Tuesday, January 18, 2011

Pencari cinta - 54

PERANCANGAN

“Kita nak kemana ni Zif?”

“Kita ke bilik sumber, dapatkan bju baru kemudian terus ke surau. Lepas Asar baru kita pergi jumpa ‘diorang’.”

“Eh, Zif tadi sebenarnya apa yang berlaku?”

“Apa yang kau nampak?”

“Mana aku tahu, sebab kau buat aku pengsan.”

“ Hmm, eloklah tu.”

“Zif.., seumur hidup aku, inilah kali pertama aku jumpa peristiwa yang macam ni. Pada aku ini adalah sesuatu yang ajaib.”

“Tuhan adalah Maha Ghaib yang lebih ajaib. Semua yang berlaku adalah atas kehendakNya. Kau jangan risau, tak ada apa yang pelik. Kan aku dah bagitahu kau, ilmu Tuhan tu luas. Ada yang perlu dikeluarkan, ada yang perlu disimpan. Apa pun yang kita ada kalau tidak ada manfaatnya kat akhirat.., aku rasa ia akan merugikan kita, betul tak?”

“Ya tak ya juga kan… Mungkin aku terasa hebat dengan kelebihan yang kau ada.”

“Memang fitrah manusia akan merasa kagum dengan kelebihan yang Tuhan anugerahkan pada diri seseorang. Tapi yang menjadi kesalahan ialah.., bilamana Tuhan telah dinafikan dalam situasi tersebut. Kau faham tak?”

“Maksud kau, kalau kita terlupa setiap kelebihan itu sebenarnya datangnya dari Tuhan?”

“Tapi, setiap kali yang terlupa ialah orang menerima anugerah tersebut, dia rasa kehebatan itu adalah dirinya, bukan Tuhan. Sebab tu dia mudah sombong, hairan diri, merasa diri hebat dan lain-lain.”

“Aku tak sangka, dengan kau ni aku dapat macam-macam pelajaran.”

“Elok juga tu, tapi ingat.., kau jangan cerita apa yang kau dah nampak dan alami hari ni, kau faham tak?”

“Aku fahamlah.., kau jangan bimbang. Aku tahu kau tak nak orang lain tahu kelebihan yang kau ada.”

“Hmm, lebih kurang macam tulah.”

Sampai ke bilik sumber mereka berjaya mendapatkan dua helai baju sekolah yang baru dari petugas yang menjaga. Ternyata Razif memang kenal baik dengan kaka itu. Sementara itu Dino dan kawan-kawannya yang sedang duduk di astaka tiba-tiba didatangi oleh ‘Black’ dan kawan-kawannya yang lain.

“Eh, Dino ‘Black’ datang.”

“Ha, ‘Black’, apa cerita?”

“Habislah kita Dino, sekarang ni mata Ain cedera, Iman baling dia pakai kasut.”

“Sekarang dia kat mana?”

“Sekarang dia pergi klinik buat rawatan.”

“Hmm, bagus. Sekarang ni rancangan aku semakin sempurna.”

“Apa yang bagus Dino? Kau tahu tak kalau kes ni meletup habis kita.” Dino seperti tidak mengendahkan apa yang ‘Black’ katakana. Dia terus menekan telefon bimbitnya. Dino pun berjalan jauh sedikit agar perbualannya tidak didengari.

“ Helo, Ain ya. Macamana mata?”

“O.k, Cuma aku terpaksa bertampal buat sementara waktu dan nampak sedikit ngeri. Aku harap kau tak lari bila tengok aku nanti.”

“Aku tidak akan lari kerana walau macamana pun keadaan kau, kau tetap cantik.”

“Pandai kau memuji aku ya. Kau nak apa lagi sebenarnya ni, eh, apa rancangan kau yang seterusnya? Kau dah suruh aku pukul adik Razif, aku dah buat, tapi nampaknya rancangan kau dah berubah, ia tidak berlaku seperti yang dirancang.”

