Tuesday, January 11, 2011

Pencari Cinta - 52

MACAMANA


Waktu dirasakan begitu lama. Jam di dinding dirasakan terlalu lambat berlalu. Jam ditangan pula seperti berpakat, atau mungkin perasannya yang sedang menanti sesuatu menyebabkan suasana berubah. Latifah seperti tidak sabar.

“ Ifa, awak macam ada masaalah je? “ Tiba-tiba kawannya menyapa dari belakang. Latifah yang sedang duduk pun terjaga dari lamunan.

“ Eh, tak adalah. “

“ Kalau tak ada kenapa termenung je dari tadi? “

“ Eh, ‘ye’ ke? “

“ Iyalah sangat. “

“ Eh, kenapa? Apa cerita? “

“ Tak adalah, saja nak tanya pasal ‘study group’. “

“ Hei, bincang apa ni? Boleh ‘join’ sekali? “Tiba-tiba Salim datang dan mencelah.

“ Eh, bagus juga, kami baru nak bincang pasal ‘study group’ ni. “ Kemudian beberapa orang lagi muncul, mereka pun terus berbincang. Tapi hati Latifah seperti tidak focus dengan perbincangan tersebut kerana fikirannya kearah lain.

Sementara itu Iman masih lagi tidak dapat menjawab soalan yang ditujukan kepadanya. Rakan-rakan sekelas mula menunjukkan gigi-gigi putih, ada juga yang menekup mulutnya kerana menahan gelak.

“ Saya tanya awak ni, macamana awak boleh jawab salah soalan yang senang? Apa yang awak fikirkan masa tu? Ada yang cakap tidur, jadi cuba cerita dengan kelas apa yang awak mimpikan? “ Iman masih lagi membisu. “ Sudahlah Iman, awak berdiri jelah kat situ sampai habis kelas. Baiklah semua, sila buka buku teks… Eh, kenapa papan hitam tak ada oran nak tolong padam? Tolong sesiapa yang baik hati, padamkan papan hitam untuk saya. “ Semua orang membisu, seolah-olah menyembunyikan diri masing-masing.

“ Eh, takkanlah tak ada satu orang pun yang sudi nak tolong saya padamkan papan hitam? “ Semua orang senyap. Guru kelas serba salah. Dia tak sangka semua muridnya tidak sudi menolong dia. Masing-masing membuat hal masing-masing.

“ Biar saya buat cikgu. “ Tiba-tiba satu suara menjelma dari belakang. Ternyata suara itu adalah Iman. Iman terus ke depan dan memadam papan hitam sambil diperhatikan semua orang.

No comments:

Post a Comment