Friday, January 21, 2011

Pencari Cinta - 57

ANCAM


“Baiklah.., sekarang ni aku dah lalui ujian, sekarang ni kau terima tak aku masuk kumpulan kau?”

“Hmm, memanglah perjajian awal, kalau kau nak masuk kumpulan kami.., kau kena lalui ujian ketahanan dulu. Sekarang ni masa aku pukul kau.., kenapa Iman boleh muncul tiba-tiba? Dari mana dia datang? Dan aku dengar kau minta tolong darinya.”

“Aku cakap betul.., bukan aku yang panggil dia, aku pun tak tahu macamana dia boleh datang. Aku cakap betul, aku tak tipu kau…”

“Hmm, baiklah.., aku percayakan kau. Tapi aku nak tahu betul-betul kenapa kau nak masuk kumpulan aku?”

“Kan aku dah cakap dengan kau, sebab aku benci ‘Black’, aku taknak dia ganggu aku lagi, jadi kau dah janji dengan aku kan, kalau aku masuk kumpulan kau, kau akan jamin ‘Black’ tak ganggu aku lagi?”

“Tapi, abang kau kan ada, dia boleh bela kau dari ‘Black’, jadi tak perlulah kau masuk kumpulan kami.”

“Ahh..! Abang aku tu tak boleh harap! Sebab tu aku nak masuk kumpulan kau, apa syarat pun aku sanggup.”

“Hmm, baiklah… Kalau aku bagi kau lagi satu syarat, kau setuju tak?”

“Apa sahaja, katakana…”

“Aku akan dakwa Iman besok kat sekolah kerana menyerang aku sampai cedera. Aku nak dia dibuang sekolah. Jadi kami semua sudah pun berpakat untuk menjadi saksi, cuma tinggal kau sahaja… Jadi macamana?” Adik Razif terdiam sejenak berfikir, Ain masih lagi menunggu di talian telefon.

“Macamana, setuju tak? Kalau kau tak…”

“E’eh, aku setuju. Baiklah aku akan buat. Tapi ka mesti janji dengan aku, ini adalah syarat yang terakhir dan lepas ni aku mesti jadi kumpulan kau. Kau mesti pastikan ‘Black’ tak akan ganggu aku lagi.”

“Hmm, ini Ain tau.., bukan sahaja ‘Black’, malah aku akan pastikan tak ada seorang lelaki pun yang berani kacau kau tanpa keizinan aku.”

“Janji?”

“Janji.” Adik Razif menamatkan perbualan telefonnya dengan Ain. Dia pun menarik nafas lega. Telefon bimbitnya diletakkan diatas meja. Kemudian dia pun keluar dari bilik.

“Mak, abang mana?”

“Hmm, biasalah.., dia ke rumah atuk, belum balik lagi.”

No comments:

Post a Comment