Monday, January 10, 2011

Pencari Cinta - 51

DUA RINGGIT


Bunyi loceng rehat ibarat loceng kermat yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Semua orang menderu keluar kerana perut masing-masing telah pun membunyikan isyarat. Ada yang tak tertahan hingga berlari-lari, mungkin takut menunggu lama ketika di kantin nanti.

Iman berjalan tenang dikhalayak ramai, semua orang mempunyai destinasi yang sama. Dari jauh kantin sudah pun kelihatan ramai. Barisan orang membeli makanan juga sudah panjang. Iman mengelamun semasa berjalan.

“ Duit dua ringgit ni aku nak buat apa ya..? “ Sambil menyeluk poket seluar dan meraba duit dua ringgitnya. Ternyata ia masih disitu. Tiba-tiba datang sesuatu yang tidak diundang.

“ Jangan bergerak, serahkan wang awak! “ Leher Iman dipaut dari belakang, Seperti ada pisau yang diletakkan dileher Iman, tetapi Iman tahu ia adalah pembaris plastic.

“ Nah, ambillah semua duit ni, dah lepas ni jangan menyamun lagi. “

“ Ya, Allah, ya Tuhanku… Terima kasih Iman, kau sememangnya seorang yang… “ Kata-kata Salim terhenti disitu. Diciumnya duit itu beberapa kali, dia benar-benar kesyukuran.

“ Eh, macam ada masaalah je.., anak orang kaya pun tak ada duit? “ Iman berasa hairan melihat gelagat Salim yang cukup menghargai dua ringgit pemberiannya.

“ Bukan tak ada duit, duit dia kena ambil dengan ceti sekolah. Biasalah hari ni kan hari awal persekolahan. “ Iman terus teringatkan wajah ‘Black’ dan kawan-kawannya sebentar tadi.

“ Oh.., patutlah dapat dua ringgit macam orang mengantuk disorongkan bantal. Eh, tapi.., kes tadi pagi tu macam ada yang tak kenalah. “ Iman membuka perbualan tentang topik tadi pagi. “ Mula-mula budak tu buat ‘report’, kemudian dia tarik balik. Macam tak lojik pun ada, bagaimana budak yangbaru masuk sekolah, tiba-tiba buat pinjaman wang dengan orang yang dia baru sahaja kenal. Ish, aku tak fahamlah. “

“ Sebenarnya banyak cara untuk melojikkan hal tersebut. “ Razif pula membuat kesimpulan. “ Cuma yang menjadi tanda tanya sekarang, kenapa dia berhutang dengan kuncu-kuncu Dino? Kenapa tak dengan orang lain? “

“ Tapi apa nak hairan.., kalau berurusan dengan Dino, mana boleh lepas. Politik dia menguasai seluruh sekolah dikawasan ni, Cuma sekolah rendah je dia tak masuk dan jangan Tanya aku sebab apa. Dia tu ibarat ‘hantu’ tau tak. Macam angin, tak dapat dikesan. “ Salim pula mengeluarkan pendapat.

“ Oh.., mungkin masa dia buat ‘report’ tu, dia masih belum kenal lagi Dino ni siapa, maklumlah budak baru. Kemudian bila dia dah kenal.., tu yang dia sanggup tarik balik laporan yang dia dah buat. Tapi, apalah punya budak, dah ludah jilat balik. Pendirian tak tetap, betul tak? “ Iman membuat andaian.

“ Ya, betul! Kita minum dulu… “ Salim menjulang duit dua ringgit tadi kemudian diciumnya beberapa kali. Lagaknya macam orang gila. Mereka bertiga berjalan menuju ke kantin.

Dikantin sekolah, Razif dan Iman mencari tempat, manakala Salim pergi membeli makanan. Tidak lama kemudian Salim datang dengan membawa dua air ditangan dan sebuku roti yang digigit dimulutnya. Razif melihat keadaan itu sambil mengeluh kecil.

“ Jadilah… “ Iman hanya tersenyum tanpa memprotes. Tiba-tiba sahaja Latifah dan kawan-kawannya datang dan terus duduk bertentangan dengan mereka.

“ Boleh kami duduk sama? “ Serentak dengan itu Salim pun tiba.

“ Eh, boleh, apa salahnya. “ Muka Iman berubah kemerahan.

“ Dah duduk pun. “ Razif mencelah perlahan.