“Macam ni, aku nak kau buat ‘report’ ke pejabat esok, katakan Iman telah mencederakan kau, bawa resit klinik sebagai bahan bukti dan kawan-kawan kau sebagai saksi. Kau tipulah apa pun, asalkan Iman keluar dari sekolah ni, faham? Cuma..., kita ada lagi satu masaalah…”

“Apa masaalahnya Dino? Aku rasa rancangan ni pasti berjaya.”

“Apakah kau dah lupa, adik Razif kita nak buat macamana?”

“Itu kau jangan risau, aku boleh uruskan.”

“Macamana? Cuba kau cerita dengan aku sikit.”

“Aku akan cuba memberikan dia tawaran, kalau dia sudi menjadi saksi yang mengatakan Iman mencederakan aku, aku akan bagitahu dia yang ‘Black’ tidak akan mengganggu dia lagi, boleh?”

“Hmm, bagus tu… Tapi kalau dia tak nak?”

“Dia akan susah selamanya. Kau jangan bimbanglah.., ni Ain tau, aku pegang semua budak-budak perempuan dalam sekolah. Hidup dia akan susah kalau dia berani lawan aku.”

“O.k Ain, aku puas hati, kita jumpa besok, bye.”

Lepas Asar Razif, Iman dan Salim keluar dari surau dan terus ke tempat mereka selalu buat ‘study group’. Dari jauh mereka lihat Latifah dan beberapa kawan yang lain sudah pun sedia menunggu. Bila Latifah terpandang Iman dari jauh terus hatinya melonjak gembira.

“’Yes’, datang pun. Hish.., mana sajalah dia ni pergi? Dia tak tahu ke aku tunggu dia dari tadi. Eii, geramnya aku. Tapi aku kena kawal, kalau ikutkan hati.., mahu saja aku tarik-tarik telinga dia. Suka sangat merayau tak tentu pasal.”

Iman duduk sambil tersengih-sengih. Dia memandang Latifah, tapi dia lihat Latifah langsung tak memandangnya. Pandangannya dipaling kearah lain sambil wajah kelihatan masam mencuka.

“Awak semua ni kemana?” Tiba-tiba Latifah menyoal dengan nada seperti kegeraman tapi tetap tidak menoleh Iman. Iman dapat rasakan yang Latifah sedang marah padanya dan soalan itu sebenarnya ditujukan untuk dia.

“Sebenarnya Iman dengan Razif tadi ada hal dengan kawan dia kat luar sekolah.” Salim cuba tolong jawabkan.

“Oh, kawan lebih penting dari ‘study group’ ya?” Kini Latifah terus memandang Iman.

“Bukan macam tu Ifa, sebenarnya…” Tergagap-gagap Iman kerana tak tahu nak jawab apa.

“Sebenarnya saya yang minta dia temankan saya. Kami minta maaf Ifa.” Razif cuba membela Iman.

“Lain kali jangan buat lagi tau.” Latifah menjeling Iman. Iman tersenyum tapi Latifah pura-pura masam. Yang lain macam tersedar sesuatu, tapi suasananya masih lagi kabur. Ternyata Latifah hampir tidak dapat mengawal perasan dalamannya, manakala Iman pula seolah faham apa yang bergolak dalam jiwa Latifah. Bukan maksud dia untuk tidak datang, tetapi ada sesuatu yang berlaku yang tidak dapat dia perjelaskan perkara yang sebenar kepada sesiapa pun.

“Eh, mana pergi cermin mata awak Zif?” Tiba-tiba satu suara menegur Razif yang memang nampak berbeza tanpa cermin matanya. Kemudian Razif terus teringatkan cermin matanya yang telah pun jatuh dan pecah kerana dipijak oleh kuncu-kuncu Dino ketika mereka membelasahnya.

“Oh, cermin mata aku.., aku tertinggallah.”

“Kat mana?”

“Wei, kau ni cerita pasal cermin mata pulak, masa berjalan ni…” Salim terus memotong perbualan. Mereka pun memulakan ‘study group’.


No comments:

Post a Comment