Saturday, January 8, 2011

Pencari Cinta - 49

PERHIMPUNAN

Pagi itu perhimpunan telah digemparkan dengan satu kes. Seorang budak baru dar tingkatan lima telah membuat satu lapotran kepada guru disiplin bahawa dia telah diperas ugut.

Dua orang budak yang sebaya dengan dia telah disyaki melakukan kerja tersebut. Seorang dari kelas yang sama manakala seorang lagi dari kelas yang berlainan. Cikgu Tajudin yang merupakan guru disiplin sekolah itu telah membuat pengumuman.

“ Baiklah, kepada sesiapa nama yang berkenaan.., sila keluar bila saya panggil. Kemudian naik ke atas pentas… Razali Tahir dari Lima Helang dan Syamsir Sahak dari kelas Lima Merak. “ Mereka berdua pun keluar berjalan sambil diperhatikan oleh ramai murid-murid yang lain. Mereka semua tidak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku, mengapa dua orang murid itu dipanggil naik ke pentas perhimpunan.

Kedua murid itu berjalan melintasi barisan pengawas-pengawas kemudian terus menaiki pentas perhimpunan. Di atas pentas pula Guru besar serta barisan guru-guru sedang duduk sambil memerhatikan mereka, manakala cikgu Tajudin pula sedang berdiri menunggu mereka dengan ‘mikrofon’ ditangannya. Mereka berhenti disebelah Cikgu Tajudin kemudian berdiri menghadap ratusan murid yang sedang berhimpun dengan wajah yang penuh tanda tanya. Wajah mereka tetap kekal bersahaja, tiada perasaan cemas yang terpamer. Kemudian Cikgu Tajudin pun menyambung.

“ Semua murid-murid ingin tahu bukan kenapa mereka berdua ini dipanggil naik ke pentas? Hari ini kita akan membongkar sebuah rahsia sindiket yang sebenarnya sudah lama beroperasi. Baiklah mereka berdua ini merupakan suspek yang telah memeras ugut saudara Khairul Nizam dari kelas Lima Helang, kamu berdua mengaku atau tidak? “ Semua murid gempar dengan kenyataan itu, tetapi wajah kedua-dua mereka tetap bersahaja.

“ Saya tidak mengaku. “

“ Saya juga tidak mengaku salah. “

“ Baiklah kalau awak berdua tidak mengaku salah, sila nyatakan alasan awak, tapi jika awak didapati bersalah.., awak akan menerima hukuman yang setimpal. Apakah bukti awak tak bersalah, nah… “ Cikgu Tajudin menyerahkan mikrofon. Salah seorang dari mereka mengambilnya dengan wajah yang tenang.

“ Sebenarnya kami tidak memeras ugut dia, saya hanya menunutut hutang saya, itu sahaja. “

“ Oh, kamu tidak mengaku ya. Baiklah mari kita panggil saksi naik ke pentas. Khairul Nizam dari Lima Helang dan Shahbudin Zainal, sila naik sekarang. “ Mereka berdua pun keluar selepas nama mereka dipanggil. Tetapi riak wajah mereka nampak muram.

“ Baiklah Khairul Nizam, awak yang membuat laporan mengatakan awak diperas ugut bukan? Manakala awak pula adalah saksi yang bersama dengan Khairul Nizam? “ Shahbudin mengangguk. “ Sekarang awak ceritakan kepada semua apa yang sebenarnya berlaku? Jangan takut, ceritakan yang sebenar. “ Cikgu Tajudin menyerahkan mikrofon kepada Khairul Nizam. Agak terketar juga Khairul Nizam ketika menyambut mikrofon dari tangan Cikgu Tajudin.

“ Sebenarnya… Sebenarnya.., mereka tidak bersalah. “ Kedua tertuduh mula tersenyum sumbing, manakala para hadirin mula gempar dengan kenyataan itu. “ Saya Khairul Nizam, terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua.., saya menarik balik tuduhan saya terhadap mereka dan saya membenarkan apa sahaja yang mereka katakan. “ Cikgu Tajudin tercengang.


No comments:

Post a Comment