Sunday, January 9, 2011

pencari Cinta - 50

KELAS


“ Memberi maaf orang malu dan hormat, meminta maaf orang hormat dan senang. Bermaaf-maafanlah satu sama lain, agar nanti berlaku senang-menyenangi dan horamat menghormati. “ Iman teringat kata-kata pakciknya, kemudian dia tersenyum sendirian.

“ Mudah-mudahan apa yang aku buat tadi tu.., betul. Tapi macam betul je… Tapi.., betullah bila aku buat apa yang pakcik aku cakap, Black dan kawan-kawannya tiba-tiba je jadi baik dengan aku. Hmm, tapi.., macamana dia boleh tahu ya? Macamana dia boleh dapat ‘signal’ macam tu? Hairan pula aku. Tapi pakcik aku tu memang misteri dan pelik. Seumur hidup aku, tak pernah aku jumpa orang yang macam tu. Patutlah mak aku suruh sangat aku datang Malaysia belajar dengan dia. Rupanya mak aku tahu, hanya pakcik aku sahaja yang dapat mendidik aku… Mungkin. “

Iman bersandar ke kerusi, pandangannya dilemparkan keluar tingkap. Bunyi kicauan burung, ditambah dengan warna Langit yang membiru serta udara pagi yang segar, benar-benar mencorak suasana yang tenang aman dan damai.

Iman menyedut udara segar beberapa kali, kemdian fikirannya melayang ke peristiwa dia dan Black sebentar tadi. Agak lama juga dia menerawang, tiba-tiba hatinya terdetik.

“ Eh, kau ni dah lain macam je Man.., macam nak tidur je… Oh, tidak aku tidak akan tidur lagi lepas suboh. Mak Su kata tidur lepas suboh Tuhan tak suka, boleh jadi gila dan rezeki tersekat. “

Iman terus membuka matanya kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.Dia pun bangun, mengeliat kecil dan berjalan untuk menghilangkan mengantuk yang masih lagi terasa.

Sementara guru kelas belum tiba, Iman berjalan sambil melihat suasana, lagak macam Y.B melawat kampong dengan kedua belah tangan diletak kebelakang.

Suasana baru naik sekolah memang agak berlainan, ramai yang menghabiskan masa dengan menbuat kerja-kerja sendiri dan kebanyakkannya sedang membaca. Iman cukup senang dengan suasana tersebut.

Sedang dia berjalan-jalan tiba-tiba datang tiga orang menghalang perjalanannya. Iman terkejut, terus salah seorang dari mereka mengeluarkan satu soalan.

“ Apakah perasaan anda bila dapat menyandang gelaran pelajar nombor satu dalam sekolah? “ Iman tergamam, dia masih lagi kurang faham, tetapi mereka bertiga sudah pun tergelak-gelak diikuti dengan pelajar-pelajar yang berada dikelilingnya. Seolah-olah mereka faham akan maksud soalan tersebut.

“ Apakah ibu bapa anda merotan anda begini? “ Tiba-tiba budak yang kedua pula mengeluarkan soalan, bukan sahaja soalan malah mengeluarkan sebatang pembaris kayu lalu memukul punggung Iman beberapa kali. Iman pun cuba menepis pembaris tersebut.

“ Oi, apa ni? Sakitlah woi! “ Tetapi mereka terus mengejar Iman yang melarikan diri. Satu kelas menyaksikan gelagat mereka, satu kelas juga gelakkan Iman.

“ Jom kita angkat dia. “ Tiba-tiba yang ketiga pula bersuara. Iman seolah tiada pilihan lain, dia pun diangkat dan diarak dengan paksaan.

“ Inilah pelajar kita yang berjaya mendapat tempat pertama dalam sekolah ini. “

“ Tapi nombor satu dari belakang… “ Semua orang ketawakan Iman.

“ Woi, lepaskan aku! “ Iman tetap juga meronta.

“ Hoi, cikgu datang! “ Tiba-tiba salah seorang pelajar menjerit.

Iman dilepaskan tetapi ditolak hingga terkeluar dari kelas. Bila Iman menoleh sahaja dia lihat gurunya sedang berjalan menuju ke kelas dengan muka yang cukup serius memandang tepat sambil tangan tangannya memegang rotan dan dihalakan kepada Iman.

“ Oh, tidak… “ Kelam kabut Iman masuk kembali ke dalam kelas.

Guru kelas masuk, semua murid bangun memberi ucap selamat. Guru kelas kelihatan benar-benar serius. Dia meletakkan fail-failnya di atas meja kemudian terus berjalan menuju kearah Iman. Tangannya masih lagi memegang rotan, Iman cemas.

“ Awak bangun! “ Suara tegas seorang guru perempuan.

“ Saya minta maaf cikgu, saya tahu saya bersalah. “ Suara Iman merayu dan mengalah. Manakala mereka yang terlibat hanya membuat ‘muka kering’.

“ Awak tahu tak apa keputusan peperiksaan awak? Siapa boleh bagitahu saya.., berapa yang Iman dapat dalam keputusan periksa? Ha, awak bangun, cakap! “ Orang yang duduk disebelah Iman bangun.

“ Tempat yang terakhir cikgu. “

“ Yang terakhir dalam sekolah faham! “ Cikgu memandang sekeliling. Suasana senyap sepi. Tapi ada beberapa orang yang sedang menahan gelak.

“ Apa yang kamu gelakkan? Apa yang lucu sangat, bangun! “ Mereka bangun. Kemudian salah seorang dari mereka pun cakap, dia jugalah antara orang yang mendengki Iman sebentar tadi.

“ Sebenarnya saya sedang tertifikir sesuatu yang lucu cikgu. “

“ Apa yng lucu sangat, tolong ceritakan pada saya. “

“ Sebenarnya cikgu.., Iman merupakan seorang yang hebat, kerana dia berjaya mendapat tempat yang pertama dalam sekolah ni… “ Budak itu menahan gelak lagi, diikuti oleh kawan-kawannya yang lain.

“ Apa maksud awak?! “ Cikgu dah mula berang.

“ Yelah cikgu betullah dia dapat nombor satu.., tapi, dari belakanglah. “ Semua kelas tergelak, guru kelas yan dari tadi menahan marah kini menahan gelak.

“ Awaslah orang yang menyanjung-nyanjung kita, takut kita terlena. Ambillah perhatian orang yang menghina kita, mungkin kita dapat pelajaran darinya. Tak usahlah kita persoalkan kenapa dia menghina kita. “ Iman teringat kata-kata pakciknya. Kemudian bibirnya mengorak senyuman.

No comments:

Post a Comment