksud sekali pun sehelai daun yang gugur di tengah hutan rimba. Maha Suci Tuhan yang Maha mengetahui. Iman mengalami masaalah di sekolahnya tadi. Dia terlibat dengan pergaduhan. Ada seorang budak yang membantunya.”

“Siapa budaknya bang?”

“Cucu Pak Tua.”

“Oh, patutlah cara dia bercerita pun agak berlainan sikit hari ni. Tapi tak mustahil, maklumlah selama ni dia dikelilingi alat yang canggih.”

“Memanglah ilmu yang macam tu hampir tak wujud lagi zaman sekarang ni. Tak sangka pula Pak Tua mewariskan ilmu pada cucunya.”

“Kenapa Pak Tua mewariskan pada cucunya tak pada orang lain?”

“Kerana kekuatan dalamannya sangat tinggi dan berbeza dengan orang lain. Dia menerima ilmu tersebut sebagai amanah bukan sebagai pakainnya.”

“Hmm, jadi apa kesimpulanya bang?”

“Esok pasti akan berlaku sesuatu pada Iman.”

“Abang kena bekalkan dia sesuatu.” Tiba-tiba Pak Su mengorak senyuman.

“Sebenarnya elok juga dia menjauhkan diri buat sementara dari sekolah tu, memang sesuai dan tepat masanya…”

“Apa maksud abang?”

“Dah tiba masa untuk dia belajar pelajaran yang baru.”

No comments:

Post a Comment