Thursday, January 20, 2011

pencari cinta - 56

DUNIA


“Mukjizat adalah satu bentuk kelebihan yang hanya Tuhan berikan pada para Rsul dan Nabi. Ia berlaku diluar lojik akal yang menyalahi adat dan tak dapat ditentang. Contohnya Laut Merah yang yang dibelah menggunakan tongkat oleh Nabi Musa.”

“Lagi?” Iman ingin mengetahui yang lebih lanjut.

Nabi Sulaiman yang diberikan mukjizat boleh memahami bahasa binatang dan jin, bukan itu sahaja malah diberi kuasa boleh memerintah dan mengawal mereka. Merupakan manusia paling kaya paling kaya pernah wujud dimuka bumi ini dan tiada siapa yang dapat menandingi kekayaannya tetapi dalam masa yang sama dia dapat mengekalkan rasa kehambaannya kepada Tuhan.

“Wow… Tapi mukjizat siapakah yang paling hebat diantara mereka?”

“Rasulullah… Satu-satunya orang yang dapat mempercepatkan ‘hisab’ pada hari kiamat. Malah mukjizat Rasulullah yang kekal hingga sekarang ialah Al-Quran dan sunnah yang mana kalau kita berpegang teguh dengannya kita tidak akan sesat. Namun begitu kita tetap memerlukan seorang pemimpin yang mursyid untuk memimpin kita, kerana untuk memandu dan memastikan roh kita selamat ni bukan calang-calang orang yang boleh melakukannya. Faham tak Man?” Iman mengangguk.

“Roh ni.., dia ada alam dia sendiri ke Pak Su?”

“Alam ni luas Man, ada alam barzakh, alam akhirat, alam malukud, jabarut, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah masa antara alam-alam tersebut pun berbeza. Kalau kita kaji badan kita ni pun kita dah tahu jawapannya.”

“Karomah pula Pak Su?” Pak Su bertenang sebentar, diambilnya air kopi di atas meja, dihirupnya beberapa teguk. Kemudian diletakkan kembali.

“Karomah pula adalah kelebihan yang Tuhan anugerahkan pada walinya atau kekasihnya. Mereka ini bukan nabi atau rasul, mereka hanyalah manusia biasa macam kita. Tapi oleh kerana ketaqwaan mereka, Tuhan telah mengangkat darjat mereka hingga mereka dianugerahkan dengan karomah.”

“Karomah tu macamana Pak Su?”

“Ada macam-macam Man. Ada yang Tuhan beri dia boleh terbang, jalan atas air, boleh masuk ke alam ghaib, firasat, boleh memaafkan orang, sabar yang luar biasa mrah hati, dan maca-macam lagi. Baiklah Man diantara karomah-karomah tadi ada dua jenis, satu jenis berbentuk lahiriah dan yang satu lagi berbentuk maknawi ataupun rohani, yang mana satu lebih utama?”

“Err, yang berbentuk rohani.”

“Sebab?” Iman terdiam dan berfikir sejenak. Mukanya nampak jelas yang dia sedang menganalisa maklumat yang baru dia dapat.

“Hmm, kalau setakat boleh terbang, burung pun boleh buat, kalau setakat dia boleh jalan atas air, itik lagi hebat, tapi.., kalau dia boleh bersabar, pemaaf atau pemurah.., barulah dia berbeza dengan haiwan. Sebab haiwan tak boleh buat benda-benda ni, betul tak Pak Su.?” Pak Su tersenyum, dia seolah merasa puas dengan pencapaian Iman. Sungguh cekap dan tak sangka.

“Wah, tak sangkalah Iman semakin meningkat sekarang ni ya.” Mak Su juga tumpang gembira. “Tapi betul ke bang apa yang dia jawab tu?”

“Memanglah kalau setakat boleh terbang atau jalan atas air itu perkara biasa. Tapi kalau seseorang itu dapat menahan marah, bila dipuji hatinya tidak berbunga, kena keji tidak berkecil hati, boleh redho, tawakkal atau merendah diri.., inilah yang dikatakan hebat dan luar biasa. Sebab haiwan tak mampu buat. Sebab apa karomah maknawi lebih utama, kerana karomah lahiriah belum tentu dapat menjamin nasib seseorang diakhiat. Kalaulah seseorang itu boleh pergi atau lihat alam jin hingga timbul rasa riak atau ujub, maka nasib malanglah yang akan menimpanya diakhirat. Sebab dia mati dengan membawa mazmumah. Kalau seseorang itu tak boleh terbang, tapi dia boleh redho dengan setiap ujian yang Tuhan timpakan padanya.., maka berbahagilah dia kerana dia mati dengan membawa hati yang sejahtera. Inilah yang Tuhan maksudkan dalam Al-Quran. Sebab itulah ramai para-para wali atau kekasih Tuhan, tidak berapa suka dengan karomah yang berbentuk lahiriah ni, kerana ujiannya agak berat. Iman tahu tak karomah jenis apakah yang menjadi impian semua para-para wali?” Kali ini Iman memang tak tahu. Dia hanya menggelengkan kepalanya.

“Tak tahulah Pak Su.”

“Istiqomah dalam amalan.”

“Istiqomah?”

“Biarlah ibadah kita sedikit tapi terasa, berjiwa, puas dan memberi kesan pada jiwa. Hanya dengan taqwa sahaja kita dapat melakukan ibadah yang seperti itu. Jangan buat banyak tapi tak dapat merubah sikap dan tak tahan lama.

“Macamana nak jadi orang bertaqwa Pak Su?

“Ada lapan syarat. Yang pertama, mesti kena ada hidayah dan petunjuk. Yang kedua mesti faham Islam. Yang ketiga yakin, yang keempat, melaksanakannya, yang kelima, mujahaddah, yang keenam, istiqomah beramal, yang ketujuh kena ada pimpinan mursyid dan yang kelapan berdoa selalu.” Iman terdiam sejenak, satu ilmu baru beserta panduan. Tiba-tiba dia seperti teringat sesuatu.

“Pak Su, saya ada abaca tentang Hang Tuah, dia merupakan seorang pahlawan yang terbilang, berani dan gagah. Boleh tak Pak Su ceritakan sedikit tentang dia?” Iman mula minat dengan ilmu yang pelik-pelik.

“Hmm, tentang Hang Tuah Pak Su tak berapa tahu, tapi Pak Su rasa pahlawan yang paling hebat tu Rasulullah.”

“Sebab apa Pak Su?”

“Yang pertama sekali sebab Rasulullah memperjuangkan Tuhan, seorang yang sanggup menggadaikan nyawanya demi untuk agama Islam. Kebanyakkan pahlawan yang pernah wujud, mereka dikenali kerana membunuh orang, tapi Rasulullah terkenal kerana menyelamatkan orang. Sebanyak 23 peperangan yang pernah disertainya, tak ada seorang pun yang pernah dibunuh.”

“Wow, hebatnya…”

“Sebab tu Pak Su berani cakap bahawa Rasulullah adalah seorang pahlawan, pendekar yang tiada tandingannya, malah beliau merupakan sebaik-baik idola.”

1 comment:

  1. woo xsgka smbil mbca dpt pegetahuan..bgus nya.. nk n3 lgi..

    ReplyDelete