“ Awak sihat Man? “ Suara Latifah agak serius kerana cuba mengawal perasaannya.

“Sihat. Awak sihat Latifah?“ Iman menjawab perlahan sambil matanya tidak berkelip menatap wajah Latifah.

“Hmm, sihat.” Wajah Latifah terus berubah kemerahan bilamana dia tersedar Iman merenungnya. Iman tersedar sesuatu lantas dia pun mengalihkan pandangannya dan hatinya terus berbisik…

“ Ya, Allah cantiknya makhlukMu ini, aku hampir tidak dapat mengawal perasaanku ketika berhadapan dengannya. Jantung aku berdegup kencang, sabar Man, sabar, tenang dan kawal perasaan kau. Takkan lari gunung dikejar, bukankah kau pun dah tahu yang dia pun sukakan kau. Ish, aku kena bertenang, aku kena juga kawal perasaan ini. Aku kena berlakon macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalaulah dia tahu, yang aku sebenarnya dah tahu yang dia sukakan aku.., sudah tentu dia akan malu yang tak terhingga kemudian dia akan mula melarikan diri. Kalau begitu.., aku telah memusnahkan segala-galanya, oh, tidak… “ Sementara itu Latifah juga berbisik dialog yang hampir sama didalam hatinya.

“ Hai.., kalaulah dia tahu yang aku dah pun tahu bahawa gadis yang dia rahsiakan selama ini adalah aku.., sudah tentu dia akan malu, kemudian dia akan menjauhkan diri. Oh, tidak.., aku tak sanggup lagi berjauhan dengannya. Tidak mengapalah jika aku terpaksa berlakon demi untuk menjaga suasana. Aku…“

“ Wei, Man! Orang Tanya tu, kau nak makan apa? Cepatlah sebelum dia berubah fikiran.., kau ni lembablah. Duduk berangan pulak, ‘kang’ semua orang tak dapat makan, baru tahu. “ Salim merungut membuatkan Iman terjaga dari lamunannya. Latifah juga terkejut tapi nasib baik Iman yang menjadi mangsa keadaan.

“ Cepatlah Man ‘order’ awak nak makan apa? Sementara ada orang nak belanja ni. “ Kawan Latifah pula menyampuk. Ternyata Iman masih tidak dapat memberitahu apa yang sebenarnya yang dia nak makan.

“ Belikan saya mee dengan ayam goreng. Oh, ya dengan air oren sekali. “ Tiba-tiba Latifah memecah kebuntuan.

“ Err, samalah. “ Iman tersengih.

“ Cis, tak guna punya budak… Takda, kau aku belikan roti je. Berani kau ya, ‘order’ yang sama dengan Latifah depan aku. “ Salim bengang, yang lain hanya tersenyum.

“ Jadi, macamana dengan program kita petang ni? “ Razif memulakan perbualan.

“ Ha, o.k.., kita teruskan macam biasa. Lagipun saya dah sihat. “ Tiba-tiba Iman mencelah, semua orang memandangnya. Muka Iman pun berubah, dia rasa dia tersalah masuk bicara. Semua orang menahan gelak. Ternyata soalan itu bukan ditujukan padanya.

“Eh, saya.., salah cakap ke? “ Sekali lagi Iman bersuara, ada yang tak dapat menahan gelaknya lagi hingga ketawanya terkeluar. Sedang mereka gelak ketawa, mereka tidak sedar mereka sedang diperhatikan dari jauh.

Dino dan kawan-kawannya sedang makan di sebuah meja. Mata Dino tajam memerhati Iman dari jauh. Kawan-kawannya yang lain tak perasan yang Dino sedang memerhatikan Iman.

“ Cis, tak guna. Berani kau ‘main gila’ dengan aku ya budak! Kau belum kenal siapa aku. Tapi aku tak boleh terburu-buru.., sebab dia sekarang ni ‘anak emas’ Latifah. Aku tak boleh buat sampai Latifah tahu siapa aku sebenarnya. Kalaulah dia tahu siapa aku.., tentu dia akan lari dari aku. Jadi aku kena guna cara lembut, aku tak boleh guna cara keras. “ Dino berbisik didalam hatinya, tiba-tiba dia terpandang Ain yang sedang makan. Dia pun bangun dan pergi ke meja Ain. Mereka pun duduk dan berbincang sesuatu.

No comments:

Post a Comment